Haidh Terputus Sehari, Kena Ganti Puasa?

Soalan : Seorang wanita datang haid selama 5 hari, hari ke 6 telah berhenti haidnya dan telah mandi wajib dan berpuasa pada hari itu. Hari ke 7, datang semua haidnya. Soalannya, perlukah wanita tersebut qadha untuk hari ke 6 itu? Adakah dia telah benar-benar suci pada hari ke 6 itu?

Sekian

Jawapan :

Kebanyakan fuqaha berpendapat sekurang-kurang waktu suci antara dua haidh ialah 15 hari. Dan ada pendapat (mazhab Hanbali) mengatakan 13 hari. Ada riwayat dari Malik iaitu 10 hari.

Oleh itu, jika terhenti pada hari ke-6, dan datang darah balik pada keesokannya, maka tempoh suci itu baru sehari. Maka ia tidak dinamakan suci. Ia masih dihukum sebagai haidh. Maka jika dia berpuasa hari itu, wajib diqadha’kan balik puasanya nanti.

Wallahu A’lam.

Rujukan:

  • Syarah Kabir Ibn Qudamah 1/322
  • Al-Hawi al-Kabir 1/435

Sumber : disunting dari Soal Jawab Agama, http://abuumair1.wordpress.com/

5 thoughts on “Haidh Terputus Sehari, Kena Ganti Puasa?”

  1. hm..bukan ke tak perlu puasa balik utk hari ke enam tu..sbb dia kan dah mandi wajib..and waktu tu mmg dia berpuasa atas dasar dia dah suci..cumanya haid tu keluar utk hari ke tujuh..maknanya juga sepanjang hari ke 6 tu mmg dia dalam keadaan suci..

    ??

  2. Wassalam kepada Sdr. yang bertanya,

    Jika menurut fuqaha seperti di atas, kebanyakannya telahpun menetapkan waktu suci adalah paling kurang 13-15 hari.

    Tambahan pula, jika menurut sains perubatan, 1 hari tanpa darah itu bukanlah beerti telah habis haid atau menstruation. Proses pendarahan masih berlaku kerana hakisan dinding endometrium, cuma rembesannya boleh jadi terhenti seketika.

    Ia sama sahaja dengan keadaan darah yang tidak keluar selama beberapa jam setiap hari semasa haid. Cuma dalam kes ini, ia terhenti seketika melebihi 12 jam, maka ramai tersalah anggap mengira mereka telahpun suci.

    WaLLAHu a’lam.

  3. Salam.saya ingin bertanya. Saya sudah berhenti haid pada hari ke sepuluh.dua hari selepas itu pada waktu tengahari keluar lendir jernih dengan jaluran darah.keesokannya juga pada waktu tengahari dan petang juga begitu.adakah ini haid?dan apakah masalah yang mungkin saya hadapi?

Leave a Comment

%d bloggers like this: