Puasa Wanita Istihadhah

Soalan : Minta bantuan para panel menerangkan permasalahan wanita istihadhah yang ingin berpuasa, sama ada puasa di bulan Ramadhan ataupun sekadar puasa sunat atau puasa ganti. Harap dapat keterangan kerana dari carian sekadar penerangan sekitar permasalahan wanita istihadhah dan solat, terima kasih.

Jawapan:

Hukum wanita istihadhah (darah kerana sakit) adalah sama dengan hukum wanita suci dalam banyak permasalahan. Maka wanita istihadhah wajib sembahyang fardhu, wajib puasa Ramadhan, boleh berpuasa sunat, dan boleh berpuasa ganti ketika waktu istihadhah itu.
Yang menghalang daripada puasa ialah: Haidh dan Nifas sahaja.

Ini adalah pendapat semua keempat-empat mazhab.

 

Rujukan:
-Badai’ Sanaie 1/161 (mazhab Hanafi)

-al-Talqin m/s 73 (mazhab Maliki)

-al-Majmuk 2/417 (Mazhab Syafie)

-Fatwa Lajnah Daemah no: 6495, m/s 5/404.

Wallahu a’lam.

Sumber : disunting dari Soal Jawab Agama, http://abuumair1.wordpress.com/

15 Comments

  1. assalamualaikum Dr.
    Saya sedang mengandung 2 bulan tetapi ada masalah bleeding.Doktor kata darah tu dikira haid.soalan saya:
    1. Adakah wanita mengandung keluar darah haid?
    2. Adakah saya tidak boleh solat, puasa dan baca Al-Quran ketika bleeding ini?
    3.Selepas 15 hari, adakah bleeding ini dianggap istihadhah?

    Abul Harith : Wassalam & Terima kasih UmmuIman atas soalan.

    1. Apabila wanita telah disahkan mengandung, maka tidak akan keluar lagi darah haid, apatah lagi setelah 2 bulan mengandung. Maka ia bukanlah darah haid. Dalam kes ini, sama ada doktor tersebut tersilap ataupun individu tersebut tidak mengandung.

    Namun, jika betul keluar darah, kebarangkalian besar dan kebiasaannya ia dikaitkan dengan komplikasi keguguran. Sila dapatkan pemeriksaan & pandangan kedua dari doktor lain.

    2. Saya menyakini darah 2 bulan selepas mengandung bukanlah haid, maka hukumnya sama seperti darah istihadah. Boleh solat, baca al-Quran & puasa. Sila rujuk fatwa di atas.

    3. Andai selepas 15 hari darah keluar, ia dikira darah istihadah.

    Puan dinasihatkan mendapatkan konsultasi doktor pakar dalam kes puan ini. Saya mendoakan puan dan kandungan sentiasa sihat walafiat selalu.

    Wassalam.

  2. Salam,
    Saya ingin tahu,adakah wanita yg istihadhah yg bermusafir dibenarkan meng’qasar’ dan men’jamak’ kan sembahyangnya?

    Abul Harith : Wassalam Sdri Yaya, terima kasih atas soalan.

    Sesiapa sahaja yang musafir dibenarkan untuk qasar dan jamak sembahyang mereka, tidak kira sama ada dia istihadah atau tidak.

  3. masalah saya mengenai haidh.
    berapa lamakah biasanye jarak suci antara 2 haidh.
    contohnye baru-baru ini saya dapati ade keluar kekotoran seakan darah tapi lebih gelap & tak begitu lancar antara 1 -9 Ogos, kemudian darah seakan warna haidh biasa keluar dgn lancar dari 10 Ogos hingga 14 Ogos. selepas itu ianya bersih. Kotoran gelap itu datang lagi pada 21/8 hingga kini. bagaimanakah solat/puasa saya. biasanye waktu haidh mengambil masa antara 5-7hari saja.

    Abul Harith : Wassalam Sdri. Suhaila, terima kasih atas soalan.

    Jika tempoh haid Sdri kebiasaannya adalah paling lama 7 hari, maka yang selebihnya dikira istihadah.

    Sdri perlu mengira sendiri tarikh datang haid terbaru, iaitu sepatutnya 28 hari selepas hari mula haid bulan yang lepas. Maka apa sahaja pendarahan yang berlaku terlampau awal atau lewat dikira istihadah.

    Sdri perlu berpuasa dan bersolat seperti biasa apabila istihadah. Berjumpalah pakar O&G untuk pemeriksaan lanjut berkenaan punca pendarahan.

    Wassalam.

  4. Salam,

    saya ingin mengetahui adakah darah istihadah membolehkan kita melakukan seks bersama suami?
    Jika tidak, apakah hukumnya?

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Ieyra,

    Harus bagi perempuan yang ada istihadhah berjima’ dengan suaminya selagi dia bukan dalam waktu haid. Andai wanita istihadhah diwajibkan solat & beribadah seperti biasa, maka tiada masalahnya untuk mereka juga melakukan hubungan kelamin.

  5. salam
    sy sgt keliru dlm situasi begini : tempoh normal haid 7 hari, kemudian berhenti darah,maka mandi & ibadah seperti biasa termasuk puasa ramadhan. bila tiba hari ke-14, darah merah terang keluar dan terus keluar sehingga hari ke-16.
    persoalannya, (1) darah istihadah dikira pd hr ke-15 & ke-16 atau 14-16?? sbb tempoh max haid 15hr

    (2) puasa ramadhan sejak hari ke-8 hingga hari ke-13 dimana tiada darah keluar dan sudah pun mandi wajib, dikira sah atau perlu diganti sbb tetap dikira dlm tempoh haid?

  6. Assalammualikum..
    Saya sudah mengandung sekitar 4 bulan, dan selama 4 bulan jugalah saya mengalami pendarahan selama lebih kurang 1 minggu setiap bulan. saya tidak mengalami sakit ketika darah kluar. saya test untuk kali kedua, memang masih positif mengandung.mengapa ye??adakah setiap kali hendak solath saya perlu membersihkan darah tersebut?

  7. salam..
    saya ingin mengetahui adakah perempuan mengandung mngalami haid?
    saya ada baca mngenai hal ini dan jwapannya tidak.
    tetapi,saya sudah 3 kali haid dalam msa 3 bulan ini.
    kali terakhir saya bersama suami saya adalah 28/2 yg lepas
    saya ada menjalakan pmeriksaan kehamilan secara sendiri di rumah dgn menggunakan pregnancy test strip.namun,keputusannya positif.
    tetapi saya msih hairan kerana saya datang haid.
    jadi saya amat berharap agar saudara dapat menjelaskan perkara ini kepada saya

    Abul Harith : Wassalam Puan Ayu,

    Perempuan mengandung memang boleh dapat haid pada beberapa bulan awal. Ini kerana regulasi hormon yang belum lagi disesuaikan dengan keadaan yang hamil.

    Jadi, perlu dipastikan ciri darah tersebut ialah haid seperti datang dan tamat pada waktu kebiasaan Puan datang haid dan karekter darahnya yang menepati haid sebagaimana Puan biasa alami. Jika sudah dipastikan ianya haid, maka Puan tertakluk pada hukum wanita semasa haid, tidak perlu solat dan puasa.

    Bagaimanapun, saya syorkan Puan memeriksa lanjut dengan doktor untuk memastikan samada Puan betul betul mengandung atau tidak, dan kemungkinan masalah lain yang mungkin ada.

    WaLLAHu a’lam.

  8. Assalamulaikum. Saya wanita yg telah berkahwin tapi belum mempunyai zuriat selepas 12 thn. Saya ingin tahu masalah haid yg saya alami semenjak dr mula umur 11 thn hingga kini 38 thn. Sejarah haid tak menentu. Adakala selang 2, 3 & 4 bln dlm sethn. Tapi yg paling teruk masa umur 17 thn 2 kali sethn. Selepas saya rujuk pakar sakit puan di Hospital Melaka keadaan baik. Tapi selepas itu ada ketika dtg 1 bln 2 kali dan selang sehari. Dlm tempoh 12 thn perkahwinan saya sudah 2 kali rujuk pakar sakit puan di Hospital Selayang dlm ambil rawatan ubatan utk 2 sesi selang 3 thn. Tapi keadaan ada ketika pusingan haid ok 7 – 8 hari, tetapi pusingan haid 5 hari lepas 2 minggu bersih dia akan keluar selang sehari tapi hanya keluar selepas buang air kecil keadaan bertali tali berwarna merah pekat dan tidak lekat dipakaian dlm. Adakah itu darah haid @ bukan.
    Keadaan ini agak merisaukan saya dlm soal ibadat puasa dan solat. Tindakan yg saya lakukan ambil hadas besar setiap kali bersolat. Adakah tindakan saya betul?

    Mohon kalau ada penjelasan masalah saya ini. Sekian Terima kasih.

  9. kwn saya lmbat dtg haid..spttnya 1.10..pada 7.10 keluara darah warna coklat..tapi tk sampai satu hari..adakah itu darah haid?atau istihadah?kalu istihadah..apakah punca keluar istihadah…

  10. salam…
    biasanye sy period 7 hari..baru2 niey period sy da 16 hari dan tidak berhenti2…dan period niey tidak keluar warna merah malah warna period warna hitam….
    apakah punca dan masalhnye?????

  11. assalamualaikum…saya serinhkali mengalami istihadah..mungkin kerana tekanan belajar aya mengalami istihadah pada bulan ini…sa cme keliru…..
    hari pertama saya haid adalah pada 31 mei. Ini bermakna 14 hari bulan jun,adalah hari terakhir untuk saya period( tempoh 15 hari).Pada hari ke 8(8 jun)saya telah suci,jadi saya mandi wajib dan menunaikan solat seperti biasa. Tapi pada hari ke 18(17 jun),darah tersebut keluar semula. Saya menganggapnya sebagai darah istihadah. Darah itu berterusan. Tapi pada 25 jun,darah yang keluar sama seperti haid biasa dalam kuantiti yang banyak dan saya mengalami simptom2 haid seperti biasa…bila saya kira gune cara sains,27 jun adalah tarikh sebenar haid saya. Ini bermakna,haid saya untuk bulan jun awal 2 hari….persoalan saya,darah yang keluar pada
    25 jun ni,darah haid atau istihadah????

  12. assalamualaikum…setahu sy bile beristihadah, waktu solat cume perlu amik wuduk shj tanpa mandi wajib, bagaimana slps darah istihadah sudah kering, perlu mandi wajib atau tak?..sebab rasa mcm kurang suci kalo tak mandi wajib.

    Abul Harith: Sdr Hadibah, Istihadah adalah darah penyakit. Hukumnya sama dengan seperti darah yang keluar akibat sakit contohnya orang luka, cedera, atau pembedahan. Hanya perlu bersihkan darah yang mengalir setiap kali mahu beribadah. apabila sudah berhenti, tidak perlu mandi wajib.

    WaLLAHu a’lam.

  13. assalamualaikum. saya tak faham dalam pengiraan antara darah haid dan istihadah. Jika darah istihadah terus keluar selama 50 hari bilakah darah haid diambil kira untuk bulan berikutnya. Atau ia dikira istihadah secara berterusan
    .

  14. Saya mengalami masalah istihadah dr bln disember 2014,slps mengambil perancang..darah kluar tnpa henti hingga kini tp dlm kuantiti yg sikit cuma apabila time period,akan kluar spt biasa dgn darah merah..masalahnya disini,seari sblm puasa,sya telah mengalami simptom period hingga hari ke 6..hari ke 7 darah kehitaman spt biase kluar..jadi,bolehkah sya terus mandi wajib & puasa serta solat spt biasa atau kena tggu hngga hari ke 15?

Leave a Reply to intanCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *