Kemudahan Dan Keringanan Ketika Berpuasa

1. Bagi Mereka Yang Bermusafir

Terdapat beberapa hadis sahih yang menjelaskan bahawa dibolehkan bagi para musafir untuk memilih tidak berpuasa. Malah perlu kita ketahui bahawa rahmat Allah dan keringan ini turut disebutkan di dalam kitab yang mulia. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: (yang ertinya): “Barangsiapa yang sakit atau dalam keadaan bermusafir maka gantilah (puasanya) pada hari yang lain sebanyak jumlah yang ditinggalkannya itu. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu sekalian dan tidak menginginkan kesulitan.” (al-Baqarah, 2: 185)

Hamzah bin Amr al-Aslami pernah bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam: “Adakah boleh aku berpuasa ketika dalam safar?” (dia adalah termasuk dalam kalangan yang banyak mengerjakan ibadah puasa) Maka Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda (yang ertinya): “Puasalah jika kamu mahu dan berbukalah jika mahu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/156), Muslim (1121))

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘Anhu berkata: “Aku pernah melakukan safar bersama Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam di bulan Ramaadhan, orang yang berpuasa tidak mencela yang berbuka dan yang berbuka tidak mencela yang puasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/163), Muslim (1118))

Hadis-hadis ini menunjukkan bahawa bolehnya memilih, tidak menentukan mana yang afdhal, namun mungkin kita akan menyatakan juga bahawa yang afdhal adalah berbuka dengan berdaarkan hadis-hadis yang umum. Ini adalah seperti sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam (yang ertinya): “Sesungguhnya Allah senang jika rukhsah yang Ia berikan diambil sebagaimana Dia membenci kemaksiatan yang dilakukan kepada-Nya.” (Hadis Riwayat Ahmad (2/108), Ibnu Hibban (2742) dari Ibnu Umar dengan sanad yang sahih)

Dalam satu riwayat yang lain: “Sebagaimana Dia senang ketentuan hukum-Nya dilaksanakan.” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban (354), al-Bazzar (990), ath-Thabrani di dalam al-Kabir (11881) dari Ibnu Abbas dengan sanad yang sahih)

Tetapi mungkin hal ini dibatasi bagi orang yang tidak merasa berat dalam mengqadha dan menunaikannya, agar rukhshah tersebut tidak bertentangan dari maksudnya. Perkara ini telah dijelaskan sejelasnya tanpa keraguan. Dalam satu riwayat dari Abu Said al-Khudri Radhiallahu ‘anhu: “Para sahabat berpendapat bahawa barangsiapa yang merasa kuat (untuk berpuasa) maka lebih baik baginya untuk berpuasa, manakala bagi yang merasa lemah, berbuka adalah lebih baik.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (713), al-Baghawi (1763) dari Abu Said. Sanadnya sahih)

Mudah-mudahan Allah membimbing kita semua ke jalan petunjuk dan ketaqwaan serta memberikan rezeki berupa pemahaman dalam agama. Sesungguhnya puasa dalam safar jika memberatkan hamba bukanlah suatu kebajikan sedikitpun, tetapi berbuka lebih utama dan lebih disenangi Allah. Dalil yang menjelaskan persoalan ini adalah riwayat dari beberapa orang sahabat, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam pernah bersabda (yang ertinya): “Bukanlah suatu kebajikan melakukan puasa dalam safar.” (Haids Riwayat al-Bukhari (4/161), Muslim (1110) dari Jabir radhiyallahu ‘anhu)

Peringatan

Terdapat sebahagian orang yang menyangka dan menganggap bahawa pada zaman kita sekarang tidak diperbolehkan berbuka ketika di dalam musafir, hingga mencela orang yang mengambil rukhsah tersebut, atau berpendapat puasa itu lebih baik kerana mudah dan banyaknya sarana pengangkutan pada ketika (zaman) ini. Sebenarnya orang-orang seperti ini perlu kita “usik” ingatan mereka kepada firman Allah Yang Maha Mengetahui perkara ghaib dan nyata (yang ertinya): “Rabmu tidak pernah lupa.” (Maryam, 19: 64)

Dan firman-Nya (yang ertinya): “Allah telah mengetahui sedangkan kalian tidak mengetahuinya.” (al-Baqarah, 2: 232)

Dan perkataan-Nya di tengah ayat tentang rukhshah berbuka dalam safar (yang ertinya): “Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menginginkan kesulitan.” (al-Baqarah, 2: 185)

Di sini menjelaskan bahawa kemudahan (keringanan) bagi orang yang safar adalah sememangnya perkara yang dikehendaki oleh Allah. Dan ini juga sebenarnya termasuk salah satu tujuan syariat, cukup bagimu bahawa Dzat yang mensyariatkan agama ini adalah pencipta zaman, tempat dan manusia. Dia lebih mengetahui keperluan manusia dan segala yang menjadi maslahah bagi mereka. Allah berfirman (yang ertinya): “Apakah Allah Yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu zahirkan atau rahsiakan); dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui?” (al-Mulk, 67: 14)

Di sini diperjelaskan supaya agar seseorang muslim tahu jika Allah dan Rasul-Nya sudah menetapkan suatu perkara, tidak ada pilihan lain bagi manusia bahkan Allah memuji hamba-hamba-Nya yang mu’min yang tidak mendahulukan perkataaan manusia di atas perkataan Allah dan Rasul-Nya:

“Wahai Rabb! Kami mendengar dan taat, ampunilah kami, wahai Rabb kepada-Mu-lah kami kembali.” (al-Baqarah, 2: 285)

2. Orang yang Sakit

Allah membolehkan orang yang sakit untuk berbuka sebagai suatu rahmat dari-Nya sekligus merupakan kemudahan (rukhsah) bagi orang yang sakit. Sakit yang membolehkan seseorang individu itu untuk berbuka adalah sakit yang bila dibawa berpuasa akan menyebabkan satu mudharat atau semakin parah penyakitnya atau dikhuwatirkan memperlambat kesembuhan.

“Barangsiapa yang sakit atau dalam keadaan bermusafir maka gantilah (puasanya) pada hari yang lain sebanyak jumlah yang ditinggalkannya itu. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu sekalian dan tidak menginginkan kesulitan.” (al-Baqarah, 2: 185)

Wallahu A’lam.

3. Haid dan Nifas

Para ulama telah sepakat bahawa orang yang haid dan nifas tidak dihalalkan berpuasa, keduanya harus berbuka dan mengqadha-nya di lain hari. Malah sekiranya keduanya berpuasa ia tidaklah sah.

“Apabila yang demikian itu (haid) menimpa kami, maka kami disuruh (oleh Rasulullah) mengqadha puasa namun tidak disuruh untuk mengqadha solat.” (Hadis Muslim, 335 (Kitab al-Haid))

4. Orang yang sudah tua (uzur/lemah)

Ibnu Abbas Radhiallahu ‘Anhuma berkata: “Orang yang telah tua sama ada lelaki mahupun perempuan yang tidak mampu untuk berpuasa haruslah dia memberi makan setiap hari (mengikut jumlah puasa yang ditinggalkannya) seorang miskin.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4505). Lihat Syarhus Sunnah (6/316), Fathul Bari (8/180), Nail al-Authar (4/315))

Diriwayatkan dari ad-Daruquthni (2/207) dan disahihkannya, melalui jalan Manshur, dari Mujahid, dari Ibnu Abbas, dia membaca: (yang ertinya): “Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) supaya membayar fidyah, (iaitu): memberi makan seorang miskin.” (al-Baqarah, 2:184)

Kemudian beliau berkata: “Iaitu lelaki tua yang tidak mampu berpuasa dan kemudian berbuka, dia harus memberi makan seorang miskin setiap harinya ½ sha’ gandum.

Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu: “Barangsiapa yang mencapai usia lanjut dan tidak mampu melaksanakan puasa di bulan Ramadhan, dia harus mengeluarkan setiap harinya (mengikut jumlah hari puasa yang ditinggalkannya) 1 mud gandum.” (Hadis Riwayat ad-Daruquthni (2/208) dalam sanadnya ada Abdullah bin Shalih, dia dhaif, tapi hadis ini mempunyai syahid (penguat))

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu: “Bahawasanya dia pernah tidak mampu untuk berpuasa selama satu tahun, kemudian beliau membuat satu wadah Tsarid, dan mengundang 30 orang miskin sehingga menjadikan mereka kenyang.” (Hadis Riwayat ad-Daruquthni (2/207), sanadnya sahih)

5. Wanita yang hamil dan menyusukan anak

Di antara rahmat Allah yang agung kepada hamba-hamba-Nya yang lemah, Allah memberi rukhshah kepada mereka untuk berbuka, dan di antara mereka adalah wanita yang hamil dan menyusukan anak.

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu (iaitu al-Ka’bi, bukan Anas bin Malik al-Anshari, pembantu Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, tapi ini adalah seorang pemuda dari Bani Abdillah bin Ka’ab, dan dia pernah tinggal di Bashrah, beliau hanya meriwayatkan hadis ini sahaja dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam): “Kuda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam mendatangi kami, aku pun mendatangi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, dan aku temui dia sedang makan. Beliau bersabda: “Mendekatlah ke sini dan makanlah”, Aku berkata, “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”, Maka beliau bersabda, “Mendekatlah ke sini, aku akan membeitahumu berkenaan dengan puasa. Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta’ala menggugurkan (meringankan) setengah hari beban solat ke atas orang yang bermusafir, menggugurkan (memberi rukhsah) ke atas wanita yang hamil dan menyusukan anak akan kewajiban berpuasa. Demi Allah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah mengucapkan keduanya atau salah satu dari keduanya. Aku pun benar-benar menyesal kerana tidak memakan makanan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (715), an-Nasa’i (4/180), Abu Dawud (3408), Ibnu Majah (16687). Sanadnya hasan sebagimana pernyataan at-Tirmidzi)

 

Sumber : Akh. Nawawi Subandi, http://fiqh-sunnah.blogspot.com

7 Comments

  1. assalamu’alaikum,
    Dr terima kasih kerana website ni sgt informatif. Belum habis jelajah lagi, baru terjumpa. Semoga istiqamah. (pjg intro)

    Saya nak bertanya tentang rukhsah utk wanita berpuasa.
    Sesetengah orang seolah tidak bersetuju jika wanita yang menyusukan anak berbuka puasa kerana supply susu badan (yang diperah) tidak mencukupi utk bayi kerana letih berpuasa.

    Satu lagi, apakah yang dikatakan mudarat bagi wanita menyusukan anak ini? Adakah BP rendah, tak cukup susu, letih yg teramat, menggigil dikira sebagai mudarat yang membolehkan rukhsah?

    Adakah benar tindakan ibu2 ini dari segi hukum rukhsahnya?

    Terima kasih..

    Abul Harith : AlhamduliLLAH, saya jawap soalan ini sebagai posting baru. Sila rujuk link http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/09/15/wanita-menyusukan-anak-berpuasa-breastfeeding/. Syukran.

  2. salam..
    saya ingin bertanya, pada thn lepas sy telah pregnant dan mengalami bleeding semasa bln puasa. saya telah ke hospital pd siang hari krn takut miscarriage (sy x tggu waktu mlm krn dr yg oncall mlm tu adalah lelaki). pada ketika itu, sy menjalani speculum&vagina examination dan sy assume puasa sy telah batal dan sy telah pun menggantikannya. tp sy ada dgr pendapat kalau wanita hamil tidak berpuasa krn bimbangkan kandungannya, maka dia wajib qada’ dan bayar fidyah.adakah sy termasuk dlm golongan tersebut?
    satu lagi, kalau buat VE/SE tu mmg btl ke puasa sbb sy dgr ada yg ckp batal, ada yg ckp x batal.harap blh bantu. tq

  3. Asallam… Al Fadhil ‘

    Saya seorang lelaki dewasa nampak sehat ,
    sebaliknya saya penyidap penyakit saraf (young parkinson)
    6 bulan sekali temujanji dengan pakar Nuro .

    Masaalah yg sangat menshahdukan saya !
    Ubat untuk demakan 3 kali sehari (pagi / t’hari dan petang)

    1 Romadhan 1432’H , kebetulan jadual saya dengan Pakar Saraf (NURO) di hospital ipoh , Dr menegaskan ;

    a) Ubat tidak boleh digandakan dosnya untuk (dos pagi + t/hari)
    diambil waktu t/hari .
    b) Mesti mengambil ubat 3 kali sehari kalau gagal ;
    1. Body (anggota kaki,tangan,bahagian tengkok …) saya akan
    jadi kejang .
    2. Badan tidak seimbang (terhoyong-hayang @ macam mabuk)
    3. Hilang keyakinan (lebih selesa memakukan diri)
    4. Mengigil tampa kawalan .
    5. Merosak rutin harian yang kini badan stabil dan selesa dengan
    jadual dan dos ubat yang diambil setiap waktdan hari .
    6. Akan terjadi kesan lebih teruk , kerana sukatan ubat
    tersebut hanya untuk melambat dan mengurangkan
    masaalah akibat penyakit (menurut kajian perubatan , penyakit
    ini ini semakin berat dan akan kekal ………. .

    Sekarang saya masih meeruskan puasa walaupun terpaksa menelan ubat sahaja disiang hari .

    Mohon komen yang jelas dari Al Fadhil ,

    Sekian harap maklum ‘

  4. Assalamualaikum al-fadhil…
    Saya ada sedikit permasalahan berkenaan ganti puasa.
    Mohon penjelasan al-fadhil dan jika tidak menyusahkan mohon emel kepada saya di [email protected].
    Masalah saya seperti berikut.

    Ramadan tahun lepas (2011) saya tidak dapat menyempurnakan puasa kerana mengalami masalah tekanan darah yang sangat rendah dan sedang mengandung (trimester pertama). Saya dinasihatkan makan dan minum oleh doktor. Saya telah meninggalkan puasa selama 5 hari (tidak berturut-turut) kerana bimbangkan keselamatan saya dan kandungan.

    Saya bersalin pada Mac 2012 dan habis pantang pada Mei 2012. Saya cuba untuk menggantikan puasa yang tinggal sepanjang Jun lepas tetapi tidak berjaya kerana saya menyusukan bayi secara eksklusif. Seminggu yang lalu, saya dapati kuantiti susu badan berkurang dan bayi sudah mula diajar minum susu formula. Maka, saya berhajat untuk mula mengganti puasa memandangkan masih ada seminggu sebelum Ramadan tahun ini.

    Malangnya, saya cuma sempat mengganti satu hari sahaja. Saya telah didatangi haid pada hari kedua berpuasa. Berdasarkan jumlah hari haid pada bulan-bulan sebelumnya, saya yakin saya tidak akan sempat menggantikan 4 hari puasa yang masih ada. Saya tahu saya masih perlu mengkada’kan puasa tersebut tetapi adakah saya perlu membayar fidyah? Jika ya, bagaimana dan di mana perlu saya jelaskan fidyah tersebut? Adakah sah jika saya wakilkan suami untuk membayarnya bagi pihak saya?

    Mohon penjelasan dari pihak tuan.
    Terima kasih.

Leave a Reply to Wanita Menyusukan Anak Berpuasa (Breastfeeding) « Isu Fiqh Perubatan KontemporariCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *