Ubat Anti Tekanan

Soalan : Bolehkah seorang yang mengalami tekanan khususnya terkanan selepas bersalin (post-partum depression) mengambil ubat (dadah) anti tekanan yang disyorkan oleh pakar psikologi non-Muslim.

Dijawab oleh Sheikh `Abd Allah al-Zâyidî, Professor di Universiti al-Imâm

Ubat penggalak Serotonin seperti Prozac dan pelbagai jenis ubat anti tekanan lain adalah dibenarkan jika dia disyorkan oleh doktor yang layak.

Kebenaran ini bergantung kepada situasi di mana ubat (dadah) tersebut benar-benar diperlukan oleh pesakit. Ubat tersebut juga perlu dipastikan tidak menyebabkan keracunan atau ketagihan.

Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.

Sumber : http://islamtoday.com

One comment

  1. apakah hukum pengambilan pil hormon, seperti pil anti kemurungan yang bertujuan untuk menghasilkan susu ibu secara semula jadi?

    Abul Harith : Wassalam & terima kasih Sdr. Nurhana,

    Setakat ini, saya tidak mengetahui pil anti kemurungan yang boleh menghasilkan susu ibu secara semula jadi. Prozac (ubat anti kemurungan) yang digunakan secara meluas tiada kaitan untuk menghasilkan susu ibu.

    Apatah lagi jika Sdr. bertanya tentang menghasilkan susu ibu secara SEMULA JADI, maka tiada ubat-ubatan yang diperlukan melainkan teknik-teknik tertentu penyusuan susu ibu. Teknik ini meliputi cara mengekalkan penghasilan susu ibu untuk anak. Boleh dapatkan nasihat dari mana-mana hospital yang mempunyai jururawat terlatih dalam mengajar penyusuan susu ibu ini.

    Bagaimanapun, andai terdapat satu ubatan atau hormon yang perlu digunakan untuk menghasilkan susu ibu, ianya adalah harus selagi tidak memudaratkan. Sila dapatkan nasihat doktor pakar dalam hal ini.

    WaLLAHU a’lam. Wassalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *