Jururawat Memandikan & Melihat Aurat Pesakit Berlainan Jantina

Soalan : Adakah dibenarkan bagi jururawat perempuan di hospital untuk membasuh, mengelap mahupun memandikan pesakit lelaki dan melihat aurat mereka, apabila pesakit tersebut tidak mampu melakukannya sendiri?

Dijawab oleh Jawatankuasa Pendiri untuk Penyelidikan Akademik & Pengeluaran Fatwa

Adalah dibenarkan bagi jururawat perempuan untuk melihat aurat pesakit lelaki apabila terdapat keperluan, terutamanya jika tiada lelaki untu melakukan kerja tersebut. Sebagaimana firman ALLAH;

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَاسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَأَنفِقُوا خَيْرًا لِّأَنفُسِكُمْ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (16) سورة التغابن

Maka bertakwalah kamu kepada ALLAH menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu. Dan barangsiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, Maka mereka Itulah orang-orang yang beruntung.”

-At-Taghabun, 16-

Namun, jika ada lelaki yang mampu untuk melakukan tugasan tersebut, maka tidak dibenarkan untuk jururawat perempuan melakukannya.

Dan ALLAH sumber segala kekuatan. Selawat & Salam atas Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarganya dan sekalian sahabat.

Sumber : Lajnah Tetap bagi Penyelidikan Ilmiah & Fatwa (26/344), http://www.islamqa.com

9 Comments

  1. klu bju jururawat sy blengn pendek..adkh sy ptut mmakai inner atau dimaafkan??pensyarah sy kt dimaafkn..yg pnting niat utk bkrja..

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Sharifah, Terima kasih atas soalan.

    Seharusnya tuntutan Syariat Islam dijaga sebaik mungkin tidak kira dalam apa jua keadaan. Kelonggaran dan kemaafan hanya diberi apabila seseorang berada dalam situasi darurat.

    Dalam keadaan biasa sedang belajar, ia masih belum dikira darurat untuk membuka aurat, bahkan kita masih berpeluang menjaganya dengan baik. Sedangkan hampir semua jururawat juga selama ini berlengan panjang.

    Selain itu, usahlah sewenang-wenangnya mengeluarkan hukum jika kita bukan ahli dalam bab hukum hakam agama. Lebih baik bertanya yang ‘arif dan ikuti nasihatnya.

    Maka, jagalah Syariat iaitu aurat dengan sebaik-baiknya. Insya-ALLAH, kita akan diganjari dengan usaha dan niat ikhlas kita.

    WALLAHu a’lam.

  2. Kenapa di hospital ada Doktor lelaki juga boleh menyambut kelahiran? Kebanyakan wanita yg ditanya berasa malu apabila doktor lelaki yg menguruskan kelahiran dan ramai suami yg rasa sakit hati kerana lelaki lain yg menguruskan kemaluan isterinya walaupun sewaktu bersalin. bukankah ramai lg doktor wanita dan jururawat wanita di Malaysia ini, jadi tidak perlu dan tidak timbul keadaan darurat kerana wanita masih ramai dan boleh menguruskan perbidanan..kecuali lah kalau memang dah pupus jururawat/ doktor wanita baru boleh org laki yg uruskan. Dalam Islam…haram lelaki menyentuh wanita yang bukan muhrim apatah lagi doktor lelaki yang memeriksa bukaan rahim wanita dengan memasukkan jarinya ke dalam faraj wanita dan menyambut kelahiran. Jadi persoalannya bolehkah doc lelaki yg buat pemeriksaan bukaan faraj dan menyambut kelahiran? Bersalin bukanlah darurat kerana ia adalah lumrah kehidupan dan di hosp2 masih ramai lagi Jururawat masyarakat perempuan. dlm situasi ini bolehkah doc lelaki yg menyambut kelahiran?

  3. Assalamu’alaikum. Saya pelajar Muslim Kejururawatan Tahun Akhir. NI situasi yang dihadapi oleh kawan2 Muslimat saya. Boleh tak En Abul Harith ulas?

    Pada minggu pertama praktikal sebagai pelajar jururawat tahun akhir, (berada di “acute cubicle” ataupun “High Dependency Unit).
    Pensyarah Y: Wajib ke kamu semua pakai lengan panjang (stokin tangan)?
    Pelajar 1 dan 2: Wajib, “Sir”.
    Pensyarah Y: Tapi, di dalam wad ni banyak jangkitan dan kuman. Kamu tak risau ka kamu nanti kamu sakit?
    Palajar 1 dan 2 diam….(tapi dalam hati kata, sakit tu ketentuan dan keizinan Allah. Siapa kita nak menolak suatu ketetapan Allah terhadap kita? Sedangkan Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.)
    Pensyarah Y: Seperkara lagi, lengan panjang kamu ini menyentuh sana sini. Kena pesakit itu dan pesakit ini, tanpa kamu sedari kamu sedang memindahkan kuman dari pesakit ini kepada pesakit lain. “Cubicle” ini ada yang rendah imunisasinya (ESBL/MRO) dan juga orang tua. Think about that….Sekurang-kurangnya jika kamu tidak memakai stokin tangan kamu boleh basuh tangan hingga ke paras lengan kamu.Tapi jika kamu memakai stokin tangan, takkan kamu nak basuh stokin tangan kamu di dalam wad ni? Kan basah nanti.
    Pelajar 1 dan 2 diam……
    Pelajar-pelajar ini sedang berada dalam dilema….nak utamakan yang mana satu?Mudarat ke atas pesakit atau pun aurat diri? Tertekannya rasa….
    Pelajar 1 telah menyuarakan masalah ini kepada seorang ustazah. Ustazah tersebut berkata, “Andai itu (memindahkan kuman daripada pesakit lain kepada pesakit yang lain; mudarat ke atas pesakit) yang dirisaukan terjadi maka tidak mengapa untuk tidak memakai stokin tangan.Tapi janganlah niat kamu tidak memakai stokin tangan tu kerana arahan pensyarah atau takutkan pensyarah. Itu tidak patut. Dan jangan pula sampai mengangkat lengan baju menjadi kebiasaan kamu. Contohnya, kalau dah keluar dari wad tu pakaikan semula stokin tangan tu jangan sampai kamu terasa selesa apabila tidak memakai stokin tangan sampai terbawa-bawa keluar wad.Wallahu’alam.”

    Renungan: Mujur lengan uniform melebihi siku….Tapi ada juga sahabat muslimat lain yang diminta melipat lengan baju sampai menampakkan siku.Sedih,sedih….

  4. ana student tahun kedua (sem 4) di sebuah kolej kejururawatan under KKM… ana pun ada msalah yg sma mcm sedari kat atas… pensyarah @ staff nurse yg perna ana tya pasal aurat nie dia jawab benda yg sama jugak… “pakai lengan panjng nnti boleh sebarkan microorganism kpd pesakit lain 1st kepada pt. MRO “..tpi, alhamdulillah ana masih kekalkan pakai uniform lengan panjang… so,nak tau pendapat akhi abul harith pasal benda nie.. syukran …

Leave a Reply to sharifahCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *