Menyuntik Hormon Pertumbuhan Untuk Tinggi

Soalan : Adakah boleh untuk mengambil suntikan hormon pertumbuhan untuk meninggikan ketinggian seseorang?

Dijawab oleh Sheikh `Abd al-Rahmân al-Jar`î, Professor di King Khâlid University, Abhâ

Saya berpegang dengan pendapat bahawa mengambil suntikan sebegini adalah dibenarkan jika berjumpa dengan dua keadaan berikut;

  1. Terdapat laporan perubatan yang jelas yang memerlukannya, contohnya apabila seseorang itu rendah atau pendek secara berlebihan dan nyata dalam keadaan sangat tidak normal. Dalam kes ini, suntikan sedemikian dikira sebagai rawatan perubatan.
  2. Bahawa tidak terdapat bahaya dan mudarat jangka pendek atau panjang kepada pesakit akibat dari mengambil suntikan ini. Hal ini perlu ditentukan oleh doktor pakar yang dipercayai.

Menyebabkan kemudaratan adalah tidak dibenarkan. Rasul ALLAH s.a.w bersabda, ”Tidak boleh memudaratkan (diri sendiri) ataupun menyebabkan mudarat (kepada orang lain)”

Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.

Sumber : Arkib Fatwa, http://islamtoday.com

2 Comments

  1. Assalamualaikum,

    Ustaz, ana ada sedikit kemusykilan mengenai penggunaan ubat tradisional untuk memanjangkan/membesarkan saiz zakar lelaki yang semakin popular hari ini. Ada mengatakan hukumnya haram atas alasan mengubah ciptaan Allah s.w.t. Ada pula mengatakan tidak mengapa atas alasan kesihatan. Adakah alasan untuk menaikkan syahwat dibenarkan untuk membolehkannya? Bagaimana pula dengan penggunaan alatan-alatan seperti pump untuk tujuan yang sama? Mohon tunjuk ajar dan rujukan daripada pihak Fiqhmedic. wassalam

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Yeh & terima kasih atas soalan.

    Soalan ini dijawab dengan posting baru,
    http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/10/20/membesarkan-dan-memanjangkan-zakar/

    JazakaLLAH.

  2. salam …saya memiliki ketinggian yang sangat-sangat rendah.Bolehkah saya mendapatkan suntikan hormon pertumbuhan untuk tinggi?Di manakah saya boleh mendapatkan suntikan tersebut yang tidak diragui dalam Islam?

Leave a Reply to YehCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *