Membesarkan dan Memanjangkan Zakar

Assalamualaikum,

Ustaz, ana ada sedikit kemusykilan mengenai penggunaan ubat tradisional untuk memanjangkan/membesarkan saiz zakar lelaki yang semakin popular hari ini. Ada mengatakan hukumnya haram atas alasan mengubah ciptaan Allah s.w.t. Ada pula mengatakan tidak mengapa atas alasan kesihatan. Adakah alasan untuk menaikkan syahwat dibenarkan untuk membolehkannya? Bagaimana pula dengan penggunaan alatan-alatan seperti pump untuk tujuan yang sama? Mohon tunjuk ajar dan rujukan daripada pihak Fiqhmedic. Wassalam

Wassalam dan Syukran atas soalan.

Jawapan oleh Abul Harith:

Hukum membesarkan dan memanjangkan zakar, tertakluk kepada dua keadaan;

Ia menjadi HARAM apabila;

bertujuan ke arah melakukan zina & maksiat

membuat prosedur yang lebih memudaratkan diri sendiri

Sebaliknya, ia dikira HARUS apabila;

bertujuan mengekalkan keharmonian rumah tangga

bertujuan mendapatkan lebih ramai zuriat

Dalam hal ini, ia bergantung kepada niat individu tersebut. Ianya bergantung kepada tujuan samada baik ataupun buruk. Ia sama seperti hukum pembesaran payudara. Sila rujuk;

http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/04/01/pembedahan-pembesaran-payudara/

Namun, mengikut sains perubatan, prosedur pembesaran dan pemanjangan zakar bukanlah satu keperluan atas alasan berikut;

  1. Panjang zakar adalah tetap (fix) pada setiap lelaki iaitu sekitar 5 inci (12-14 cm). Manakala panjang vagina kebanyakan wanita adalah maksimum adalah 4 inci (10 cm). Saiz kebanyakan zakar lelaki adalah memadai.
  2. Disebabkan panjang zakar yang tetap, apa sahaja prosedur sama ada pembedahan atau rawatan lain tidaklah menambah kepanjangan zakar.
  3. Pembedahan dilakukan dengan memotong ligament yang menggantung zakar (samada fundiform & suspensory ligament). Jadi zakar akan tertonjol keluar dan kelihatan lebih panjang.
  4. Implantation silikon boleh membesarkan & memanjangkan zakar, namun terdapat banyak mudarat yang lebih teruk.
  5. Rawatan ubatan tradisional pula dirisaukan mempunyai kandungan yang diragui dan memudaratkan, seperti mendatangkan komplikasi pada hati dan buah pinggang.
  6. Urutan mungkin berkesan untuk melancarkan saluran darah pada zakar, namun hendaklah dilakukan oleh doktor yang pakar. Urutan tradisonal dikhatiri akan merosakkan tisu, salur darah & urat saraf
  7. Penggunaan pump pula adalah untuk merawat mati pucuk (erectile dysfunction), bukannya untuk membesarkan zakar. Penggunaan melampau boleh menyebabkan zakar melecet dan tercedera

Sila rujuk : http://www.webmd.com/a-to-z-guides/penile-enlargement

Bagi mereka yang gemuk dan obese pula, boleh jadi 1/3 hingga ½ pangkal zakarnya dilindungi lemak yang berada di bahagian perut & pubic (pangkal zakar). Jadi senaman dan gaya hidup sihat boleh mengurangkan lemak & menonjolkan zakar kembali.

Berdasarkan kajian juga, kebanyakan individu yang merasakan zakarnya kecil adalah kerana perasaan inferior mereka dan faktor psikologi semata-mata. Begitu juga orang yang mendakwa berjaya membesarkan zakar, kebanyakannya tetap sama, cuma mereka mahu percaya zakar mereka telahpun panjang selepas makan ubat tertentu. Hal ini sama sahaja dengan placecbo effect.

Kesimpulannya, usahlah isu saiz zakar menjadi keresahan Muslim. Jumpalah doktor yang pakar jika ada masalah. ALLAH memerintahkan kita menjaga ‘amanah’ kemaluan yang diberi dengan sebaik-baiknya. Banyakkan pergantungan, ibadah dan doa kepada ALLAH demi menjaga keharmonian rumah tangga.

WaLLAHU a’lam.

20 Comments

  1. Salam.

    Sila buat pembetulan pada item 1.

    Berdasarkan website yang diberikan:

    Terdapat kesalahan terjemahan/ pemahaman oleh akhi l-Faydhi iaitu:
    1- Panjang zakar adalah tidak tetap (iaitu berbeza-beza antara lelaki) TETAPI panjang PURATA (dalam keadaan tegang) adalah 5 inci.

    Perlu dinyatakan juga bahawa:
    1- Saiz zakar adalah berbeza mengikut bangsa (Caucasian, Afrikan, Asian).
    2- Islam mengharamkan melihat/ bercakap tentang `aurat, jadi SECARA TEORETIKAL, seseorang muslim TIDAK AKAN TAHU saiz/ panjang zakar lelaki lain, jadi dia harus menerima ciptaan Tuhan tersebut. Kata Allah:

    Wassalam Sdr. Adou_Fr. JazakALLAH atas komen,

    Informasi Sdr. memang tepat. Panjang zakar adalah berbeza diantara seorang lelaki dengan lelaki lain. Cuma di sini, saya memaksudkan panjang zakar itu tetap (fix) atas individu perseorangan walaupun dia melalui pelbagai kaedah pembesaran & pemanjangan.

    WaLLAHu a’lam.

  2. Perkongsian yang bagus. Saya baru menyedari ada blog khas untuk fiqh perubatan. Secara kebetulan saya sedang memperkatakan tentang Kahwin Muda dalam blog saya. Pembaca boleh membaca pengalaman yang dikongsi oleh pembaca lain. Dipersilakan melawat http://www.yahamim.co.cc

    Salam perkenalan. Kita berjumpa dalam bengkel kendalian Pn Ainon. Saya dari MyIPO.

    Abul Harith : Salam perkenalan kembali, Tuan Hamim. Saya telah pun ziarah ke blog Tuan. Banyak informasi menarik. Mungkin kita boleh berkongsi di masa depan. Syukur pada ALLAH kerana diperkenalkan sosok seperti Tuan.

  3. assalamualaikum ustaz…
    apakah pandangan ustaz tentang halal haram perubatan moden dan tradisional menurut perspektif islam.

    Wassalam Sdr. Julia. Terima kasih atas soalan.

    Pada pendapat saya, sama ada perubatan moden mahupun tradisional, semuanya diterima Islam jika memenuhi lunas tuntutan Syariah Islam. Umat Islam digalakkan berusaha mencari penawar untuk sembuh bila sakit, ALLAH akan menyembuhkan.

    Terdapat beberapa aspek yang perlu diteliti dalam menentukan halal haram suatu prosedur perubatan menurut Islam.

    1. AQIDAH – Pengamal perubatan mestilah tidak mengamalkan syirik & khurafat seperti menggunakan sihir dan jin.
    2. BAHAN – Bahan perubatan mestilah bukan dari bahan haram kecuali tiada alternatif lain.
    3. PROSEDUR -Tidak melakukan perbuatan yang dilarang Syara’ seperti berdua tanpa ditemani mahram & membuka aurat tanpa keperluan.
    4. DOA – Tidak menggunakan jampi serapah yang mengarut lagi tidak sahih dari Al-Quran & Hadith. Dibolehkan berdoa dengan doa yang warid.

    Perubatan moden adalah perubatan Islam menurut Dr. Yusuf al-Qardhawi. Tanpa prejudis kepada perubatan tradisional yang elok, terdapat sebahagian rawatan tradisional yang menyanggahi prinsip Islam terutama dari sudut Aqidah, penggunaan jampi yang karut dan bahan yang haram.

    WaLLAHu a’lam.

  4. Harap buat pembetulan.

    Saiz zakar tidak menetukan samada seseorang lelaki itu lebih subur atau pun tidak. i.e Saiz yang lebih besar tidak menambah kesuburan seseorang lelaki

  5. salam…. ustaz bagaimana pula bagi mereka yang obesity… saiz kemaluan mereka kecil dan jika mereka tidak berjaya mengurangkan berat badan boleh kah mereka menjalankan rawatan zakar…. apakah rawatan zakar yang sesuai??? syukran

  6. askum uztas sy nak tanya kalau zakar sy kecil dan pendek apa yg sy patut laku kan utk panjang atau besar kan kerana pasangan sy setiap kali kami bersatu dia berpura2 seperti dia telah puas…… hingga sy memahami dia yg pasangan sy tidak puas dan sy mengunakan tangan sy untuk memuaskan nye hingga kami kahwin sampai skrang selama 3 tahun…….dan kadang2 sbb masalah ini die…….berkata dgn sy yg die nak bersetubuh dgn lelaki lain………….tlg sy uztas

  7. Salam,

    Sekadar inginkan kepastian.
    Apakah hukum ke atas pakaian yang terkena dengan ubat cecair yang dimasukkan melalui dubur kemudian cecair tersebut keluar semula.
    Apakah pakaian tersebut dikategorikan terkena najis dan tidak sah untuk dibawa solat.

  8. ini semua x penting… pendek zakar ka, panjang ka, isteri tidak puas ka, yg ptng terima dan bersyukur apa yg Tuhan telah bagi. yang dibincangkan di atas hanyalah untuk kepuasan nafsu daging.. apalah guna kalau nafsu dipuaskan tetapi pada akhirat nanti kita x masuk sorga…. fikir2kan lah…

  9. askum syer izham ingin bertaya dua soalan klou syer beonani ada ssuatu ccait kluar dlam kmluan syer ia brwarna jernih??adkah air mani atau air mazi

  10. assalamualaikum..
    ustaz yang saya hormati.. saya merupakan seorang lelaki tulin. fizikal lelaki. dan saya juga merupakan seorang lelaki yang berwajah jambu. masalah saya ialah saya tidak mengerti dengan perasaan yang saya miliki ini. dari kecil hingga dewasa saya lebih gemar mencintai lelaki berbandiang wanita. apa yang saya harus lakukan?? perasaan ini tidak di ada-adakan tetapi ia lahir secara semula jadi. kadang kala terpikir untuk bunuh diri untuk memberhentikan perasaan ini. saya tahu ia amat dilaknat oleh Allah. dan saya pernah beberapa kali terlanjur dengan beberapa lelaki. what should i do ustaz??

  11. Oh my goodness! Impressive article dude! Many thanks, However I
    am experiencing problems with your RSS. I don’t understand why I can’t join it.
    Is there anybody else having identical RSS problems?
    Anyone that knows the answer can you kindly respond?

    Thanx!!

Leave a Reply to ladaboyCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *