Mengeluarkan Darah Dari Orang Yang Berpuasa

Soalan : Adakah mengambil sedikit darah di siang bulan Ramadhan untuk pemeriksaan perubatan atau derma darah membatalkan puasa ?

Dijawab oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin;

Jika seseorang mengambil sedikit darah yang tidak menyebabkan tubuhnya lemah, maka hal itu tidak membatalkan puasanya. Darah boleh diambil samada untuk pemeriksaan kesihatan atau pemindahan darah kepada orang lain (blood transfusion) ataupun untuk didermakan kepada seseorang yang memerlukannya.

Tapi jika pengambilan darah itu dalam jumlah yang banyak yang menyebabkan lemah tubuh badan, maka hal itu membatalkan puasa. Hal ini diqiyaskan kepada berbekam yang telah ditetapkan oleh As-Sunnah bahawa hal itu membatalkan puasa. Berdasarkan hujah ini, seseorang yang tengah melaksanakan puasa wajib, seperti puasa Ramadhan, tidak boleh mendermakan darah dalam jumlah banyak, kecuali apabila terpaksa (darurat). Kerana dalam keadaan ini bererti dia telah batal puasanya sehingga dibolehkan makan dan minum pada baki hari tersebut. Kemudian dia mengqadha pada hari lain di luar bulan Ramadhan.

 

[Fadha’il Ramadhan, disusun oleh Abdurrazaq Hasan, pertanyaan no. 2]

 

Sumber :Disunting dan dialihbahasa dari http://www.almanhaj.or.id/

2 Comments

  1. salam..
    thakns 4 info..
    tp, mcm mane klu seseorg tu terima drh waktu puasa?
    batal ke?

    Abul Harith : Wassalam Sdr. & terima kasih kepada soalan.

    Terdapat pendapat yang membolehkan & juga tidak membolehkan.

    Namun saya berpendapat bahawa menerima darah membatalkan puasa kerana darah masih mengandungi nutrien & cecair selain plasma dan sel darah. Apatah lagi, darah adalah hasil dari protein dan zat besi dari makanan kita.

    Selain itu, dalam praktis perubatan, biasanya mereka yang perlu menerima darah ialah pesakit yang sangat kronik ataupun mengalami kecederaan dan pembedahan serius sehingga kehilangan banyak darah. Dan pesakit sebegini dikecualikan dari berpuasa sejak awal lagi.

    WaLLAHu a’lam.

  2. Assalamualaikum,

    Saya ingin bertanya, sekiranya kita menjalankan ujian pap smear perlukan selepas itu kita mandi wajib sebelum menunaikan solat?
    sekiranya tengah berpuasa batal atau tidak puasa berkenaan sekiranya pap smear dilakukan.

    saya selalu muskil dlm soal berkenaan.

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Izah & terima kasih atas soalan.

    Kebanyakan ulama meletakkan dua syarat tentang pembatalan puasa iaitu 1) memasukkan sesuatu yang bersifat makanan & minuman dan 2) memasukkan melalui saluran pemakanan.

    Maka Pap Smear tidak membatalkan puasa kerana ia tidak bersifat makanan dan bukannya melalui saluran pemakanan.

    Selain itu, tidak perlu mandi wajib selepas ujian Pap Smear sebelum mula solat. Ia tidak sama dengan hubungan penetrasi suami isteri.

    WaLLAHu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *