Memakai Contact Lens Ketika Puasa

Soalan : Saya ingin tahu hukum puasa apabila kita memakai contact lens. Apakah puasa saya terbatal?

Jawapan :

Di dalam Kitab Fiqh al-‘Ibadat, muka surat 191:

“Puasa orang yang memakai kanta sentuh atau contact lens tidak batal kerana ia tidak masuk ke perut dan bukan kategori makanan atau minuman. Dibolehkan juga menitikkan sebarang ubat mata atau telinga ketika berpuasa walaupun jika ia memasuki halkum. Ia bukan makan atau minum juga tidak termasuk makna makan atau minum.”

Wallahu alam.

Sumber : Soal Jawab Agama ALAF 21, http://agama.zonalaf.com.my

3 Comments

  1. maaf jika saya tersilap, bukankah memasukkan sesutu didalam rongga badan itu sudah dikira terbatal puasanya itu. bagaimana dengan menitikkan ubat kedalam telinga, ataupun mengorek hidung semasa berpuasa.
    bagaimana pula dengan suntikan semasa berpuasa?

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Ana, terima kasih atas soalan.

    Sila rujuk post tersebut untuk mengetahui apa lagi yang dibenarkan ketika berpuasa;
    http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/08/31/panduan-ringkas-sepanjang-bulan-ramadhan/

    Secara ringkas, pembatal puasa adalah makan dan minum. Selagi tidak dikira memasukkan makanan dan minuman kepada mana-mana rongga badan (telinga, hidung, mulut, mata), puasanya masih sah.

    Mengorek hidung atau telinga tidak dikira seperti makan dan minum. Puasa tidak batal kerananya.

    Menitikkan ubat titis mata, telingan dan hidung juga tidak membatalkan puasa kerana tujuannya untuk berubat dan ubat tersebut bukanlah seperti makanan.

    Berkenaan suntikan, ia bergantung kepada jenisnya. Jika yang dimasukkan adalah hormon insulin, platlet atau darah, puasanya tidak terbatal. Jika yang dimasukkan adalah air (IV drip) atau sumber makanan, puasanya batal dan boleh diganti atau membayar fidyah (bergantung pada keadaan pesakit).

    WaLLAHu a’lam.

  2. salam…ana ada mencopy paste bahan dari dalam ni…
    kat site ana 2..kebiasaanya remaja2 jarang melawat page ni..ana minta izin tp ana dah link kan sumbernya dari sini..

    Abul Harith : Wassalam Dr. Muslimah,

    Silakan wahai Dr., moga manfaat ilmu dari laman ini dapat disebarluaskan. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *