Soalan : Assalamualaikum, Saya ingin mengutarakan soalan mengenai euthanasia. Adakah ia haram dalam Islam ?.

Jawapan:

Menurut Panel Kajian Syariah JAKIM Bil.PKS 5/18/PKS/97 bertarikh 10 -11 Jun 1997, membuat keputusan mengenai pertanyaan di atas adalah seperti berikut:

i. Haram membunuh tanpa hak. Berusaha mempercepatkan kematian dengan memberhentikan rawatan atau mengambil ubat-ubatan (racun) adalah umpama membunuh diri. Membunuh diri bermakna melawan kehendak ALLAH dan merampas haknya.

ii. Tugas seorang mukmin (doktor) adalah menolong saudaranya (pesakit) di dalam perkara kebaikan. Membantu mempercepatkan kematian tidak termasuk dalam perkara kebaikan tetapi tergolong dalam perkara yang mendatangkan keburukan dan dosa.

iii. Harus bagi para doktor memberikan ubat penahan sakit kepada pesakit jika tiada pilihan lain sekalipun ia mempunyai kesan sampingan yang boleh mempercepatkan kematian..

Sumber : Soal Jawab Agama JAKIM, http://baheis.islam.gov.my, Nombor Rujukan – PANEL SJAI 011107

2 Comments

  1. assalamualaikum..

    saya ada pertanyaan berkaitan isu ini…apa pula hukumnya dalam penggunaan ‘ventilator machine’?di mana pesakit itu masih bernafas yakni masih hidup hanya kerana pengunaan mesin tersebut..apabila mesin itu dicabut maka pesakit itu akan mati dengan serta merta..adakah dengan menghentikan penggunaan mesin tersebut atas dasar tiada apa lagi yg mampu dibuat untuk menyembuhkan pesakit itu, tergolong dalam perbuatan euthanasia? (dalam keadaan ini, biasanya pesakit terbabit berada dalam keadaan kesihatan yg sangat kronik, seperti koma dll.)

  2. salam..saya ingin bertanya..adakah salah perbuatan saya memilih euthanasia sebagai alternatif untuk memberhentikan penderitaan 2ekor kucing saya yang dijangkiti penyakit yang telah diberitahu oleh vet bahawa ada rawatan tetapi xsemua berjaya..?malah penyakit ini boleh menjangkiti manusia..?seekor kucing kesayangan saya dijangkiti penyakit ini setelah berbulan saya merawatnya kerana tak mahu melakukan euthanasia. tetapi semakin dia menderita…sekarang penyakit itu telah menjangkiti 2 ekor lagi…hanya satu cara untuk menghentikan penyakit ini..adalah dengan euthanasia…saya tinggal di apartment..tiada tempat untuk mengkuarantin mereka. pernah sekali saya dijangkiti. tapi saya pulih. salahkah pilihan saya? saya dah merawat mereka. tapi mereka terseksa.. tak sanggup nak melihat mereka berdarah sana sini, bernafas pun sukar..setiap kali bersin, terpancutla darah dari hidung…pedihnya hati Allah saja yang tahu…tolong. saya perlukan nasihat. salahkah tindakan saya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *