Status Darah Sebelum Bersalin

Soalan : Jika seorang wanita sudah hampir bersalin, lalu terkeluar darah sebelum bersalin. Bolehkah ustaz jelaskan apakah jenis darah yang keluar itu, adakah ia darah haid atau nifas? Saya keliru kerana sudah tentu jenis darah akan berikan hukum berbeza. Terima kasih uztaz.

Dijawab oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Ulama berbeza pendapat dalam menentukan jenis darah yang keluar itu, seperti berikut :-

Mazhab Hanafi & Hanbali : Ia adalah darah istihadah. Justeru solat masih wajib.

Sebahagian ulama Hanbali : Ia adalah darah nifas jika keluar sehari atau dua hari sebelum melahirkan anak. Jika demikian bermakna, tidak lagi wajib puasa (jika pada bulan Ramadhan) dan solat.

Mazhab Syafie : Ia adalah darah haid dari sudut tidak perlu solat, puasa dan haram untuk digauli suaminya.

Mazhab Maliki : Ia adalah darah haid jika keluar pada bulan pertama dan kedua mengandung, namun jika keluar darah itu pada bulan ketiga, keempat dan kelima serta berterusan lebih dari 20 hari, jelaslah ia darah istihadah.

Bagi penduduk Malaysia yang bermazhab Syafie, bolehlah bertaqlid dengan pendapat mazhab Syafie dalam hal ini. Iaitu ia darah haid. Pendapat mazhab Syafie ini boleh dirujuk dari kata-kata Imam An-nawawi di dalam kitabnya :-

فإذا رأت الحامل دما يصلح أن يكون حيضا فقولان مشهوران قال صاحب الحاوي والمتولي والبغوي وغيرهم : الجديد أنه حيض , والقديم : ليس بحيض , واتفق الأصحاب على أن الصحيح أنه حيض

Ertinya : “Apabila seorang wanita yang sedang hamil melihat darah (keluar), yang sesuai untuk dihukum sebagai darah haid maka terdapat dua pendapat yang masyhur (dalam mazhab Syafie), berkata pengarang kitab Al-Hawi (Al-Mawardi), Al-Mutawalli dan Imam Al-Baghawi dan lain-lain :

“Pendapat Syafie yang baru adalah ia Haid, pendapat Syafie yang lama, ia bukan haid. Telah sepakat ulama Syafie pendapat yang paling sohih ia adalah DARAH HAID” ( Al-Majmu’, 1/412)

Sekian,

Sumber : Zaharuddin Abd Rahman, http://www.zaharuddin.net/, 1 Mei 2008

2 Comments

  1. bolehkah perempuan yang lepas bersalin dan ada darah istihadah, melakukan ibadat puasa, sembah yang tetapi beliau belum sampai tempoh berpantang(40 hari).

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Nabila. Terima kasih atas soalan.

    Darah yang keluar sejurus selepas bersalin dipanggil nifas. Ia boleh berlanjutan selama 40-60 hari, namun ia juga boleh berhenti seawal mungkin walaupun belum sampai 40 hari. Semasa nifas, seorang wanita diharamkan solat, puasa dan tawaf. Solat tidak perlu diqadha, tetapi puasanya perlu diqadha.

    Tetapi jika seseorang itu yakin nifasnya telah tamat walaupun masih dalam tempoh pantang, dia boleh bahkan perlu untuk terus mandi wajib, solat dan puasa.

  2. Darah sebelum bersalin atau dipanggil sebagai ‘show’ may sometimes present with false labour as well, and can last up toa few days; or in earlier pregnancy may also be associated with premature labour or threatened premature labour, which the date of show onset to actual delivery maybe weeks gap. In my practice i would counseled my pt as according to the teaching of hanbali and hanafi and advice for prayers & etc as show alone may not end with actual delivery. What are your thoughts and what would u advice?

Leave a Reply to resampadiCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *