Soal Jawab Ringkas Sekitar Masalah Wanita dan Kelahiran

1. Mengazankan bayi

Soalan: Apa yang harus diucapkan selepas bayi dilahirkan?

Jawapan: Hendaklah dilaungkan azan pada telinga kanannya seperti azan untuk Solat, sebagaimana yang dilakukan Nabi s.aw. ketika Hasan anak Fatimah dilahirkan, agar kalimat pertama yang masuk ke telinganya adalah kalimat takbir dan tauhid.

2. Solat Jenazah bagi Bayi Gugur

Soalan: Adakah bayi yang gugur wajib disolatkan?

Jawapan: Bayi yang gugur tidak perlu disolatkan kecuali jika dia lahir dalam keadaan hidup, meskipun hanya beberapa minit.

3. Hukum Menggugurkan Kandungan

Soalan: Sebahagian orang beranggapan bahawa menggugurkan kandungan dibolehkan asalkan janin belum berusia tiga bulan. Apakah pendapat ini benar? Apa yang harus dilakukan oleh orang yang membantu menggugurkan kandungan yang belum berusia tiga bulan, jika pada waktu itu dia belum mengetahui hukumnya? Adakah dia harus membayar kafarat pembunuhan satu nyawa kerana perbuatannya itu?

Jawapan: Pada dasarnya -menurut pendapat yang saya pandang kuat- menggugurkan kandungan tidak dibolehkan kecuali kerana uzur. Apabila dilakukan sebelum kandungan berusia empat puluh hari, maka hal itu masih ringan, lebih-lebih jika uzur, maka alasannya kuat. Adapun setelah kandungan berusia lebih dari empat puluh hari yang ketiga (iaitu 120 hari) maka tidak boleh digugurkan sama sekali.

4. Hukum Memasang Alat Cegah Hamil

Soalan: Bagaimana hukum memasang alat-alat kontrasepsi pada wanita dan lelaki untuk mencegah kehamilan, baik terhadap Muslim mahupun terhadap non-Muslim?

Jawapan: Tidak boleh, kerana hal itu sama seperti mengubah ciptaan ALLAH, serta termasuk perbuatan dan hiasan syaitan. Kecuali dalam keadaan sangat darurat, misalnya jika kehamilan membahayakan si ibu, sedangkan cara pencegahan lain tidak ada. Maka hal ini merupakan darurat kepada individu yang jarang terjadi, dan diukur dengan kadarnya, serta tidak boleh dijadikan kaedah atau amalan umum.

Sumber : disunting & dialihbahasa dari Fatawa Mua’siroh oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi

73 Comments

  1. Dari sumber yg ana dpt, amalan ini tiada sandaran hadis yg sahih.

    Mereka yg menyokongnya berdalil dengan hadis berikut:

    Hadis 1

    “Dari Abu Rafi’ ia berkata : Saya pernah melihat Rasulullah s.a.w. membaca azan (seperti azan sembahyang) pada telinga Hussain apabila dia dilahirkan oleh Fatimah.” (Riwayat Imam Ahmad)

    Hadis ini diriwayatkan juga oleh imam Al-Hakim dan Al-Baihaqi. Imam Abu Daud dan Tirmizi dengan org yg dibacakan azan adalah Hasan, bukan Hussain. Hadis ini disahkan oleh Imam Tirmizi. Kemudia diriwayatkan pula oleh imam Abu Nu’aim dan Tabarani dengan lafaz

    “Beliau (Rasulullah s.a.w.) membaca azan pada telinga Hasan dan Hussain r.a.”

    Masaalah kepada hadis pertama ialah hadis yang diriwayatkan oleh imam2 tersebut melalui jalan ‘Ashim bin Ubaidillah, yang dituduh keras oleh Imam Syu’bah sebagai pendusta. Imam Bukhari, Abu Zarah dan Abu Hatim pula berkata bahawa riwayatnya mungkar. Imam Daraquthi berkata riwayatnya tidak boleh diterima sebab kelalaiannya. Imam Ibnu Khuzaimah berkata: Aku tidak suka berdalil dengan riwayatnya kerana ingatannya tidak kuat.
    Hadis ini juga dilemahkan oleh Imam Ibnu ‘Adi.

    Dengan alasan ini tertolaklah hadis ini.

    Hadis 2

    “Dari Hussain bin Ali bin Abi Tholib, dia berkata : Nabi s.a.w. pernah bersabda : Barangsiapa yang mempunyai anak yang baru dilahirkan, kemudian dibacakan azan pada telinga kanan dan iqamah pada teling kiri, dia tidakakan diganggu Ummu Syibyan.” (Riwayat Abu Ya’la)

    Imam sayuti telah melemahkan hadis ini dalam kitabnya Al-Jami’ush-Shaghir (juz 2, muka 182)

    Kesimpulan yg ana ambil, azan hanya untuk panggilan sembahyang. bukan anak kecil.

    Adakah keterangan ini sahih dan kesimpulan yg ana ambil betul?
    Minta pencerahan.

  2. As-Salamua’laykum…

    Syukran kepada Sdr. FAZH & Sdr. Haikal atas makluman & pembetulan.
    Ana mengambil pendekatan sepertimana Imam Syafie, “Jika sahih suatu hadith itu, itulah mazhabku”.
    Maka, hujah anda berdua semestinya lebih tepat dan diterima pakai.
    Di pihak ana, ana telahpun menyertakan sumber untuk rujukan dan ana akui edisi dari Fatawa Mu’asirah al-Qaradawi yang ada pada ana yang belum ditahqiq hadithnya. Ana mohon berlepas diri dari RABB al-JALIL akan kesilapan ini kerana telah pun berusaha untuk menyampaikan ilmu ini dengan amanahnya.
    WaLLAHu a’lamu bima Shawab, WabiLLAHi Taufiq.

  3. :Salam:
    Isk, Mereka yang kata mengAZANkan bayi itu bid3ah dholalah adalah mereka yang cetek pemahaman mereka tentang apa itu bid3ah dholalah. Kena faham betul2 apa itu bid3ah, jangan main bedal sahaja menghukum sesuatu itu bid3ah.

    Syeikh Yusof Qardhawi keluar fatwa dalam kitab, bahawa mengazankan bayi itu HARUS. Jangan sekali2 disangka Syeikh Mujtahid Zaman Kini itu ketika tulis kitab tidak rujuk kitab hadis, tidak baca pelbagai riwayat yang ada bagi satu hadis. Menghukum wajib atau terlarang sesuatu perkara bukan hanya berdasarkan satu hadis, inikan pula apabila menghukum suatu benda HARUS. Asal setiap perkara adalah HARUS kecuali ada dalil jelas mengHARAMkan atau meWAJIBkan.

    Apa dalil jelas mengAZANkan bayi itu bid3ah dholalah bertentangan dengan syari3at dan terlarang?

  4. Ada hadis yg menunjukkan Rasulullah saw azankan cucu2 baginda semana baru lahir..bleh rujuk balik.

  5. Wassalam & Syukran kepada Sdr. HangLekiu & Ahmad Farid,

    Berkenaan dengan status hadis ar-Rasul s.a.w. mengazankan cucunya, ianya telah pun diterangkan oleh respon Sdr. FAZH dengan jelas. Jika Sdr. ada tashih (hujah yang mensahihkan hadis) tersebut, harap boleh diutarakan untuk manfaat bersama.

    Dalam membahaskan soal hukum hakam syariat Islam, mizan (neraca pertimbangan) bukanlah dengan menyandarkan suatu hujah itu kepada ulama’ atau tokoh. Prinsip kita sebagai Muslim yang cermat, prihatin dan ikhlas dalam mempertahankan kesucian syariat Islam ialah “La Tanzhuru al-Haq bir-Rijal, I’rifi al-Haq, Fa Ta’rifu r-Rijal”. (Janganlah kamu menilai kebenaran itu dengan melihat orangnya, ketahuilah kebenaran [dahulu], maka kamu akan tahu [kebenaran] orang itu). Saya adalah seorang yang amat mengagumi ketokohan dan arif sumbangan Syeikh al-Qardawi selaku Mujtahid zaman ini, namun perlu kita akur bahawa tiada seorang pun ma’sum, terpelihara dari dosa dan silap melainkan Nabi s.a.w. Dan boleh jadi walaupun tokoh / ulama’ itu tak tersilap, namun tiada siapa yang sempurna dan mengetahui semua hal 100%. Maka sikap kita dalam isu ini, kita berterima kasih atas usaha tokoh tersebut menyampaikan ilmu & kebenaran Islam dan kita memohon ampun baginya andai ada kesilapan & kelupaan yang tak disengajakan dipihaknya. Kita ambil manfaat selagi ianya benar dan moga ALLAH menganjarinya. Dan andai datang hujah kebenaran yang lebih terang dari kitab al-Quran & as-Sunnah, maka sewajarnya kita akur dengan hal tersebut.

    Seterusnya, kaedah “Asal setiap perkara adalah harus melainkan ada dalil jelas yang mengharamkan atau mewajibkan” tidak terpakai dalam hal ini. Ia hanya diterima pakai dalam isu yang melibatkan mua’malah, halal haram dan urusan dunia yang umum. Dalam hal ibadah sebegini, kaedah yang diguna adalah “Asal setiap amalan ibadah itu adalah HARAM melainkan jika ada dalil yang mengharuskan, membenarkan ataupun mewajibkannya.” Maka, kita tidak disuruh dan tidak boleh mengganggap semua amalan adalah ibadah walaupun baik, sehinggalah ada dalil yang membenarkannya. Kaedah-kaedah fiqh ini diulas dengan lanjut oleh Syeikh al-Qardawi dalam bab-bab awal dalam bukunya ‘al-Halal wal Haram fi al-Islam’. Semua pengunjung disyorkan menelaah buku ini.

    Moga apa yang yang diterangkan memberi pencerahan & manfaat kepada semua. WabiLLAHi Taufiq, Wassalam.

  6. :SaLam KemBali:

    Saya menghormati dan kagum dengan huraian FAZH tentang hadis dan ilmunya, dan tiadalah saya layak untuk berhujah berkenaan tashih hadis tersebut kerana bidang ini bukanlah bidang pengajian saya jauh sekali…

    Saya lebih berminat untuk membincangkan tentang sunnah mengazankan bayi di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri:-
    Ternyata sunnah dan galakan (bahkan disebut sebagai ADAB menyambut bayi) dengan azan dan iqamah ini bukan datangnya dari Syeikh Qaradawi seorang malah saya dapati turut disepakati oleh JAKIM juga oleh Persatuan Ulama’ Malaysia, PUM, yang saya kira mengambil kira pandangan ramai sekali ulama (tulen). Saya amat musykil bagaimana begitu ramai sekali ahli ilmu boleh tersilap semuanya dalam permasalah ini (kalau mengikut huraian saudara).

    Dalam membahaskan soal hukum hakam Islam, saya kira benar bahawa neraca kita bukanlah bersandarkan kepada ulama’ atau tokoh semata2, malah saya kira bukan juga berdasarkan pemahaman terhadap hadis (satu/dua hadis sahaja) tanpa kepakaran dalam ilmu2 alat (untuk mengeluarkan hukum). Berkenaan perkara ini saya suka mengajak saudara mengambil iktibar daripada sikap Imam Malik yang banyak menjawab XTAHU apabila disoal tentang hukum.Rujuk Sini.

    Dan bicara saudara bahawa melainkan Nabi, semua orang boleh jadi TERsilap kerana semuanya tidak ma’sum; maka saya kira diri saya dan diri saudara juga tidak ma’sum malah mungkin lebih TERalpa, TERsilap, TERpesong dalam semangat berkobar2 menyampaikan Islam; berbanding orang alim seperti tokoh Dr Yusoff Qardawi. Moga diampunkanNya! Suka untuk saya kongsikan kisah perdebatan Dr Sa3eed Ramadan alBouty dengan orang yang tidak mahu bermazhab; pandai2 sendiri atau ikut imam mujtahid? Atau kata2 Syeikh alBani sendiri.

    Berkenaan kaedah “asal setiap perkara adalah harus melainkan ada dalil jelas yang mengharamkan atau menghalalkan”, saya telah merujuk kitab Halal wal Haram Fil Islam karangan Dr. Yusuf Qardawi. Cuma ingin saya tambah sedikit bahawa kaedah yang disebut itu berada pada Bab 1 berkenaan Mabadi’ Islam fi sya’ni halal wal haram, yakni ASAS2 Islam dalam soal Halal Haram, dan saya dapati perbincangannya amat ringkas. Untuk betul2 memahami kaedah ini serta aplikasinya saya syorkan baca kitab yang mengkhusus tentang Qawaid Feqh. Saya kira cukuplah sekiranya saya perturunkan disini petikan khutbah Jumaat daripada Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS berkenaan bidaah.(akhir dan hujung post)

    Moga apa yang yang diterangkan memberi pencerahan & manfaat kepada semua. WabiLLAHi Taufiq, Wassalam.

  7. Salam,

    Syukran kepada Sdr. HangLekiu atas maklumat untuk perkongsian dan manfaat bersama. Saya amat menghargai kesungguhan Sdr. yang mengemukakan dalil dan hujah dari penyelidikan Sdr.

    Sejak awal lagi, saya tidak pernah memberi kata putus dengan melulu mengatakan mana-mana pihak betul, salah, bidaah dan sebagainya. Selagimana semua pihak mempunyai hujah, dalil dan mengikuti manhaj, ruh dan prinsip ilmiah dengan sebenar-benarnya, terserahlah kepada mereka untuk memilih apa yang mereka yakini. Yang kita risaukan, adalah sikap mengikut secara membuta tuli.

    قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَى شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَى سَبِيلاً (84) سورة الإسراء
    Katakanlah: “Tiap-tiap orang berbuat menurut keadaannya masing-masing”. Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya.

    Syukran, Wassalam.

  8. ASSALAMUALAIKUM..
    HANG LEKIU. SECARA JUJURNYA, KAMU MENAMPAKKAN KESUNGGUHAN PADA KALAM. AKU TIADA NAMPAK PADA PERBINCANGAN KAMU MELAINKAN MEHEBAHKAN KEHEBATAN. YAA…. KAMU HEBAT PADA MENELAAH, TAPI FAQIR PADA MENYAMPAIKAN APA YANG PERLU DISAMPAI. YANG JELAS AKU NAMPAK, KAMU MENGUTIP ILMU DARI APA YG TERCAPAI KEMUDIAN MEMPERAGAKANNYA DI KHALAYAK SAMBIL CUBA MENNGANGKAT KETINGGIAN ILMUMU. itulah kebodohan org2 yang berilmu.

  9. Wassalam,

    Sdr. Saladen, saya menghormati pendirian Sdr., Dalam tradisi keilmuan, memang sepatutnya kita bertegas dengan kebenaran, namun kita mestilah beradab dalam menegakkannya.

    Saya menganjurkan perbincangan ilmiah di laman ini. Harap dijauhkan sekali dari emosi, rasa & fanatik. Martabatkanlah fakta, angka, hujah dan dalil terutamanya dari al-Quran & as-Sunnah. Begitulah pendirian kita sebagai akademik.

    Mempunyai perdebatan & perbincangan di arena akademik adalah satu yang harmoni dan sihat yang akan menyuburkan keilmuan Islam. Justeru, saya menyeru kepada semua agar bertindak sebagai ahli penyelidik yang professional, tidak taksub dan berhemah dalam menyampaikan.

    Saya mohon keampunan ALLAH untuk diri saya dan semua pengunjung laman ini. Tiada apa yang saya harapkan melainkan manfaat buat semua dari isi laman ini. Moga ALLAH memelihara kita semua.

    Wassalam.

  10. saya berumur 24 tahun dan sudah berkhawin.bagaimanakah untuk mengatasi masalah payudara yang tidak mengeluarkan puting, tetapi apabila disentuh atau menerima rangsangan barulah puting akan muncul.adakah ini akan berterusan….

    bagaimana untuk mengatasi masalah semasa persetubuhan apabila terlalu geli sehingga tidak dapat meneruskan seks.

  11. Wassalam Sdr. Mimi & terima kasih atas soalan.

    Mengenai masalah seks Sdr., cara pengurusannya mungkin lebih kepada kaedah psikologi. Maka, Sdr. disyorkan mendapat khidmat nasihat dari pakar yang lebih arif. Konsultansi secara langsung lebih elok kerana Sdr. boleh menceritakan masalah Sdr. dengan lebih terperinci dan pakar tersebut boleh memberi jawapan secara khusus tentang hal tersebut. Antara tempat yang menawarkan khidmat nasihat dalam hal ini adalah Klinik Nur Sejahtera dibawah kelolaan Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara yang terletak di Jalan Raja Laut dan mempunyai cawangan di negeri lain. Boleh rujuk http://www.lppkn.gov.my/BM/.

    Berkenaan soalan Sdr. mengenai puting payudara, saya sekadar melampirkan jawapan dari seorang pakar sakit puan di bawah ini;

    WALLAHu a’lam.

    “BERJUMPALAH doktor untuk kepastian mengenai keadaan anda. Mungkin anda mempunyai puting payu dara tetapi tersorok ke dalam.

    Keadaan ini dinamakan inverted nipple. Jika benar, ia boleh dibetulkan namun teknik ini memerlukan kesungguhan dan kesabaran.

    Anda boleh mencuba meletakkan ibu jari dan jari telunjuk di bahagian areolar pada sempadan luar pangkal kawasan puting sepatutnya terletak, kemudian menggerakkan kedua-dua jari terbabit ke arah bertentangan untuk “membuka” kawasan puting dan membolehkan puting timbul keluar.

    Pada awalnya, puting mungkin termasuk semula ke dalam, namun lama-kelamaan ia akan kekal berada terkeluar daripada permukaan kawasan terbabit. Ini mungkin mengambil masa berbulan-bulan, ia memerlukan ketekunan.

    Anda boleh mengamalkannya pada waktu lapang seperti sewaktu mandi atau hendak tidur. Inverted nipple lazimnya suatu keadaan yang tidak bahaya, ia juga tidak menghalang penyusuan badan sekiranya menggunakan teknik yang betul.

    Ada juga keadaan puting ini sebenarnya termasuk ke dalam akibat tarikan oleh tisu fibrous di dalam payu dara, ini mungkin memerlukan sedikit pembedahan membebaskan tarikan berkenaan.”

    Kemuskilan ini dijawab oleh
    Dr. Adilah Ahmat
    Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

  12. saya bersama suami 5 hari sebelum tarikh datang haid..tapi selepas bersama hingga kini masuk bulan ke 2…saya tidak datang haid apakah saya hamil ? tapi suami saya pancut di luar faraj…

    Abul Harith : Terima kasih Puan Shera atas soalan.

    5 hari sebelum datang haid adalah tempoh subur. Hubungan seks pada waktu ini boleh membawa kepada kehamilan.

    Ketiadaan haid selama 2 bulan adalah petanda Puan hamil. Walaupun suami Puan mengamalkan pancutan luar rahim, namun masih ada kemungkinan sperma sudah terpancut ke dalam rahim sebelum sempat dikeluarkan. Ia juga boleh berlaku disebabkan sperma yang masih ada apabila hubungan seks disambung semula. Teknik memancutkan mani di luar rahim bukan 100% berkesan untuk mengelakkan kehamilan.

    Puan dinasihatkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan samaada tiada haid kerana sebab penyakit ataupun sedang hamil. Tahniah sekiranya Puan hamil.

    WaLLAHu a’lam. Wassalam.

  13. hadis azan adalah thaif

    Abul Harith : Syukran Sdr. Farah atas keprihatinan tentang hadith di atas. Ianya telah dibincangkan melalui komen yang ada di atas.

  14. hai..saya sudah berkahwin 6bulan.namun sehingga kini saya belum hamil.sebelum ini,haid saya teratur sehingga 2bulan yang lalu,haid saya lambat.saya membuat ujian kehamilan tapi negatif.setelah itu,saya telah haid tapi darahnya hanya sedikit (1hari)dan cair.begitu juga bulan seterusnya..boleh doktor jelaskan apa masalah saya?

    Abul Harith : Wassalam Puan Aleesya,

    Puan boleh berjumpa pakar sakit puan atau O & G di mana-mana hospital untuk pemeriksaan. Berdasarkan cerita Puan, boleh jadi Puan telah mengandung 2-3 bulan. Pregnancy test strip yang dijual di farmasi tidak semestinya menunjukkan keputusan tepat jika kita sudah mengandung lebih 2-3 bulan.

    WaLLAHu a’lam.

  15. assalam’ualaykum.
    saya ingin bertanya satu soalan tentang masalah wanita.
    saya baru habis tempoh haid. pada hari ke-7 memang benar2 tiada lagi darah yang keluar dan saya telah pun mandi wajib dan menunaikan kewajipan seperti solat.. tapi pada hari ke-10, keluar cecair pekat berwarna coklat daripada kemaluan saya. tapi cecair itu diyakini bukan darah. saya musykil, adakah saya masih dikira haidh (kerana belum melebihi tempoh maksimum haidh iaitu 15 hari)? buat pengetahuan pihak berkenaan, saya memang biasa mengalami keputihan, tapi selalunya ia berwarna kuning cair dan tidak begitu banyak. harap kemusykilan saya akan terjawab.
    terima kasih. wassalam.

  16. salam, bg saya azan betullah mengikut pandangan Dr. Yusof qardhawi, ia adalah harus. kerana buat pun tak ape, tak buat pun tak pe. Cuma dalam budaya orang melayu, untuk mengelakkan dibacakan dengan mantera yang tiada asas dan budaya yang tiada asas, lebih baik digunapakai kaedah ini.
    Benda ini boleh menjadi bidaah sekiranya kita berniat azaan dan iqamah tu wajib.sebab tiada sebab kukuh yang mewajibkannya.

  17. saya sering mengamalkan onani berseorangan,kadang kala saya tidak sempat untuk mandi wajib,dan melakukan ibadah,adakah ibadah yang saya lakukan itu sah??

  18. Assalamualaikum.Saya ingin bertanya mengenai penyusuan badan sewaktu hamil.Anak saya berusia 8 bulan dan kini saya mengandung anak kedua.Saya ingin bertanya samada saya dapat meneruskan penyusuan badan seperti biasa dan adakah terdapat kesan kepada bayi dalam kandungan ataupun anak pertama memandangkan anak pertama saya sering mendapat demam yang berulang.

  19. saya dah berkahwin 4thn.anak berusia 2thn 6bln.saya ingin hamil anak ke2.sebelum ini saya merancang menggunakan kaedah cucuk. apabila anak berusia 2thn 3bln saya berhenti merancang. saya tak datang haid hampir 6bln.adakah saya akan hamil bila2 masa atau datang haid baru boleh hamil. sekiranya tiba2 hamil sebelum datang haid, adakah bayi yang dikandung akan mendapat risiko.seandainya saya tak dapat hamil dalam masa terdekat,apa yang harus saya lakukan untuk mempercepatkan kehamilan.

  20. bila waktu sesuai untuk anak perempuan berhenti menyusu badan. anak saya berumur 2 tahun 6 bulan tapi masih menyusu badan. sudah mencuba susu formula banyak kali tapi anak seperti tak berminat langsung dengan susu formula.

  21. Saya berusia 42 tahun, saya datang haid pada 5 Disember 2009 saya habis tempoh haid pada hari ke-9. Memang benar2 tiada lagi darah yang keluar dan saya telah pun mandi wajib dan menunaikan kewajipan seperti solat.. tapi pada hari ke-16 saya dapati ada sedikit darah lagi keluar seperti hujung-hujung period.. selama 5 hari …hari ke 6, 7 dan 8 tiada lagi keluar tetapi pada hari ke-9 iaitu 28 Disember 2009 terdapat sedikit darah keluar..dan tidak begitu banyak. Diharap kemusykilan saya akan terjawab.
    terima kasih. wassalam.

  22. masaalah saya iyalah.saya selalu sakit perut.lepas tu setiap saat asik nk kencing.bila saya cet ada kah saya mengandung.lepas saya cet tak ada kesan apa pun.saya selalu mai bulan tak tentu.apa masaalah saya ye…

  23. sy nk tnya tntng masaalah sy.sy bru lpas 3 bulan c-zer ank ptama,masalah sy selama 2 bulan lebih darah masih keluar sedikit-sedikit.sy ada berjumpa doktor dan di beri pil hormon(medroxyprogesterone acetate 5mg).2biji 3x sehari.ubat di beri untk 21 hari.sya baru mengambil pil selama 12 hari dan darah tidak keluar selama 12hri dan sy masih meneruskan pil itu seperti biasa.tetapi hari ini hri ke 13 darah keluar semula ssama seperti sebelum mengambil pil itu.apa yg perlu sy lakukn?adakah terus mengambil pil atau hentikan?apakah masalah yg sya hadapi?

  24. akum.saya baru sahaja melahirkan anak ke 2 pada bulan november 2009.dan saya juga menyusukan anak.tetapi bukan sepenuh masa.masalah saya sekarang pada 10.1.2010 saya datang period.dan bulan februari saya tidak datang period lagi.saya perna bersama dengan suami tetapi gunakan teknik menual sahaja.jadi saya sangat risau adatak saya pregnant.tetapi saya sudah membuat scan dan urin test.di dapati saya normal dan tidak pregnant.dr bagitahu badan saya kurang darah.walau bagaimanapun saya risau juga.ada tak penyusuan dan period lambat ada kaitan….?

  25. askum…bantulah saya jwp kekeliruan sya nie..ya dah 8bln kwin, msalah sya pernakn saya lemah,,,tp bila sya pi berurut bidan,bidan bg tau sya menggandung dah 1 bln stgah,tp bila sya cek pregnancy test jwpnnya negetif,,pastu sya haid awal 2ari sblum sya sepatutnya haid,,tp sya haid 5ari sahaja,,so lepas seminggu saya cek lg gna pregnancy test jwpnnya tetap mengecewakan,,,adakah pregnancy test ne blh kt percaya sepenuhnya???tolonglah sya wahai y pakar,,sya betul2 nk kan zuriat…

  26. aduhai pakar tolong la saya..kenapa setiap kali melakukan seks bersama suami air mazi cepat kering…air mazi turun tak seperti dulu…

  27. saya nak tanya…adakah asal zakar dimasukkan ke dalam faraj and pancut xkire arah mana boleh menjamin kehamilan?

  28. salam.sy ada pertanyaan.br2 nie keadaan sy asyik letih,muntah,sakit kepala.bila di urut br lega.kitaran haid 26-28ari setiap bln.pernah kegugyran ketika usia 3bulan ( tak perlu cuci)br2 nie dh 2 bln haid sy hanya sedikit aje berwarna coklat n darah yg cair dlm 2 ari dh kering.bila bt ujian kehamilan negatif.pernah g check ngan pakar kesuburan doktor kata sy x ada masalah.usia perkahwinan nk masuk 2 thn,umur sy 31thn suami 39 thn.apa yg perlu sy bt.

  29. salam.sy sedang hamil & kandungan sy skrg berusia 6mggu.sy & suami telah merancang utk pulang ke kampung sy di kelantan minggu depan dgn menaiki pesawat dr LCCT.sy ingin bertanya bolehkah sy menaiki pesawat dlm keadaan kandungan sy yg belum pn berusia 2bln?adakah penerbangan ini akan memberi apa2 kesan buruk kepada kandungan sy kelak?

  30. salam,saya dah 4thn mendirikan umahtangga.sudah 3tahun anak sulung saya meningal dunia kerana lahir tidak cukup bulan.selapas saya melahirkannya, saya mkn pil perancang untk elak dr hamil kerana saya bersalin melalui pembedahan.skrg sudah setahun saya berhenti mkn pil perancang kerana saya maahu hamil.tp sampai skrg saya masih tidak hamil lg.haid saya tidak menentu dari dulu lg.kecuali saya mkn pil baru haid saya stabil.saya nk tahu apa masaalah shgga sampai skrg saya xhamil lg.

  31. salam sy baru sahaja habis mngambil suntikan utk pnjagaan rahim,skrg ni sy merancang untuk mengandung,tp doktor mnasihati sy utk tnggu shngga 3 bln lg,prsoalannya adakah suntikan pnjgaan rahim itu mmberi kesan kpda kndungan dan baby sy skirannya sy mngandung sblum habis 3 bln itu?

  32. saya ingin bertanya, sekiranya hamil adakah air mani suami akan terkeluar selepas melakukan persetubuhan. mohon membantu dalam kemuskilan saya ini.. sekian terima kasih.

  33. Salam….saya bari hamil 8 minggu tetapi masalah yang saya hadapi sekarang ialah setiap kali semasa mengadakan hubungan dengan suami terdapat sedikit darah yang keluar tetapi saya tidak mengalami sebarang kesakitan pun…selepas bersama tiada darah yang keluar…semua menjadi normal…saya keliru…tolong saya…terima kasih…

  34. sy baru melahirkn anak pertama.saya ade mengambil injit ubat perancang,masalahnye tempat injit tu jadi bengkak kat dalam..bagaimana saya nak mengatasinye

  35. sy dah sbln lbh xdtg haid.test pregnant pla sy kurang pasti sbb line tu positive.mksd sy linenya satu terang dan satu lg krg jelas.Adakah kptsn tu ble dpercayai?lg satu,sy pnh jolok jari dlm faraj sy sndri dan sy dpti smcm da ketulan di dlmnya.bila ketulan tu dsentuh,sy rs nak muntah.apakah tandany tu?sy btl-btl perlukan penjelasn dr doc.

  36. salam..sy nak tnya..sy seorang wanita melayu..
    berdarah jenis O -ve..apakah ada kemungkinan yg -ve utk sy..mksud sy..dr segi kandungan..or selain dri itu??

  37. assalammualaikum bang, nak tanya isteri saya
    baru berumur awal 40an, masalahnya awal tahun ni dia datang bulan tak henti-henti hingga akhirnya terpaksa masuk hospital dan di masukan kedalam wad untuk masukkan darah kerana darah
    nya telah kurang.soalannya apa yang menyebabkan keadaan begitu adakah di sebabkan keguguran atau lain-lain? sekian

  38. Assalamualaikum…

    Saya hanya ingin bertanya apakah pada usia kandungan 6 bulan setengah atau 26 minggu boleh berlakunya keguguran..?jika boleh apakah puncanya….?

    terima kasih..

    Salam…

  39. adakah boleh hamil jika datang bulan selepas 2 hari melakukan persetubuhan walaupun hanya pancutan mani berlaku di luar faraj?

  40. salam….
    saya dah 2bulan x datang haid, tapi bila buat ujian kehamilan ianya negatif, ada kah saya mengandung atau tidak, sebelum ni saya pernah keguguran.

  41. Salam

    Saya telah berkhawin selama 4 bulan.Last period saya pada 15june 2011. Sepatutnya period saya pada 19july 2011 tetapi sampai sekarang tiada. Perut saya terasa sakit disebelah kanan ketika bersama Suami. Pada 3aug 2011 baru ini keluar spot coklat selama 5hari. Pada 14aug 2011 saya telah membuat ujian UPT tetapi hasilnya negative.Apakah saya hamil serta langkah sepatutnya saya buat?

  42. Salam,
    saya wanita berkahwin dn telah mempunyai 2 anak..setelah melahirkan ank pada 2009 saya tidak mengambil apa2 perancang keluarga dn saya hamil semula ketika ank sulung saya berusia sekitar 6 bln..period saya tetap dr sebelum berkahwin hinggalah saya melahirkan ank yg ke 2 pada thn 2010..dlm tempoh seminggu setelah bersalin saya telah mengambil implanon yg ditanam di lengan..dn sejak itu saya tak pernah period sehingga sekarang ank ke2 saya telah berumur setahun 2 bln..adakah saya mengalami apa2 masalh atau keadaan ini normal bg mereka yg mengambil implanon?

  43. Saya ada masalah dengan alat sulit.sejak 2bln saya mengalami ketumbuhan dekat fajar.ia seakan kacang hijau tetapi berwarna pink merah kadang2 terasa gatal.ape perlu saya buat?adakah bahaya?

  44. salam..saya sue..berumur awal 30 thn..saya dah 5 thn berkahwin..suami saya berumur 44 th..masaalahnya saya belum lagi di kurniakan zuriat..tanda2 untuk mendapatkan pn tidak kelihatan..untuk pengatahuan pihak tuan/puan saya tidak mengambil suntikan rubella semasa di bangku sekolah..adakah itu punca saya tidak subur..kitaran haid saya pun tidak menentu..kdg2 dpt setiap bulan dan kdg2 smpai 2-3 bulan tak datang..apa yang perlu saya lakukan..sbb saya teringin memiliki cahaya mata sendiri…

  45. salam…sy nor berusia 27tahun. pd 1.1.2012 yg lalu sy mengalami keguguran dan teleh melalui proses cuci di hospital. doktor menyarankan saya utk tidak menganduang dalam tempoh 3 bulan. jika sy mengadakan hubungan dgn suami sekarang, adakah peluang utk sy hamil?

  46. salam,sy ferra berusia 28tahun.diakhir2 ini setiap kali saya bersama dengan suami ada darah yang keluar tetapi didalam kadar yg sedikit.walhalnya saya baru saya 7 hari atau 14 hari selepas period.saya kuathir dengan masalah ini.

  47. Ingin menyakan sesuatu, dan harap dpt blsn yg secepat yg mungkin. Adakah boleh seseorang itu hamil jika lelaki itu tidak memasukan zakarnya kedalam faraj wanita tersebut? Dan selepas pancut air mani, lelaki tu mengalihkan zakarnya agar tidak pancut pada faraj. Tetapi selepas itu mereka melakukan geselan antara zakar dan luar faraj..boleh ke wanita itu hamil???

  48. saya ingin bertanya, kadar nifas paling lama adalah 60 hari, namun jika saya nifas hanya 46 hari kemudian bersih. Namun setelah 17 hari bersih darah keluar lg adakah ia dikira sebagai darah haid atau darah istihadah?

  49. sy nak tnye ,sy ada mslah haid x teratur.tp ia berlaku selepas sy berkhawin sblm tu haid sy ok.knapa hal ni terjadi? sy harap soalan di jawab..tq

  50. a.kum saya alis berasal dari n9,berumur 23 thun dan suami berumur 42 tahun.sudah 4 tahun saya berkahwin tapi masih blum dikurniakan zuriat lagi…hidup saya sangat tertekan,saya pernah berjumpa doktor kerajaan berulang kali dan setiap kali berjmp mesti mengambil darah,tp 1 kptusan pun saya x tahu.hospital kerajaan mmg agak leceh….jd blhkah saya terus brjmp dr pakar untuk membuat bayi tabung uji? bantu la saya.perkhidmatan hospital kerajaan mmg tidak memuaskan…lagi2 hospital kk gemas…sentiasa bertukar doktor….saya hampir berputus asa….

  51. saya fiza umur 22tahun , dan baru berkahwin pada mei 2012 . sampai sekarang saya masih mencuba untuk mendapatkan zuriat . haid saya regular tiap2 bulan . saya nak tanya jika melakukan hububgan seks adakah air mani suami akan masuk semuanya @ akan keluar semula ?

  52. salam..sy nak tanya, bulan julai sy period pd 18hb, bulan ogos pada 13hb n bulan september pada 5hb..yg mnjdi pertanyaan sy knapa priod sy x datang pd pghujung bulan september? dan pada 28hb september yg lalu sy ke klinik kerana buah dada sy sakit…sy agak mungkin sy mngandung?tp bila sy menjalani ujian air kencing doktor kata sy x mengdung?persolan nya adakh dlm tempoh sebelum sampai tarikh 5hb okt kita x boleh nak chek mengandung atau x??trima ksh..bingung sy..

  53. aslmkm sy nurul berusia 24 thn dan msh belum berkahwin..sy ingin bertanya sy mengalami masalah di bahagian sulit saya..bahagian sulit sy sejak beberapa thn nie bahagian dlmnya terkeluar…namun tidak sakit atau pedih atau tidak gatal…hanya ia keluar…sy ingin bertanya apakah ini memberhaya dan saya ada mengalami penyakit apa2 berkaitan dengan bahagian sulit sy…adakah sy layak untuk berkahwin dan menjalani hubungan seks seperti pasangan2 lain sekiranya sy berkahwin

  54. Salam..sya nk tanya,4.6.12 sy bru melahirkn ank pertama.tp ank sy hanya mampu hidup selama 6 hr disebabkan ia lemas dlm perut kerana air ketuban dh kering..sy bersalin c-zer,skrg ni sy sudah megandung lg,usia kandungan dlm sebuln..adakn risiko utk sy melahirkn ank ke2
    sy kerna sy c-zer ank ptma.?

  55. salam,,hi doc..i’m a new beoming mum n i had been pregnant for 5 month right now..i’m just wanna know either there are a different on size of women virgina whle pregnant or not..

  56. Salam doktor…sya mengandungkan ank ke-4 skg. Ketiga-tiga anak sya yg lepas melalui pembedahan.Sya xda masalah dr segi kesihatan smasa melahirkan anak tdahulu.Sya nak tanya doc,apakah sya berisiko jika mneruskan kandungan ini?

  57. salam doktor…sya baru bersalin anak pertama dan saya ingin bertanya jika saya ingin menjarakkan kelahiran saya mengambl apa2 perancang kehamilan,bolehkah suami saya melepaskan air mani di dalam faraj sepanjang bersama?suami tidak mahu melepaskan air mani di luar…tolong jawab soalan saya…saya buntu?……

  58. Salam doktor…. saya ingin bertanya, dalam 3 hari ini, selepas makan tengahari sewaktu duduk membuat kerja, saya terasa ada pergerakan seperti gelombang di rahim saya.
    Haid saya teratur dan konsisten dan saya baru sahaja datang bulan seminggu yang lalu. Apakah tanda pergerakan di dalam perut saya itu?

  59. Assalam..syhalida..sy ad mslh ckit.sy skt dan pedih bile membuang air kecil.ad sedikit luka da sekitarnye..ape mslhnye ye..takut nak jmpe pakar..bantu saya..

  60. Sy ingin bertanya..sy dan suami tdk merancang utk mengandung..emasa sy melakukan hbngn kelamin dgn suami tiba2 darah haid keluar dan kemudian suami terus lpaskn air mani ke dlm rahim sy…adakah sy kemungkinan besar akn mangndung?

  61. sye nk tanye..kalau lh sblm nie kte bersalin opration..kemungkinan yg nie brsln opration jgk ker..misalan jln ade bulak 4 cm.mcm mne doktor buat

  62. Assalammualaikum,saya nak minta pendapatan Ustaz,saya dah 5 bulan melahirkan anak..apabila ingin bersama suami saya tiada nabsu dan keinginan bersama nya..apabila melakukan hubungan ianya menyakitkan saya …apakah yang harus saya lakukan untuk memulihkan semua ini?

  63. ​Soalan,

    Assalammualaikum Ustaz,

    Saya ingin menanyakan satu soalan. Saya mempunyai 2 orang anak, anak pertama saya berumur 2 tahun dan yang kedua 8 bulan tetapi setelah diperiksa saya didapati mengandung. Saya mempunyai masalah kewangan. Apakah hukum menggugurkan kandungan dalam usia lebih kurang sebulan dan adakah janin tersebut dikira sebagai anak no. 3 ?

    Sekian terima kasih.

  64. Salam,
    Umur saya 37,berkahwin,belum ada anak.
    Baru-baru ini bila lepas bersama dengan suami uri-uri saya akan jadi sakit (spt senggugut) tetapi haid saya lambat lagi. Dan sakit nya sehingga menyebabkan saya muntah-muntah.Tapi selepas beberapa minit selepas muntah-muntah tu sakit nya dah hilang.Kenapa jadi
    macam tu ya? Terima Kasih.

Leave a Reply to sharinaCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *