Wanita Bujang Menyusukan Anak Angkat

Soalan : Saya ingin mengetahui hukum apabila seorang yang belum berkahwin, mengambil anak angkat, memberikan susu dada kepada anak angkatnya dengan cara menelan pil untuk menghasilkan susu dada. Harap pihak JAKIM dapat menjawab dengan secepat yang mungkin. Terima kasih.

Jawapan;

Menurut Panel Kajian Syariah JAKIM 3/41/PKS/2002, Pada 14 – 15 Oktober 2002,Hukum menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan wanita adalah harus dengan syarat:

i. Seorang wanita tidak termasuk wanita yang dihasilkan melalui pertukaran jantina.
ii. Wanita yang telah baligh.

Berdasarkan kepada kenyataan di atas harus ibu angkat memberikan susu dada kepada anak angkatnya dengan cara menelan pil untuk menghasilkan susu.

Sumber : Soal Jawab Agama JAKIM, http://baheis.islam.gov.my, Nombor Rujukan – PANEL SJAI 050707

3 Comments

  1. salam….adakah masalah ini biasa bagi seseorang wanita yang belum mengandung tetapi payudaranya menghasilkan susu dengan banyak sekali seolah-olah selepas melahirkan anak……..ini membawa kesakitan kerana payudara membengkak akibat penghasilan susu tersebut..

    Abul Harith : Wassalam & terima kasih Puan Mimi atas soalan.

    Susu keluar dari payudara kerana hormon oxytocin. Oxytocin dirembes oleh otak apabila terdapat rangsangan yang menghisap puting payudara tersebut. Oxytoxin berfungsi merangsang pengecutan otot halus (smooth muscle) pada payudara supaya susu dikeluarkan. Pengecutan otot ini akan menyebakan rasa sakit-sakit.

    Rembesan oxytocin yang berlebihan berlaku apabila kurang hormon Progesteron kerana ketidakseimbangan hormon. Tekanan (stress) adalah salah satu punca progesteron berkurangan, maka oxytocin dirembes berlebihan.

    Puan disyorkan mengamalkan gaya hidup sihat. Diet seimbang, banyak senaman, cukup rehat dan kurangkan tekanan. Jika masalah masih berlarutan, sila kunjungi mana-mana doktor berdekatan.

    WaLLAHu a’lam.

  2. salam.

    Saya ingin bertanyakan mengenai susuan kepada anak angkat perempuan saya, saya ada mengambil pil untuk mengeluarkan susu melalui doktor pakar.
    Masalah saya adalah susu dada saya masih belum keluar banyak untuk saya bagi 5 kali kenyang anak saya.
    Cuma saya dapat kurang dari 1ml dan saya sudah berkali-kali memberi anak saya minum.
    Adakah ini sudah dikira sebagai anak susuan atau belum cukup utk jadi anak susuan?

    Sudah hampir sebulan saya makan pil dan mengamalkan mkn makanan yang boleh mengeluarkan susu yg banyak tetapi mungkin saya punya hormon jenis yg tidak mengeluarkan susu yang banyak maka saya tidak dapat memberi susu banyak kpd anak saya..

  3. salam.

Leave a Reply to mimiCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *