Solat Dalam Keadaan Hadas Kerana Uzur

Soalan: Apakah hukum jika sesuatu keluar dari qubul dan dubur? Bagaimana jika seseorang mengeluarkan angin dari duburnya, walaupun dia telah mengambil wuduk lebih dari lima kali? Bagaimana pula jika dia terus melakukan solat itu. Adakah dikira darurat?

Jawapan:

Pertama, masalah sesuatu yang keluar dari qubul dan dubur terlalu banyak seperti air mani, air mazi, air wadi, air kencing, tahi, darah haid, darah istihadoh dan darah nifas. Kesemua perkara berikut berbeza hukumnya. Umpamanya, jika air mani keluar seseorang wajib mandi junub. Jika air kencing pula dia wajib membasuhnya.

Kedua, mengeluarkan angin dengan sengaja tanpa keuzuran jelas membatalkan wuduk. Namun, jika penyakit berlanjutan seperti kembung sekali sekala tidak mengapa. Dalam hal ini, seseorang perlu berwuduk setiap kali ingin menunaikan solat. Tidak perlu menghiraukan kentut yang keluar.

Ketiga, sah solat orang yang bernyakit seperti wanita yang mengalami darah penyakit (istihadoh). Begitu juga dengan lelaki yang mengalami kencing tidak lawas (dedas) dan sebagainya. Walahu a’lam.

Sumber : Soal Jawab Agama ALAF 21, http://agama.zonalaf.com.my

One comment

  1. Kaedah ad-Dharurat merupakan salah satu kaedah yang paling penting dalam proses pembinaan hukum al-Fiqh, khususnya dalam bidang yang berkait dgn perubatan. Bidang perubatan merupakan bidang yang paling banyak hubungan dengan kedaan darurat atau terdesak. Keadaan darurat tersebut telah menimbulkan beberapa keadaan yang berbeza daripada kebiasaan umum.
    Hasil daripada keadaan ad-Dharurat atau terdesak ini, maka lahirlah hukum-hukum baru yang berbeza dari keadaan biasa. Perbezaan ini terhasil disebabkan pengecualian atau keperluan (hajat) yang terdesak atau ad-Dharurat.
    Para ulama telah mengariskan beberapa kaedah al-Fiqh berkait dengan ad-Dharurat, antaranya :
    1- Ad-Dharurat Tubuhul al-Mahzurat.
    ertinya :” Keadaan terdesak (ad-Dharurat) merupakan asas untuk mengharuskan sesuatu yang ditegah”.

    2- اAl-Masyaqah Tajlibu al-Taisir.
    ertinya :” Keadaan Masyaqah (kesusahan) akan dihapuskan melalui kemudahan”.

    Kedua kaedah ini boleh diguna pakai untuk menyelesaikan masalah yang dialami oleh orang yang bertanya di atas. Dimana penyakit dialami tersebut merupakan ad-Dharurat atau kepayahan yang mengharuskannya bersolat, walaupun wudhuknya telah terbatal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *