Sahabat Fiqh Medic

As-Salamua’laykum…

Bagi menghargai pengunjung setia FiqhMedic, kami berminat untuk memaparkan link (blog/website) anda.

Kami menyedari sebilangan besar pengunjung adalah dari kalangan pelajar dan pengamal perubatan, termasuk juga golongan professional dan aliran agama. Tidak dilupa juga kepada individu lain. Terima kasih.

Moga kita dapat mewujudkan jaringan sesama kita. Facebook-group FiqhMedic akan diwujudkan sebagai medium untuk kita berkongsi pendapat dan perkembangan terbaru mengenai perubatan Islam dan isu Fiqh yang berkaitan dengannya.

Sila kepilkan detail anda di ruangan komen di bawah;

a)Nama penuh

b)Pekerjaan

c)Universiti / Jabatan / Syarikat

d)Alamat blog / website

Insya-ALLAH, link blog/website anda akan disiarkan dalam page ni.

Terima kasih, Wassalam.

37 Comments

  1. ana skrgbertugs sbg Houseman.., sorry, susah pulak nak email nye..computer lambat skt..
    tapi berminat utk jadi sahabat fiqh medic

    Abul Harith : Wassalam Dr. Alquds. Selamat menyertai keluarga FiqhMedic. Sila-silakanlah berkongsi pendapat dan pandangan.

  2. salam’alaik…ana seorang siswi kejururawatan di salah sebuah ipts. ana dapati kebanyakkan kursus kejururawatan tidak menyediakan skop kandungan kursus untuk bahagian fekah,ini menyukarkan kami untuk mengplikasikan perawatan yang benar-benar membantu.boleh bantu untuk wujudkan saru bahagian khas untuk bahagian kejururawatan ke?dari isu yang mudah ke kompleks. syukran.

    Abul Harith : Wassalam & syukran Sdr. Diana atas cadangan.
    Isu ini selalu diutarakan oleh pelajar kejururawatan, jururawat & pengajar jururawat kepada saya. Saya menghadiri beberapa seminar & ceramah kepada golongan di atas berkenaan Fiqh Medic. Saya melihat kepentingan dan keperluan golongan jururawat mendapat pemahaman yang tepat dalam soal ini.

    Insya-Allah, saya dalam usaha mengumpul maklumat & bahan untuk keperluan silibus Fiqh Medic untuk keperluan jururawat. Saya dalam usaha berjumpa dekan & pengajar kursus kejururawatan untuk membangunkan modul ini. Sdr. digalakkan untuk bertanya soalan, memberi cadangan dan berkongsi pengalaman sebagai jururawat untuk kami mengetahui isu-isu yang berlaku di sekitar amalan kejururawatan.

    Terima kasih.

  3. Assalaamu`alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

    Tahniah kerana saudara dapat mewujudkan bolg yang bermanfaat untuk orang islam. Semoga saudara diberi ganjaran oleh ALLAH.

    Abul Harith : Wa’alaykumusSalam Tuan Mohd. Nasir,

    AMIN atas doa Tuan. Terima kasih atas ziarah dan sokongan Tuan.

  4. Saya muskil, sekiranya saya mengambil wuduk dengan memakai seluar pendek ataupun tuala selepas mandi , kemudian baru menyarung kain sarung .. Adakah wuduk saya batal kerana mendedahkan aurat…

    Abul Harith : Syukran Sdr. Abdul Razzaq atas soalan.

    Wudhu’ Sdr. sah walaupun mendedahkan aurat. Untuk persoalan lanjut tentang apa-apa masalah agama, saya syorkan Sdr. merujuk juga link tersebut;

    http://soaljawab.wordpress.com/
    http://al-fikrah.net/
    http://al-ahkam.net/

    Wassalam.

  5. saya ingin meminta kebenaran mengambil info dari blog anda ke blog saya…tujuan untuk menyebarkan maklumat kepada umum…terima kasih

    Abul Harith : Puan Ummi,

    Silakan sebar apa yang ada dari laman ini. Moga manfaat laman ini dapat disebarluaskan. Terima kasih.

  6. Saya berminat untuk membuat kerjasama pihak Doktor bagi menyiarkan segala bahan yang terdapat dalam laman ini ke dalam blog saya atau ke laman rasmi persatuan saya.

    Harap diluluskan dengan izin.

    Abul Harith : Wassalam Dr. Suhazeli, terima kasih atas kunjungan.

    Saya masih lagi penuntut perubatan di Cyberjaya. Saya cuma berniat berkongsi apa yang ada untuk manfaat masyarakat.

    Bagaimanapun, saya amat berbesar hati jika sedikit sebanyak bahan laman ini dapat dimanfaatkan oleh pihak doktor dan juga ahli persatuan yang ada. Silakanlah ambil apa-apa petikan artikel dari laman ini asalkan disertakan link bersumber dari laman ini. Ini memudahkan saya menerima apa-apa feedback dari orang ramai jika terdapat hukum hakam yang perlu dikaji semula di masa depan. Saya juga berharap doktor sudi memberi komen jika terdapat bahan dari laman ini yang perlu dinilai semula.

    Saya juga banyak mengambil manfaat dari blog tuan doktor dan web PAPISMA. Semoga segala usaha dan perjuangan doktor dirahmati ALLAH.

    Wassalam.

  7. suami saya menjadi mahram saya untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Sudah 4 kali check up di hospital, tidak boleh diinject meningitis sebab darah tinggi.Apa perlu dibuat?

  8. Ana ada bekerjasama dengan beberapa orang pengamal perubatan Islam yang diyakini caranya semata-mata untuk mengkaji betapa hebatnya penciptaan Allah di sudut Alam Ghaib yang mungkin jarang diketahui umum.

    Tetapi ada pesakit yang memberikan respon seperti tidak percayakan unsur ghaib, dan juga mengatakan dalil sains telah menyangkal pendapat perubatan Islam dan sebagainya.

    Jadi, saya berfikir, mungkin ada satu jalan pertemuan diantara dalil sains dan dalil perubatan Islam. Diharap, dengan berkerjasama dengan Doktor dalam berkongsi maklumat, InsyaAllah Ana dapat rungkaikan serba sedikit permasalahan yang berlaku. InsyaAllah.

    Syukran.

  9. salam, saya nak tanya hospital dan pusat perubatan mana
    yang ada menawarkan khidmat pensenyawaan luar
    untuk suami isteri?
    terima kasih.

  10. Assalamualaikum w.b.t
    Saya adalah pelajar kejururawatan disebuah ipts… Saya melihat seberapa banyak ipt yang terdapat diploma kejururawatan atau kos yg berkaitan tidak ditekankan bahasa arab yang penting… contohnya pada maas sekarang bahasa tambahan adalah penting.. Saya juga berminat menyertai fiqh medic

  11. Syabas diastas usaha murni anda.Saya ingin minta izin untuk mengambil maklumat2 yang sedia ada ini untuk penyebaran dalam “nota” saya di FB.

    Abul Harith : Wassalam Dr. Rizalina,

    Terima kasih atas kunjungan & sokongan. Sebarkanlah isi dalam laman ini selagimana tepat & bermanfaat buat semua.

  12. terima kasih kepada editor.

    perbincangan yang baik,

    semoga ianya membawa pahala apabila kita mati kelak..

    Abul Harith : Amin, terima kasih Dr. Kamil atas doa dan ziarah. Moga ALLAH memberi kebaikan untuk umat ini.

  13. Salam. Saya ada satu kemusykilan. Doktor mengesahkan anak saya menghidapi HIE (Hypoxic Ischemic Encephalopathy) setelah dia lemas di kolam pada Setember lalu. Doktor memberitahu tiada apa boleh dilalukan untuk penyakit ini.
    Saya tidak berputus asa dan cuba mencari alternatif lain bagi mengubati anak saya.

    Seorang doktor mencadangkan saya menggunakan Embryonic Stem Cells dari China dan suntikan Human Placenta Extract dari Jepun.
    Jadi, saya berfikir, adakah perubatan ini dibenarkan dalam islam?

    Setahu saya embrio didapati kerana keguguran berlaku dan di China perlu menggugurkan anak kerana polisi mereka (1 keluarga 1 anak). Uri pula haram digunakan dalam kosmetik.

    Adakah kedua-dua ini dibenarkan dalam Islam bagi tujuan perubatan? Diharap dapat merungkaikan masalah saya dan dapat berkongsi ilmu dengan semua

    Terima kasih

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Shah,

    Berkenaan soalan Sdr., saya mohon izin untuk tidak menjawab buat masa ini. Saya perlu membuat kajian & mencari lebih maklumat berkenaan isu yang diutarakan. Saya akan memberi respon nanti.

    Semoga ALLAH menyembuhkan anak Sdr.

  14. Salam,
    Blog tuan memberi manfaat kepada pembaca. Saya prihatin kepada pakaian pesakit wanita. Adakah code pakaian bagi pesakit wanita sama saja seantero dunia..? Bagi pesakit wanita muslim – apakah tiada pakaian yg menutup aurat disediakan dan apakah ada usaha-usaha untuk mengkaji praktis di hospital2 di negara islam yang lain?

    Wassalam Sdr. Ummu Hana,

    Terima kasih atas kunjungan. Moga manfaat yang diperolehi dpat disebarkan.

    Pada hemah saya berkenaan isu aurat dan kod pakaian pesakit, selain ia tanggungjawab pesakit itu sendiri, ia juga tanggungjawab penguasa dan pengarah hospital juga. Maka, ia terserah kepada keikhlasan dan kesanggupan pentadbir hospital untuk memastikan tuntutan agama ini buat pesakit. Tiada ketetapan khusus tentang kod pakaian pesakit. Sudah ada segelintir hospital yang mengamalkan model hospital Islam yang menjaga aurat pesakit dan usaha ini harus dicontohi. Saya mendoakan agar Sdr. dan Muslim lain yang mempunyai hasrat murni sebegini dapat meneruskan usah mewujudkan hospital Islamik di tempat lain.

  15. Salam. Syabas atas website fiqhmedic. Sangat-sangat bermanfaat kerana baru-baru ini saya begitu berminat dengan fiqh perubatan sejak membaca buku berkaitan bidang perubatan ini. Walaupun saya tidak mengambil bidang perubatan, namun kerjaya saya (dietitian) ada berkaitan dengan bidang perubatan secara tidak langsung.Alhamdulillah, saya akan sentiasa mengunjungi blog ini meningkatkan kefahaman dlm fiqh perubatan. Terima kasih atas perkongsian yang begitu berharga. =)

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Zafira.

    AlhamduliLLAH andai apa yang dipapar memberi manfaat, menambah ilmu memudahkan urusan kerja Sdr. Terima kasih atas kunjungan.

  16. salam,

    just to get your permission untuk menyebarkan maklumat dan isi2 yang terkandung dalam blog yang bermanfaat ini..good effort =)

    Abul Harith : Wassalam Akh El-Qays, terima kasih atas kunjungan.

    Silalah sebarkan apa yang ada, moga manfaatnya disebarluaskan. Saya cuma mohon disertakan sumber dari laman ini untuk memudahkan pembaca lainnya memberi respon dan pembincangan. Terima kasih.

  17. apakah hukumnya bagi pesakit kancer seperti saya yang telah mengambil dan menjalani rawatan perubatan yang disarankan oleh doktor pakar yang memaklumkan bahawa terdapat sel kindzir yang yang terkandung dalam ubat tersebut.majlis fatwa negara- negara timur tengah membenarkan .maka itu saya bersetuju demi untuk pulih dan anak-anak yang masih kecil .kini saya dalam delima samada meneruskan atau berhenti rawatan, apakah allah akan mengampuni dan menerima tindakkan saya selama ini.bagaimana dgn amalan saya apakah diterima

    Abul Harith : Terima kasih Puan Norhalili atas pertanyaan. Moga ALLAH memudahkan urusan Puan, memberikan kesembuhan dan moga Puan terus tabah menghadapi ujian ini.

    Soalan Puan telah saya jawab dengan terperinci di posting baru bertajuk “Ubat Kanser dari Sel Khinzir” http://fiqhmedic.wordpress.com/2011/06/03/ubat-kanser-dari-sel-khinzir/.

    Semoga ia membantu Puan dengan menghindarkan keraguan yang ada. Terima kasih.

  18. Alhamdulillah, lama ana meninjau website ni, tapi baru sekarang perasan ada link untuk sahabat fiqh medic.Alhamdulillah, byk info yg sgt2 membantu meningkatkan kefahaman ana. InsyaAllah,Ana sgt berminat untuk jadi sahabat.
    -Sedikit berkenaan ana, ana adalah penuntut dalam bidang syariah dan undang2(pengkhususan fiqh dan fatwa). Melihat kepada realiti yang berlaku dalam masyarakat kita, bidang fiqh perubatan menjadi antara bidang rujukan yang sgt2 diperlukan oleh masyarakat. Namun begitu, pada hemat ana, tidak ramai pelajar jurusan agama yang berminat untuk mendalami bidang fiqh perubatan ini. Ana tidak menyalahkan mereka kerana semua maklum, bidang ini menuntut satu kajian yang bukan sedikit nilai usahanya. Menggabungkan ilmu agama dan perubatan, bukan sesuatu yang mudah, tapi tidak mustahil kita mampu menggabungkan ilmu unt memberikan yang terbaik buat ummah. Ana merasakan satu keperluan untuk mewujudkan ramai ahli2 ilmu yg ikhlas dan serius dlm bidang fiqh perubatan pada masa kini.
    -Ana dgn rasa rendah diri dan tanggungjawab, cuba menyahut seruan unt menjadi diantara sahabat2 yang mendalami bidang fiqh perubatan. Alhamdulillah,tajuk tesis ana berkenaan fiqh perubatan telah diluluskan. Ini tambah meyakinkan ana bahawa usaha ke arah merialisasikan cita2 ini bukan sekadar angan2, tapi pintu ke arahnya juga telah dibuka. Terpulang pada kita samada mahu atau tidak. -Semoga perjuangan kita untuk kemaslahatan ummah akan terus terbela. Ana sgt2 tidak layak untuk bercakap byk dlm bidang ini memandangkan ilmu berkenaanya masih cetek (hampir tidak ada sebenarnya). Apapun sedikit usaha kita untuk membantu ummah pasti akan diganjari selaut rahmatNya. Yang penting niat untuk membantu agama islam.
    -Untuk membangkitkan semangat sahabat2 lain, dalam soal ilmu fiqh perubatan,ada pesanan dari Imam Syafie(ada riwayat mengatakan beliau pernah berkata):Ilmu itu ada 2. IImu fiqah bagi keagamaan dan ilmu perubatan bagi tubuh badan. Ilmu-ilmu lain merupakan hiasan majlis.(ilmu hiasan jg penting untuk mengindahkan ilmu asas yg dah ada) – Ilmu jg dipelajari kerana ilmu itu sendiri, bukan selainnya.
    -Asif,panjang bicaranya, moga ada manfaat.
    Syukran..Wallahu a’lam.

  19. assalamualaikum

    sy telah hamil 26 minggu dan akan masuk ke 27minggu pada 1 oktober 2011 ni..masalah sya sekarang..bayi saya disahkan mengidap anencephaly pada minggu lepas..mulanya sya dan suami hnya mahu memastikan jantina n jantung ank kami shj…ini merupakan anak pertama kami…sya sangat terkejut..namun saya redha…mgkin ini ujian buat sya..namun apa yg saya kesalkan saya dapt tahu ttg byi sya dah terlalu lewat…dokte pakar yg sya jmpa tu berbangsa india..dia mencadangkan sya untuk melakukan bersalin awal..(bukan pengguguran) ini kerana risiko bersalin awal lebih rendah berbanding besalin cukup 9 bulan dimana kemungkinan byi xdapt survive n mgkin mati dlm perut…dokte jgk beritahu yg agak sukar melahirkan bayi yg tiada tempurung kepala pada usia 9 bulan…dokte jgk memberitahu sya dan suami kebykan byi anencephaly mmg tiada yg hidup selepas dilahirkan…saya amat tertekan…bukan kerana xdapt menerima keadaan byi sya..tp sya xmampu n x sanggup utk mengandungkan anak sehingga 9 bulan sekiranya sya tahu sya x berpeluang utk menjaganya….hri2 sya wat solat hajat mtk sya yakin dgn keputusan…sya xmampu utk pergi bekerja n buat2 tiada apa yg berlaku..sya sygkan ank sya…adakah berdosa jika sya lahirkannya awal seperti yg dorencanakan dokte?? sya dah jmpa 3 org dokter setakat ini…n jawapan mereka tetap sama..pilihan pada saya…n result kelahiran anak sya setelah lahir nanti pn ttp sama…dia xdapat survive…sya byk mencari info ttg ank sya memalui internet n bertanya pendpt pada sedara mara n kawan2..ssh sya nk buat keputusan…terus terang sya x kuat utk kandungkan byi sehigga 9 bulan…setiap kali dia bergerak…saya akan menangis,,sya kesiankan dia…tp jika sya bersalin awal,,,dia kemungkinan akan mati awal…adakah sya dikira pembunuh??….

  20. Pn Atie, mengambil mudarat lebih ringan dari dua mudarat yang akan menimpa adalah lebih baik. Proses melahirkan anak adalah satu proses yang menyakitkan bagi seorang perempuan. Pertarungan yang tidak akan dirasai oleh seorang lelaki. Jika sah bahawa anak puan enencephaly, lebih baik bersalin lebih awal bagi mengurangkan komplikasi atas diri yang menimbulkan mudarat yang besar.
    Ia tidak dikira membunuh kerana jika lahir pada tarikh cukup bulan sekalipun dia kan mati. Walaupun kematian itu kehendak Allah.

  21. Assalamualaikum….
    Saya pernah melahirkan bayi anencephaly pada mei 2011 yang lalu. Saya mendapat info daripada rakan-rakan mengenai 677T mutation yang merupakan salah satu penyakit di mana tubuh ibu lebih banyak menggunakan asid folik sehingga ianya tidak mencukupi untuk dibekalkan kepada bayi. Dan dikatakan ianya merupakan salah satu punca kelahiran anencephaly. Saya kini hamil 11 minggu, dan saya gementar mengenai hal ini kerana bimbang diagnosis yang sama mungkin akan berlaku ke atas bayi saya. Saya hanya mampu berikhtiar dengan memakan seberapa banyak sumber makanan yang membekalkan asid folik dan berdoa kepada Allah S.W.T. Diharapkan tuan/puan boleh memberikan maklumat yang lebih jelas lagi mengenai 677T Mutation. Sekian terima kasih.

  22. salam…ana sgt mminati bidang perubatan islam,,,ana nk tye adakah bidg ini ada di universiti tempatan .jadi klu ad kos ap y perlu ana apply untuk corse in degree…?ana harap tuan dpt bantu…

  23. salam,
    saya ada maslh brkaitan period,bln februari ni gnp setahun sy brkahwin. period sy 2bln lps 17hb Nov dan 14hb Dis wlaupun lewat 3 hari,tp pd bln ni (Jan) period saya awal seminggu iaitu pd 8 Jan..dan dlm masa 3 hari sj lps tu berhenti trs….selang 3hari saya bersama suami, pada hari ke-3 sy tgk ada coklat beserta drh skit, berselang sehari jd mcm tu jgk tp coklat sj hanya setitik dua….blh trgkan pada sya, apakah masalah yang saya hadapi ini….?kadang2di bhagian bwh perut sy rasa pedih mcm period kadang2 mcm angin kembung,adakah bahaya jika sya nk bersama suami sekiranya keadaan ini berlarutan?

  24. Assalamualaikum,

    Saya Dr Sabrizan, dan sekarang menyambung kepakaran di dalam bidang sub-kepakaran Health Management dan Health Economic. Saya merasakan betapa perlunya blog-blog sebegini samada dalam aspek preventive and curative medicine.

  25. At this time it appears like Expression Engine is the top blogging platform out there right now.
    (from what I’ve read) Is that what you are using on your blog?

  26. salam.
    zaznam dari putrajaya.
    tazkirah jumaat di masjid besi hari ini 14.2.14 oleh ustaz doktor (tak tau namanye) sgt2 membuka mata.
    simple yet informative!
    kudos to him for being great moslem doctor.
    jazakallahu khaira…

  27. Saya bukan org yg terlibat dlm bidang perubatan.tapi pesakit.saya nk tny.mcm mna saya nak hantar soalan kpd blog fiqh perubatan ini

  28. Assalamualaikum. Maaf saya baru di sini.

    Saya ada dental problem. Gigi saya jarang serta Rahang saya tak align elok. Saya pergi consult doktor, dia kata saya ada tiga opsyen.
    1)biarkan Gigi jarang n rahang x align
    2)pakai braces tapi rahang saya semakin teruk (jarak gusi atas n bwh semakin besar)
    3) pakai braces dan operate rahang ( potong tulang rahang untuk minimakan jarak gusi atas n bwh yg bermaksud mnjadi normal)

    Doktor tu jugak ckp yg pilihan no 3 ialah yg terbaik. Tapi saya nak tanya hukum buat pilihan yg ketiga tu. Mcm mana ya?
    Lagi sekali maaf kerana ajukan soalan dsini. Harap Ustaz boleh bagi jawapan secepat mungkin. Jazakallah hu khairan.

  29. Assalamualaikum..smoga tuan sntiasa berada dibwh rahmat Allah Taala..sy ada sedikit kemusyikilan mengenai hukum khatan kepada pesakit Leukemia.Adakah hukumnya sama@berbeza dengan hukum khatan bagi pesakit Heamophilia?mohon pencerahan dari tuan..terima kasih..

  30. Assalamualaikum…. saya adalah salah pembaca media fiqh medic. Saya ingin memohon bantuan sekiranya terdapat sumber2 @ rujukan untuk saya mengetahui tentang etika doktor dalam.mengedalikan mesin alat bantuan hayat. Saya adalah pelajar sarjana pengajian Islam UKM membuat kajian tentang euthanasia. Mohon kerjasama pihak fiqh medic sekiranya boleh membantu sy. Sekian. T.kasih

Leave a Reply to Dr Rizalina BahariCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *