Puasa Wanita Haidh

Soalan : Masa kecil-kecil dulu mak saya selalu cakap bahawa perempuan yang haid tak boleh berbuka bersama dengan orang yang berpuasa. katanye dilarang. Jadi, mesti makan selepas orang berbuka puasa. Kemudian saya walaupun period tetapi bersahur dan berpuasa seperti orang yang berpuasa. Tetapi ada yang kata dilarang sebab ALLAH dah beri kelonggaran . Jadi tak sepatutnya menolak nikmat makan di siang hari. Jadi, mohon penjelasan dari ahli panel yg dihormati.

Jawapan:

Wanita yang haidh;

  • Haram berpuasa.
  • Jika berpuasa, tidak sah puasanya.
  • Wajib qadha’ hari-hari yang dia haidh.

Dalilnya:
Hadis: “Apabila seorang wanita haidh, maka tidak bersolat dan tidak berpuasa”.
– HR Bukhari 1/116 –

Ibn Qudamah berkata: “Jika wanita haidh niat puasa, dan menahan diri dari makan minum, sedangkan dia tahu HARAM puasa, maka dia BERDOSA, dan puasanya tidak dikira”. – al-Mughni 4/391 –

Syeikh Muhammad al-Syanqiti ditanya tentang masalah wanita haidh berpuasa, jawabnya “Jika dia tahu haramnya puasa, tetapi dilakukan juga, maka dia berdosa.”

Hatta para ulama mengatakan “Jika wanita yang sedang puasa, tiba-tiba beberapa minit sebelum Maghrib dia haidh, maka dia sudah dikira berbuka, dan wajib qadha hari itu”.

Rujukan: Syarah Zad Mustaqni’ Syanqiti, dan Syarah Mumti’ Uthaimin.

Manakala anda bangun sahur pula, ia tidaklah dianggap makan sahur, kerana sahur hanya khas untuk orang yang berpuasa. Jadi, ia dianggap makan sarapan sebelum Subuh. Jangan menganggap ia makan sahur, kerana jika niat bersahur, bererti anda mahu berpuasa, sedangkan ia HARAM bagi wanita haidh.

Akhir kata, berbuka puasa untuk wanita haidh ini bukannya rukhsah boleh atau tidak, TETAPI adalah azimah yg wajib diterima wanita Islam.

Sumber : disunting dari Soal Jawab Agama, http://abuumair1.wordpress.com/

2 Comments

  1. xd pantg larangpon yg haid nk bersame berbuke….die bukan nk berpuase..tp xnk org lain terliur je nanti bile die mkn pg hari atau tghari t..

  2. (Dari soalan sebelumnya) Masa kecil-kecil dulu mak saya selalu cakap bahawa perempuan yang haid tak boleh berbuka bersama dengan orang yang berpuasa. katanye dilarang. Mintak penjelasan Ustaz. Baru ini saya pun dengar hal yang sama diatas. Betu ke Ustaz….

Leave a Reply to Mohd Sopri / Fairose BanuCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *