Pembedahan Mengikat Perut Untuk Menguruskan Badan

Soalan : Saya gadis berumur 23 tahun dan menderita lebih berat badan. Saya berhajat melakuan pembedahan untuk menjadikan perut saya lebih kecil dan mengubah laluannya terus kepada usus saya (gastrectomy). Ia pembedahan yang besar dan banyak kesan buruk seperti pembedahan lain. Soalan saya adalah, apakah mengubah laluan perut untuk mengelakkan makanan diserap oleh badan dikira mengubah ciptaan ALLAH ke atas saya? Adakah saya dibenarkan melakukan prosedur ini?

Jawapan :

Segala puji bagi ALLAH.

Adalah dibenarkan untuk melakukan pembedahan mengikat perut (menjadikannya kecil seperti meletak ikatan atau lekatan) atau mengurangkan saiznya dan menghubungkanya kepada usus kecil dengan alasan mengurangkan berat badan yang berlebihan. Ia tidak dikira mengubah ciptaan ALLAH, kerana ia perlu atas tujuan rawatan perubatan. Namun, ianya juga bergantung kepada keadaan di mana difikirkan tiada akibat buruk ataupun bahaya teruk disebabkan pembedahan itu. Seseorang perlu merujuk kepada doktor yang amanah dan dipercayai, kerana pembedahan sebegini mempunyai kesan sampingan.

Adalah lebih baik dan disyorkan untuk menggunakan method diet, dengan nasihat dari pakar. Jika ia tidak berhasil, maka anda boleh mengambil langkah mengikat perut atau mengubah haluan makanan selagi mana anda pasti bahawa prosedur tersebut bebas dari bahaya dan kesan sampingan yang negatif.

Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.

Sumber : diterjemah dan disunting dari http://www.islamqa.com

3 Comments

  1. Sekian,terima kasih.
    Wassalam, Syukran Sdr. Husmi atas pertanyaan.

    Saya telah pun membaca blog yang ditunjukkan berkenaan isu ini, dan saya tiada masalah dengan pendapat beliau memandangkan beliau ahli dalam persoalan agama. Apatah lagi penulis tersebut melakukan penyelidikan rapi dengan bukti-bukti yang konkrit dari sudut agama dan sumber dari pengamalnya sendiri. Harus diingat, pendapat beliau diutarakan dari persoalan Aqidah, dan pastinya saranan beliau harus kita hayati dengan penuh insaf tanpa sebarang prasangka.

    Saya cuma mampu mengulas dari sudut perubatan Islam. Untuk berlaku adil, saya sendiri telah melakukan kajian tentang perubatan sedemikian (aura, cahaya, gelombang) sejak sekian lama. Cuma satu hakikat yang pasti, perubatan Islam juga sepertimana perubatan moden, iaitu mengutamakan bukti (evidence based medicine). Jika segala cara rawatan tersebut boleh dibuktikan secara fisiologi (keadaan normal), patalogi (keadaan sakit), farmakologi (ubat-ubatan) dan saintifik, maka ia boleh diterima.

    Cuma yang kita risaukan dari rawatan alternatif yang tidak mempunyai bukti sokongan yang saintifik, lantas pesakit akan mendapatkan rawatan dengan menyandarkan pergantungan mereka untuk sembuh kepada suatu perkara yang tidak pasti, apatah lagi ianya bersifat bersifat mistik, tahyul yang akhirnya membawa kepada syirik dan khurafat. Lebih menakutkan lagi, terdapat rawatan yang asalnya dari amalan agama lain dan mempunyai perlambangan erat dengan agama itu. Maka, berhati-hatilah demi menjaga Aqidah kita.

    Sesungguhnya sikap kita sebagai Muslim sejati, dalam memastikan keteguhan pegangan Aqidah dan kemurniaan ibadah kita, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menerima atas sangkaan semuanya baik ataupun mengikut tanpa usul periksa. Firman ALLAH;

    وَمَا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا (28) سورة النجم
    “Dan mereka tidak mempunyai sesuatu pengetahuanpun tentang itu. mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan sedang Sesungguhnya persangkaan itu tiada berfaedah sedikitpun terhadap kebenaran.”
    -An-Najm, 28-

    وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنزَلَ اللَّهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءنَا أَوَلَوْ كَانَ الشَّيْطَانُ يَدْعُوهُمْ إِلَى عَذَابِ السَّعِيرِ (21) سورة لقمان
    “Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Ikutilah apa yang diturunkan ALLAH”. mereka menjawab: “(Tidak), tapi kami (hanya) mengikuti apa yang kami dapati bapa-bapa kami mengerjakannya”. dan apakah mereka (akan mengikuti bapa-bapa mereka) walaupun syaitan itu menyeru mereka ke dalam siksa api yang menyala-nyala (neraka)?”
    -Luqman, 21-

    Sebagai nasihat, pergilah mendapatkan rawatan di tempat yang terbukti kebenaran amalannya. Sekarang ini sudah banyak rawatan alternatif yang mempunyai sandaran saintifik yang kuat seperti aromatherapy, chiropractic, homeopathy, herbalism dan refleksiologi. Berkenaan rawatan yang lain, jika mereka dapat memberi hujah secara metafizik atau psikologi, maka bergantunglah kepada penerimaan saudara. Yang pasti, elakkan perkara yang diragui, kerana yang syubhat itu lebih mendekati haram.

    WaLLAHu a’lam.

  2. assalamualaikum..

    colour vibration therapy 2 mcm mane????

    Wassalam Sdr. Noor Faeza, terima kasih atas kunjungan.

    Maaf, saya tidak mengetahui secara terperinci kaedah tersebut dan saya bukanlah pakarnya. Saya mengetahui perubatan moden sahaja. Sdr. boleh cuba cari melalui google.

    Wassalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *