Memutihkan Gigi

Soalan : Adakah diizinkan berjumpa doktor gigi untuk memutihkan gigi, dengan makna doktor gigi tersebut menggunakan bahan kimia untuk menjadikan gigi putih kembali selepas ianya bertukar warna kerana lalai menjaganya? Adakah ianya dikira mengubah ciptaan ALLAH?

Dijawab oleh Sheikh Husayn al-Jabûrî, Professor di Universiti Umm al-Qurâ

Adalah diizinkan untuk berjumpa doktor gigi untuk memutihkan gigi. Ini bukanlah satu perbuatan mengubah ciptaan ALLAH. Kamu hanya mengembalikan gigi kamu kepada keadaannya yang asal dengan menghilangkan kotoran asing yang terdapat padanya.

Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.

Sumber: dialihbahasa dari Arkib Fatwa,  http://islamtoday.com

10 Comments

  1. Wassalam & terima kasih Sdr. Nurul Ain atas soalan.

    Secara umum, hukumnya harus untuk memakai gigi palsu dan implan gigi atas tujuan rawatan. Ia tidak dihalang kerana bukan dikira mengubah ciptaan ALLAH. Ia dianggap menggantikan semula gigi yang telah berlubang, rosak dan telah dicabut. Tetapi adalah dilarang jika gigi palsu & implan gigi dilakukan untuk tujuan kecantikan semata-mata.

    Berkenaan penggunaan emas sebagai gigi palsu, secara umum ianya dilarang berdasarkan hadith,

    Ali bin Abu Talib r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)
    Tetapi Ibnu Majah menambah: “halal buat orang-orang perempuan.”

    Namun, Akademi Fatwa al-Azhar & Lajnah Fatwa Daimah Arab Saudi sepakat mengatakan bahawa gigi emas dibolehkan jika terdapat keperluan mendesak (darurat) kerana tiada lagi material untuk menggantikannya. Mereka bersandarkan pada hadith,

    Dari ‘Arfajah bin As’ad ia berkata: “Hidungku terpotong pada hari peperangan Kulaab dimasa jahiliyyah. Maka aku membuat hidung (palsu) dari perak, tetapi berubah menjadi bau atasku. Maka Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassalam telah memerintahku agar aku membuat hidung (palsu) dari emas”

    Hadits Hasan. Telah dikeluarkan oleh Abu Daud (no.4232, 4233, 4234), Tirmizi (no. 1770) dan al-Nasaa’i (5161). Dikalsifikasikan sebagai Hasan oleh Shaykh al-Albani dalam Irwa’ al-Ghalil (824).

    Mereka juga sepakat berpendapat, gigi emas ini mestilah dibuang selepas kematian orang tersebut, kecuali jika dikhuatiri memudaratkan jenazah.

    Namun, dengan kemajuan teknologi perubatan pergigian, terdapat banyak alternatif selain dari emas. Di samping boleh mengelakkan memakai emas yang diharamkan, ia lebih murah dan senang. Antaranya yang diperbuat dari platinum dan seramik (calcium sintetik).

    Wallahu a’lam.

    p/s : Insya-ALLAH, pihak FiqhMedic akan mengalihbahasa beberapa fatwa berkaitan isu ini dalam masa terdekat.

  2. salam….
    adakah ada mane2 larangan drpd islam berkenaan isu penggunaan fluoride dalam ubat gg seperti yg kita sedia maklum bahawa dewasa kini,isu ini semakin berleluasa sama ada di pihak masyarakat mahupun pengusaha ubat gg di negara ini..

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Kirat, terima kasih atas soalan.

    Tiada halangan menggunakan fluoride dalam ubat gigi di sisi Islam. Fluoride adalah agen pemutih gigi. Isu yang timbul hanyalah kemudaratan fluoride yang berlebihan terutama dalam ubat gigi kanak-kanak bawah 8 tahun, kerana ia boleh memberi kesan pada pertumbuhan gigi kanak-kanak.

    WaLLAHu a’lam.

  3. assalamualaikum….

    mtk maaf…tentang persoalan Fluoride tadi, bagaimana pula dengan sumbernya? daripada mana ianya diperolehi?mungkin ini yang sesetengah mengatakan ianya haram…?

    terima kasih.

  4. Assalammualaikum,

    Minta maaf jika soalan saya ini pernah ditanya dan dijawab sebelum ini.

    Saya telah lama menggunakan gigi palsu semenjak saya kecil lagi dan ingin menggantikannya dgn crown and bridge.

    Adakah Islam membenarkan seseorang itu membuat crown dan bridge di mana proses bridging tu memerlukan gigi2 bersebelahan dikecilkan dgn sengaja untuk support crown yang ditempah? Jika ya, apakah nas-nas yg berkaitan?

    Terima kasih.

  5. salam..minta maaf sekiranya soalan ini telah ditanya…sudah hampir setahun sy menggunakan gigi palsu dan sy dapat ianya amat tidak selesa terutamanya bila makan dan bercakap..jadi saya ingin mngetahui apakah hukum membuat implant (tanam gigi)?dan adakah perlu membuang implant tersebut setelah meninggal dunia?

Leave a Reply to nurul ainCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *