Perkara-Perkara yang Membatalkan Puasa

Terdapat beberapa perbuatan yang wajib dijauhi oleh orang yang puasa, kerana sekiranya perbuatan-perbuatan tersebut dilakukan pada siang hari di bulan Ramadhan, ianya akan membatalkan puasa dan mungkin akan menjadikan ia berdosa. Perkara-perkara tersebut adalah sebagaimana berikut:

1. Makan dan Minum Dengan Sengaja

Allah Subhabahu wa Ta’ala berfirman:

“Dan makan serta minumlah sehingga terang bagimu benang putih dan benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga (datangnya) malam.” (al-Baqarah, 2: 187)

Dengan demikian, dapat difahami bahawa puasa itu adalah menahan diri dari makan dan minum. Ini kerana sekiranya orang berpuasa sengaja makan dan minum bererti ia telah berbuka (tidak berpuasa). Jika orang yang sedang berpuasa melakukannya atas sebab lupa, salah atau dipaksa, maka ianya tidak membatalkan puasanya. Perkara ini adalah berdasarkan dalil-dalil sebagaimana berikut:

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Jika seseorang itu terlupa sehingga dia makan dan minum, hendaklah dia menyempurnakan puasanya, kerana sesungguhnya Allah yang memberinya makan dan minum.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/135) dan Muslim (1155))

“Sesungguhnya Allah memberi maaf kepada umatku kerana salah atau lupa dan kerana dipaksa.” (Hadis Riwayat at-Thahawi di dalam Syarhu Ma’anil Atsar (2/56), al-Hakim (2/198) Ibnu Hazm di dalam al-Ihkam (5/149) ad-Daruquthni (4/171) melalui dua jalan dari al-Auza’i, dari ‘Atha’ bin Abi Rabah, dari Ubaid bin ‘Umair, dari Ibnu ‘Abbas)

2. Muntah Dengan Sengaja

Barangsiapa yang muntah kerana terpaksa atau tidak sengaja, maka tidak membatalkan puasanya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Barangsiapa yang terpaksa muntah, maka tidak wajib baginya untuk meng-qadha puasanya, dan barangsiapa muntah dengan sengaja, maka wajib baginya mengqadhakan puasanya.” (Hadis Riwayat Abu Dawud (3/310), at-Tirmidzi (3/79), Ibnu Majah (1/536) Ahmad (2/498) melalui jalan Hisyam bin Hassan, dari Muhammad bin Siren, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu. Sanadnya sahih, sebagaimana yang disampaikan oleh Syaikhul Islam di dalam kitab Haqiiqatush Shiyaam, m/s. 14))

3. Haidh dan Nifas

Jika seseorang wanita haidh atau nifas, pada suatu bahagian siang tertentu (di bulan Ramadhan), sama ada di awal atau pun di akhir waktu, maka mereka harus berbuka dan mengqadhakannya. Jika mereka tetap berpuasa, maka puasa tidaklah sah. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Bukankah jika haid dia tidak solat dan puasa?” Kami katakan, “Ya.” Beliau berkata, “Demikianlah kekurangan agamanya.”

Dalam riwayat lain disebutkan:

“Beberapa malam dia diam tidak mengerjakan solat dan tidak juga berpuasa pada bulan Ramadhan. Jadi, inilah kekurangan agamanya.” (Hadis Riwayat Muslim (79) dan (80) dari Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)

Perintah mengqadhakan puasa juga terdapat di dalam riwayat Mu’adzah, dia berkata:

“Aku pernah bertanya kepada ‘Aisyah, “Mengapa orang haid mengqadha puasa tetapi tidak meng-qadha solat?” ‘Aisyah berkata, “Apakah engkau wanita Haruri” (Haruri dinisbahkan kepada Harura’ (iaitu) negeri yang jaraknya 2 batu dari Kufah. Mereka yang memiliki sikap membantah dinisbahkan kepada kelompok tersebut (kelompok khawarij)) Aku menjawab, “Aku bukan Haruri, tetapi hanya (sekadar) bertanya.” ‘Aisyah berkata, “Kami pun haid ketika puasa, tetapi kami hanya diperintahkan untuk mengqadha puasa, tidak diperintahkan untuk mengqadha solat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/429) dan Muslim (335))

4. Suntikan Yang Mengandung Makanan

Iaitu menyalurkan zat makanan ke perut dengan maksud memberi makanan bagi orang yang sakit. Suntikan seperti ini membatalkan puasa, kerana memasukkan makanan kepada orang yang sedang berpuasa. Adapun jika suntikan tersebut tidak sampai kepada perut tetapi hanya ke darah, maka inipun juga membatalkan puasa, kerana kandungan cecair tersebut kedudukannya menggantikan kedudukan makanan dan minuman. Kebanyakan orang yang pengsan dalam jangka waktu yang lama diberikan makanan dengan cara seperti ini, seperti jauluz (glukosa) dan salayin (garam/Sodium), demikian pula zat-zat yang diberikan kepada sebahagian orang-orang yang sakit asma, maka inipun membatalkan puasa.

5. Jima’ (Bersetubuh)

Imam asy-Syaukani berkata (Dararil Mudhiyyah (2/22)): “Jima’ dengan sengaja, tidak ada ikhtilaf (perbezaan pendapat) padanya bahawa perkara tersebut membatalkan puasa, adapun jika jima’ tersebut terjadi kerana lupa, maka sebagian ulama menganggapnya sama dengan orang yang makan dan minum dengan tidak sengaja.”

Ibnul Qayyim berkata (Zaadul Ma’ad (2/66)), “al-Qur-an menunjukkan bahawa jima’ membatalkan puasa sebagaimana halnya makan dan minum, tidak ada perbezaan pendapat dalam perkara ini.”

Dalilnya adalah firman Allah:

“Sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untuk kalian.” (al-Baqarah, 2: 187)

Diizinkan bergaul (dengan isterinya) di malam hari, maka dapat kita fahami bahawa puasa itu dari makan, minum dan jima’. Barangsiapa yang membatalkan puasanya dengan jima’, maka dia harus mengqadhanya dan membayar kafarat. Dalilnya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, (dia berkata):

“Pernah datang seseorang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kemudian berkata, “Ya Rasulullah, binasalah aku!” Rasulullah bertanya, “Apakah yang membuatmu binasa?” Orang itu menjawab, “Aku menjima’i isteriku di bulan Ramadhan.” Rasulullah bersabda, “Apakah kamu mampu memerdekakan seorang budak?” Orang itu menjawab, “Tidak.” Rasulullah bersabda, “Apakah engkau mampu memberi makan enam puluh orang miskin?” Orang itu menjawab, “Tidak.” Rasulullah bersabda, “Duduklah.” Dia pun duduk. Kemudian ada yang mengirimkan (membawakan) satu wadah kurma kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Rasulullah bersabda, “Bersedekahlah dengan kurma ini.” Orang itu berkata “Tidak ada di antara dua kampung ini keluarga yang lebih miskin dari kami.” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun tertawa hingga terlihat gigi serinya, lalu beliau bersabda, “Ambillah, berilah makan kepada keluargamu.” (Hadis sahih dengan berbagai lafadz yang berbeza dari al-Bukhari (11/516), Muslim (1111), at-Tirmidzi (724), al-Baghawi (6/288), Abu Dawud (2390) ad-Darimi (2/11), Ibnu majah (1671) Ibnu Abi Syaibah (2/183-184) Ibnu Khuzaimah (3/216) Ibnul Jarud (139) asy-Syafi’i (299) Malik (1/297) dan Abdur Razzaq (4/196). Sebahagian mereka memursalkannya dan sebahagian yang lainnya menyambungkannya. Lihat juga di dalam Fathul Bari oleh al-Hafiz Ibnu Hajar (11/516))

Sumber : Akh. Nawawi Subandi,http://fiqh-sunnah.blogspot.com

97 Comments

  1. assalamualikum uztaz,

    saya telah melakkukan persetubuhan pada malam bulan puasa, tetapi kami tidak sempat mandi wajib
    sebab terlepas waktu imsak dan tersedar sudah
    waktu subuh.Apakah hukum puasa kami?

  2. Wassalam Sdr. Nizam & terima kasih atas soalan..

    Hukum puasa tuan & isteri SAH walaupun masih dalam keadaan berhadas (belum mandi wajib) selepas masuk waktu Subuh. Yang penting, tuan dan isteri perlu mandi wajib kemudiannya untuk solat Subuh.

    WaLLAHu a’lam.

  3. saya telah berjimak dengan isteri ketika hampir-hampir azan subuh dilaungkan, sedangkan isteri saya berniat untuk berpuasa, bagaimanakah hukumnya

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Hisham, terima kasih atas soalan.

    (Abdul Hisham bermaksud ‘hamba kepada Hisham’. Kita dilarang menghambakan diri kepada makhluk lain. Harap ini bukan nama sebenar Sdr.)

    Tentang soalan Sdr.,

    Sdr. perlu yakin samada telah masuk waktu Subuh atau belum apabila habis berjima’.

    Jika diyakini belum Subuh, maka puasa isteri Sdr. sah walaupun belum mandi hadas semasa masuk waktu Subuh.

    Jika berjima’ dan terlajak memasuki waktu Subuh, maka puasa akan terbatal dengan sendirinya.

    WaLLAHu a’lam.

  4. Apakah hukum puasa seseorang itu bila ia sedang berpuasa dan dalam puasa itu ia menggunakan ubat “INHALER” iaitu sejenis ubat yang selalu digunakan bagi mereka yang menghidap penyakit ampus (asma),persoalan saya adakah batal puasa seseorang itu??

  5. Saye nak tanya pendapat ustaz … Student sye baru2 nie da menanyakan sah mengenai puasa nie.. Soalan dia ialah sah tidak puasa dia jika dia belum mandi wajib lagi… Student sye nie lelaki…. Harap ustaz dapat menjawap soalan sye dengan segera.. terima kasih

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Baby, terima kasih atas soalan.

    Mana-mana individu yang masih dalam keadaan berjunub selepas seks, haid dan nifas, namun masih belum mandi wajib walaupun fajar (azan Subuh) telah menjelang, puasanya dikira sah.

    Walaupun individu ini dibenarkan menangguhkan mandi wajib sehingga lepas azan Subuh, namun dia perlu segera pula mandi untuk menunaikan solat Subuh.

    Amat malang bagi kebanyakan orang yang puasa, tapi kekal berhadas sehingga tidak solat Subuh. Puasanya mungkin sah, tapi tidak mendapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga semata-mata.

    WaLLAHU a’lam.

  6. assalamualikum uztaz
    bagaimana kalau jadual makan ubat(pil yg diletak di bawah lidah) saya pada waktu berpuasa.jika saya tidak makan ubat badan saya akan menjadi lemah dan seram sejuk seperti nak demam.

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Sham,

    Terdapat beberapa ubat di Malaysia yang diberi sublingual (bawah lidah) seperti Caduet (untuk hilangkan lemak), Suboxone (untuk merawat ketagihan dadah) dan Imdur (untuk sakit jantung). Berdasarkan reaksi ubat-ubat itu, hanya ubat anti-angina sublingual nitroglycerin iaitu Imdur yang tidak membatalkan puasa kerana hanya bertindak pada saluran darah. Ubat yang selainnya membatalkan puasa, tangguhkan untuk memakannya selepas berbuka atau sebelum sahur.

  7. adakah puaa kita batal apabila seseorang itu tengok benda lucah pada siang hari ?

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Kamarul.

    Puasa orang tersebut tidaklah batal, namun dia telah mencemarkan kesucian Ramadan dan puasa dengan melakukan maksiat. Sesungguhnya perbuatan tersebut mengundang dosa. Sepatutnya bulan Ramadan ataupun saat berpuasa (jika bukan bulan Ramadan) adalah waktu terbaik memohon ampun dari segala dosa dan menambah ibadah.

    WaLLAHu a’lam.

  8. assalammualaikum ustaz,

    nak ty, kalau ambil darah batal puasa atau tidak?
    lagi satu, kalau ambil ubat seperti tablet clotrimazole yang perlu dimasukkan ke dalam vagina or ubat suppository yg perlu dimasukkan ke dalam anus, kire batal tak puasa??

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Zizihimura,

    Menderma dan menerima darah, memasukkan ubat dalam vagina ataupun suppository tidak membatalkan puasa.

    Sila rujuk artikel http://fiqhmedic.wordpress.com/2009/07/23/panduan-ringkas-sepanjang-bulan-ramadhan/

  9. salam. bagaimana pula jika lelaki dan wanita- yg bkn mahram nya bersentuhan. eg; berpeluk- batal tak puase?

    dan, jika seorang lelaki itu sengaja mngeluarkan mani. apakah puasanya batal?

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Amok,

    Mengapa kita terlalu risau akan batal puasa? Sedangkan kita tidak gerun pun pada ALLAH untuk membuat maksiat di dalam bulan suci Ramadan.

    Bersentuhan & berpeluk tidak membatalkan puasa, namun mengeluarkan mani membatalkan puasa. Tapi lebih dari itu, kedua-duanya adalah maksiat dan dosa besar di bulan suci Ramadan ini.

  10. Assalamualaikum.
    Saya ingin bertanya pada ustaz tentang kemusykilan kami suami isteri tentang bersetubuh di siang hari adalah sebahagian perkara yang membatalkan puasa. Jadi, saya nak kepastian tentang hukum tersebut, kami kenalah mengqadar puasa yang ditinggal dan membayar kafarat. Bagaimana hendak membayar kafarat tersebut. Harap ustaz dapat memberi tunjuk ajar pada kami. Terima kasih.
    Salam

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Pina,

    Bersetubuh di siang hari Ramadan semestinya membatalkan puasa, dan amat dilarang kerana ia mencemari bulan suci Ramadan. Walaupun seseorang itu berbuka kerana musafir sekalipun, dia tetap dilarang untuk bersetubuh di siang hari Ramadan.

    Mereka yang bersetubuh perlu menqada’ puasa yang ditinggal dan membayar kaffarat. Kaffaratnya ialah membebaskan seorang hamba lelaki atau perempuan yang beriman. Jika tidak mampu, perlu memberi makan 60 orang miskin dengan kadar secupak beras seorang. Jika tidak mampu, maka perlu berpuasa dua bulan berturut-turut. Kaffarat dan puasa yang perlu diqada’ berganda jika bilangan hari yang dilakukan hubungan seks itu bertambah.

  11. assalmualaikum

    saya ingin menanyakan satu perkara, sekiranya kita berpelukkan bersama isteri seterusnya air mani suami terkeluar selepas 15 minat waktu imsak, adakah sah puasa itu..

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Aiman,

    Waktu puasa sebenarnya dikira apabila bermula waktu Subuh sehinggalah waktu Maghrib. Jika yakin masih belum masuk waktu Subuh, maka puasa masih sah walaupun belum mandi wajib. Jika tidak, maka Sdr. perlu mengqada’ puasa tersebut.

  12. assalamualaiku,

    ustaz kalau tengok yang tak bagus batal ker???

    Abul Harith : Wassalam Hazim,

    Puasa tak batal, tapi pahala puasa akan jadi sia-sia. Sepatutnya puasa perlu disertai dengan amal soleh, bukannya maksiat.

  13. assalamualaikum,
    adakah batal puasa sekiranya keluar air mani akibat dari mimpi basah. terima kasih

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Nazri,

    Puasa tidak batal kerana ia bukan disengajakan. Ini adalah pendapat Syeikh Soleh Uthaimin, ulama besar Arab Saudi dalam makalahnya “70 Perkara Berkenaan Puasa”.

  14. assalamualaikum..

    adakah terbatalnya puasa seseorg itu sekiranya terkeluar air mani di siang hari walaupun secara tidak sengaja.

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Ery,

    Sila rujuk artikel dan jawapan pada pertanyaan pengunjung di atas.

  15. Assalamualaikum..

    Apakah Hukumnya ? saat puasa
    a. Sengaja menelan ludah
    b. Tidak sengaja menelan ludah.

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Raida,

    Menelan air liur yang masih berada dalam mulut sama ada sengaja atau tidak sengaja, tidak membatalkan puasa. Melainkan seseorang itu meminum semula air liur yang telah diludah keluar dari mulut, ianya membatalkan puasa.

  16. Assalamualaikum.
    Saya ingin bertanya pada ustaz tentang kemusykilan kami suami isteri tentang bersetubuh di siang hari adalah sebahagian perkara yang membatalkan puasa. Jadi, saya nak kepastian tentang hukum tersebut, kami kenalah mengqadar puasa yang ditinggal dan membayar kafarat. Bagaimana hendak membayar kafarat tersebut. Harap ustaz dapat memberi tunjuk ajar pada kami. Terima kasih.
    Salam

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Syamim,

    Sila rujuk kepada jawapan kepada soalan oleh pengunjung Pina di atas. Terima kasih.

  17. Salamualaikum~
    Keluar air mani secara tak sengaja macam saya tidur dan mimipi sadar je dah basah puasa tak batal kan??

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Hakeem,

    Kebanyakan ulama’ menyatakan puasa tidak batal, kerana ia bukan disengajakan. Boleh rujuk perbincangan di atas dan juga dalam posting yang sama tajuknya.

    WaLLAHu a’lam.

  18. Adakah terbatal puasa seseorang jika tertelan sisa makanan atau sesuatu yg telah ada di dalam mulut?

    Abul Harith : Dalam kes ‘TER’telan, maka puasa tidak batal. Jika dapat tahu ada sisa makanan, maka haruslah mengeluarkannya. Sdr. juga digalakkan bersiwak (gosok gigi), ia tidak membatalkan puasa atau mengurangkan pahala seperti mana sangkaan kebanyakan orang.

    Manakala, dalam kes sedang bersahur dan tiba-tiba berkumandang azan Subuh sedangkan masih ada makanan dalam mulut, maka teruskan sahaja telan baki makanan yang ada.

    WaLLAHu a’lam.

  19. adakah suntikan dan ubat titis mata membatalkan puasa?

    Wassalam Sdr. Wan.

    Ubat titis mata tidak batalkan puasa. Suntikan pula bergantung kepada jenis suntikan tersebut. Jika ia suntikan vaksin, anesthesia atau hormon insulin, maka ia tidak batalkan puasa. Namun jika suntikan itu adalah nutrient berzat sepertimana makanan, maka puasanya batal.

    WaLLAHu a’lam.

  20. salam…
    1)saya ingin bertanya, suami isteri yang melakukan cumbu-cumbuan adakah batal puasa
    2) Sekiranya ada mengalami sakit gastrik semasa berpuasa,adakah diharuskan untuk berbuka dan perlu diganti.apakah dendanya..
    3) Adakah hukum puasa sekiranya bekerja sebagai buruh (memasang paip bangunan) dan adakah wajib menggantikannya.
    terima kasih

  21. Assalamualaikum…

    Adakah terbatal puasa seseorang itu jika dia melakukan endoskopi @ fandoskopi @ kolonskopi?

    Abul Harith : Wassalam. Tidak batal puasa. Sila search artikel berkaitan di laman ini. Terima kasih.

  22. klau kkita menggunakan gigi palsu yg dimasukkan ke dalam mulut adakah puasa akan batal?

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Shaz, Puasa tidak batal hanya dengan memakai gigi palsu.

  23. assalamualaikum…

    saya telah ternampak adik perempuan saya memegang kemaluannya sendiri pada siang puasa ( ramadhan ) dan dia meraba2 dada dan kemaluannye..
    adakah puasa beliau batal???

  24. ustaz adakah batal puasa seseorang jika keluar mani pada siang hari secara tidak sengaja?sedangkan pada malam harinya dia telah menonton bahan lucah?

  25. salam..

    haid dan nifas adl perkara yg membatalkan puasa. Bagaimana pula darah yg keluar selepas pemakaian IUCD. Untuk makluman, sy memakai IUCD slpas habis haid sblm bln ramadhan dan doktor ada memaklumkan akan berlaku tempoh haid yg panjang bg 3 bulan pertama slps pemakaian. Bulan berikutnya, haid saya dtg dan masih tidak habissehingga bulan ramadhan. (setakat ini hampir 3 minggu darah keluar walaupun darahnya hanya sedikit). Adakah darah ini dikira darah haid dan membatalkan puasa?

  26. assalamualaikum…ustaz

    saya selalu bersedawa dan masa yang sama ia mengeluarkan sedikit sisa makanan. saya nak tahu jika kita telan semula sisa tersebut, adakah puasa seseorang itu terbatal?

  27. mengeluarkan air mani dengan tidak sengaja (mimpi basah)..tp itu x batal puasa kan?…jadi…perlu x kita mandi wajib semula??sy mushkil lah

  28. ASSALAMUALAIKUM
    SAYA INGIN BERTANYA JIKA SAYA SEDANG BERPUASA DAN KAKI SAYA BERDARAH AKIBAT TERLUKA ADAKAH PUASA SAYA BATAL..SEKIAN TERIMA KASIH

  29. ustaz…
    saya melakukan perkara melancap pada siang hari….tetapi saya memirkirkan dosa….air mani belum terkeluar lagi…adakah itu dosa atau membatalkan puasa…
    Sekian Terima Kasih…

  30. Uztaz, apa kah hukum puasa bgi org yg rasa hendak muntah…? contohnya dia merasakan sesuatu di dlm mulutnya lalu batuk / rasa hendak muntah utk megeluarkanya secara spontan? adakah puasanya batal?

  31. assalamualaikum ustaz..
    saya ingin bertanyakan ustaz… saya bersetubuh bersama suami saya pada malam bulan ramadhan. tetapi kami x tersedar untuk sahur dan mandi wajib. kami tersedar lepas azam subuh. adakah sah puasa kami?

  32. salam ustaz.
    thn lepas sy tinggal 9 hari puasa sebab saya haid + menyusukan anak.saya lewat kan membayar puasa sebab saya fikir perlu makan utk nyusukan anak di siang hari.Tahun ini sy melahirkan anak lagi.sedangkan puasa yang lepas belum dibayar.memandangkan puasa pada tahun ini semakin hampir & anak saya premature,Jikalau saya berpuasa saya tidak dapat hasilkan susu yang banyak.bagaimana jika saya berniat hendak menggantikan pada tahun hadapan?saya difahamkan saya perlu membayar fidyah dan ganti puasa.adakah puasa saya perlu digandakan jika diganti pada tahun hadapan?saya betul2 perlukan bantuan ustaz..

    Abul Harith : Wassalan Puan Akma,

    Cukuplah qada’ dan fidyah mengikut hari yang tertinggal. Puasa yang tertinggal tak perlu digandakan jika terpaksa dibawa ke tahun hadapan.

  33. salam ustaz

    saya ada 1 persoalan, saya mengadung so 16/8 ni sy kena check up kat hospital. mslh nye kemungkinan sy kena suntik kat bahagian belakang sbb darah sy jenis negatif. kn suntik untuk kesihatan anak. soalannye skrg batal x pose saya nt….

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Norm,

    Dalam kes Paun yang mengalami Rh -ve, rawatan menggunakan Rho(D) Immune Globulin atau “RhoGAM” tidak membatalkan puasa. Ia dibuat dari sebahagian dari plasma darah dan disuntik ke dalam otot (intramuscular). Ia tak dikira seperti makanan.

    WaLLAHu a’lam.

  34. askum ustaz, saya ingin bertanya, adakah puasa terbatal jika kita memasukkan air untuk membersihkan rektum di siang hari?

  35. assalamualaikum ustaz
    bagaiman pula pesakit yg menerima rawatan IV ciprobay. itu hanya antibiotik. masih dikira batal puasa?

  36. Salam, ustz.
    Puasa terbatal sekiranya memasukkan sesuatu kedalam rongga dgn sgaja. Adakah mata itu dikira rongga? Jika ya, apa pula hukumnya jika memakai contact lens (berhias,tak ada power, warna-warni) y sblm memakainya dibasuh dgn air dan basah2 diletakkan ke mata. Batal x puasa?

  37. assalamualaikum ust.

    apakah denda yang akn dikenakan pd umat yang mngeluarkan air mani dgn sgja pd siang dan malam ari di bulan ramadhan??boleh ust. TERANGKAN denda bg perbuatan tersebut??

  38. Assalammualikum ustaz.. Saya nk brtnya, sy mngalami msalah tlinga bernanah.. Adkah batal puasa sy jika sy mmsukkan tisu atau kain ke dalam tlinga sy untk mmbersihkannya.. Kerana jika tidak ia akan meleleh kluar dan ,memberi ketidakselesaan terutama swaktu bkerja dan berhdpan org ramai.. Sy amat brhrap ustaz dpt mmbalas ke emel sy scpat mngkin… Terima kasih

  39. Assalamualaikum Ustaz,

    Saya nak tahu, batal tak puasa saya jika saya sedang mencukur misai dan janggut lalu terluka pada bulan puasa ni?

    Assalamualaikum

  40. Assalamualaikum Ustaz,

    Gigih sungguh ustaz jawab soalan2 dari tahun 2008 lagi. Cari guna Mr.Google je ni haha.

    Persoalan saya di sini ialah, terbatalkah puasa jika ketika mandi atau berkumur.
    Saya dapat rasakan titisan air masuk ke dalam mulut, contohnya tertelan/menelan air yg bercampur dgn air liur. Lepas itu saya dpt rasa segar di kawasan kerongkong.

    Jawapan dari Ustaz sangat dihargai.

  41. apa hukum keluar mazi di siang hari??
    2.kalau kita membuat pekara yg bulih naik kan nafsu sahwat tapi tidak sampai keluar mani asa ka batal??

  42. Saya telah berniat puasa dan telah tertidur selepas subuh..
    Dalam tidur saya telah mimpi basah.
    ADAKAH PUASA SAYA BATAL?
    adakah saya perlu mandi wajib semula dan berniat puasa semula?

  43. salam,
    kalau saye selesema, lepas tu saye masukkan tisu ke dalam hidung sebab nak hilangkan hingus…batal ke puasa kalau macam tuu???

  44. Assalamualaikum Ustaz,
    Saya telah menjalani pembedahan tulang hidung tiga minggu yang lalu, rawatan susulan akan diadakan dalam bulan puasa ini. Dalam rawatan susulan tersebut, doktor akan memasukkan scope ke dalam lubang hidung saya untuk membuang benang jahitan yang masih terdapat di dalam lubang hidung saya. Adakah batal puasa saya nanti ?

  45. assalamualaikum w.b.t , Ustat Saya nak tanya soalan.
    Soalan perTAMA,
    saya tidur dr waktu imsak sehingga mahu masuk waktu asar baru terbangun tp dlm jangka waktu tu saya ada juga 2-3 kali tersedar tp terus sambung tidur. . . puasa batal atau tidak??

    Soalan ke.2,
    jika saya tidur dr waktu imsak sehingga terlebih waktu berbuka puasa, puasa batal atau tidak??

    Soalan KE-3,
    menggosok gigi slps waktu imsak iaitu sekitar jam 5.00am-6.00pm puasa batal ke??

    Ok,Trima Kasih Ustat. . . Harap dpt d JWB soalan saya. . . 😀

  46. Salam ustz, kalo saya beronani di malam hari sehingga mengeluarkan air mani, adakah batal puasa saya sekiranya sy terlupa atau sengaja melmbt2 mandi wajib sehingga terbit matahari keesokkanya.

  47. assalamualaikum. batalkah puasa seorang wanita mengandung chek ‘jalan’ bagi memastikan saat kelahiran??? dan bagaimana pula jika wanita mengorek farajnya bagi membersihkan kekotoran untuk berwudhuk, adakah termasuk memasukkan sesuatu ke dalam rongga dan membatalkan puasa???

  48. assalamualaikum ustaz,….sekiranya sewaktu kita berbuka kita sudah yakin bahawa sudah masuk waktu berbuka kerana azan maghrib telah berkumandang@seren telah berbunyi….namun setelah berakhirnya bulan puasa saya rasa was2 apabila saya melihat “the malaysia standard time”di internet,saya bandingkan dgn jam saya,ia lebih cepat dlm beberapa SAAt….mohon pendapat ustaz……saya juga memang mempunyai penyakit was2……

  49. As’salamualaikum ustaz….apakah puasa nazar saya dan puasa enam isteri saya sah setelah kami telah berjima selepas waktu subuh tetapi mandi sebelum terbit fajar untuk menunaikan solat subuh. Kalau tidak sah,adakah kami patut dikenakan hukum mengikut ISLAM.
    Wasalam.

  50. assalamualaikum ustadz
    Bagaimana sebenarnya yg dikatakan air mani itu? Apakah cairan putih bening yg keluar karna gairah dapat disebut dengan air mani? Apakah itu membatalkan puasa?
    Terima kasih ustadz. Wassalam.

  51. salam.esok hari saya ada suntikan talasemia dan esok hari saya berniat melakukan puasa qada.adakah boleh saya berpuasa qada esok hari walaupun di kenakan suntikan?

  52. salam ustaz.

    Saya ada masalah penghadaman. Disebabkan itu, saya selalu terkentut. Jadi saya ada masalah ketika solat. Jika solat 5 waktu saya dapat untuk menunaikan solat secara cepat untuk mengelakkan rasa terkentut. Tetapi saya ada masalah ketika hendak solat terawih. Jadi apakah solat terawih saya sah walaupun saya asyik terkentut?..Adakah setiap kali selepas solat 2 rakaat itu saya terpaksa untuk mengambil wuduk lagi?..mohon di jelaskan..

    terima kasih.

  53. assalamualaikum,ustaz.

    perlukah saya ganti puasa sebab minum semasa azan subuh..?
    selama ini saya tahu ada yg mengatakan boleh tapi hanya dengan sekali nafas sahaja. dan sekarang baru saya tahu tak bleh..jd sah tak puasa sy tu..Tq

  54. assalamualaikum ustaz,
    saya kerap kena ulser dalam mulut, bukan sedikit tetapi banyak jumlahnya dan kerap berdarah.bolehkah saya berpuasa?

  55. Kalau kita menyiap kan makanan untuk brbuka puasa
    dan tangan kita berdarah karena kena pisau
    dan itu pun tidak di sengaja
    apakah itu dapat membatal kan puasa

  56. Asalamualaikum ustaz apa terjadi sekiranya saya melihat orang tidak berpakaian ketika puasa? sila perjelaskan asalamualaikum

  57. Asalamualaikum ustaz adakah batal puasa saya sekiranya menonton video orang BERSETUBUH? sila ustaz perjelaskan sebelum tamat puasa asalamualaikum

  58. Asalamualaikum ustaz adakah balikh jika seseorang itu terkeluar air mani walau pun tidak bermimipi minta ustaz perjelaskan asalamualaikum

  59. Nama sebenar saya ialah Muhammad Ibadurrahman bin Imizan, Ibad nama singkatan saya…… apakah maksud Ibadurrahman harap ustaz dapat perjelaskan

  60. Assalammualaikum Ustaz, Saya hamil 5 bulan dan diperlukan mengambil suntikan zat besi selama 10 hari dalam bulan puasa ini untuk masalah darah cair. Adakah ianya membatalkan puasa?

  61. assalammualaikum ustaz..saya nak tanya..batal x puasa kalau telan air liur bercampur darah gusi…sbb saya selalu gusi berdarah.tq

  62. Assalamualaikum ustaz,
    Saya memeluk suami sehingga keluar air mazi ketika sedang puasa. Saya tidak sengaja dan tiada niat ape2 ketika melakukan, sekadar bermanja dgn suami.Adakah batal puasa saya? Dan haruskah saya mandi wajib?

  63. salam ustaz,sya ada mmbeli ubat untuk perawatan wanita.tp perlu dimasukkan mellaui faraj.batal atau tidak puasa sya sekiranya sya memakai ubat trsebut di siang ari bulan ramadhan..ubat trsbut perlu dkluarkan smula 8 jam kmudian..apa pandangan ustaz?

  64. ust saya nak tanya..Batal tak puasa saya?..
    Jika saya memasukkan gigi palsu saya ke dalam mulut selepas waktu subuh dan besugi selepas azan subuh..?

  65. Greetings from Florida! I’m bored at work
    so I decided to check out your website on my iphone during lunch break.

    I really like the knowledge you present here and can’t wait to take a look when I
    get home. I’m amazed at how fast your blog loaded on my
    phone .. I’m not even using WIFI, just 3G ..
    Anyhow, very good site!

  66. assalammualaikum… saya ada satu soalan.. kawan saya telah melakukan onani dengan sengaja ketika puasa tetepi dia lupa bahawa dia sedang berpuasa… adakah batal puasanya…

  67. Assalamualaikum ustaz,

    Saya ingin bertanya, boleh ke kita bercukur misai dan janggut pada siang hari dalam bulan Ramadhan? Kerana takut puasa batal, kerana kadang2 bila cukur, ada luka sikit. Jadi, apa boleh ke tidak utk bercukur di siang hari dalam bulan Ramadhan?

Leave a Reply to syamimCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *