Keliru Haid Ketika Puasa

Saya mempunyai waktu haid kebiasaannya 7-8 hari. Baru-baru ini saya dapati darah haid saya kurang daripada biasa. pada hari ke 7, setelah keluar sufrah saya telah mandi hadas dan dapat berpuasa pada 1 Ramadhan. Malam itu saya bersama dengan suami.

Keesokan harinya pada waktu saya hendak solat Zohor saya dapati ada lendir keputihan bercampur coklat. saya jadi bingung sama ada boleh solat dan meneruskan puasa atau tidak.

Adakah ianya dikira haid?

Jawapan oleh Abul Harith;

Apabila seorang perempuan melihat cecair putih atau kuning (yang keluar dari rahim selepas tamat haid), dan dia tahu dia sepatutnya suci buat masa itu, maka dia perlu berniat untuk puasa pada malam sebelumya dan harus meneruskan puasa.

Jika dia tidak pasti bila hari dia benar-benar suci, dia perlu memeriksanya dengan kain putih atau tisu. Jika ia bersih, maka teruskan puasa. Jika ia mula berdarah semula sama ada mengalir ataupun tompokan sahaja, maka dia perlu berhenti berpuasa selagi mana dia berada dalam tempoh haid (Fatwa Lajnah Daimah, 10/154)

Jika tidak berdarah sehingga Maghrib dan dia terus berpuasa seperti yang telah diniatkan pada malam sebelumnya, maka puasanya sah. Jika seorang perempuan merasa pergerakan darah haid dalam badannya tapi ia tidak keluar sehingga terbenam matahari, puasanya sah dan tidak perlu diganti. Jika darah haid atau nifas berhenti waktu malam dan dia berniat puasa, namun tidak sempat mandi wajib bila fajar (azan Subuh) menjelang, puasanya masih sah menurut semua ulama. (Fath al-Bari, 4/148)

Begitu juga, jika seorang wanita tahu haidnya akan datang kesokan harinya, dia masih boleh teruskan niat dan berpuasa. Dia tidak perlu buka puasa melainkan dia betul-betul melihat darahnya.

Rujukan : 70 Perkara Berkaitan Puasa oleh Syaikh Muhammad Salih al-Munajjid

12 Comments

  1. jazakallahu khairan kathira atas jawapan yang diberikan…

    Abul Harith: Sama-sama, moga mendapat manfaat dari laman ini, dan mohon disebarkannya.

  2. sudah 5 bulan sy mengalami prolonge menses (PM).. ada kalanya mengalami kejadian serupa dgn abul harith..
    ini bermakna sy sudah TAHU bhw..haid saya akan mengalami gangguan hingga lebih 15hr.. soalan saya..perlukah saya menunggu hingga 15hr (max) utk solat dan puasa sedangkan saya tahu bhw saya sebnrnya berpenyakit iaitu PM td. (krn telah berlarutan lebih 5 bulan)..

    Abul Harith : Wassalam Sdri,

    Prolong menses dikira Istihadah (darah penyakit). Tempoh 15 hari adalah tempoh terpanjang untuk haid mengikut Mazhab Syafie’. Hari yang selebihnya adalah Istihadah dan Sdri, perlulah solat, puasa dan beribadah seperti kebiasaan orang lain.

    WaLLAHu a’lam.

  3. selalunya soalan berkenaan dengan sama ada sudah suci dari haid. tp saya ada masalah mengenal pasti mulanya haid. saya mempunyai irregular period yg mungkin lari hanya 2-5 hari drpd tarikh biasa kadang2. ada masa2nya haid akan terus keluar seperti darah haid biasa. tapi kdg2 hanya seperti gumpalan/ “strings”/ lendir yg berwarna coklat/merah pekat/kotoran. tapi sedikit sahaja. selepas mencuci, terus bersih. ia tidaklah keluar berterusan. selalunya akan berlarutan lebih kurang dua hari. tapi saya tetap juga solat dan melakukan ibadah seperti biasa kerana menganggap itu bukan lagi haid. saya akan berhenti ketika darah betul2 keluar kerana itulah baru saya yakin haid dah bermula. adakah betul cara saya?

  4. salam..saya ingin bertanya bahawa saya selalu datang haid selama 7 @ 8 hari. Tapi selama 3 bulan yang baru ni saya mengalami masalah dimana 4 @ 5 hari setelah saya mandi wajib saya dapati terdapat lendiran coklat kekuningan keluar dari faraj. Saya musykil samaada itu adalah darah haid atau tidak sebab masih belum cukup tempoh 15 hari bagi seseorang wanita yang mengalami haid. Pada ramdhan baru2 ni saya tidak dpt berpuasa pada 1 dan 2 ramdhan kerana masih belum suci drp haid. saya mula berpuasa pada 3 ramdhan tapi pada 7 ramdhan saya dapati ada lendiran coklat kekuningan keluar semula dari faraj. Ia berlaku sejak 3 bulan yang lalu sehinggalah ia terjadi di bulan ramdhan ini.Saya ingin kepastian adakah itu darah haid dan adakah puasa saya sah pada 3 hingga 7 ramdhan itu??

  5. assalamualaikum.
    saya ingin bertanya tentang kemusykilan yang saya alami.

    pada waktu kebiasaanya, terdapat kekuningan, namun pada hari2 menghampiri haid, kekuningan akan menjadi warna cokelat. dari cokelat cerah ke cokelat gelap. namun ia mngambil masa dlm 1@2 hari sebelum darah haid keluar. adakah semasa warna cokelat itu keluar, saya dikira haid atau tidak?

    sekiranya dalam bulan puasa, semasa keluarnya warna cokelat, adakah saya masih perlu berpuasa dan solat?

    sungguh pun begitu, jika dikira hari dari bermula nya warna cokelat sebelum haid hingga habisnya warna cokelat selepas haid memakan masa kira2 7@8 hari sahaja.

    jadi adakah warna cokelat sebelum haid dan warna cokelat selepas haid itu dikira haid? bagaimana solat dan puasa saya dlm tempoh itu?

    mohon jawapan. terima kasih

  6. assalamualaikum….sy datang haid beberapa hari dlm bulan ramadhan,….jd sy kna wt puasa qada pada bln strusnya…..soalan sy,adakah syafaat nya sma dngn berpuasa dbln ramadhandngn puasa qada bg kaum wanita?

  7. Assalamualaikum

    Saya ingin bertanya.Saya sudah berkahwin. Sepanjang bulan puasa saya tidak datang haid sehingga melebihi dari 2 minggu dari tarikh yang sepatutnya..kemudian selepas lebih 20hari keluar sedikit lendir coklat kemerahan.adakah itu haid?

    Mohon jawapan.

    Terima kasih

  8. Sy nk tnya.sy br shj operate krana mengandung luar rahim.sy nk tnya mengenai darah yg keluar dr kemaluan.adakah darah nifas atau darah penyakit atau darah dr kesan pembedahan
    Dan adakah sy blh berpuasa kiranya.darah itu blm beehenti

  9. Salam.sy lepas brsalin 3bulan dan telah suci dari nifas.sy telah mengambil depo(ubat cegah kehamilan)2mggu lepas yng mana ubat ini mempunyai side effect seperti irregular period and spotting. 3ari lepas sy mngalami spotting.adakah ini dikira haid?

  10. Assalamualaikum. Sy ingin bertanya, sy mngambil suntikan perancang kluarga, jd haid dtg sdikit shj tetapi brlanjutan lbih dr 14 hari.saya was was hendak mneruskan solat dan puasa atau tidak.. harap dpt beri penjelasan

Leave a Reply to edzhamCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *