Jarak Masa Persetubuhan

Soalan: Saya mempunyai perasaan seks yang agak kuat. Saya selalu terasa ingin mengadakan hubungan tersebut. Malangnya suami saya kurang memahami, dingin dan hambar. Dia selalu menjarak tempoh hubungan seks kami. Apakah hanya isteri yang wajib melayan kehendak suami, bagaimana dengan suami pula?


Jawapan: Para ulama memberikan berbagai pendapat tentang jarak waktu paling kurang bagi hubungan seks yang wajib dilakukan oleh seorang suami. Berbagai pendapat telah diberikan. Namun pendapat yang terbaik ialah apa yang nyatakan oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h ( wafat 728H) iaitu suami wajib menyutubuhi isteri dengan kadar keperluan seseorang isteri. Ini adalah pendapat yang tepat. Persetubuhan antara lain bertujuan memelihara kehendak nafsu agar tidak melakukan sesuatu yang menyanggahi syarak. Suami hendaklah sedar kewajipan ini. (sesiapa yang inginkan pendetilan masalah ini lihat al-Mufassal fi Ahkam al-Marah oleh ‘Abd al-Karim Zaidan).

Sumber : http://drmaza.com

5 Comments

  1. As-Salamua’laykum…
    Anta digalakkan untuk copy demi menyebarkan ilmu Deen ini kepada pelawat blog anta. Moga mereka mendapat manfaat.
    Cuma ana mohon dari anta untuk memaklumkan detail profil anta, blog & tajuk fatwa yang di copy. Boleh emailkan ke [email protected]. Ana berminat untuk ziarah & berkenalan anta.
    Salam Perkenalan & Syukran.

  2. salam….ada ubat x untuk cekam kuku?saya dah 3 tahun kena, xa baik2 gak…dan ubat sakit lutu untuk usia dalam 50 tahun ada x?mak saya dah mcm2 try ubat, termasuk gamat healin,tp tak baik2…..

    Abul Harith : Wassalam Puan Iena & terima kasih atas soalan.

    Cekam kuku dan sakit lutut emak Puan adalah kerana punca-punca tertentu. Puan & emak Puan dinasihatkan berjumpa doktor terlebih dahulu agar doktor dapat menyiasat punca sakit dan apa penyakit sebenar sebelum dapat memberi ubat yang terbaik. Nasihat melalui web maya tidak sesuai kerana Puan memerlukan doktor yang dapat memeriksa sakit tersebut secara langsung. Elakkan mengubat secara cuba-cuba sendiri kerana kita tidak tahu kesannya.

    Terima kasih. Wassalam.

  3. Assalamualaikum.
    Salam perkenalan, saya ingin meminta izin dari penulis blog ini untu copy dan paste ilmu2 yang ada di blog ini dan dimuatkan ke blog saya. Semoga segala ilmu ini dapat dikongsi dgn lebih ramai sahabat lagi. Harap diizinkan, terima kasih.

    Wassalam Puan Azie. Terima kasih atas ziarah.

    Puan digalakkan menyebarkan maklumat yang ada pada laman ini dalam apa jua bentuk dengan syarat dinyatakan sumber dan link dari laman ini. Maka, jika terdapat apa-apa isu & persoalan berbangkit nanti, pembacanya dapat merujuk kembali kepada sumber asal.

    Wassalam.

  4. saya telah melakukan persetubuhan dengan isteri saya pada pagi raya,iaitu sebelum mwsuk waktu subuh.apa kah hukumnya.

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Risan,

    Malam ataupun pagi raya bukan lagi dikira Ramadan. Maka hubungan intim pada waktu tersebut tidak dilarang & tidak dikenakan kaffarah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *