Menyusu Badan & Niat Ganti Puasa

Soalan :

1. Ketika saya ingin memulakan solat, tiba-tiba sahaja anak saya menangis kerana lapar. Perlukah saya mengulangi wuduk?

2. Bagaimanakah cara berniat ganti puasa? Bolehlah ia dibuat dalam bahasa Melayu?

Jawapan :

1. Menyusukan anak tidak termasuk perkara yang membatalkan wuduk seseorang. Setelah selesai menyusukan anak, puan boleh terus mendirikan solat tanpa mengulangi wuduk.

2. Tempat niat adalah dalam hati. Melafazkannya langsung tidak dituntut oleh syarak. Cukuplah sekadar puan beriktikad dalam hati pada malam itu bahawa puan ingin berpuasa esoknya.

Sesungguhnya TUHAN yang kita seru ini Maha Mendengar dan Mengetahui apa yang terdetik dalam hati seseorang. Terpulanglah pada puan untuk menggunakan sebarang bahasa yang mudah dan difahami.

Tiada gunanya berniat dalam bahasa Arab jika puan sendiri pun tidak tahu dan tidak faham maksudnya. Agama ini mudah. Janganlah kita menyusahkan diri dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukan.

Sumber : Soal Jawab Agama ALAF 21, http://agama.zonalaf.com.my

22 Comments

  1. 1.saya melahirkan anak pada hari pertama puasa, adakah saya wajib ganti puasa penuh sebulan atau bolehkah saya membayar fidiah separuh puasa..

    Abul Harith : Terima kasih Puan Rosmaninda atas soalan.

    Puasa yang ditinggalkan perlu diganti mengikut hari yang ditinggalkan. Namun, jika Puan mendapati kesukaran menggantikan puasa lantaran menyusukan anak selepas melahirkannya, maka Puan boleh membayar fidyah.

    WaLLAHu a’lam.

  2. Assalamualaikum,

    saya ada soalan, saya telah meninggalkan puasa sebanyak 30 hari dalam bulan ramadhan tahun lepas kerana mengandung 8 bulan. Pada permulaan, saya telah cuba berpuasa tetapi tidah mampu utk meneruskan hingga waktu berbuka kerana tekanan darah rendah menyebabkan rasa nak pitam.. selepas bersalin, sehinggal sekarang pula saya menyusu bayi. Kawan2 menyatakan saya tidak perlu menggantikan puasa tetapi hanya wajib membayar fidyah. Apa pandangan ustaz? Saya sendiri berasa tidak mampu utk menggantikan puasa kerana saya memang perlu minum air yang banyak untuk mengeluarkan susu yang banyak utk bayi saya..

    harap dapat jawapan dari ustaz..
    wallahualam

    Abul Harith : Wassalam & terima kasih Puan Shafinaz atas soalan.

    Perlu diingatkan bahawa alasan mengharuskan buka puasa adalah disebabkan TIDAK MAMPU, bukannya sewenang-wenangnya dibenarkan kepada semua ibu mengandung & menyusukan anak. Ini adalah pendapat Ibn Hazm.

    Dari sudut perubatan, antara sebab ibu mengandung & menyusu dibolehkan tidak berpuasa kerana TIDAK MAMPU adalah apabila mengalami dehidrasi (hilang cecair badan), tekanan darah rendah, pening dan pucat.

    Ada wanita yang mampu puasa walaupun mengandung & menyusu. Namun tidak dinafikan ada sesetengah wanita yang tidak mampu.

    Maka, jika puan antara yang tidak mampu disebabkan masalah yang dinyatakan, maka dibolehkan berbuka. Puan hanya perlu membayar fidyah mengikut hari yang ditinggalkan jika masih tidak mampu ganti puasa. Selain itu, Puan disarankan mendapatkan nasihat doktor samada Puan lebih sesuai untuk berpuasa atau tidak.

    WaLLAHu a’lam.

  3. apakah niat puasa ganti?

    Abul Harith : Wassalam Puan Saleha, terima kasih atas soalan.

    Niat apa sahaja Ibadah terletak dalam hati kita, sebaik sahaja kita berazam melakukan Ibadah itu dan mula melakukannya. ALLAH Maha Mengetahui isi hati kita & tahu kita akan menyempurnakan Ibadah tersebut.

    Jadi, tiada lafaz niat khusus yang perlu disebut. Cukuplah berazam dalam hati “Aku mahu puasa ganti hari ini”.

    Lagipun puasa ganti adalah Wajib, ia perlu dibuat sama ada rela atau tidak, ada niat ataupun tidak. Akhirnya kita terpaksa sempurnakan. Maka, paling penting adalah keikhlasan dalam beramal.

    WaLLAHu a’lam.

  4. saya adalah seorang pakar perbidanan. boleh saya dapatkan dalil hadis atau ayat al quran yang menyentuh tentang wanita berpuasa dan menyusu ketika Ramadhan.
    shukran

  5. mcm ne eh lafaz niat yang sebetulnye ganti puasa..

    Abul Harith: Sdr. Ieja, sila lihat jawapan kepada Sdr. Saleha seperti di atas. Terima kasih.

  6. Assalammualaikum….
    Saya kurang faham berkenaan ganti puasa, sekiranya saya berniat untuk mengganti puasa pada hari ini yang telah ditinggalkan pada bulan ramadhan yang lalu dan pada hari tersebut saya ingin membatalkan niat ganti puasa saya itu, samaada boleh atau tidak saya membuka puasa pada hari tersebut dan apakah hukumnya?

    Abul Harith: Wassalam Sdr. Mimie,

    Andai sudah berniat dan meneruskan puasa selepas Subuh, maka haram untuk membatalkan puasa tanpa sebab. Kerana puasa qadha’ hukumnya sama wajib seperti puasa Ramadan. Ia tidak boleh dibatalkan melainkan atas sebab darurat ke atas individu menurut Syara’.

    Namun, jika hanya berniat untuk berpuasa keesokannya, tapi belum lagi meneruskan puasa pada paginya. Maka, belum dikira berpuasa qada’.

  7. Assalamualaikum… saya seorang ibu yang sedang mengandung dan pada masa yang sama saya menyusukan anak saya yang baru berumur 1 thn 6 bulan. orang disekeliling saya termasuk ibu dan suami saya menyuruh saya berhenti menyusu kerana ia akan memberi kesan pada anak dalam kandungan dan anak yg saya susukan. kata mereka susu badan saya akan menyebabkan anak saya ada masalah cacing. apa pandangan ustaz?

  8. Ass…saya reza ingin bertanya,,saya sakit pd bulan puasa lalu,shingga sy tidk melaksanakan kwajiban puasa,,permasalahannya saya terlupa brp hari saya meninggalkan puasa,,skg saya ingin menggantinya dengan berpuasa qadha…jd bagaimana pak Ustad?bagaimana bila saya terlupa brp harix?Terima kasih pak ustad atas jawabannya…

  9. salam..
    saya ingin bertanya bagaimana untuk saya berwuduk dgn air bersih yg sedikit jumlahnya.. keadaan ini berlaku apabila sy berada di dalam hutan…mustahil untuk saya mencari debu kerana tanahnye lembab dan saya jauh dari sungai…
    harap ustaz berikan jawapan kerana saya ingin benar mengetahui caranya..

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Azhar,

    Jika air sedikit jumlahnya yang cuma cukup untuk bekalan minum Sdr. dan sesiapa yang bersama & sukar mencari air sehingga tamat waktu, maka bolehlah bertayammum.

    Ulama’ fiqh semasa seperti Yusuf Qardawi dalam kitabnya Fiqh Taharah menaqalkan kebolehan menggunakan debu yang terdapat pada semua permukaan yang berasal dari muka bumi termasuk pasir dan segala jenis batu. Jika tidak terdapat juga debu, boleh saja dapatkan debu dari permukaan lain seperti tembok batu, besi, pakaian, pohon, daun dan segala permukaan selain dari muka bumi selagi kita yakin debu yang terdapat padanya berpunca dari debu tanah bumi. Ini adalah pendapat dari Syaikh Al-Uthaimin dalam Fatawa al-Thaharah, m/s 240.

    Namun menyedari keadaan Sdr. dalam hutan yang pastinya dalam keadaan musafir & musyaqqah (kesusahan) dan terpaksa jimatkan air pada masa sama, saya syorkan agar Sdr. terus praktik rukhsah Khuf (wudhu’ tanpa basuh kaki, sekadar menyapunya) dan juga rukhsah Jama’ & Qasar sekiranya mendapat peluang berwudhu’ dengan air.

    WaLLAHu a’lam.

  10. Assalamualaikum ustaz. Saya ingin berpuasa sunat dan ganti pada bulan Rejab. Ada pula yang mengatakan tidak boleh membuat puasa ganti dalam bulan Rejab. Apa pandangan ustaz.

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Marzila,

    Tiada masalah berpuasa ganti pada bulan Rejab. Cuma tidak boleh niat dua-dua sekali untuk puasa ganti yang hukumnya Wajib & juga puasa Sunat. Maka, teruskan sahaja niat puasa ganti di dalam apa-apa bulan sekalipun termasuk Rejab mahupun Syaaban, jika ada fadilat bulan tersebut, doalah mudah-mudahan beroleh juga.

    WaLLAHu a’lam.

  11. assalamualaikum..
    baru2 nie saya ada ganti puasa,tapi cuma berniat dalam hati tanpa ayat yang khusus seperti niat puasa.
    Menurut kawan saya,jika berniat ganti puasa tanpa sebut bulan islam pada hari nak ganti puasa,puasa ganti saya tidak sah. Saya keliru,macam mana niat ganti puasa yang betul. Sah tak puasa ganti saya tanpa menyebut bulan islam pada hari yang saya nak ganti puasa?

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Wanie,

    Niat tempatnya di hati. Cukuplah sekadar berazam di hati akan ibadah yang ingin kita buat dan teruskan saja, maka Ibadah itu sah. Tiada apa-apa lafaz niat tertentu yang diperlukan termasuklah menyebut bulan Islam dan sebagainya. Itu hanyalah kebiasaan amalan Muslim Malaysia.

    WaLLAHu a’lam.

  12. assalamulaikum..
    saya disini ingin bertanya dan masih keliru, anak sya baru 6 bulan dan menyusu sepenuhnya susu badan kerana saya memberikan susu formula langsung dia tidak mahu….bagaimana dengan hari puasa yang akan datang,…jika saya berpuasa…?dan anak saya yang menyusu badan ?

  13. salam… di atas telah dijelaskan bhw haram membatalkan puasa qada’… so,sy nk tnya… adakah puasa qada’ yg telah dibatalkan itu perlu diganti juga selain menggantikan semula puasa qada’ tersebut?

  14. saya melahirkan anak sulung pada hari pertama ramadhan 2004..saya talah menggantikan puasa tersebut sebanyak 10 hari.. persoalan saya ialah, adakah baki puasa yg masih belum diganti itu adan berganda bilanganya sehingga tahun ini 2010..

  15. saya nak bertanya,saya ada meninggalkan puasa dan tidak mengantinya.soalan saya adakah saya perlu menganti puasa yang saya pernah tinggal itu kerana saya sudah lupa jumlah harinya…atau adakah saya hanya perlu ganti puasa yang saya ingat sahaja.perlukah saya membayar fidyah atau hanya perlu ganti puasa sahaja.terima kasih…

  16. Assalamualaikum Ustaz. Saya ingin bertanyakan pendapat ustaz. Saya menganti puasa pada hari2 sunat untuk berpuasa…seperti hari Isnin dan Khamis tetapi berniat untuk mengganti puasa dan bukannya berpuasa sunat.Memandangkan hari2 tersebut adalah hari2 yang disunatkan untuk berpuasa…bagaimana pula dari segi pahalanya…adakah saya akan mendapat pahala kerana mengganti puasa pada hari2 yang disunatkan untuk berpuasa?Terima kasih

  17. Assalamualaikum. Ada yang saya ingin tanyakan ustaz. Saya menyusukan anak saya yang sekarang berumur 8 bulan sejak lahir. dan sejak awal saya menyusukan sampai sekarang saya tidak mendapat haid sama sekali. cuma setiap bulan pasti keluar warna kehitaman tapi terlalu sedikit. pertanyaan saya, adakah itu dikira darah haid sehingga saya tidak wajib solat? kerana setiap kali keluar warna kehitaman tersebut saya merasa was was untuk solat. terima kasih ustaz.

  18. As’salam..,

    saya nak ganti puasa selama sebulan.. kerana ketika bulan puasa tahun lepas saya berpantang [bersalin]. Insyallah saya ingin menganti puasa dlm bulan 2 ini. apakah lafaz niat puasa yg perlu saya baca??

  19. Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya saya mengandung 5 bulan dan ingin mengqada’ puasa ramadhan lepas, saya telah berniat pada malam hari untuk berpuasa esoknya, tetapi saya tidak sempat bersahur, maka adakah boleh saya berbuka puasa disebabkan tidak bersahur tersebut kerana khuatir bayi dalam kandungan?

  20. Assaamualaikum ustz,..sy ingin bertnya ,,saya ibu yg bru melahirkan hari 11 puasa bulan kemarin…selama 10 hari sy tdk memberikan asi rutin kpd anak sy..krn asi sy yg sgt sdkit ,(sy sdh mncba membrikan dan mengknsmsi mknan yg bs mmprlncar asi),tp disamping itu ttap sya berikan dgn memompa nya dan memberikannya dalam tempat dot nya tp tdk dapat tiap hri..dan sedikit,,lalu lama kelamaan asi sy kering s/d skrg hmpir sebulan dan sy tdk mmberikan lg krn slma ni sy selingi dgn susu formula…apakah saya berdosa dlm hkum islam krn tdk trs memberikan asi kpd anak sy ??? dan sy tllh tggal puasa slma 19 hri..,klo sy melaksnkan puasa ganti..apakah sy wajib membyr fidiyah lg pak ustz..?? trims

  21. ustaz,,,sy ingin tanya macam mne klu kte da x ingt bpe byak dah kte tngal puasa,,,ad ta0n2 lps dgn x de sbb ape2,,,,,

  22. thn lps sy dpt puasa cm 1 hari jer.sy menyusukn ank.sy cb jg tuk berpuasa tp bl sy berpuasa sy pedih hati.sy cdg nk buat perahan susu tp ank sy xnk botol susu.ada yg ckp kata ganti puasa dan byr fidyah.klu ganti puasa sy xmampu.klu byr fidyah nk dibyr dgn apa?sy xfhm.

Leave a Reply to rezaCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *