Hukum Perancangan Keluarga

Adakah Perancangan Keluarga dibenarkan dalam Islam?

Oleh Jamaal Zarabozo

Soal perancangan keluarga dan mengawal kelahiran dibincangkan dengan terperinci oleh Akademi Fiqh Islam. Mereka mempunyai dua puluh tiga ulama yang mengkaji topik dan membentangkan kajian mereka tentang isu ini. Di kalangan mereka adalah Muhammad Ali al-Baar, Ali al-Saaloos, Muhammad Saeed Ramadhan al-Booti, Abdullah al-Basaam, Hasan Hathoot and Muhammad Sayid Tantaawi. Prosiding, kertas kerja dan perbincangan mereka boleh didapati dalam Bahagian Pertama, Jilid Kelima, Majalah Akademi Fiqh Islam (1988/1409 H). Prosiding setebal 748 mukasurat ini semuanya mengenai persoalan mengawal kelahiran dan isu-isu berkaitan.

Berikut adalah fakta penting berkenaan isu mengawal kelahiran dalam Islam. Ianya dinyatakan oleh ulama yang disebutkan tadi;

Institusi perkahwinan dan keinginan mempunyai anak adalah sifat yang terbaik bagi setiap makhluk termasuk para Rasul & Nabi yang dipilih ALLAH. ALLAH berfirman tentang mereka,

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلا مِنْ قَبْلِكَ وَجَعَلْنَا لَهُمْ أَزْوَاجًا وَذُرِّيَّةً

“Dan Sesungguhnya kami Telah mengutus beberapa Rasul sebelum kamu dan kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan.”

-Surah ar-Ra’d, 38-

Sebaik-baik contoh bagi orang yang beriman adalah teladan Nabi Muhammad s.a.w., yang berkahwin dan mempunyai anak-anak. Para Nabi & Rasul adalah insan yang perlu diikut oleh semua Muslim. ALLAH berfirman,

أُولَئِكَ الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ فَبِهُدَاهُمُ اقْتَدِهِ

“Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh ALLAH, maka ikutilah petunjuk mereka”

-Surah al-An`am, 90-

Para Rasul yang sepatutnya dicontohi dan bukannya orang Barat yang tidak beriman, yang mana gaya hidup mereka hampir keseluruhannya hanya berkisar tentang berseronok dalam hidup dan mendapat harta dunia sebanyak mungkin. Maka mereka tidak menggalakkan wanita mempunyai ramai anak. Islam telah melarang hidup membujang, mengamalkan prinsip sami (tidak berkahwin) atau pun kasi (pemandulan kekal dengan membuang testis atau zakar) untuk tujuan itu. Baginda s.a.w. telahpun menjelaskan hal ini kepada sabahat yang berkira-kira untuk hidup seperti sami atau paderi. Baginda bersabda;

“Aku solat dan aku tidur, aku berpuasa dan aku berbuka puasa, dan aku mengahwiniwanita. Barangsiapa yang berpaling dari cara hidupku (Sunnah), mereka bukan dariku”

Rasul ALLAH s.a.w. bukan hanya menggalakkan perkahwinan, tapi menyuruh berkahwin perempuan yang subur untuk meramaikan anak. Baginda bersabda;

“Kahwinilah (wanita) yang penyayang dan subur kerana aku akan mempunyai umat yang paling ramai berbanding rasul lain di Hari Kebangkitan nanti.”

-Hadith Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban-

Menurut pandangan Islam, anak-anak adalah anugerah dan rahmat dari ALLAH. ALLAH telah menyatakan beberapa kelebihan yang telah DIA anugerahkan kepada manusia melalui ayat berikut;

وَاللّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُم مِّنْ أَزْوَاجِكُم بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ أَفَبِالْبَاطِلِ يُؤْمِنُونَ وَبِنِعْمَتِ اللّهِ هُمْ يَكْفُرُونَ (72) سورة النحل

“ALLAH menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang batil dan mengingkari nikmat ALLAH?”

-Surah An-Nahl, 72-

ALLAH juga berfirman,

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا (46) سورة الكهف

“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.”

-Surah Al-Kahfi, 46-

Hanya ALLAH Pemberi Rezeki sebenar-benarnya kepada semua insan. Jika orang Muslim mengikuti apa yang telah ALLAH aturkan kepada mereka, ALLAH akan menyediakan kecukupan untuk mereka. ALLAH telah memberi amaran tentang membunuh anak sesiapapun lantaran takutkan kemiskinan samaada kepada ibubapa atau anak itu. ALLAH berfirman;

وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلاَدَكُم مِّنْ إمْلاَقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ (151) سورة الأنعام

“dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan, KAMI akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka”

-Surah al-An’am, 151-

ALLAH juga menegaskan;

وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُم إنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْءًا كَبِيرًا (31) سورة الإسراء

Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan. KAMI-lah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.”

-Surah al-Isra’, 31-

Maka, Muslim tidak dibenarkan menggugurkan atau membunuh anak-anak mereka kerana takut miskin. Ia terserah kepada ALLAH untuk memperuntukkan rezeki kepada mereka.

Berdasarkan hujah-hujah di atas, ulama’ yang menyertai penyelidikan berkaitan soalan ini merumuskan resolusi berikut;

  1. Tidak dibenarkan untuk mewartakan undang-undang umum yang mengehadkan kebebasan pasangan untuk mempunyai ramai anak.
  2. Adalah dilarang untuk ‘secara kekal’ menghentikan keupayaan lelaki atau wanita untuk menghasilkan zuriat seperti hysterectomy (buang rahim) atau vasectomy (buang testis), selagi mana tiada keadaan yang memerlukan menurut kerangka Syariat Islam
  3. Adalah dibenarkan untuk mengawal waktu kelahiran dengan niat menjarakkan kehamilan atau menangguhnya kepada waktu tertentu, jika terdapat keperluan Syariah dengan mendapat pandangan, nasihat dan persetujuan bersama di antara pasangan. Walaubagaimanapun, ia mestilah dilakukan tanpa membawa sebarang kemudaratan dengan kaedah yang dilulus Syara’, dan tanpa melakukan apa-apa yang merencat kehamilan semasa yang wujud.

Sumber : www.themodernreligion.com

30 Comments

  1. dr kefahaman topik diatas pil perancang dibenar kan untuk menjarakkan kehamilan…

    mcm manekah sebenanyer pil perancang berfungsi?

    adakah pil perancang ini akan mematikan telor yg telah disenyawa..?

    adakah pil perancang akan mengelakkan telor dr senyawa..?

    atau bagaimana sebenarnyer pil perancang ini berfungsi..?

    Abul Harith : Wassalam & terima kasih Cik/Puan Ifa atas soalan.

    Pil perancang (oral contraceptive pill – OCP) yang berada di pasaran sekarang mengandungi hormon estrogen dan progesteron. Apabila dimakan mengikut dos dan masa yang ditetapkan, paras kedua hormon ini akan tinggi dalam badan. Keadaan ini akan menggangu penghasilan hormon LH & FSH.

    LH & FSH berfungsi membantu pengembangan ovum dalam ovari. Apabila penghasilan LH & FSH terganggu, maka ovum gagal berkembang dan matang. Jadi, ovum tak akan dikeluarkan oleh ovum. Tiada persenyawaan akan berlaku walaupun sperma dipancutkan ke rahim isteri.

    Kesan OCP hanyalah sementera, bukannya kekal. Ovum tidak mati. Apabila si isteri tidak lagi mengambil OCP, terdapat kemungkinan mengandung semula. Oleh itu, tindakan mengambil OCP untuk menjarakkan atau memberhentikan seketika kehamilan dibenarkan dalam Islam.

    WaLLAHu a’lam.

  2. apakah hukum mengikat peranakan kerana sudah mempunyai anak yang ramai. makan pil perancang hanya menambah gemuk selain dapat menjarakkan anak

  3. PENCEGAHAN KEHAMILAN MENGIKUT ISLAM

    Islam membenarkan pencegahan kehamilan dalam keadaan tertentu yang dibenarkan oleh syarak tetapi tidak membenarkan pengguguran anak kecuali bila ia membahayakan nyawa ibu.
    Asas perbincangan:
    1.Maksud kehamilan mengikut syarak.
    2.Kaedah perancang kehamilan yang dibenarkan.
    3.Alasan yang dibenarkan oleh syara’

    A.MAKSUD KEHAMILAN MENGIKUT SYARAK
    Maksud kehamilan dari segi ‘Ilmi (saintifik)- apabila air mani di masukkan ke dalam vagina, sperma masuk ke dalam uterus(rahim) kemudian pergi ke tiub fallopian untuk mencari ovum(telur). Hanya satu telur akan disenyawakan dengan sperma di tiub fallopian. Ovum yang telah disenyawakan akan ke uterus dan di tanam di dinding uterus. Proses ini di sebut sebagai ‘implantation’.

    Untuk menentukan bermulanya kehamilan dari segi syara’ , terdapat 3 persoalan yang perlu dijawab.
    I.Adakah apabila air mani masuk ke dalam uterus ATAU
    II.Adakah bila mana berlakunya persenyawaan ovum dengan sperma di tiub fallopian ATAU
    III.Adakah bila mana tertanamnya ovum yang telah disenyawakan di dalam uterus.

    Mengikut syara’ ketiga-tiga perkara diatas perlu ada bagi menentukan kehamilan telah berlaku.
    Perkara I dan II tanpa yang ke III bukanlah maksud kehamilan mengikut syara’.

    Dalil Al-Quran: Al-Mu’minuun; 12 – 14

    Ayat 12: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati(berasal) dari tanah.

    Ayat13: Kami jadikan saripati itu air mani (yang di simpan/Nutfah) dalam tempat yang kukuh(rahim).

    Ayat 14: Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami jadikan sebungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha Sucilah Allah Pencipta Yang Paling Baik.

    Ayat-ayat ini menerangkan kejadian yang berlaku pada 4 bulan pertama kehamilan berlaku. Janin akan mengalami 5 peringkat secara beransur-ansur dengan nama-nama yang berlainan.

    Nutfah bermaksud air mani yang telah masuk kedalam rahim kemudian berlakunya persenyawaan dan disimpan di dalam rahim.

    ‘alaqah bermaksud segumpal darah.

    Mudhghoh bermaksud segumpal daging.
    ‘izoma bermaksud tulang belulang

    Yaksu lahman bermaksud tulang belulang dibungkus dengan daging.

    Allah juga menerangkan kehamilan dalam surah Mariam ayat ke 22, surah Luqman ayat ke 14, surah Al- Ahqaaf ayat ke 15.

    Di dalam bahasa Arab, “Haml” bermaksud membawa (to carry), adalah sangat jelas bahawa wanita membawa janin di dalam rahim dan bukannya di tiub fallopian. Oleh itu kehamilan bermula apabila proses implantation berlaku dan bukannya sebelum itu.

    Walaupun kandungan di tiub fallopian boleh berlaku(kandungan luar rahim), ia bukanlah kandungan yang normal dan janin tidak dapat membesar dan pembedahan perlu untuk membuangnya supaya nyawa ibu tidak terancam.

    Jadi pencegahan kehamilan yang dibenarkan syara’ adalah apa-apa kaedah perancang keluarga yang berbalik (yang tidak kekal – reversible) berlaku sebelum proses implantation. Apabila ia berlaku selepas implantation, maka ia dinamakan sebagai pengguguran yang diharamkan oleh syara’.

    B.KAEDAH PERANCANG KEHAMILAN YANG DIBENARKAN
    1.Pil perancang – menghalang pengeluaran ovum daripada ovary dengan cara mengubah paras hormone. Kaedah ini dibenarkan .
    Bagaimana dengan `morning after pill’ ? Boleh ke ? OK jika sebelum implantation berlaku (e.g. if taken less than 72 hours after inter course)

    2.Depo-Provera (injection setiap 3 bulan) – konsep sama seperti pil perancang. Dibenarkan.

    3.Intrauterine Devices (IUCD) – IUCD mencegah kehamilan dengan dua cara (1) mencegah persenyawaan ovum dan (2) mencegah `implantation’ . Jika mengikut definisi kehamilan (mencegah sebelum proses implantation), kaedah IUCD dibenarkan.

    4.Barrier Devices – ia menghalang sperma masuk ke uterus; contoh – kondom bagi lelaki, ataupun melindungi cervix (pangkal rahim) menggunakan `diaphragm’, `cervical cap’ atau `vaginal sponge’. Penggunaan ubat/krim bagi membunuh sperma sebelum sampai ke ovum juga dibenarkan.

    5.Abstinence during fertile period – tidak melakukan hubungan kelamin ketika subur. Dibenarkan.

    6.Withdrawal (Coitus interruptus) – bermaksud mengeluarkan air mani diluar rahim.
    Dibenarkan. Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Jabir Rodiallahu-anhu berkata “ kami mengamalkan `azal dizaman rasulullah dan ketika Al-Quran diturunkan’ – Hadis al-Bukhari dan Muslim.

    Dalam versi hadis yang lain, daripada Muslim “ Kami mengamalkan `azal ketika zaman Rasulullullah dan beliau mengetahuinya tetapi beliau tidak menghalangnya’.

    7.Sterilization (pemandulan) – untuk lelaki, vasectomy iaitu ikat tiub bagi menghalang pengeluaran sperma dan untuk wanita `tubal ligation’ – ikat/klip tiub fallopian untuk menghalang ovum dikeluarkan.
    ??? isu `reversibility’ ; kadar `reversibility’ adalah rendah dan ia tidak dibenarkan

    C.ALASAN YANG DIBENARKAN OLEH SYARA’

    Petikan dari jawapan oleh Dr Yusof Al-Qardawi dan Muhammad Saleh Al-Munajid.

    Nabi Muhammad meminta umatnya berkahwin dan memperbanyakkan umat. Ia adalah objektif utama perkahwinan.

    Islam juga menekankan pentingnya mendidik anak-anak bagi menjadi insan berguna dan menjadi pemimpin di masa hadapan. `Parenting’ memerlukan usaha dan perhatian bersungguh-sungguh daripada ibubapa. Sabda Nabi s.a.w ‘orang beriman yang kuat adalah lebih baik dari yang lemah’.

    Islam membenarkan untuk `perancang keluarga’ dengan alas an yang kukuh :
    1.Jika kehamilan ataupun bersalin boleh menyebabkan nyawa ibu terancam. Kriteria ini bergantung kepada bukti saintifik dan juga pendapat ahli perubatan yang ikhlas.

    Surah Al-Baqarah, ayat 195 “..….. dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri kedalam kebinasaan…..

    Surah An-Nisa, ayat 29 “……. dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepadamu”

    2.Jika takut bahawa beban memelihara anak menyebabkan urusan keluarga terjejas sehingga kita membuat perkara yang haram kerananya
    Surah Al-Baqarah, ayat 185 “..….. Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak menkehendaki kesukaran bagimu ……

    3.Jika takut bahawa kehamilan menyebabkan bayi yang baru lahir terganggu penyusuannya. Istilah bahasa Arab ialah `Ghellah’. Hadis nabi dari Abu Dawud : ‘Do not kill your children secretly, for Gheelah overtakes the rider and throws him from the horse.

    Namun begitu, nabi tidaklah menghalang hubungan kelamin dengan ibu yang menyusukan anak. Kerana beliau menyedari bahawa orang-orang Farsi dan Rom melakukan perkara tersebut tanpa membahayakan nyawa bayi yang baru lahir; juga kerana takut menjadikan kesulitan kepada pihak bapa disebabkan tempoh penyusuan yg lama (2 tahun)

    4.Tidak menggunakan kaedah perancang kehamilan yang kekal (permanent) ataupun yang menyebabkan kemandulan. Adalah dibenarkan untuk secara sementara seperti untuk melambatkan kehamilan, cth 2 tahun atau selepas menyusukan anak 2 tahun.

    5.Tidak menggunakan kaedah perancang kehamilan yang membahayakan kesihatan.

    Fatwa oleh Mufti Ibrahim Desai

    Pencegahan kehamilan dibenarkan atas alasan kukuh mengikut syarah. Pencegahan secara berbalik (reversible contraception) dan permanent (kekal) mempunyai hujah berbeza.

    Reversible contraception dibenarkan jika
    1.Keadaan fizikal wanita yang lemah
    2.Sakit
    3.Isteri ingin menjaga kecantikannya / bentuk badan untuk suami (??? ijtihad mufti)
    4.Pasangan dalam perjalanan yang jauh
    5.Keadaan politik yang tidak stabil; cth – anak-anak dipisahkan secara paksa daripada keluarga seperti di Negara komunis
    6.Pasangan ingin bercerai dalam jangkamasa terdekat
    7.Isteri adalah orang yang tidak bermoral.

    Alasan yang tidak valid dari segi syarak

    1.Alasan untuk menahan nafsu seks yang tinggi/terlibat dalam seks bebas juga tidak dibenarkan.

    2.Kemiskinan dan takut kepada kemiskinan adalah alasan yang tidak kukuh. Dalil Al-Quran, “There is not a living creature, but its sustenance is the responsibility of Allah”

    Surah Al-Israa, ayat 31 “ Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan. Kamilah yang akan member rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar’

    Surah Al An’aam ayat 151, “ ………………..dan janganlah kamu membunuh anak anak kamu kerana kamu takut kemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka……….”

    Walaupun asbabun nuzul turunnya ayat-ayat di atas bagi menggambarkan tindakan kejam masyarakat jahiliyah membunuh bayi mereka dan halangan dari berbuat demikian (tafsir ibnu kathir, volume 3, pg 55) , tetapi Ayat ini boleh di aplikasikan bagi menghalang pencegahan kehamilan disebabkan takut kerana kemiskinan. Kaedah ini dinamakan `Dalaalatun Nass’ – suatu kesimpulan yang diambil dari teks Al-Quran: yakni kaedah yang dibenarkan dalam prinsip keadilan Islam (Usul Fiqh)

    Pencegahan kehamilan kekal (Permanent contraception)

    Hanya dibenarkan jika nyawa ibu dalam bahaya ataupun tahap kesihatannya menurun teruk jika perancang kehamilan kekal tidak dibuat

  4. Saya baru melahirkan anak yang ke-4 pada bulan 11 2009 dengan cara normal. Tetapi kerana berlaku komplikasi maka saya terpaksa dibedah kerana dr menyatakan rahim saya terkoyak. Dr. menasihatkan saya agar mengikat peranakan secara permanent kerana ditakuti saya akan menghadapi masalah yang sama apabila mengandung kelak. Namun begitu saya ragu-ragu untuk melakukannya. Apakah nasihat tuan berkenaan masalah saya? Terima kasih.

  5. saya baru melahirkan anak ke 4 pada 10 mei lalu.Tiada komplikasi teruk semasa melahirkan cuma berlaku beberapa perkara semasa hamil seperti uri bawah type 2 tetapi boleh melahirkan secara normal cuma kelahiran secara suntikan ubat kerana tiada resa yang kuat dan anak dilahirkan dalam keadaan terlilit tali pusat dan menghadapi prolong jaundis selama 17 hari dan tinggal di hospital selama 5 hari kerana ketinggian tahap jaundis sebanyak 23mg.Saya bukan tidak mahu melahirkan,tetapi memandangkan sudah cukup 2 pasang dan usia sudah jejak 35 tahun,saya bercadang untuk menggunakan kaedah implanon.Hal ini kerana saya ingin memberi fokus kepada perkembangan dan pembesaran anak2 yang telah sedia ada.Menurut Islam,adakah saya berdosa jika menggunakan kaedah perancang keluarga sedangkan saya sihat dan berkemampuan daripada sudut ekonomi,cuma saya dan suami kurang kekuatan emosi dalam membesarkan anak2 memandangkan kami berdua bekerja dan pembantu rumah akan pulang sebaik kami pulang dari kerja.Harap saya mendapat jawapan yang menyelesaikan kekeliruan saya.

  6. apakah hukum sekiranya wanita merancang dengan makan pil kerana masalah kesihatannya? Dan
    Apakah hukum jika pil berkenaan mengganggu kitaran haid seorang wanita hingga mengorbankan waktu sembahyang dan berpuasa?

  7. Salam..saya mempunyai dua org cahayamata yang masih kecil berumur 3tahun dan 1tahun.Apakah hukumnya jika saya ingin memakai IUCD untuk tidak hamil kerana ingin membesarkan anak saya yang masih kecil.Apakah hukumnya jika saya berniat untuk tidak hamil lagi kerana memikirkan soal keewangan,soal pembahagian masa bersama anak2,soal kecantikan saya dan juga faktor usia suami yang telah berusia berbanding saya.

  8. saya rasa yang tanya soalan2 nie lg…perlu baca artikel dan soal jawab dgn lebih teliti saya rasa sudah ada jawapan kepada soalan tuan dan puan…ws

  9. Ini bab REALITI. Carrying capacity sesuatu habitat tu macam mana pulak ?Boleh ka nak tampung?
    Cuba hang kaitkan ini dgn situasi umat Islam di;

    1. New York – yg dok sewa apartment bayar per week. apartment plg tinggi 3 bilik. Anak ada 6org.
    2. Ampang – kubur Jln Ampang dh penuh, msg2 dok buat rumah kecik atas kubur. In 10 yrs time, kubur Jln Ampang tu boleh pakai lg ka kalau msg2 kekal dgn kaedah binaan atas kubur masg2 & 1 fmly ada 6 org anak? Nk cari tanah kubur baru? sapa nk bg?
    3. Swiss: rumah plg standard 3 bilik. klu hang ada anak lebih dr 2 & duduk rumah yg ada bilik 2 sahaja. Hang boleh dikompaun oleh Local Authority. Bila jadi camni… apa pendapat hang?
    3. Pulau Tioman: rumah2 kg penuh dgn anak2 – sorang pakat ada 4-5 anak. Majoriti rumah ni pulak ada 3 generasi duduk (mak, anak, cucu), sbb tanah dah xdak. Yang tinggal rezab persekutuan/hutan simpan. Nk bg depa beranak sorang 6 anak lagi ka?Kalu depa plan , apa jatuh hukumnya ?

    Ini semua kes2 kecik situasi semasa- Tioman adalah pulau, Ampang adalah daerah, ini 30 yrs time.. situasi pulau tu akan berlaku di negeri2 dan kemudian negara2. Apa hujah hang?

  10. perlu ke nak anak ramai2 sangat? Ramai di sini memanglah subjektif dan sangat relative. Tapi untuk mempermudahkan perbincangan aku definisikan ramai ni dalam konteks kehidupan dunia moden hari ini sebagai lebih daripada 4. Mungkin korang ada definisi yg berbeza, terpulanglah.

    Sebabnya, aku tengok pada satu tahap tertentu sesetengah mak bapak ni seperti tidak ada justifikasi yg betul kenapa mereka mahukan anak yg ramai.

    Ramai anak orang islam terbiar, satu mengenai isu kemiskinan, kedua anak yang terlampau ramai dan tidak terjaga.

  11. Apa hukum perancang keluarga- susuk implan di bawah kulit tu? ada pendapat boleh dan ada pendapat tidak boleh. mohon dijelaskan.

  12. saya suka membaca soaljawab seperti ini kerana ada huraian yang menunjukkan hadith dan ayat alquran sebagai rujukkan

    Abul Harith : Wassalam, terima kasih Sdr. Hssen.

    Buat pengunjung sekalian, Insya-ALLAH, saya akan membincangkan isu-isu yang dibangkitkan dalam masa terdekat.

    Mohon maaf kerana tertangguh akibat beberapa masalah teknikal sebelum ini.

  13. Assalamualaikum..
    Islam ada mengajar kita berkenaan cara merancang keluarga (anak) iaitu:
    SUSUKAN ANAKMU 2 TAHUN PENUH-
    -Apa yg ana faham, ibubapa perlu memberi perhatian dan jagaan yang sempurna pada seseorang anak bagi menjamin kehidupan yang lebih berkualiti,terutama didikan asas iaitu agama.
    -Jadi, 2 tahun adalah tempoh yg sgt cantik sebagaimana telah di ajar oleh Allah untuk mendidik anak dan membesarkan mereka. Susukan anak itu dan beri perhatian sepenuhnya buat anak itu sepanjang tempoh 2 tahun itu.
    -Manfaatkanlah tempoh 2 tahun ini sepenuhnya sebelum memberikan adik baru buat mereka. Mudahan tempoh masa2 tahun yang Allah kurniakan itu bakal memberi faedah yang amat berguna bagi anak2 yang insyaAllah bakal menjadi pewaris ULAMA kelak.
    wallahu a’lam.

  14. salam
    apa hukum sekiranya kita pegang kata-kata misi supaya merancang keluarga memandangkan ekonomi sekarang. bila dewasa perlu belanja untuk pendidikan yang tinggi.

  15. Assalamualaikum…

    Dalam perancangan keluarga, terdapat satu lagi kaedah iaitu penggunaan implan, di mana alat ini ditanam/disimpan pada isi/daging si pemakai wanita (kebiasaannya di lengan berhampiran ketiak). apakah hukum menggunakan kaedah ini memandangkan alat yang digunakan perlu disimpan di dalam tubuh si pemakai untuk mengawal hormon? adakah kaedah ini sama seperti memakai susuk?

  16. salam..lately semakin ramai wanita islam yang tanpa rasa bersalah mengamalkan ikat rahim selepas bersalin..dgn alasan dah tak mahu bersalin… saya bimbang ianya menjadi satu ikutan memandangkan tiada fatwa jelas dikeluarkan Majlis Fatwa Malaysia.

  17. Sala… saya berumur 42 tahun dan telah melahirkan 8 orang anak… Selepas kelahiran anak yang kelapan berlaku tumpah darah yang teruk disebabkan uri tertinggal di dalam rahim… Sy telah cuba menggunakan pelbagai perancang keluarga tp nampaknya tidak berjaya.. Adakah dengan usia saya , mengikat rahim diharuskan mengikut syarak? Insya Allah dari segi ekonomi tidak ada masalah..

  18. Saya sudah mempunyai seorg anak dan saya berkahwin dgn seorg duda anak tiga… Suami saya tidak mahu zuriat dari saya kerana khuatir anak tirinya akan cemburu sekiranya die melayan anaknya lebih… Walaupun sekarang suami saya tidak melayan anak saya seperti anak semdiri… Sekarang saya masih menggunakan alat perancang kehamilan atas kehendak suami tanpa keredhaan saya…
    Adakah perbuatan ini haram disisi Islam?

  19. saya berumur 40 tahun dan mempunyai 8 anak tetapi yang kelapan telah keguguran, dan telah melakukan ikat rahim disebabkan keadaaan saya selalu letih . Adakah saya dikatakan tidak beriman disebabkan kaedah perancagan ini. Apakah hukum nya harus atau haram..

  20. saya dah caesaran 3 kali and sudah ikat peranakan .bolehkah saya buka ikatan peranakan saya semula untuk mengandung?apakah risikonya.

  21. saya dah 3 kali caesaran and sudah ikat peranakan.bolehkah saya buka kembali ikatan peranakan saya itu?apakah risikonya?

  22. Salam,

    Sudah 1 tahun saya menguna kaedah suntikan depo. tindak balas hormon setiap wanita berbeza.kesan pada diri saya adalah haid saya keluar sedikit-sedikit dan tapi berterusan melebihi tempoh 15 hari haid pada setiap bulan. adakah betul tindakan saya membersihkan diri pada hari ke 16?. normal haid saya sebelum ini 7 hari..sekiranya hari ke8 haid tiada, saya akan bersih diri.. tapi 3 hari kemudian cecair warna coklat keluar sedikit sahaja..keesokan harinya cecair itu tiada.perlukah saya menunggu tempoh 15 hari haid juga?

  23. saya ambil perancang depo injection. selama 2 thn lebih.25/3 seharusnya saya inject lg tp saya stop.sampai skrg saya belum datang bulan/datang kotor.pada 27/4 saya test pregnant hasil negatif(-).apa masalh n knp sampai skrg saya blm datang kotor lg hampir 2bln lbh saya x ambil perancang depo injection?

  24. salam..saya mahasiswa Institut Agama Islam Negeri Banda Aceh indonesia..sekarang tngh menyiapkan thesis utk ijazah..tajuk thesis saya Tubektomi (ikat rahim)menurut Hukum Islam, tapi saya x jumpa fatwa yg mengatur mengenai ikat rahim di Malaysia..jadi saya ingin tahu, dimana boleh saya dapatkan maklumat yg teperinci..harap boleh membantu utk diberikan kefahaman yg jelas kepada masyarakat..syukran

  25. Saya ingin bertanya dua soalan
    1)adakah dosa melakukan aborsi kalau ia akan memudaratkan diri si ibu?
    2)adakah dosa kalau ingin mengikat rahim kerana si ibu tidak boleh lagi beranak kerana sakit?dari si ibu asyik mrlaku kan aborsi.

  26. Saya berumur 39 tahun dan mengandung anak ke-empat. Saya mempunyai masalah chronic iaitu athritis di bahagian tulang belakang. Setiap tahun saya perlu menjalani operation bg menahan sakit tulang belakang saya atau secara rawatan palliative. Orthopedic menasihatkan saya untuk buat operation bg mempercepatkan saya bersalin supaya kesihatan saya tidak terjejas atau kondisi tulang belakang saya tidak menjadi teruk.
    Soalan saya, adakah saya boleh membuat bilateral tubal ligation iaitu perancang keluarga secara kekal dari segi pandangan agama?
    Terima kasih.

    Puan Zima

  27. Salam, sy mempunyai kakak yg menghidap penyakit meroyan setiap kali melahirkan. Setiap kali lepas bersalin, kakak sy akan meroyan dan sy tengok tahap meroyannya makin lama makin teruk, sehingga mejurus untuk mencederakan. Kakak sy dah mempunyai 3 orang anak. Apakah keadaan ini jatuh kepada darurat dan membolehkan kakak sy mengikat peranakannya.

  28. Assalamualaikum… maaf jika saya mengganggu… saya sendiri berhasrat utk tidak berkahwin… atas alasan

    1) tidak mahu tanggung dosa isteri
    2) tidak mahu tanggung dosa anak
    3) khuatir jika perkahwinan berlaku, saya akan meramaikan zuriat ke neraka

    Saya tahu dalam mencari jodoh yang baik, telah digariskan dalam agama caranya supaya tidak menjerumuskan diri kita ke neraka jika tersalah buat pilihan, tetapi, samada kita ikut atau tidak tatacara dlm agama islam, yang menentukan adalah Allah swt. Jadi saya bimbang akan ketentuan Allah swt kpd saya.

    Satu lagi anak, ya, saya akui dalam mendidik anak ada juga panduannya dlm agama, tetapi dgn zaman sekarang yg penuh pengaruh jahat ini.. anak bukan dpengaruhi oleh ibu bapa, tetapi kawan2 yg suka beri pengaruh buruk pada anak, tambah institut pendidikan yg mengajarkan ilmu tanpa memikirkan fitrah manusia, jika fitrah kita, otak kita cergas dan mampu berlajar dgn berkesan adalah waktu pagi dan malam, waktu tengahari adalah waktu kita tidur di siang hari, pelajar rasa mngantuk dan ini mengganggu tumpuan mereka, ditambah pula nak balik pukul dua ptg, dalam keadaan pakaian yang tidak selesa kerana berpeluh sbb belum mandi di tengahari dan mengantuk ini mengganggu tumpuan pelaja dan mereka mudah bosan dan hilang minat ke sekolah, dengan pengaruh kawan mereka akan ponteng dan mencuba sesuatu yg mungkin akan mudaratkan diri mereka atau orang lain.. mmg ada yang kata, ada pelaja yg mampu mencapai kejayaan walaupun situasi dan peraturan sekolah sebegitu, tetapi berapa ramai sgt??? dan ramai yang kata pelaja perempuan lebih maju dr lelaki, ya, saya akui… ini kerana dari segi fitrah penciptaan wanita(Hawa), allah telah menetapkan wanita mampu berkerja 18 jam sehari, jd mmg tak heran kalau plaja prmpuan mmpu brtahan dgn situasi belaja mcm tu

  29. Maafkan saya.Saya nak tanya sebernanya tujuan amalan perancangan keluarga itu adelah untuk menikmati taraf hidup dan pendidikan yg tinggi jadi kalau mengikut hukum di atas Islam sebernanya tak menggalakkan pun perancangan anak jadi sebernanya amalan perancangan anak ini sebernanya perlu ataupun tidak?? Kerana kebanyakan pasangan yg berkahwin mereka merancang dahulu berapa bilangan anak yg mereka inginkan utk menetapkan bajet bagi pendididkan mereka dlm masa hadapan.saya rasa amat keliru dlm hal ini boleh anda jelaskan?? Dan adakah berdosa bagi mereka yg mengamalkan amalan perancangan keluarga ini??

Leave a Reply to roseCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *