Pembedahan Pembesaran Payudara

Soalan : Saya ada soalan berkenaan pembedahan kosmetik. Ketika kecil, saya ada masalah kesihatan yang menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Hasilnya, payudara saya tidak membesar. Semua kakak dan sepupu saya mempunyai payudara yang normal, tapi saya cuma mempunyai payudara seperti budak kecil, bukannya seorang wanita. Jika saya tiada masalah kesihatan ini, payudara saya sepatutnya normal. Adakah dibenarkan untuk saya menjalani pembedahan kosmetik untuk membaiki bentuk dan saiz payudara saya supaya kelihatan normal? Perlu dinyatakan bahawa saya tidak merasa seperti seorang wanita kerana payudara saya dan ia menyebabkan tekanan emosi.

Dijawab oleh Sheikh `Abd al-Rahmân al-Jar`î, Professor di King Khâlid University, Abhâ

Jika payudara seorang wanita bukan semulajadi menjadi kecil dan tidak normal saiznya, kerana ketidakseimbangan hormon, dia boleh menjalani pembedahan kosmetik untuk membesarkan payudara selagi mana pembedahan itu tidak terdedah kepada bahaya demi kesihatannya. Hal ini perlu dipastikan dengan pakar perubatan yang berwibawa sebelum dia membuat sebarang keputusan.

Pembedahan sebegitu hanya diizinkan jika ia dilakukan sebagai rawatan perubatan untuk memulihkan keadaan kesihatan dan mengembalikan payudara kepada saiz asalnya.

Pembesaran payudara tidak harus dilakukan untuk meningkatkan kecantikan semata-mata apatah lagi ia mengubah ciptaan ALLAH lantaran mengikut tanggapan jahil tentang kecantikan.

Dalam hal ini, ia pastinya tidak diizinkan oleh ALLAH. ALLAH berfirman:

 لَّعَنَهُ اللّهُ وَقَالَ لَأَتَّخِذَنَّ مِنْ عِبَادِكَ نَصِيبًا مَّفْرُوضًا (118)

وَلأُضِلَّنَّهُمْ وَلأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الأَنْعَامِ وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللّهِ وَمَن يَتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِّن دُونِ اللّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُّبِينًا (119) سورة النساء

“Yang dilaknati ALLAH dan syaitan itu mengatakan: “Aku benar-benar akan mengambil dari hamba-hamba ENGKAU bahagian yang sudah ditentukan (untuk aku).  Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan ALLAH), lalu benar-benar mereka mengubahnya”. Barangsiapa yang menjadikan syaitan pelindung selain ALLAH, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.”

[Sûrah al-Nisâ’: 118-119]

Barangsiapa yang terlibat dalam pembedahan kosmetik untuk tujuan kecantikan semata-mata juga tergolong dalam celaan sebagaimana hadith riwayat Ibn Mas`ud r.a. di mana dia mendengar Rasul ALLAH s.a.w. mencela perempuan yang mencabut bulu kening dan sesiapa yang menjarakkan gigi atas alasan mengejar kecantikan. Merekalah yang mengubah ciptaan ALLAH.

[Hadith riwayat al-Bukhârî & Muslim]

Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.

Sumber: dialihbahasa dari Arkib Fatwa,  http://islamtoday.com

13 Comments

  1. Wassalam Sdr. Siti & syukran atas soalan.

    a. Fatawa dari al-Lajnah al-Daa’imah :-

    لا حرج على المرأة في إزالة شعر الشارب والفخذين والساقين والذراعين ، وليس هذا من التنمص المنهي عنه

    “Tidak menjadi kesalahan bagi wanita jika dia ingin membuang rambut/bulu diatas bibir, peha, betis dan tangan. Ini bukanlah bahagian mencabut/tanammus yang dilarang” – [Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 5/194, 195].

    Untuk penerangan lanjut, sila susuri,

    http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/23/hukum-cabut-bulu-dada/#more-162

    Syukran, Wassalam

  2. bagaimana pula dengan produk2 herba yang digunakan oleh wanita masa kini untuk menegangkan dan mencantikkan payudara?adakah ia dibenarkan atau termasuk dalam kategori mengubah ciptaan Allah

    Abul Harith : Wassalam Puan & terima kasih atas soalan.

    Hukumnya harus makan atau guna herba & suplement untuk kecantikan atau pembesaran payudara. Ia tidak dikira mengubah ciptaan ALLAH. Kerana apa yang Puan makan atau guna adalah semata-mata nutrien, zat & khasiat yang memberi manfaat kepada tubuh badan sepertimana produk herba lain. Ia juga dibolehkan untuk meningkatkan lagi keharmonian rumah tangga.

    Namun, ia boleh menjadi haram jika kandungan herba atau ubatan itu dari sumber diragui & haram. Ia juga menjadi haram jika bertujuan kosmetik semata-mata untuk dibanggakan penampilan susuk tubuhnya kepada lelaki bukan mahram.

    Walaubagaimanapun, saya menasihati Puan agar berhati-hati dengan dakwaan ubat herba tersebut. Saya khuatir ia akan lebih memburukkan keadaan daripada memberi manfaat. Tiada jaminan produk herba di pasaran masa ini selamat 100%, malah ada yang memudaratkan. Syukurlah dan jagalah nikmat TUHAN yang sekian ada dengan baik.

    Wassalam.

  3. kami suami isteri, lebih2 lagi isteri saya sedikit tertekan dgn kaadaan payudaranya yg mula mengendur dan kelhilangan bentuk. kami sepakat dan sebulat suara utk melakukan pembedahan implan.Cuma rancangan terbantut kerana memikirkan ianya ditegah oleh agama, walaupun tujuan kami semata2 utk keharmonian hubungan suami isteri. Apa penyelasaian terbaik utk kami.Terima kasih.

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Mat, terima kasih atas soalan.

    Pembedahan kosmetik seperti pembedahan implan biasanya biasanya bertujuan dua perkara, memulihkan kecacatan atau demi kecantikan semata-mata.

    Andai ia bertujuan demi kecantikan semata-mata, maka ia dikira mengubah ciptaan ALLAH dan tidak dibenarkan.

    Adapun jika ia bertujuan merawat kecacatan untuk mengembalikan kepada keadaan yang asal seperti dalam kes mastektomi (pembedahan pembuangan payudaya akibat barah), maka ia dibenarkan.

    Cuma perlu dipastikan bahawa pembedahan itu terjamin selamat dan berjaya memulihkan kecacatan. Andai ia menyebabkan kemudaratan yang lebih teruk ataupun sama, maka tidak dibenarkan.

    Satu lagi isu yang timbul ialah masalah mendapatkan pakar bedah Muslimah demi menjaga aurat dan maruah. Jika tiada masalah, teruskan.

    Lebih baik bermula dengan terapi yang lebih ringan seperti sapuan krim. Boleh rujuk pakar kulit atau sakit puan di mana-mana hospital.

    Selain itu, pendekatan kaunseling atau psikologi juga boleh dicuba supaya suami isteri dapat menerima keadaan yang berlaku. Terdapat banyak kes pesakit barah yang kehilangan payudaranya masih hidup bahagia kerana pasangan dapat redha menerima apa yang berlaku tanpa melakukan pembedahan rekonstruktif yang mungkin banyak risikonya.

    WaLLAHu a’lam.

  4. saya khuatir dgn payudara saya yang kendur,tidak seimbang n tdk cantik.bolehkah saya memakai krim atau ubat bagi tujuan membesar,mencantik n memperbaiki.krn suami saya suka dgn wanita berpayudara canik n besar.

    Abul Harith : Wassalam Sdr.,

    Ianya dibolehkan jika bertujuan mengembalikan keadaan payudara kepada keadaannya yang asal dan sempurna seperti yang sepatutnya. Bagaimanapun untuk menyenangkan hati suami semata-mata, adalah alasan yang kurang diterima dalam kes ni kerana ia melibatkan pengubahan organ.

    Tapi kalau sekadar terapi untuk mencantikkan, menganjalkan dan menyihatkan payudara menggunakan ubat, herba atau urutan yang tidak berbahaya, maka dibolehkan.

    Dan pastikan juga tiada niat lain yang memesongkan seperti mendedahkan aurat atau mempamerkan bentuk badan di hadapan orang lain.

    Selain itu, perlulah dipastikan bahawa ubat, krim dan rawatan yang digunakan adalah selamat dan tidak memudaratkan.

    Rujuklah doktor yang pakar dan dipercayai dari mana-mana pusat rawatan, bukannya ubatan murahan yang tidak diketahui asal usulnya.

    WaLLAHu a’lam.

  5. jadi ustaz apa kaedah fiqh yang digunakan dalam hujah di atas? dan bolehkah pembesaran payudara dilakukan melalui kaedah impalnt dalam Islam atas tujuan merawat kecacatan ataupun dengan tujuan menguatkan hubungan antara suami isteri? apa pula kaedah fiqh yang boleh digunakan untuk masalah berikut?

    Abul Harith : Wassalam Sdr., terima kasih atas kunjungan.

    Hukum pengharaman adalah mutlak seperti ayat di atas.

    Hukum yang membolehkan hanyalah dalam kes yang dikecualikan seperti dinyatakan iaitu tujuan utamanya ialah merawat kecacatan. Dan hukum merawat itu adalah harus.

    Maka apa saja method rawatan adalah isu perkembangan dunia perubatan yang tertakluk di bawah kaedah ‘al-Aslu fil al-Ashyai’ al-Ibahah’; Asal segala sesuatu itu (dalam urusan dunia) adalah dibenarkan.

    Namun, hukum itu bukanlah boleh dipakai secara umum untuk semua keadaan. Ia tertakluk pula pada keadaan khusus keadaan pesakit dan teknologi perubatan yang pelbagai dan kompleks. Maka penentuan hukum tertakluk pula pada Qawaid Fiqhiyah yang lain seperti;

    – al-Umuru bi Maqasidiha – seperti dalam kes bedah baiki kecacatan atau kecantikan
    – ad-Darurat tuqdaru biQadariha – seperti dalam kes pembedahan
    – Yuhktaru Ahwanu as-Sharrain – seperti dalam kes memilih antara bedah atau tidak
    – dan banyak lagi.

    Boleh rujuk kitab Al-Wajiz fi Syarhi al-Qawaid al-Fiqhiyyah oleh Dr. Abdul Karim Zaidan

  6. apakah hukum membesarkan payudara yang kecil menggunakan pump bukannya pembedahan. ini kerana amat sukar mencari saiz bra kerana payudara tidak normal.

    Abul Harith : Wassalam, terima kasih atas soalan.

    Dalam kes Sdr., walaupun tiada pembedahan dan tidak kelihatan berbahaya, ia bergantung kepada tujuan.

    Seperti disebutkan diatas, jika bertujuan pembesaran untuk kecantikan dan penunjukan semata-mata, maka diharamkan.

    Namun jika Sdr. maksudkan saiz tidak normal itu adalah kecil jika dibandingkan keadaan sepatutnya akibat sakit atau ketidakseimbangan hormon, maka dibolehkan.

    Jika tidak, biarkan ia seperti mana asalnya. Cukuplah dengan menjaga kebersihan dan kesihatan payudara dan diri dengan krim atau ramuan kesihatan yang dipercayai. Dikhuaturi juga pump tersebut akan lebih mendatangkan kemudaratan. Sila rujuk pakar sakit puan di mana-mana hospital jika perlu rawatan lanjut.

    WaLLAHu a’lam.

  7. saya mempunyai payudara yang besar tidak bersesuaian dengan badan saya dan ini diakui oleh semua orang yang mengenali saya.Pertama saya selalu sakit belakang tengkuk dan bahu akibat buah dada yang besar.Kedua saya selalu bagaikan hendak menangis ketika ingin membeli baju dalam kerana sais payu dara yang besar dan baju dalam tidak ada sais yang bersesuaian walaupun di kedai2 baju dalam yang berjenama.Saya pernah berjumpa doc pakar kerana belakang saya yang sakit dan doc menyarankan saya melakukan reduction breast kerana breast saya yang besar menyebabkan belakang saya sakit setiap hari.Bolehkah saya melakukan proses tersebut kerana saya selalu sakit belakang dan rasa malu kerana buah dada yang besar dan menarik perhatian orang yang memandang?

  8. as-salam…sy mpunyai masalah yg sma seperti cik noreen…adakah salah di sisi agama sekiranye sy ingin mbuat pbdahan?bkn untuk cantik tp kerana tidak tahan melihat mereka2 di luar sana yg mmndang sy bagaikan ssuatu@mereka terllu ghairah sehinggkn ad yg beranggapan yg bukan2…bantu la sy…

  9. Salam…saya telah berkahwin dan melahirkan 3 org anak. Payudara saya dahulunya cantik..begitu juga perut saya. Suami saya ada berkata payudara dan perut saya kini tidak lagi mengghairahkan kerana terlalu kendur dan perut pula pecah2 dan kulit menggeleber. Maka saya memasang niat utk memakai implan payudara dan membuat tummy tuck…dimana sebahagian kecil kulit perut dibuang…iaitu dibahagian kulit yang telah pecah merekah dgn teruk. Saya bukanlah jenis yang memakai pakaian yg mendedahkan aurat. Niat saya hanya untuk keharmonian rumahtangga..kerana suami saya mempunyai ramai isteri. Saya rasa tersisih dan rendah diri kerana badan saya tidak lagi seperti dahulu. Apa hukumnya? Dan jika boleh membuat tummy tuck…lebihan kulit yang dipotong itu perlu ditanam atau apa? Terima kasih saya dahulukan.

  10. Salam..saya berumor 26thun dan sudah berkahwin belum mempunyai anak..masalah sy ialah mempunyai saiz payudara seperti budak drjah 6..haramkah jika sy melakukan suntikan atau apa2 yg boleh besarkan payudara..sy tlah mngunakan cream tp tidak berhasil…haram atau tidak kerana sy ingin melakukan hnya untuk suami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *