Mendapat Anak Dengan Kaedah Persenyawaan Luar Rahim

Soalan : Sepasang suami isteri telah berusaha untuk mendapatkan anak, namun doktor memberitahu bahwa mereka tidak mampu. Doktor memberitahu mereka bahawa ada prosedur yang membolehkan mereka mendapat anak, tapi ia memerlukan doktor untuk mengeluarkan telur dari wanita (ovum) dan sperma dari lelaki, kemudian disenyawakan bersama di makmal. Kemudian doktor akan menempelkan telur yang disenyawakan ke dalam wanita tersebut. Apakah ini dibenarkan dalam Islam?

Dijawab oleh Sheikh Sulaymân al-`Îsâ, Professor di Universiti al-Imâm, Riyadh

Kaedah ini adalah dibenarkan dengan syarat tiada pihak lain yang terlibat dalam prosedur tersebut contohnya mengambil wanita lain untuk menjadi ibu tumpang dan mengandungkan bayi tersebut dalam rahimnya. Kaedah tersebut hanya perlu melibatkan sperma suami dan telur wanita (ovum), dan kandungan tidak boleh dikandung oleh wanita lain.

Sumber : Arkib Fatwa,http://islamtoday.com

4 Comments

  1. assalamualaikum…
    saya seorang pelajar perubatan.saya membuat kajian tentang ibu tumpang.soalan saya,adakah perkara ini dibenarkan dalam islam? dan mohon kemukakan contoh dan situasi.
    terima kasih..
    wassalam

  2. Assalamualaikum! saya nak tanya di mana tempat hospital
    atau pusat perubatan yang ada membuat proses
    untuk persenyawaan luar (suami isteri.)

  3. Assalamualaikum
    Selepas proses memasukkan kembali benih yang telah disenyawakan ke dalam rahim, adakah si ibu perlu mandi junub?

Leave a Reply to rendysCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *