Merokok Semasa Puasa Ramadan

Soalan : Saya tahu bahawa merokok diharamkan oleh sebahagian ulama’. Bagaimanapun, saya ingin bertanya sebab rokok diharamkan semasa puasa. Apabila seseorang merokok, dia tidak memasukkan cecair atau makanan ke mulutnya.

Jawapan : Merokok adalah haram, maka tidak dinafikan lagi ia juga dilarang ketika berpuasa.

Berhubung sebab mengapa merokok membatalkan puasa, ini kerana rokok mengandungi partikel yang sampai ke perut.

Syaikh Ibn Uthaymin pernah ditanya mengenai orang berpuasa yang menghidu wangian perfum. Katanya;

“Adalah dibenarkan untuk menggunakan dan menghidu wangian perfum semasa siang Ramadan, kecuali asap kemeyan (atau gaharu). Asap kemeyan dan gaharu ini mengandungi partikel yang sampai ke perut, iaitu dari asapnya.”

(Fatawa Islamiyyah, 2/128)

Menghisap rokok seperti juga menghidu asap kemeyan dan gaharu, kerana kedua-duanya mengandungi partikel-partikel. Namun kedua-duanya berbeza dalam hukum asasnya; menghidu kemeyan adalah halal dan baik, sedangkan merokok haram dan mendatangkan keburukan.

Sumber : Diterjemah dan disunting dari http://islamqa.com

4 Comments

  1. Assalamualaikum..

    sy selalu menanti isu ini agar dibangkitkan.. kerana saya mempunyai kemusykilan mengenainya..

    Seperti mana yang kita sedia maklum, pada esophagus manusia terdapat 2 pencerut atau sphincter; yang dinamakan Upper Esophageal Sphincter (UES) dan Lower Esophageal Sphincter (LES)..

    Sistem sphincter ini dalam keadaan rehat (resting condition) menghalang sebarang partikel untuk sampai secara terus ke dalam perut..

    Namun sebilangan kecil partikel tersebut boleh sampai ke dalam perut jika ia melekat pada buccal cavity seterusnya ditelah oleh perokok tersebut; dan hal inilah menyebabkan perokok kebiasaannya berhadapan dengan risiko gastric carcinoma..

    Tetapi, jika ‘partikel sampai ke perut’ dijadikan ‘illah atau sebab pembatalan puasa, bagaimana pula dengan penggunaan inhaler/nebulizer sewaktu berpuasa, yang mana para ulamak telah sepakat bhw ianya tidak membatlkan puasa, sedangkan terdapat juga sebilangan kecil partikel serbuk Salbutamol yang boleh sampai ke dalam perut..

    Bagaimana pula partikel yang baik dan partikel yang tidak baik boleh membawa perbezaan dalam pembatalan puasa atau tidak. Sedangkan ‘illah pembatalannya ialah sampai sesuatu ke dalam perut..

    Malah sebahagian besar ulamak pd hari ini seperti pengarang kitab At-Taqriratus sadidah fil masail al-mufidah telah menambah satu lg syarat pembatalan puasa:- zat yang ditelah mestilah memberi zat kepada tubuh badan (an yakuna mughazziah); satu syarat yang tidak ditepati oleh kedua2 rokok dan inhaler..

    Wallahua’lam

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Effy, JazakALLAH atas perkongsian. Saya juga menanti komen sebegini.

    Saya sendiri maklum tentang illah ‘partikel sampai ke perut’ tidak kukuh sebagai sebab pembatalan puasa. Kerana inhaler & rokok hatta asap pembakaran sekalipun boleh mengandungi partikel sampai ke perut. Maka apakah menghidu asap dan inhaler membatalkan puasa?

    Saya sekadar menterjemah fatwa Syaikh Ibn Uthaymeen rahimahuLLAH untuk dikongsikan kepada umum. Dengan menghormati kewibawaan beliau sebagai ulama’ ulung, saya dapati fatwanya tepat. Tapi mungkin limitasi beliau yang hidup sebelum era teknologi maklumat berkembang pesat dan juga pengetahuan sains & perubatan terhad, maka beliau berijtihad dengan illah sedemikian.

    Jika kita setuju menggunakan illah ‘an yakuna mughazziah’ sebagai sebab pembatalan puasa, secara positifnya, ia akan memberi kebenaran kepada pesakit menggunakan inhaler. Bagaimanapun dari sudut negatifnya, mungkin nanti akan ada yang bertegas tiada masalah merokok semasa puasa.

    Saya lebih cenderung menggunakan prinsip Maqasid Syar’iyyah dalam hal ini;

    Dalam isu inhaler; secara umumnya tidak lebih 10% partikel akan sampai (atau mungkin juga tidak sampai) ke perut. 90% yang lain terus ke paru-paru. Maka, dalam keadaan yang diperlukan, menjaga Jasad & Aqal lebih mengatasi Maqasid ad-Din (puasa) itu tadi. Menjaga organ paru-paru dan otak melebihi kepentingan menjaga puasa dari batal akibat menyedut partikel inhaler. Jadi mengambil inhaler semasa puasa demi mengelakkan serangan athma tidak membatalkan puasa.

    Dalam isu rokok, ia jelas menyalahi Maqasid. Ia membatalkan puasa, mendatangkan kerosakan dan kanser pada paru-paru, justeru membinasakan jasad & aqal.

    WaLLAHu a’lam.

  2. Bagus soalan Dr Suhazeli. Saya juga nak tengk sejauh mana kebenaran atau keupayaan penggunaan `itjihad seorang ulama tidak membatalkan itjihad ulama yang lain’ akan tetapi fatwa di malaysia ini diwarta..jadi undang2…jika digazekan boleh tangkap, jawapnya kena tangkaplah….jadi, bagaimana ya?

  3. Assalamualaikum.. sebahagian ulama telah mengatakan bahawa rokok ini haram.. soalan saya ialah adakah batal puase seseorang jika dimalam harinya die menghisap rokok dan disiangnya tidak.. adakah batal puasanya?

Leave a Reply to Dr SuhazeliCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *