Tiada Dara Malam Pertama

Soalan: Apa yang perlu dilakukan oleh seorang suami jika dia mendapati pada malam perkahwinan bahawa isterinya tidak dara kerana tiada darah.

Dijawab oleh Sheikh Salman al-Oadah

Tiada darah pada malam pertama bukanlah petanda hilang dara (kesucian), apatah lagi Syariah Islam tidak menyatakan sedemikian.

Terdapat banyak sebab mengapa seorang perempuan tidak berdarah. Terdapat beberapa peratus perempuan yang tidak berdarah langsung. Sesetengah perempuan berdarah sangat sedikit sehingga sukar dikenalpasti. Sebahagian wanita lain mungkin mengalami kemalangan minor semasa usia kecil atau terjatuh sehingga mengoyakkan hymen (selaput dara) dan menyebabkan dia tidak berdarah ketika dewasa, dan mereka tidak tahu yang kemalangan itu telah menyebabkan hal sedemikian. Apatah lagi mengangkat objek berat, berlari, atau melompat boleh menyebabkan hymen koyak. Sebahagian perempuan pula terkoyak hymennya kerana sentuhan sendiri.

Bagi sebahagian wanita pula, hymennya tidak koyak sehinggalah dia melahirkan anak.

Kita mestilah mengetahui bahawa keteguhan iman dan kesucian adalah ciri-ciri penting bagi seorang wanita dan ianya tidak tertakluk sama ada hymen (selaput dara) itu wujud atau tidak.

ALLAH s.w.t. menyifatkan wanita beriman sebegini sebagaimana demikian;

فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللّهُ

“Maka wanita yang Soleh, ialah yang taat kepada ALLAH lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana ALLAH telah memelihara (mereka)”

(Sûrah al-Nisâ’: 34)

Sumber : dialihbahasa dari http://islamtoday.com

8 Comments

  1. Salam Dr.
    ana ada sdikit prsoalan..adakah seseorang muslimah yg aktif bersukan di wktu skolah dan remajanya dahulu boleh meneyebabkan kebarangkalian utk hymen koyak? klu ya, bagaimana utk kenalpasti dan mengatasi mslh trsebut?

    Miss Zinnirah:
    http://misszinnirah.wordpress.com

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Zinnirah, syukran atas soalan.

    Selaput dara (hymen) adalah satu membran yang elastik di pangkal vagina. Ia boleh terkoyak disebabkan sukan aktif seperti menunggang kuda, gimbastik, hiking & lompat tinggi. Namun ada juga gadis yang tidak koyak walaupun terlampau aktif. Dan tidak dinafikan ada juga yang memang tiada hymen sejak lahir.

    Satu-satunya cara untuk mengetahui selaput dara yang koyak adalah melalui pemeriksaan fizikal oleh doktor yang pakar.

    Bagaimanapun, hymen yang koyak semasa bersukan & aktiviti lasak bukanlah bermakna gadis itu tidak dara lagi. Erti keperawanan sebenar dalam Islam adalah wanita yang terjaga dari hubungan seks luar nikah sehinggalah dia berkahwin dengan pasangannya yang sah.

    WaLLAHu a’lam.

  2. Salam..saya ingn menhetahui adakah suami akan mengetahui sekiranya isterinya sudah tidak ada dara?macam manakah seseorang lelaki itu akan mengetahui bahawa seseorang wanita itu sudah tidak ada dara?Terima kasih.

  3. Ini berdasarkan beberapa hadis Nabi s.a.w. yang menggalakkan berkahwin dengan anak dara. Sabda Nabi s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan Ibn Majah dengan sanadnya yang hasan: (maksudnya) : “Hendaklah kamu mengahwini anak dara. Ini kerana mereka lebih baik perkataannya, lebih subur rahimnya dan lebih redha dengan yang sedikit”.

    Cuba kena atas batang hidung sendiri

    nak ke kita kepada seorang perempuan yang senang saje memberikan kesucian dirinya kepada lelaki lain

    lebih teruk sekali maruah diri seorang perempuan islam telah di ambil oleh lelaki yang bukan Islam contohnya orang india atau cina

    dimanakah perempuan itu letak maruah dirinya sebagai islam dan lalu memberikan kepada orang bukan islam kerana ditipu dengan janji tipu lelaki bukan islam. Ramai lelaki bukan islam mengatakan perempuan melayu are cheap so they try with janji manis and use old method skill “I will masuk islam”

    Gila x selepas perempuan melayu telah berikan maruah dan dara kepada orang bukan Islam, perempuan melayu tu in the end nak cari Lelaki Melayu yang beragama Islam

    Orang bukan Islam diletakkan tarafnya lebih tinggi daripada lelaki Islam oleh perempuan melayu tersebut kerana telah memberikan dara dan maruah yang tidak dapat dibeli oleh wang ringgit walaupun 1 billion ringgit

    Talk is cheap. To all Lelaki Islam, you nak x you bukan orang yang pertama, dan yang lagi gila tubuh badan dan aurat perempuan yang bakal jadi isteri telah di ratah oleh lelaki lain sebelum kamu.

    Maruah seorang perempuan perlu dijaga. Mesti ada sebab Allah jadikan seorang perempuan itu dilahirkan DARA

  4. bagaimana hendak mengetahui jika seseorang wanita itu pernah bersetubuh sedangkan malam petamanya tiada darah yang keluar?
    adakah wanita yang pernah bersetubuh lubang kemaluannya mudah dibolosi ketika malam petama?

  5. assalamualaikum…saya nak tanya klu kita guna internet tiba2 terlihat benda2 yg menghairahkan…dan tiba2 rasa ada air keluar d kemaluan.adakah kita perlu mandi wajib?

  6. to fadli mereng:
    ak fham ap yang ko cuba mksudkan..tp ur talk lbh kpd org yang conservative..hnestly my gf is dah xdara…die trus trang kt ak and die dah brubah/bertaubat…ak leh trime and accept die seadanya…yes, dara is important but human makes mistake and we as islam people need to guide our own people…if we as muslim have dat kind of sceptical and conservative perspective, siapa yang nk guide and mmperbaiki org2 islam ni…kite pun pernah buat silap or dosa, samaada sedar or xsedar so kite ni pn xthu stakat baik(iman) kite ni…

Leave a Reply to amoreyCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *