Keluasan Fiqh Untuk Pelajar & Pengamal Perubatan

Berikut adalah sedutan dari artikel Tegas Berakidah, Luas Dalam Fekah oleh mantan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin. Moga menjadi panduan & manfaat buat semua.

Di sana, saya dalam banyak ucapan menceritakan kepada mereka tentang dua perkara yang penting. Pertama, kejelasan dan ketegasan Islam dalam perkara-perkara akidah. Kedua; keluasan dan kemudahan yang diperuntukkan oleh Islam dalam soal fekah.

Perkara ini perlu dijelaskan kerana dalam kalangan umat Islam, termasuk di Malaysia ada yang begitu longgar dalam akidah tapi begitu sempit dalam perkara fekah. Maka kita tidak hairan jika menemui di Malaysia mereka yang berserban atau berkopiah dan begitu takut untuk terkeluar dari mazhab fekah kebiasaannya, namun dalam masa yang sama dia masih percaya kuat kepada bomoh, atau gurunya dianggap ajaib, atau masih percaya tangkal itu dan ini.

Sepatutnya, dalam isu akidah seseorang hendaklah sensitif dan selalu takut akan segala unsur syirik. Sementara dalam soal fekah, ada keluasan yang diberikan oleh syarak yang boleh kita amalkan, namun ramai orang masih takut dengannya.

Umpamanya, di sebelah Eropah ini, pada musim sejuk seperti sekarang, waktu siang agak singkat. Waktu solat mereka berkejaran dengan waktu kelas atau peperiksaan. Sebenarnya, dalam hal yang seperti ini, mereka boleh mengamalkan solat jamak, tanpa qasar. Sekalipun jika mereka menganggap diri mereka sudah tidak bermusafir, mereka tetap mempunyai peruntukan untuk menjamakkan solat tanpa qasar.

Jamak bermaksud menghimpun dua solat dalam satu waktu, samada pada waktu pertama, atau kedua. Ini bagi solat zohor dan asar, atau maghrib dan isyak. Maka boleh dihimpunkan solat zohor dalam waktu asar, atau sebaliknya. Demikian maghrib dan isyak. Adapun qasar, iaitu memendekkan solat empat kepada dua rakaat, maka ia dikhususkan untuk mereka yang bermusafir. Sementara jamak, boleh untuk dilakukan oleh mereka yang sakit, ketakutan, terlalu sibuk, hujan, terlalu sejuk, musafir dan segala kesusahan yang lain.

Dalam hadis Muslim, daripada Sa’id bin Jubair meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, katanya: “Rasulullah s.a.w bersolat Zuhur dan ‘Asar secara jamak di Madinah tanpa sebab ketakutan atau musafir”. Kata Abu Zubair: “Aku bertanya Sa’id mengapa Rasulullah s.a.w berbuat demikian?”. Jawabnya: “Aku pun pernah bertanya Ibn ‘Abbas seperti mana engkau bertanyaku, jawab Ibn ‘Abbas: “Kerana baginda mahu agar umatnya tidak beban”.

Maka bagi yang kesuntukan masa, seperti pelajar, atau doktor bedah, atau ahli parlimen, atau polis yang bertugas menjaga lalu lintas, atau mereka menjaga jentera yang sukar untuk ditinggalkan, maka peruntukan jamak ada dalam hadis ini untuk mereka. Namun malangnya di Malaysia, ada yang sanggup meninggalkan solat apabila masuk hospital atas alasan sukar untuk solat.

Apa tidaknya, fekah yang diajar diajar begitu sukar kerana ditokok tambah berbagai hukum lain yang memayahkan. sehingga disuruh sesiapa yang sakit tidak mampu berwuduk sepenuhnya untuk wuduk separuh dan bertayamum sebakinya. Orang sihat pun hanya berwuduk, tiba-tiba yang sakit disuruh wuduk dan tayamum.

Para pelajar di sini mempunyai masalah kerana anjing begitu banyak. Ramai yang membawa anjingnya ke sana sini. Jalan menjadi kotor dengan najis anjing yang berselerakan. Berselisih dan bersentuh dengan anjing bukan perkara luar biasa. Demikian juga dengan daging babi yang amat digemari oleh ‘orang puteh’. Kefahaman fekah tempatan kita menjadikan sesetengah pelajar kita begitu gusar dalam masalah ini.

Saya telah memberikan beberapa jawaban untuk mereka menceritakan kepelbagaian pandangan sarjana Islam berhubung dengan nilai najis kedua haiwan berkenaan dan bagaimana kita dapat mengambil manfaat dari keluasan fekah Islam dalam hal-hal tersebut. Apa yang penting mereka perlu tegas dalam akidah dan ambil kemudahan fekah yang diberikan syarak.

Sumber : http://drmaza.com

5 Comments

  1. salam.
    macammana kalau seorang pelajar laki2disuruh menanngalkan pakaian oleh doktor di dalam kelas yang terdiri dari kaum laki2 dan permpuan untuk tujuan pembelajaran anatomy?
    tetapi disitu juga terdapat patung manusia, atau mayat?boleh tolong jelaskan.tq

    Abul Harith : Wassalam, Syukran Sdr. Hafiz atas persoalan.

    Sesungguhnya saya langsung tidak melihat adanya keharusan bagi pelajar lelaki membuka pakaian bagi tujuan pelajaran anatomi. Untuk apa? Kerana tidaklah mereka dapat melihat otot, tulang, saraf atau salur darah melalui badan pelajar tersebut. Lebih baik merujuk terus kepada atlas anatomi, patung di muzium ataupun cadaver. Lagipun, teknologi sekarang sudah maju dengan video animasi dan simulasi 3D yang boleh dilihat bila-bila sahaja di internet. Dari sudut kemanusiaan juga, ia tidak dilakukan hatta di universiti yang majoriti non-Muslim.

    Namun jika ia terdapat keperluan mustahak untuk buka baju terutama untuk simulasi pemeriksaan kesihatan sewaktu belajar atau exam, maka ia diharuskan untuk mendapatkan pemahaman yang optimum.

    WaLLAHu a’lam.

  2. assalamualaikum, sy nak tanya sesuatu ttg aurat.
    sy skg mnuntut di uitm dlm kos fisioterapi.
    sy nak tnya, ada tak, kelonggarn ttp aurat dlm mnuntut ilmu?
    dlm kos sy, seringkali dedahkan anggota tbuh yg sptutnya ditutup. utk tujuan bljr, cth nak palpate muscle, pada bahagian2 tertentu.
    dlm rawatan juga cthnya, rawatan massage, kena expose bhgian tubuh. boleh tak?
    benda2 ni dilakukan dlm klgn classmate, sms praktikal.
    strusnya, nak tnya jga, bleh tak pegang yg bukan mahram utk tjuan ilmu jg.
    mcm massage, kene massage lelaki, boleh ke?
    jika boleh,sejauh mana ia nya boleh?

    harap boleh bg sy feedback segera.

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Syed, terima kasih atas soalan.

    Aurat tetap aurat, dan mempunyai hukumnya yang jelas. Tiada kelonggaran dalam hukum yang pasti. Melampaui hukum tersebut akan mengundang dosa. Begitu juga dalam perihal bersentuhan antara bukan mahram, ia jelas ditegas dalam hadis.

    Namun untuk tujuan pengajian & latihan sebagai penuntut fisioterapi, ia dibolehkan dengan syarat yang ketat dan hanya jika benar-benar diperlukan.

    Antaranya ialah seboleh-bolehnya dibawah pengawasan pensyarah jika ia melibatkan prosedur sulit. Jadi sebelum ujian atau praktikal langsung yang terpaksa dibuat ke atas bukan mahram, mantapkan dulu kefahaman melalui bacaan, melihat video dan simulasi keatas objek lain atau sesama jantina. Kerana saya melihat terdapat pelajar perubatan, jururawat dan seerti dengannya sewenang-wenangnya mempraktik latihan pemeriksaan atau fisioterapi kesihatan bersama bukan mahram bermula dari awal latihan asas, walaupun ia tidak diperlukan.

    Apatah lagi, anatomi lelaki dan wanita tidak ada bezanya melainkan pada alat reproduktif. Maka, penuntut fisioterapi boleh praktik ke atas sesama jantina, melainkan jika terdapat ujian dan latihan khas di bawah pengawasan pensyarah yang menuntut dilakukan ke atas bukan mahram.

    Jika prosedur itu benar-benar perlu mendedahkan aurat untuk meneliti otot tertentu, maka ia dibolehkan. Jika sekadar mahu urut bahagian tertentu dan boleh dibuat tanpa perlu dibuka pakaian, maka tidak perlulah didedah auratnya.

  3. salam alayk,
    saya ada sedikit kekeliruan, apa hukum bg keadaan sbegini;

    Ketika practical exam baru2 ni,pelajar perempuan diminta untuk mengambil blood pressure pelajar lelaki.sedangkan pada ketika itu,masih ada pelajar perempuan yg lain.ada pelajar yg mengikut arahan tersebut dan ada yg berkeras tdk mahu mlakukannya ke atas plajar lelaki.

    adakah ini dikira darurat?bolehkah lelaki dan perempuan bersentuhan utk tujuan belajar?

Leave a Reply to sahabat syedCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *