Tanam Gigi

Soalan : Gigi depan saya sudah dicabut kerana buruk dan sekarang memakai gigi palsu. Bolehkah saya tanam gigi untuk gantikan gigi palsu kerana banyak masalah pakai gigi palsu ini. Apakah hukumnya? Bagaimana sekiranya saya meninggal nanti kerana ada orang kata apabila kita meninggal semua anggota palsu kita perlu dibuka.

Dijawab oleh Ustazah Sakinah;

Dibolehkan menanam gigi yang telah rosak dan menggantikannya dengan gigi yang baru. Ia tidak termasuk mengubah ciptaan ALLAH kerana pada asalnya gigi tersebut wujud. Kemudian rosak. Tambahan pula proses situ perlu memandangkan gigi sentiasa digunakan. Seorang sahabat pernah mengalami kerosakan hidung akibat peperangan.

Kemudian beliau meminta keizinan Nabi s.a.w untuk menggantikan hidungnya dengan hidung yang diperbuat daripada emas. Lalu baginda membenarkan. Gigi yang ditanam itu tidak lagi perlu dibuka apabila meninggal. Kerana perkara seperti itu tidak pernah disebut dalam nas yang tsabit daripada Rasulullah s.a.w.

Sumber : Soal Jawab Agama ALAF 21, http://agama.zonalaf.com.my

37 Comments

  1. Salam.
    Ayat jawapan di atas seperti dipetik daripada hadith. Boleh sy minta rujukan hadithnya atau siapa periwayat hadith ? Ini untuk rujukan lebih lanjut.
    Syukran..

    Abul Harith : Wassalam, syukran Sdr. Hanani atas kunjungan.

    Hadis tersebut diriwayat dari ‘Arfajah ibn As’ad yang mana hidungnya telah terpotong semasa perang Kilaab ketika Jaahiliyyah, dan dia memakai hidung perak, tapi kerana ia berbau tidak menyenangkan, maka Rasul-ALLAH s.a.w. menyeruhnya memakai hidung yang diperbuat dari emas.

    Ia diriwayat dalam al-Tirmidzi (1770), Abu Daud (4232) dan al-Nasai’ (5161). Diklasifikasikan Hasan oleh al-Albaani dalam Irwa’ al-Ghalil (824).

    WaLLAHu a’lam.

  2. saya nak tanya tentang gigi..masalahnya gigi di depan saya sudah cabut akibat jatuh menyebabkan sumbing gigi…doktor mengesyorkan memakai sarung gigi kekal???bebeza dengan gigi palsu susah hendak menjaganya??/
    saya nak tanya apa hukum memakai sarung gigi kekal dalam islam?

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Lieza, terima kasih atas soalan.

    Jawapannya adalah sama seperti di atas. Prosedur yang anda jalani adalah untuk membaiki keadaan gigi anda supaya lebih baik. Tiada masalah walaupun ia sarung gigi yang ditanam kekal.

    WaLLAHu a’lam.

  3. saya mengalami masalah gigi,gigi depan saya telah rosak,apakah hukum memakai gigi palsu kekal….bagaimana jika saya meninggal dunia..

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Muhammad,

    Jawapan soalan Sdr. telah pun jelas tertulis dalam artikel di atas. Harap dapat baca dengan teliti.

    WaLLAHu a’lam.

  4. salam…..saya ada masalah dengan gigi depan saya dan saya sedang berkira-kira hendak membuat teeth crowning.gigi saya tak rosak teruk sangat tapi keadaan saya yang sealu berdepan dngan pelanggan menbuatkan saya berasa malu.adakah boleh saya memasang sarung gigi pada gigi saya?

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Juni,

    Tiada masalah untuk buat teeth crowning, kerana kerosakan yang berlaku bukanlah asalnya begitu. Sila rujuk fatwa di atas dengan teliti.

  5. apakah hukum mengecilkan gigi asal, untuk memakai gigi palsu jenis sarung? (apa yang saya tahu,mengikir gigi adalah haram.)

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Fadhil,

    Mengikir mengecilkan gigi untuk memakai sarung gigi palsu bukanlah seperti mengubah ciptaan ALLAH. Ia bertujuan untuk perubatan, iaitu membaiki keadaan gigi yang rosak kepada yang lebih baik. Maka tiada halangan dalam hal ini.

  6. Assalamu’alaikum wbkth,

    Merujuk kepada pertanyaan saudara Fadhil di atas,
    mungkin yang saudara Fadhil maksudkan adalah proses mengubah kontur mahkota/crown gigi asal sebelum disarungkan gigi palsu.

    Pengasahan gigi ini merupakan salah satu proses atau tahap yang perlu dilalui oleh pesakit sebelum menentukan design gigi palsu untuk pesakit. Tahap ini dilakukan sebagai salah satu bentuk “mouth preparation” setelah pesakit didiagnosa. Tujuan dilakukan “mouth preparation” adalah supaya pesakit dapat memperoleh kesihatan oral yang optimal, dan menghapuskan faktor2 yang boleh mengganggu gigi palsu tersebut dapat dipakai & digunakan bagi menggantikan gigi asal utk tujuan mengunyah, berbicara, dan lain2.

    Perubahan kontur mahkota ini perlu dilakukan dengan cara pengasahan atas pelbagai sebab-secara umumnya saya ringkaskan, ia bertujuan sbg RETENTION, supaya gigi palsu tersebut fix dan benar2 muat ketika disarungkan.

    Walaubagaimanapun, pengurangan struktur mahkota/crown ini haruslah dijelaskan terlebih dahulu kepada pesakit dan mendapatkan persetujuaanya untuk dilakukan.

    Dilihat dari sudut fiqh nya, pengasahan gigi untuk diletakkan gigi palsu tidaklah bertujuan untuk kecantikan semata-mata, tetapi ia lebih bertujuan ke arah perawatan, iaitu mengembalikan fungsi normal gigi.

    WA.

    Abul Harith : Terima kasih Dr. Hani atas perkongsian & maklumat. Sumbangan Dr. terutamanya tentang bab pergigian di laman ini sangat dialu-alukan. Moga ia memberi manfaat buat semua pengunjung.

  7. apa hukum memasang pandakap gigi atas sebab untuk memperbaiki keadaan gigi agar nampak lebih cantik? tanpa ada masalah gigi. hanya semata-mata agar gigi kelihatan lebih cantik dari asalnya.

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Hayat,

    Memakai pendakap gigi untuk mencantikkan gigi bukanlah seperti mengubah ciptaan ALLAH. Ia sekadar memperelokkan barisan gigi yang kurang teratur. Ia samalah qiasnya seperti membuat memotong rambut mengikut selera fesyen tersendiri.

  8. salam

    saya mengalami gigi depan yang rosak. ada juga terfikir untuk pegi buat crowning @ tanam gigi. tapi agak risau coz tak pasti ngan hukum tersebut. disebabkan saya bekerja di “frontline” mmg memalukan bila berdepan dgn org ramai. adakala nya keadaan gigi saya dijadikan senda oleh org sekeliling, bila berhadapan dengan keadaan tersebut,saya terasa seperti terlalu kecil dan amat jauh hati utk berdepan dgn org.

    terima kasih di atas artikel ini..skrg saya tidak berasa ragu-ragu lagi.

  9. salam.
    bole sy tau apa hukum mengikir gigi.
    sebab gigi depan agk besar berbanding dngan gigi yg lain.
    jd apabila brhadapan dengan org sy agak malu untuk memberikan senyuman dengan menampakkkan barisan gigi sy .

  10. salam,
    saya nak tahu apa hukumnya jika saya ingin menanam gigi depan saya kerana gigi depan saya agak jongang dan berwarna kehitaman akibat ditampal simen warna hitam di zaman persekolahan dulu. saya sudah pergi ke klinik swasta dan menukar tampalan hitam itu ke tampalan berwarna putih. tapi akibat terlalu lama, tampalan hitam itu tak dapat dihilangkan dan menjadi kekal. jadi yang menjadi kemusykilan saya, apakah hukumnya jika saya ingin menanam gigi dan adakah gigi yang ditanam perlu dicabut jika meninggal dunia?

  11. Bolehkah saya membuat crowning gigi semata2 utk tampil cantik di mata suami. boleh jelaskan hukumnya?? terima kasih.

  12. Selepas berkahwin dan beranak lima, banyak parut yang timbul akibat bersalin dan parut besar demam campak pelentung (air).
    Saya nak tahu, apa yang boleh saya lakukan untuk menghilangkan parut-parut tersebut. Berapakah kos nya?
    Terima kasih doktor!

    Abul Harith : Wassalam Puan Has,

    Parut (striae) selepas melahirkan anak adalah normal dan berlaku kepada kebanyakan wanita kerana faktor hormon, lemak atau regangan. Saya syorkan Puan berjumpa pakar kulit untuk mengatasinya. Maaf, saya tidak tahu kosnya.

    WaLLAHu a’lam.

  13. SALAM..SAYA NK TANYE GIGI DEPAN SAYA TELAH ROSAK DAN DOKTR SYORKAN MEMAKAI CROWN DAN SAYA TELAH MEMBUATNYA.TETAPI GIGI BAHAGIAN BAWAH SAYA PULA RENGGANG AKIBAT KEKURANGAN GIGI YG TELAH DICABUT DAN SAYA INGIN MEMAKAI PENDAKAP GIGI SERTA SERTA BRACHES DAN APE HUKUM NYA SEKIRANYA SAYA MEMAKAI KETIGA2 PENDAKAP SERTA CROWN.ADAKAH SEMASA MENINGGAL NNT SEMUA PERLU DICABUT…TQ.

    Abul Harith : Wassalam Sdr. AS,

    Hukumnya harus kerana dikira membaiki kecacatan. Gigi crowning tidak perlu dicabut semula jika meninggal, kecuali yang mudah dicabut seperti braces atau gigi palsu.

    WaLLAHu a’lam.

  14. slm, saya musykil mengenai tanam gigi ni.saya ada soalan. mcm ni, salah satu gigi saya patah akibat kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu. sekarang ni saya memakai gigi palsu untuk menutup gigi yang patah tu.baru-baru ni saya pergi berjumpa dengan doktor gigi. doktor gigi tersebut mengesyorkan saya untuk buat tanam gigi. dia beritahu dekat saya senang bg saya di kemudian kelak untuk tidak memakai lagi gigi palsu. persoalan saya sekarang ini. haruskah saya buat tanam gigi yang di cakapkan itu? kalau saya lakukan tanam gigi tersebut.adakah perlu di cabut semula gigi tersebut bila ajal dh sampai?

    Jejaka musykil

    Wassalam Sham,

    Hukumnya harus kerana dikira membaiki kecacatan. Ia juga tidak perlu dicabut semula jika meninggal.

    WaLLAHu a’lam.

  15. assalamualaikum,
    sy ingin ingin bertanye,apakah hukumnya jika sy memakai gigi sarung kekal?sy ingin memakai gigi sarung kekal adalah kerana ada beberapa gigi sy yg agak jarang dan doktor telah memberitahu bahawa sy tidak boleh mengikat gigi kerana struktur gigi yg tidak mengizinkan dan doktor mencadangkan supaya memakai sarung gigi kekal.apalah hukumnye jika sy memakai sarung gigi kekal walaupun gigi yang asal masih elok tetapi jarang?

  16. assalamualaikum,
    sy ingin ingin bertanye,apakah hukumnya jika sy memakai gigi sarung kekal?sy ingin memakai gigi sarung kekal adalah kerana ada beberapa gigi sy yg agak jarang dan doktor telah memberitahu bahawa sy tidak boleh mengikat gigi kerana struktur gigi yg tidak mengizinkan dan doktor mencadangkan supaya memakai sarung gigi kekal.apalah hukumnye jika sy memakai sarung gigi kekal walaupun gigi yang asal masih elok tetapi jarang?terima kasih

  17. 10 tahun yang lepas saya terjatuh basikal dan gigi depan saya patah. bolehkah jika saya ingin menampal kerosakan gigi di bahagian depan saya dan apakah hukumnya.

  18. salam,
    1. nak tanya berapa kos sebatang gigi tanam?
    2. berapa lama masa diambil untuk menanam 7batang gigi atas? adakah bole dilakukan serentak pada hari yang sama?
    3. apa kesan tanam gigi? adakah ini pilihan terbaik menggantikan gigi yang rosak?
    terima kasih.

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Haikal.

    Maaf, saya tidak dapat jawab soalan Sdr. Saya syorkan Sdr. berkunjung ke pakar orthodontik atau doktor gigi bertanyakan hal ni. Kos, masa & prosedur bergantung kepada jenis operasi Sdr.

    Laman ini tidak menyediakan khidmat nasihat secara langsung berkenaan kesihatan. Ia sekadar membincangkan hukum hakam prosedur perubatan semasa.

    Apapun, merawat gigi yang rosak dengan cara yang dibenarkan Syara’ adalah perlu buat Sdr.

  19. assalammualaikum

    saya mempunyai masalah warna gigi dan tidak tahan menjadi bahan ejekan rakan2 dan saya rasa merendah diri dengan kekurangan ini, jadi saya ingin membuat rawatan whitening.adakah ianya haram mengikut hukum islam?

  20. saya mengalami masalah pergigian yang teruk menjadikan sy perlu pakai sarung gigi palsu. adakah sah wujud jika saya tidak menanggalkan sarung gigi palsu tersebut kerana dikhuatir sarung tersebut akan rosak.

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Nor,

    Wudhu’ tetap sah walaupun pakai gigi palsu. Anggota wajib untuk sah wudhu’ hanya empat; wajah, 2 tangan, kepala & 2 kaki.

    Membasuh mulut hukumnya sunat sahaja. Manakala gosok gigi sebelum menunaikan solat juga Sunnah yang amat dituntut seperti dalam hadis Nabi s.a.w.

  21. salam
    hampir kesemua gigi saya telah rosak disebabkan oleh masalah karies gigi..bolehkan saya mencabutnya dan menggantikan dengan cara menanam gigi..terima kasih…muar johor.

  22. sya ingin bertanya gigi sya mempunyai brisan yg tidak teratur hal ini membuatkan sya sngt susah untuk berkomunikasi dengan org lain krn mlu.. soalan sya bolehka sya mengikir gigi untuk memperbaiki susunan gigi sya agr lebih rata dan teratur apa hukumnya??

  23. Salam,
    kalau gigi kita kuning sebb slalu minum kopi, nak putihkan gigi…ada 2 cara yg disyorkan: 1) bleaching mengunakan laser…tapi lama kelamaan kalau kerap jugak minum kopi akan jadi kuning balik.. 2) menggunakan porcelain veneers (lapisan nipis yg dilekatkan di permukaan gigi)…veneers jenis lama lebih murah krn memerlukan sedikit penipisan gigi sebelum proses pelekatan dilakukan…manakala veneers yg terbaru lebih mahal kerana lebih nipis dan tak perlu penipisan gigi dan boleh terus dilekatkan di permukaan gigi…dan kalau diberi pilihan saya akan pilih veneers yang jenis lama saja….tetapi seperti yg sy katakan tadi, ia memerlukan sedikit penipisan sebelum dilekatkan di atas gigi..satu kelebihan veneers, ia bukan sahaja dapat memberikan gigi putih yang lebih kekal tapi dapat meratakan gigi jugak….apa hukum menggunakan veneers?? dengan tujuan nak putih gigi dan nak bagi bentuk gigi cantik??

  24. salam..gigi hadapan sy agak besar dan panjang membuatkan sy agak malu untuk senyum menampakkan gigi. apakah hukumnya sekiranya sy mendapatkan rawatan utk mengecilkan gigi atau yg sewaktu dengannya? adakah sy mengubah ciptaanNya? minta bantuan kerana sy akan berkahwin tidak lama lg. tq

Leave a Reply to HaniCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *