Hukum Memakai Pendakap Gigi (Braces)

Soalan : Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?

Jawapan:

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-ALLAH.

Nabi sawbersabda :

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” – (Shahih Muslim #3966).

Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-

( المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن , وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن , أما لو احتاجت إليه لعلاج أو عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم .

“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”

Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.

Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.

Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :

تقويم الأسنان لأسباب صحية جائز شرعاً، بل قد يكون مطلوباً أيضاً

“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”

Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.

———
Rujukan Fatwa :-

1. حكم تقويم الأسنان المعوجة
url : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1187775926711

2. عمليات التجميل للضرورة الطبية
url : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528615176

Fatwa didalam Bahasa Inggeris :-

http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=3QU7bd

http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=S5xA5N

Sumber : Disunting dari http://soaljawab.wordpress.com

53 Comments

  1. assalamualaikum wbt,encik, kalau saya nak buat braces untuk kelihatan cantik di mata pasangan, adakah ia dikira x boleh memakai pendakap?

  2. atau pun mgkin bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri saya di hadapan pasangan..

    Wassalam Cik Erna & terima kasih atas soalan.

    Soalan Cik telahpun dijawab oleh Sdr. Hani. Beliau adalah bakal doktor gigi yang mendalami soal hukum hakam berkaitan pergigian. Moga ia memberi manfaat kepada Cik Erna.

    Wassalam..

  3. Aslmkum wbkth.
    Nak menyibuk juga. Izinkan saya mencelah ya abulharith (sensitif terhadap persoalan2 tentang pergigian). Silalah abulharith menjawab dari sudut fiqh.

    Erna,
    Dari perspektif pergigian, memakai pendakap gigi/braces sudah dikira menjadi satu keperluan buat mereka yang mempunyai susunan gigi yang tidak teratur, walaupun giginya hanya senget sedikit, pemakaian braces perlu untuk normal kan maloklusi, supaya nanti tak ada masalah pencernaan mahupun karies gigi atau kerosakan2 gigi lainnya. Ramai orang yang oklusi giginya tak normal, Jadi, generally, pakai braces bukan untuk mencantikkan tapi untuk mengembalikan fungsi normal gigi dalam pengunyahan, percakapan, dan menelan, memang secara tak langsung ia membantu estetika, tak salah memelihara estetika especially untuk suami tersayang dan boleh juga membantu memberi keyakinan bila berhadapan dengan public.

    Abul Harith : Terima kasih Dr. Hani atas perkongsian ilmu Sdr. kepada pengunjung blog ini. Sesungguhnya Sdr. lebih arif dalam soal ini. Saya sangat mengalu-alukan perkongsian Sdr. di masa depan. Moga ALLAH membalas jasa Sdr. Wassalam..

  4. Assalamualaikum…

    saya mempunyai gigi hadapan yang jarang..disebabkan keadaan ini saya menjadi kurang berkeyakinan apabila berhadapan dgn org ramai…
    saya ingin merapatkan gigi saya jarang dan apakah hukumnya?

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Nur,

    Soalan Sdr. telah pun terjawab oleh artikel & komen di atas. Ianya dibolehkan atas tujuan membaiki kecacatan.

    WaLLAHu a’lam.

  5. salam…nak tanya sikit…3 thn sebelum neh pernah lah cabut gigi then sekarang ni gigi2 yang duduk bersebelahan dengan gigi yang dicabut tu,berenggang…1 day,terbaca dlm 1 majalah ni,dia kata klau jd mcm tu,kena pakai braces…jadi,kat sini nk mintak penjelasan….

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Akira Nana,

    Saya bukanlah mahir dalam prosedur pergigian. Bagaimanapun, saya telah memohon pihak yang arif dalam bab pergigian untuk menjawab soalan Sdr.

    Terima kasih.

  6. Salam…

    Izinkan saya menjawab soalan ini ya abulharith.
    Keadaan gigi renggang yang dimaksudkan ini dalam bidang pergigian dikenali sebagai DIASTEMA.

    Untuk memakai braces atau tidak, terpulang kepada pilihan pesakit. Memakai braces merupakan satu cara untuk merapatkan semula gigi yang terpisah tersebut, saudara/i digalakkan bertemu dengan pakar ortodontik untuk melihat kondisi gigi saudari/a.

    Melihat kepada kes saudari/a akira_nana, di mana diastema terjadi disebabkan oleh kehilangan gigi, jadi, ada KEMUNGKINAN bahawa lebih banyak baik pulih lain yang perlu dilakukan seperti rawatan dental implants, bridge, crown, atau partial denture…

    Selain braces, terdapat satu lagi pilihan yang pembiayaanya mahal dalam bidang dental cosmetics, iaitu dengan penggunaan porcelein veneers untuk menutup jarak antara gigi.

    Apakah tujuan merapatkan semula dan menggantikan gigi? Salah satunya adalah untuk membaiki kecacatan, dan yang kedua, mengembalikan fungsi asal gigi, untuk kesihatan umum tubuh badan dan mengelakkan kerosakan gigi menjadi lebih teruk.

    Abul Harith : Terima kasih DrG. Hani atas jawapan.

    Moga ia memberi manfaat kepada semua. Dan moga ALLAH membalas sumbangan Sdr.

  7. saya mpnyai susunan gigi yang tidak teratur di bahagian atas dan bawah. saya ingin memakai pendakap gigi tetapi kawan saya mengatakan ianya tidak boleh kerana mengubah ciptaan tuhan.. ini membuatkan saya keliru……

  8. salam..
    ust..
    sy nk tanye berkenaan dgn menyalut gigi pula..
    menyalut gigi dgn emas..perak dan sebgai nye..
    ada kah ini di boleh kan dalam islam..?

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Paan.

    Ianya diharuskan atas tujuan kesihatan seperti menggantikan atau memperelokkan gigi yang rosak supaya fungsinya sempurna untuk makan dan bercakap. Jika untuk kecantikan semata-mata, maka ianya haram.

    Namun, kaum lelaki diharamkan menggunakan gigi dari emas, boleh guna yang selainnya.

    WaLLAHu a’lam.

  9. salam..
    sy mempunyai susunan gigi yg tidak teratur..
    sy mempunyai masalah utk memberus gigi n mmpunyai masalah gigi..
    selain dr itu..sy juga sukar utk bercakap huruf F…
    kwn2 juga sering mengutuk sy..sejak dr sekolah smpai sekarang..jd sy berasa merendah diri utk tampil kehadapan dihadapan org ramai utk apa2 majlis..adakah jika sy memakai braces,ia diketegorikan sbg haram?

  10. salam… saya ada malah gigi…gigi depan sy dah byk buat tampalan dan warnanya dh x sama ngan gigi lain.. dan nampak buruk bila bercakap. di sebabkan itu, sy berasa kurang yakin dan kurang bergaul… malah ianya beri kesan pada pembelajaran sy.. sy x dapat buat presentation dgn baik sebab kurang yakin…. bila dh kerja, nk berinteraksi dgn client pun rasa x selesa… ramai orang kata sy sombong…. kadang2 saya rasa tertekan…baru2 ni sy ada buat crown iaitu tanam gigi… sy muyskil kalau ianya bertentangan dengan hukum…. tolong beri penjelasan agar saya rasa tenang….
    terima kasih

  11. salam. saya berusia 18 tahun. ade masalah gigi dan juga masalah rahang bawah saya semakin panjang.. skrg ni saya sdang memakai breses. saya akan menjalani pembedahan orthodontic apabila berusia 19 tahun bagi memperbetulkan semula keadaan dagu saya. adakah saya mengubah ciptaan tuhan..?

  12. assalamualaikum, saya mempunyai susunan gigi yang tidak terlalu teratur. namun, saya tidak mempunyai masalah dengan gigi tersebut cuma inginkan supaya lebih teratur dan cantik.adakah ini tidak dibenarkan menurut syarak?

  13. assalamualaikum..

    sy, fatin..

    sy berumur 12 tahun..

    sy mempunyai gigi atas yang jongang dan gigi bawah yang tidak teratur..

    sy ingin pki sbb sy tidak ada keyakinan diri untuk bercakap samada dgn keluarga, kawan dan orang lain..

    boleh kah sya memakai braces..?

  14. assalamualaikum..saya berumur 16 tahun..wajarkah saya memakai brances bagi mengatur yang jarang .,gigi saya yang jarang dibahagian hadapan..hal ini kadang mmbuatkan saya tidak yakin akan diri dan sukar untuk melemparkan senyuman kerana malu dengan keaadaan gigi yang tidak teratur seperti orang lain..adakah niat saya ini haram disisi agama..

  15. assalamualaikum.
    sy ade mslh gigi bhgian bwh yg x teratur dan x rapat menyebabkn mknn slalu terselit d celah2 gigi dan membuat sy sakit gigi tiap kali lps mkn..sy bercadang nk pki braces utk mengatasi mslh ni tp sy musykil dgn hukum memakai braces..jika sy meneruskn niat sy,adakah perbuatan sy ini dianggap mengubah kejadian ALLAH S.W.T?

  16. Salam..

    sekadar berkongsi….

    terima kasih atas ruangan ini yang telah memberikan keyakinan kepada saya yg musykil hendak memakai braces akibat pandangan rakan yg mengatakan bahawa :

    1. Lebih baik kos Braces digunakan ke jalan yg diredhai Allah s.w.t spt anak yatim dan sebagainya.
    2. Braces mengubah kejadian tuhan dan haram hukumnya.
    3. Braces hanye perlu dibuat jika ia telah menyukarkan kita untuk beribadah spt mengaji.

    sedangkan..saya terfikir utk memakai braces akibat karies gigi serta kedudukan gigi yg semakin tidak selesa.

  17. salam…

    di sini saya inginmemohon pendapat…saya mempunyai masalah susunan gigi yang tidak rata n gigi hadapan saya mempunyai maslah…..apakah pilihan terbaik untuk saya sama ada memakai braces atau membuat impalnt gigi..mana yang lebih baik

  18. salam…, saya adalah salah seorang hamba yang mempunyai masalah gigi…, banyak antara gigi saya dah rosak…, sekarang nak senyum pown takut dengan senyuman sendiri…, nak buat baik pulih pulak takut dengan kos yang mahal…, tak tau nk tanya kat siapa dan nak dapatkan info pada siapa…, saya harap tuan dapat bantu saya dalam permasaalahan ini…, sekian…,

  19. saya brumur 17 tahun.
    klau ada duit memang saya ingin mmakai pndakap gigi.
    gigi sya tidak jongang sejak lahir ttpi baru mula tjadi semsa aya brusia 14 tahun krana sya ada tabiat isap jari masa kcik2 dulu.
    jadi..sya fkir,tak salah sya nak gigi sya elok sperti sbelumnya. tapi sya tak pasti ap hkumnya..boleh ka??

  20. assalamualaikum..
    sy telah memakai pendakap gigi..Tp,keputusan yg sy ambil ini setelah meminta nasihat drpd kadi di pejabat agama. Beliau kte boleh dan hukumnya harus.

  21. salam..
    saya ingin mengetahui tenteng hukum melakukan ‘orthodontics surgery’ iaitu pembedahan membetulkan rahang gigi yg kedepan..saya mempunyai rahang gigi bawah yg kedepan dan secara tidak langsung menyebabkn set gigi bawah saya juga kedepan bersama..dan ini menyebabkn saya tidak boleh menyunyah makanan mengunankn set gigi depan saya dan hanya boleh mengunakn gigi geraham saja untuk mengunyah ,pembedahan orthodontics ini akan memotong sedikit tulang rahang agar rahang atas sama dgn rahang bawah.. dan sekaligus membetulkn set gigi saya yg tidak sama..sy tidak menghadapi sebarang masalh setakat ini namun saya mempunyai masalah keyakinan diri..

  22. Maaf, cuma inginkan lebih penjelasan, setahu saya pemakaian braces di Malaysia ini tidak banyak bagi tujuan kesihatan, yg saya tahu adalah utk kecantikan, bg saya utk tujuan kesihatan, braces di perlukan apabila bibir kita selalu luka terkena gigi yg tidak teratur, susah menguyah ,gigi sering sakit , susah menyebut huruf dan makhraj Quran dsbnya. Selain sebab itu adalah utk kecantikan.Contohnya gigi jongang, kalau tiada akibat spt diatas maka ia mengubah ciptaan Allah.
    Masalah kurang keyakinan diri kerana gigi x bagus pula adalah alasan x munasabah kerana ramai lagi org yg gigi x cantik berjaya dlm hidup.Apapun pemakaian braces ini adalah bergantung kpd nawaitu @ niat seseorang itu.Wallahu a’lam.

  23. salam…
    saya pakai braces untuk membetulkan kedudukan gigi saya…dan saya telah menjalani pembedahan sebelum memakainya disebabkan gigi taring kanan saya tumbuh di dalam lelangit dan situasi tersebut mewajibkan saya memakai braces…

    saya okey dengan rawatan yang saya terima tapi saya sering luka di bahagian dalam pipi dan gigi geraham saya sering sakit…diharapkan boleh memberi tips untuk saya atasi masalah ini.
    tq

  24. assalammualaikum ..

    encik , saya ingin memakai pendakap gigi kerana gigi atas saya tidak teratur . boleh ke kalau saya memakainya ? sebab kan kita tak boleh mengubah ciptaan Allah . boleh ke kalau saya memakainya ?

  25. kenapa soalan2 tu tak dijawab?!..kerana..soalan saya sama je ngan soalan lain..??

    sebenarnya saya masih keliru tentang hukum memakai braces yg bergantung pd niat ni
    sebab niat ni terlalu halus dn saya pun tak pasti apa niat saya yg sebenar

    kalau ikutkan gigi saya sekarang memanglah ada kecacatan sedikit iaitu gigi bwh berada di hadapan dn gigi atas berada di belakang,dn ia menimbulkan rasa rendah diri utk saya bercakap dn senyum apatah lg menampakkan gigi saya

    namun,apabila saya ingin memakai braces,tentulah niat utk kelihatan cantik itu turut ada,of course la kita ingin menghilangkan kecacatan kerana ingin kelihatan cantik juga,ianya dtg dua2 sekali,utk mhhilangkan kecacatan dn digantikan dgn kecantikan..yela bila cacat tu hilang mstila cntikkan..ntahla

    dn niat ini nampaknya saling bertindih antara haram pakai dn harus pakai,keadaan ini amatlah mengelirukan saya,adakah saya boleh pakai atau tidak sebenarnya

    sesiapa boleh bantu..harap ada respon la.

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Nena,

    Hukum asalnya adalah seperti yang telah diterangkan, prosedur meluruskan gigi haram jika ia mengubah ciptaan ALLAH sewenang-wenangnya dan berhias atau mencantikkan diri secara berlebihan.

    Namun dalam konteks gigi yang cacat herot, tiada halangan untuk membetulkannya dengan braces.

    Apabila seseorang itu membetulkan suatu kecacatan, semestinya doktor gigi itu akan membetulkannya dengan sebaik mungkin sehingga cantik. Adalah tidak logik untuk memakai baraces hanya sekadar mengubah kecacatan teruk kepada kecacatan kurang sedikit.

    Jika doktor gigi anda berpendapat anda perlu pakai braces, maka pandangan kepakarannya itu sudah memadai sebagai hujah keharusan Sdr. memakainya bagi membetulkan kecacatan ini.

    WaLLAHu a’lam.

  26. Di Malaysia,
    Persatuan Pergigian bersepakat dengan majlis mufti untuk membenarkan membuat pendakap gigi sekiranya tidak melibat isu trend atau kecantikan.maka seeloknya kita sebagai umat yang mengikuti sunnah nabi dan hukum syariat sepatutnya mematuhi garis panduan yg sudah ditetapkan.

  27. saya maskiki kerja sbg tukang kikir gigi atau potong gigi tujuan pengobatan,sblm mengikir gigi pasien melihat dulu layak atau tdk tuk dikikir krn gigi yg tdk teratur kan perlu dikikir saya sblm mengikir gigi pasien minta dan mohon izin dulu pd Allah dgn Niat dgn izin Allah saya kikir gigi pasien dg tujuan pengobatan yg tdk teratur bkn niat tuk rubah ciptaan Allah apa hukumnya mengikir gigi yg demikian?ttd maskiki potong gigi cara tradisi kikir gigi.knp dlm agama hindu wajib kikir gigi knp dlm islam dilarang.by maskiki di radio mjbs fm kuta meuligoe kec sawang kab aceh utara hp 085310641973 email [email protected]

  28. Assalamualaikum..
    saya nak share artikel ni boleh tak? dont worry, saya tak ubah apa2 dan link kan kepada web anda…. terima kasih..

  29. assalamualaikum..saya mmpunyai gigi yg kurang teratur.adakah salah sekiranya sy ingin memakai pendakap gigi untuk tujuan supaya sy tampil lebih yakin?tapi ibu sy tidak membenarkan sy mmkai pndakap gigi buat masa skrg krna agp hnya utk cntik.tpi setiap kali sy mlihat org lain yg mpunyai susunan gigi yg cntik sy berasa sdih krna sy tak sperti mereka.apakah yg terbaik utk sy skrg?

  30. salam…
    saya ada soalan yg berkaitan dgn braces. ada pendapat mengatakan bahawa ibu mengandung dilarang mencabut gigi. soalan saya, adakah proses pemakaian braces memberi kesan sampingan terhadap ibu yg sedang mengandung mahupun anak yg di dalam kandungan ibu?

  31. salam..sy musykil & was2 ngn hkum memakai braces ni.sy nk tny..kalo gg sama rata tp j0ngang ke dpn skit b0leh ke pakai braces!even j0ngng tu tak la memudaratkn sngt…so cmne ya?sbb sy tgah pki skrng tp braces yg bleh on off,br sminggu..so sy was2.,pt0t ke sy pki @ tak..kalo tak bley,ingt nk tggalkn je..h0pe ada yg beri penerangan..please..thanks anyway.

  32. Slm,
    gigi ats sy jongang dn di bwh tidk teratur.
    Bile sy tutup mulut, rahang sy rse lenguh dn pent sbb rahang ats terpksa didepankn dnrahang bwh dibelakangkn. Tidk ade mslah mkn. Sy berhrp agar soaln sy dijwb agr dpt memuaskn ati sy ini. Semoga sy terhindr dr dosa besr

  33. Kemusykilan saya adalah tentang pendakap gigi. Kawan-kawan saya selalu tegur tentang keadaan gigi saya sehinggakan saya rasa malu untuk bercakap. Saya ingin memakai pendakap gigi tetapi saya takut yang saya ingin mengubah kejadian Allah. Niat saya untuk memakai pandakap gigi adalah untuk lebih selesa untuk bercakap dengan kawan-kawan dan semua orang disekeliling saya. Gigi saya tidaklah teruk sangat tetapi agak sukar untuk diberus sekiranya sesuatu makanan terlekat dicelah gigi. Adakah niat saya ini adalah bertujuan untuk kecantikan atau untuk menyelesakan diri saya?

  34. gigi depan aku bengkok termasuk dalam sikit. aku malu senyum kerna bila aku senyum, orang akan kata aku tiada gigi pula. dah lama dah aku makan hati orang ejek2 gigi aku ni. susah aku nak senyum dengan terkeluar gigi ni. aku nak perbetulkan gigi aku ni dgn pendekap gigi tapi aku takut kerna ianya dosa. baru2 ni,suami aku kata BOLEH luruskan gigi aku tu. aku binggung sekarang. tolong aku yang jahil ini…

  35. Assalamualaikum. Umur saya 16 tahun. Saya nak tanya, saya mempunyai susunan gigi yg tidak terlalu teratur. Tetapi saya tidak mempunyai masalah utk mengunyah makanan. Cuma saya inginkan gigi yg lebih teratur dan cantik. Kekadang saya sukar utk melemparkan senyuman krn saya malu dgn keadaan gigi saya yg senget dan saya terpaksa menutup mulut saya dihadapan rakan2 saya. Pd awalnya gigi saya teratur, tetapi sejak tumbuhnya gigi kekal, gigi saya tidak seperti dulu lagi. Boleh ke saya memakai braces?

  36. Assalammualaikum encik. Saye nak tanya, gigi hadapan dan gigi di bawah saye sengit so boleh tak saye pakai braces? Harus ke haram? Harap encik jawab soalan saye secepatnye kerana saye buntu hendak bertanya dkt siapa. Terima kasih

  37. Assalamualaikum. Bleh x saya nk pakai braces sebab gigi saya yang berterabur ni? Dan saya rasa kurang keyakinan dengan keadaan gigi saya

  38. Saya hanya mahu bertanya bolehkah saya memakai braces untuk gigi atas sahaja yg jongang sedikit untuk self confidence supaya tidak malu bila buat presentation?

Leave a Reply to Komuniti BracesCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *