Gugurkan Bayi Kerana Sakit & Cacat

Soalan : Adakah dibenarkan untuk menggugurkan bayi atas perkiraan dia mengalami penyakit genetik atau pun cacat kekal apabila lahir? Bagaimanakah hal ini boleh ditentukan?

Dijawab oleh Sheikh `Abd al-Rahmân al-Jar`î, Professor di King Khâlid University, Abhâ

Jika ia sudah disahkan oleh sepasukan doktor yang pakar dengan bersandarkan asas keputusan ujian makmal dan klinikal bahawa janin (fetus) itu tidak normal, terjejas teruk, tidak dapat dirawat, dan andainya dia lahir diyakini dia akan menderita sepanjang hidup dan juga menyebabkan kesulitan kepada keluarganya, maka bayi itu boleh digugurkan sebelum berumur empat bulan (120 hari).

Ianya terletak kepada tanggungjawab bagi mereka yang berhak seperti doktor dan ibu bapanya untuk menentukan hal tersebut.

Ini adalah kesimpulan dari fatwa yang dikeluarkan oleh Komiti Perundangan Islam, Liga Muslim Sedunia dalam perjumpaan sesi ke-12 pada 15 Rejab 1410 H, oleh pandangan pendapat majoriti.

Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.

Sumber: dialihbahasa dari Arkib Fatwa, http://islamtoday.com

77 Comments

  1. Saya ingin bertanyakan soalan dimana saya akan dipaksa bersalin atau inducee bagi mengeluarkan janin dimana usia kandungan saya 18 minggu atau 4 bulan setengah. di mana ia telah disahkan oleh sepasukan pakar yang mengatakan janin dalam kandungan mengalami kecacatan kekal dimana walaupun dialahirkan ia tidak dapat hidup dengan kata lain akan meninggal sebaik saja lahir. apakah hukumnya?

  2. Wassalam Puan Idailani,
    Terima kasih atas soalan dan penerangan puan yang sangat jelas.

    Sebelum menjawab soalan puan, perlu dijelaskan bahawa ‘induced abortion’ adalah pengguguran yang dilakukan dengan sengaja menggunakan rangsangan dadah ataupun paksaan mekanikal. Ia boleh dilakukan kerana pilihan sendiri ataupun tujuan perubatan. Pilihan sendiri untuk menggugurkan adalah HARAM di sisi Islam. Namun,
    ‘induced abortion’ diizinkan atas tujuan perubatan ‘therapeutic abortion’ sebagaimana berikut;

    1. menyelamatkan nyawa perempuan mengandung
    2. menjaga kesihatan fizikal & mental perempuan
    3. menghentikan kehamilan yang membawa kelahiran bayi yang berisiko cacat kekal, seterusnya menyebabkan penyakit kronik atau kematian pada bayi.
    4. memilih untuk mengurangkan jumlah janin untuk mengurangkan risiko kesihatan apabila terdapat kehamilan janin yang banyak ‘multiple pregnancy’

    Puan memang dibolehkan bersalin paksa berdasarkan alasan No. 3, dan mungkin juga alasan No. 1 & 2 boleh diguna pakai dalam kes puan. Apatah lagi, mengikut keterangan puan yang ada, puan memang boleh meneruskan prosedur tersebut kerana memenuhi syarat-syarat berikut;

    1. ia telah disahkan oleh sepasukan PAKAR yang mengatakan janin dalam kandungan mengalami kecacatan kekal
    2. ia juga telah disahkan oleh PAKAR bahawa bayi tidak dapat hidup atau akan meninggal sebaik saja lahir.

    Dalam kes ‘therapeutic abortion’ seperti puan ini, keputusan tidak boleh disandarkan dengan soal umur kandungan sebagai pertimbangan. Walaupun ada pandangan ulama’ melarang pengguguran selepas 120 hari, namun kes puan tidak tertakluk dengan pendapat ini kerana keadaan janin yang tidak normal dan mungkin membahayakan kesihatan puan.

    Namun, dinasihatkan puan mendapatkan pandangan kedua dari pakar terutamanya dari doktor Muslim yang amanah. Bincangkan tentang risiko dan kaedah terbaik sama ada menggugurkan terus ataupun tunggu sahaja bersalin secara biasa. Tanyakan juga method terbaik dalam melaksanakan prosedur ini. Yang penting, kesihatan puan tidak terjejas.

    Saya doakan moga puan selamat menjalani prosedur tersebut dan agar dimurahkan rezeki dengan kehadiran zuriat lain di masa depan. Syukran. WabiLLAHi Taufiq, WaLLAHu A’lam. Wassalam..

  3. saya ingin berkongsi sekaligus meminta pendapat tuan dengan apa yg saya rasakan sekarang. saya mengandung anak kelima (yg ada 2 lelaki dan 2 perempuan) pada 2008. semasa usia kandungan 28 minggu bayi saya disahkan cacat iaitu tiada tempurung kepala. doktor memberitahu yang anak saya hanya akan hidup antara 1 hingga 2 jam sahaja walaupun saya meneruskan kandungan. Perasaan terkejut dan sedih benar2 menghantui saya. Doktor memberi cadangan supaya melahirkan anak saya lebih awal. saya mengambil masa selama 1 bulan mengeluarkan bayi tersebut.Apabila bayi saya lahir ,bayi saya terus meninggal. ..yang saya kesalkan mengapa saya melakukan itu? sepatutnya saya kandungkan dia hingga dia bersedia untuk lahir sendiri. saya telah membunuh bayi saya sendiri. mengapa saya memendekkan umur bayi saya…… saya benar2 kesal dan berharap agar tiada wanita lain yg melakukan kesilapan seperti saya……

    Wassalam Puan Imon & terima kasih kerana sudi berkongsi.
    Takziah atas apa yang menimpa kandungan Puan.

    Namun, Puan disarankan agar tidak kesal & kecewa dengan keputusan yang dibuat. Tindakan Puan bukanlah suatu kesalahan dan diharapkan ia tidak menghantui hidup Puan. Anggaplah ia sebagai taqdir dari ALLAH yang lebih mengetahui hikmah di sebaliknya.

    Saya yakin pihak doktor telah menyiasat secara teliti dan membuat keputusan terbaik untuk Puan dan juga kandungan Puan. Kes ini dinamakan anencephaly iaitu ketiadaan tulang tengkorak dan sebahagian otak. Ia berlaku bermula minggu keempat kehamilan kerana kecacatan perkembangan tiub saraf (neural tube) pada bayi. Sama ada digugurkan mahupun dibiarkan lahir, bayi tersebut tidak mampu hidup.

    Semoga Puan sentiasa tabah dan saya mendoakan agar Puan dikurniakan dengan zuriat soleh solehah di masa hadapan.

  4. Duhai Puan Imon

    Usahlah dikesali perkara tersebut.
    apabila bayi puan telah disahkan mengidap ketiadaan tempurung kepala atau dikenali sebagai anencephaly, sememangnya cara yang terbaik ialah menggugurkan bayi Puan atas kerana bayi Puan sememangnya tiada harapan untuk hidup. Tujuan para Doktor menggugurkannya denga lebih awal kerana atas beberapa faktor; –

    1) untuk mengelakkan kesan psychology yang teruk kepada Puan jika Puan meneruskan kandungan yang tak normal.
    2) supaya Puan dapat membuat persediaan yang lebih awal untuk kandungan seterusnya yang Insyallah kandungan yang normal.
    3) Untuk mengelakkan komplikasi mengandung. Kita tahu mengandung boleh menyebabkan ibu kurang darah, sakit pinggang, lemah badan, pendarahan. Kalau kandungan disahkan tidak dapat hidup, buat apa nak ditanggung semua komplikasi tersebut.

    Bersabarlah Puan, mungkin ini salah satu asbab yang Allah berikan untuk Puan dipilih menjadi penghuni syurga.
    Allah SWT berfirman pada harui kiamat kepada anak-anak: “Masuklah kalian ke dalam surga!” Anak-anak itu berkata: “Ya Rabbi (kami menunggu) hingga ayah ibu kami masuk.” Lalu mereka mendekati pintu syurga! tapi tidak mau masuk ke dalamnya. Allah berfirman lagi:
    “Mengapa, Aku lihat mereka enggan masuk? Masuklah kalian kedalam surga!” Mereka menjawab: “Tetapi (bagaimana) orang tua kami?” Allah pun berfirman: “Masuklah kalian ke dalam syurga bersama orang tua kalian.” (Hadits Qudsi Riwayat Ahmad dari Syurahbil bin Syua’ah yang bersumber dari sahabat Nabi SAW)

    Abul Harith : Terima kasih Dr. Farhan atas perkongsian hadis Qudsi tersebut. Moga memberi ketenangan buat Puan Imon dan ibu-ibu yang lainnya.

  5. asslkm.
    saya cewek berumur 17 tahun, saat ini saya sedang hamil lebih kurang 11 minggu. tapi tuan saya belum menikah. saya ingin menggugurkannya, dengan alasan saya karna saya tidak ingin kecewakan orang tua saya, karna mereka berharap ama saya, saya dapat kuliah dan mencapai cita-cita saya. menurut tuan bagaiman?>

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Ziah. Terima kasih atas perkongsian.

    Saya akan menjawab soalan Sdr. secara jujur mengikut apa yang dianjurkan agama demi kebaikan agama, maruah dan nasab Sdr.

    Pertama, zina (bersetubuh di luar pernikahan) adalah HARAM sama sekali dan merupakan dosa di sisi agama. Justeru, saya menyeru Sdr. untuk menginsafi ketelanjuran ini dan bertaubat sebenar-benarnya. Sesungguhnya, ALLAH Maha Mengasihi hamba-NYA dan pintu taubat sentiasa terbuka.

    Kedua, menggugurkan kandungan tanpa sebab samalah seperti membunuh insan lain. Ia juga adalah HARAM dan dikira dosa besar di sisi agama.

    Maka, cukuplah dengan satu kesilapan. Jangan buat kesilapan kedua dengan sangkaan untuk menutup kesalahan pertama. Ia hanya merumitkan keadaan dan menambahkan dosa. Walaupun kita mampu berselindung di dunia, namun takutlah azab ALLAH dan api neraka menyala yang membakar di Akhirat kelak.

    Saya tidak menghukum Sdr., saya sekadar menyatakan kaedah dan hukum agama. Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui keadaan hamba-NYA.

    Oleh itu, saya cadangkan Sdr. berbincang dengan baik dan berterus terang dengan teman lelaki termasuk kedua-dua pihak keluarga. Dapatkan sokongan ibu, ayah dan ahli keluarga lain. Jika mampu, berkahwinlah agar teman lelaki Sdr. boleh bertanggungjawab atas kandungan Sdr.

    Jika Sdr. berselindung, lambat laun hal ini akan diketahui oleh keluarga jua dan akan merumitkan lagi keadaan di masa depan.

    Moga ALLAH memudahkan urusan Sdr.

    WaLLAHu a’lam.

  6. terima kasih untuk tuan abul harith dan dr hadi,

    baru hari ini saya berkesempatan ke ruangan ini, terimakasih atas segala nasihat yang di beri, baru kini saya merasa agak tenang apatah lagi pada 13 jun lepas,arwah bayi saya genap setahun.

    sememangnya saya tidak pernah meluahkan segala keperitan saya ini pada sesiapa walaupun pada suami saya. Membaca nasihat dari kalian membuatkan air mata saya mengalir lagi, tapi bebanan perasaan saya semakin berkurangan .

    untuk saya mengandung lagi mungkin tidak, kerana suami tidak mengizinkan.

    Abul Harith : Sama-sama Puan Imon.

    Saya bersyukur respon sebahagian pengunjung memberi ketenangan dan semangat buat Puan.

    Insya-ALLAH, sesungguhnya terdapat bahagian yang lebih bermakna buat Puan & arwah bayi Puan di sisi ALLAH di Akhirat sana. Semua milik kita di dunia hanyalah pinjaman, dan akan kembali kepada-NYA jua. Ianya hanyalah kehilangan sementara yang akan diganti dengan janji agung ALLAH seperti hadith yang dinyatakan.

    Bagaimanapun, saya berharap Puan tidak putus harapan dalam meneruskan hidup seperti mana ibu yang lain. Puan boleh berbincang dengan suami dan bertemu doktor untuk mengetahui perkembangan Puan. Mungkin masih ada peluang untuk mempunyai zuriat seterusnya.

    Saya mendoakan semoga Puan terus dirahmati ALLAH dalam segala urusan hidup Puan.

    Wassalam.

  7. Puan Imon,

    Sebenarnya saya juga mempunyai pengalaman yang sama seperti puan imon. apabila membaca crita puan rasa sedih saya timbul kembali kerana teringat bayi saya yang telah juga saya gugurkan kerana mendapat penyakit yang sama. Sebenarnya untuk wanita yang telah mempunyai anak yang sihat seramai 5 orang dan telah berumur 39tahun memang agak sukar untuk menerima berita seperti ini tambahan pula penyakit ini tidak pernah saya dengar sebelum in. Namun begitu saya bersyukur kepada allah s.w.t keranamengerakkan hati saya untuk membuat ‘scan’ kepada baby seawal kandungan 4 minggu. pada usia kandungan 12 minggu sekali lagi saya di beritahu ‘shape’ kepala baby saya nampak tidak normal tapi saya kurang percaya sehinggalah saya membuat 3D scan pada usia 15 minggu dan Dr mengesahkan bby saya tiada tempurung kepala. saya dan suami amat terkejut , seminggu kami meratapi ‘ujian’ yang allah turunkan kepada kami. Namun kami redha. Atas nasihat dr yang mana ianya sama seperti yg di katakan oleh Dr Farhan dan Abul Harith , kami mengambil keputusan ‘melepaskan’ nya pada 2 Jun 2009 yang lalu. dan semasa komen ini ditulis saya masih lagi dlm keadaan ‘berpantang’. saya memang sedih apabila suami beritahu baby saya cukup sifat iaitu lelaki dan dia sangat comel, berbadan bidang dan tinggi. 4 hari pertama fikiran saya amat berkecamuk dengan rasa bersalah kerana merasakan saya tidak memberi peluang untuk dia hidup dalam perut saya, sama seperti yang puan rasa. Tapi saya menjadi tenang bila membaca banyak pendapat yg mengatakan ianya adalah wajar.
    Sekarang saya berdoa agar allah s.w.t akan mengizinkan saya memperolehi seorang lagi anak yang sihat kali ini dan saya akan cuba berusaha menebus apa yang telah berlaku. Jika terdapat kesilapan yang telah di lakukan.
    Jadi puan, kita mendapat ujian yang sama , dan saya berdoa agar perkara ini tidak akan menghantui kita selamanya.

    Abul Harith : Terima kasih Puan Lina atas perkongsian pengalaman.

    Berat telinga mendengar, berat lagi bahu yang memikul. Hanya TUHAN yang mampu memahami situasi yang dialami Puan Lina & Puan Imon.

    Saya kagum dengan semangat Puan untuk meneruskan hidup seperti biasa & berazam untuk mempunyai zuriat lagi. Insya-ALLAH, segalanya akan dipermudahkan ALLAH. Kes anenchepaly adalah kecacatan kebetulan, dan tidak mempengaruhi kandungan seterusnya.

    Semoga hidup Puan dirahamati ALLAH dengan kebahagian bersama keluarga dan anak-anak yang sihat yang telah ataupun bakal lahir.

    Wassalam.

  8. kesan drp menggugurkan kandunagan???? makanan apaka yang tak bole di makan dan yang harus di makan….bagi membersihkan dalaman

    Abul Harith : Terima kasih Sdr. Bee atas soalan.

    Kesan daripada pengguguran yang bahaya adalah sepsis & shock. Sepsis disebabkan jangkitan bakteria, sel tisu yang mati yang menghasilkan toksin yang mencemarkan seluruh sistem badan. Shock disebabkan kehilangan darah akibat pendarahan tidak terkawal.

    Ini semua boleh berlaku terutama jika seseorang yang melakukan keguguran paksa di klinik yang tidak bertauliah. Biasanya akibat terlanjur sehingga mengandung.

    Tiada makanan spesifik bagi membersihkan dalaman. Rawatan tradisonal mungkin ada yang berkesan, tapi mungkin juga dapat memberi mudarat. Maka berhati-hati dalam hal ini.

    WaLLAHu a’lam.

  9. saya agak terperanjat dengan pengalaman puan imon & puan lina. saya tidak pernah mendengar apa itu anenchepaly. mengapa terjadinya anenchepaly? apakah mereka berpeluang untuk mengandung lagi dan memiliki anak yang normal ?

    puan sofea

    Abul Harith : Wassalam Puan Sofea, terima kasih atas soalan,

    Anenchepaly (tiada tempurung kepala) adalah kecatatan sewaktu perkembangan bayi dalam kandungan. Maknanya, tempurung kepala & otak tidak berkembang sepenuhnya.

    Ia bukan keturunan. Jika pernah ada kes keguguran kerana anenchepaly, dia masih boleh mengandung lagi dan mempunyai anak yang normal.

    Boleh rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Anencephaly untuk maklumat asas kes ini.

  10. salam…
    saya ade seorang kawan yg kemungkinan mengandung sebelum bernikah..

    persoalan saya, bagaimana mahu memastikan anak yang dikandung itu adalah anak siapa??

    ada tidak cara lain bagi mengetahui gen bayi selain dari DNA??

    terima kasih

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Reen,

    Tiada kaedah lain mengetahui bapa bayi tersebut melainkan bawa orang yang bertanggungjawab berjumpa keluarga perempuan tersebut.

    Mengandung sebelum nikah adalah akibat zina yang sememangnya dilarang keras agama.

    Cara terbaik, ialah mencari si ayah untuk bertanggungjawab atas perbuatannya. Pujuk sahabat anda bekerjasama demi kebaikannya. Jika tidak, laporkan pada polis sahaja.

    WaLLAHu a’lam.

  11. sy hanya ingin berkongsi pengalaman diruangan ini,sy skrg hamil kali ke dua dan usia kandungan sy 5bulan,kandungan pertama sy gugur pd 3bulan, ini kerana sy disahkan rahim sy tidak kuat. bl sy disahkan mengandung kali ke dua sy terus berusaha menjaga sebaik yg mungkin dan sy cuba dengan perubatan Hemeopati.pada pandangan tuan pada perubatan Hemeopati adakah ia satu inisiatif baru selain perubatan moden?

    Abul Harith : Wassalam Puan Baizura,

    Secara peribadi, saya tidak menggalakkan tindakan untuk mengambil ubat homeopati yang tidak pasti keberkesanan dan keburukannya. Ia samalah seperti Puan membeli apa-apa ubat di farmasi atau kesan malam dengan risiko Puan sendiri.

    Saya syorkan agar Puan berjumpa pakar O&G di mana-mana hospital dan meminta nasihat, pemeriksaan & rawatan khusus. Ceritakan masalah lampau Puan. Insya-ALLAH, mereka akan memberi perhatian terbaik.

    Saya doakan Puan akan melahirkan anak yang sihat sejahtera.

  12. Assalamualaikum Ustaz,

    Saya seorang ibu kepada seorang bayi perempuan yang akan berusia 7 bulan genap hujung Julai ini. Dalam pada masa yang sama, saya didapati positif mengandungkan anak kedua (akhir period saya adalah lebih kurang 25 Jun 09). Alhamdulillah, rezeki daripada Allah.

    Masalah yang saya hadapi adalah;
    1. Kelahiran yang terdahulu adalah melalui pembedahan kerana foetal distress. Tarikh kelahiran 31 Disember 08.
    2. Jarak kelahiran terdahulu dengan kandungan sekarang lebih kurang 7 bulan.

    Persoalan saya;
    1. Adakah saya akan selamat mengandungkan anak saya ini sedangkan saya masih lagi baru melalui proses pembedahan? Saya masih terasa kesakitan akibat daripada proses pembedahan itu dan kesan luka pada rahim serta perut.
    2. Kuatkah rahim saya untuk mengandungkan anak kedua ini akibat kesan daripada pembedahan itu?
    3. Adakah menggugurkan kandungan ini satu opsyen yang dibolehkan kepada saya?

    Terima kasih atas perhatian tuan atas permasalahan saya ini…

    Abul Harith : Wa’alaykum salam Puan Nur. Terima kasih atas perkongsian.

    Untuk mengandung selepas 7 bulan melahirkan anak bukanlah suatu yang mustahil bagi kebanyakan wanita yang tidak mengamalkan perancangan keluarga.

    Disebabkan Puan mempunyai sejarah pembedahan sebelum ini, maka terdapat kemungkinan rahim Puan belum sembuh sepenuhnya. Namun biasanya tiada masalah yang patut timbul selepas beberapa bulan bersalin.

    Bagaimanapun, Puan disyorkan berjumpa pakar O&G secepat mungkin dan menceritakan masalah Puan. Pemeriksaan oleh pakar akan menentukan kedudukan sebenar kandungan Puan.

    WaLLAHu a’lam.

  13. Salam,
    Kisah ini berlaku 14 tahun yang lalu ketas diri saya. April 1995 saya dikejutkan dengan berita kembalinya ibu saya kerahmatullah diketika persiapan untuk menunaikan haji cuma berbaki 2 hari dari tarikh keberangkatannya. Diketika itu saya sedang mengandung anak kedua untuk tempoh baru memasuki usia 4 bulan. Oleh kerana terperanjat dengan berita kematian ibu, saya mengalami masalah ” kebocoran air ketuban” yang serius dimana bayi dalam kandungan langsung tiada air dalam “sarung”. Saya mendapatkan rawatan Dr pakar dan dinasihat bahawa kes seperti saya belum ada bayi yang selamat dan dalam keadaan sihat. Ertikata yang lain saya mengalami risiko kehilangan bayi atau jika bayi dilahirkan peratus kelahiran bayi cacat adalah tinggi. Ini adalah kerana perut saya langsung tidak membesar. Melalui scanner saya ditunjukkan dengan bentuk bayi yang kelihatan tidak normal. Dr pakar pertama yang merawat saya tidak memaksa saya untuk menggugurkan kandungan kerana dia beragama Islam (mualaf) tetapi apabila usia bayi menjangkau 22 minggu, Dr pakar tersebut bercuti dan saya terpaksa menerima rawatan Dr pakar berbangsa India. Saya dimarahi kerana tidak menggugurkan kandungan tersebut dan beliau ada menyebut saya sebagai “bodoh” kerana mengambil risiko dengan kelahiran bayi cacat berdasarkan pada scanner. Saya nekad untuk tidak menggugurkan bayi berkenaan kerana tidak sanggup untuk kehilangan 2 orang tersayang dalam tempoh terdekat. Saya dimaklumkan dgn risiko kematian diri saya sendiri jika jangkitan kuman menyerang otak saya. Saya membuat keputusan biarlah keguguran itu berlaku dgn sendirinya jika itu ketetapan Allah terhadap saya. Saya akhirnya mengambil keputusan untuk menerima rawatan lanjut di hospital kerajaan kerana Dr. pakar (mualaf) itu bercuti agak lama dan hilang keyakinan dgn Dr kedua. Saya dirawat (direhatkan selama hampir 3 bulan di hospital) kerna tiada sebarang ubatan yangsesuai untk saya. Akhirnya pada 10hb Ogos 1995, saya berjaya lahirkan bayi lelaki seberat 1.25kg pd usia kandungan 7 bulan. Bayi itu Alhamdulilah tiada sebanrang kecacatan samada fizikal atau mental. Cuma mengalami “hip dislocate” (mungkin kerana kelahiran sonsang tanpa pembedahan kerana Dr cuma mangandaikan peluang bayi untuk selamat cuma 20% – 30 % sahaja)& “hernia” Berbagai dugaan yang ditempohi dan saya amat bersyukur pada Allah kerana semuanya selamat dan kini anak saya dah berusia 14 tahun. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui.

    Wassalam Puan Asliza, terima kasih atas perkongsian.

    Semoga Puan dan keluarga sentiasa sihat dan ceria selepas pelbagai dugaan yang berlaku sepanjang mengandung dan membesarkan anak Puan. Moga ALLAH membalas segala usaha Puan.

    Namun untuk pengetahuan pengunjung, kes yang dialami Puan Asniza adalah masalah obstetrik, iaitu masalah ibu semasa proses mengandung. Doktor pakar mungkin berbeza pendapat mengenai cara menguruskannya kerana perbezaan pengalaman dan ilmu. Bagaimanapun, anak tersebut masih berpeluang lahir tanpa sebarang kecacatan.

    Manakala contoh kes Puan Imon adalah berupa masalah congenital, iaitu perkembangan tidak normal anak semasa dalam dalam kandungan. Ia adalah kecatatan yang tidak boleh diubah (irreversible) tanpa mengira bila masa ia diketahui sama ada semasa dalam kandungan ataupun lepas dilahirkan.

    Mesej saya adalah, masalah yang menimpa setiap orang adalah berbeza dan nasib akhirnya juga berbeza. Usah kita ‘generalize’ mengatakan doktor tertentu atau keguguran yang berlaku tidak betul oleh kerana terdapat contoh kes lain yang tiada apa-apa komplikasi.

  14. puan Azliza…

    tabahnya puan dalam tempoh 7 bulan mengandung.. di duga dengan kembalinya ibu tercinta…baby di sahkan cacat…. kagum saya dengan semangat puan..

    sememangnya semua itu datang dan pergi dengan izin Allah, hanya Dia yang mengetahui semua yang berlaku..

    Abul Harith : Terima kasih atas kunjungan.

  15. salam…
    saya kagum dengan semangat semua..walaupun kehilangan bayi..tapi tetap tabah menghadapi hidup..ini menyedarkan saya..bukan saya sajer yang kehilagan bayi…malah ramai lagi menghadapinya.. saya kehilangan bayi pada usia kandungan saya 37 minggu kerana pendarahan…bayi tidak dpt diselamatkan..saya kecewa,putus-asa dan asyik mengalahkan diri sendiri kerana bayi itu anak pertama saya dan saya melalui pembedahan, berapa tahun saya harus tunggu untuk mengandung semula?

    Abul Harith : Wassalam Puan Yanti.

    Saya bersimpati atas apa yang berlaku. Moga ALLAH merahmati Puan atas kesabaran selama ini.

    Terkejut, tidak dapat menerima dan kemudian menyalahkan diri adalah respon biasa bagi sesiapa yang menerima musibah berat seperti Puan, begitu juga mereka yang lain. Namun, yang penting ialah kita tidak terperangkap dalam jerat emosi ini sekian lama. Kita perlu bangkit meneruskan hidup seperti biasa.

    Puan masih boleh mengandung, seawal mungkin apabila Puan bersedia. Tapi disyorkan Puan berjumpa pakar O&G untuk pemeriksaan jika terdapat apa-apa masalah dari keguguran lepas dan dapatkan nasihatnya untuk hamil dengan sejahtera.

  16. klo mnrt saya sah2 aja seseorang menggugurkan kandungannya hanya untuk menyelamatkan dirinya tapi klo krn bayi itu cacat saya sangat2 tdk setuju krn bagaimana pun itu adalah anugrah Tuhan…so..kudu mensyukuri apa aja yang di kasih Tuhan
    saya juga setuju kalo seseorang yang diperkosa lalu hamil boleh diaborsi…
    Thanks…..

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Anatasya,

    Pendirian Sdr. ada benarnya. Namun dalam menetapkan hukum, ia bukannya berdasarkan emosi semata-mata. Matlamat Syariat Islam adalah untuk menegakkan Maslahah (Kebaikan) dan menghindarkan Mafsadah (Kerosakan).

    Memang benar bayi itu anugerah Tuhan, namun dalam isu genting sebegini, kebiasaannya nyawa & kepentingan ibu didahulukan demi mencegahnya dari kemudaratan seterusnya, melebihi nyawa, hak & kepentingan bayi dalam kandungan yang belum tentu lagi nasibnya.

    Selain itu, tidak boleh juga mengugurkan kandungan walaupun ianya hasil pemerkosaan. Pendapat yang membolehkannya memerlukan penelitian & kajian lanjut. Kerana dalam hal ini pula, nyawa seorang bayi lebih utama dari maruah seorang ibu.

  17. salam,
    anak kelima saya br berumur 6 bulan, kini isteri saya disahkan hamil 4 minggu.Memandangkan jarak yg terlalu rapat, isteri saya mahu cuci kandungannya kerana risaukan kesihatannya…adakah cara utk mengatasi masalah ini…thanks

    Abul Harith : Wassalam Tuan Lan,

    Menurut Islam, apabila telah ada janin di dalam rahim wanita, maka diharamkan untuk digugurkan atas apa alasan sekalipun. Ia samalah seperti perbuatan kaum Quraisy Jahiliah yang membunuh bayi mereka kerana soal maruah & takut miskin.

    ALLAH berfirman;

    وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلاَدَكُم مِّنْ إمْلاَقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ
    “dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka” [Al-An’am, 151]

    Untuk mengatasi masalah ini dari berulang di masa depan, Tuan dinasihatkan mengamalkan keadah perancangan keluarga. Sila dapatkan nasihat dari doktor & klinik berhampiran.

    Bagaimanapun, andai isteri Tuan benar-benar mempunyai masalah kesihatan, dan kandungan boleh tersebut boleh menjejaskan kesihatannya, sila dapatkan nasihat doktor pakar. Jika keadaannya berbahaya menurut penilaian pakar tersebut, maka keguguran dibolehkan.

  18. Salam…buat pengetahuan semua..mendapat anak yang tiada tempurung kepala telah saya alami pada tahun 2004.Saya mengetahui anak saya cacat pada usia kandungan 7 bulan di PPUM. Betapa sedih apabila doktor Thani memberitahu anak yg d kandung tidak akan hidup lama..tambahan pula dia adalah anak pertama kami…baby lelaki yg bakal menjaga adik2nye kelak..ketika berita tsebut sampai…saya bagaikan seperti org gila..tidak dapat menerima knyataan..bahawa anak sy akan mati apabila lahir..Tuhan saja yg tahu perasaan saya…shingga doktor Thani tpaksa memeluk saya untuk mententeramkan perasaan saya…suami dan kakak terduduk mendengar berita tersebut..Saya d sarankan untuk mengugurkan kandungan…Tapi sebagai org islam…saya menolak untuk menamatkan nyawanye…pada saya jika ambil kptusan begitu..umpama saya mbunuhnye…saya sanggup mlahirkan secara normal. saya bsyukur mempunyai suami dan ahli keluarga yg memberi sokongan dan mhalang saya untuk gugurkanya.Saya lalui hari2 terakhir dgn nya..secara tenang..tapi jauh d sudut hati terasa sayu…Pada tarikh 23 mac 2004 jam 8.14 malam..Muhammad Danish Aniq berat 3.4 kg lahir kedunia setelah 12jam menahan kesakitan..Kuasa tuhan tiada siapa dapat mhalang..doktor hanya mampu meneka baby ku akan mati 1@ 2 jam d lahirkan…Untuk pengetahuan semua..anak ku hidup selama 3 hari…aku sempat menjaga dan membelainya…Doktor tkejut apabila mgetahui anak ku dapat btahan lebih lama. Itu lah kuasa ALLAH SWT…tiada siapa yg berhak mencabut nyawa hambanya selain dari NYA…aku redha dgn pemergian anak ku..Aku yakin dia akan mnunggu ku disana nanti…Yang pasti aku tidak bputus asa untuk mendapat anak semula…selang 6 bln selepas aku kguguran…aku berjaya mngandung dan diawasi oleh doktor Thani(pakar) sehingga melahirkan Iklil Iman batrisyia skrg berusia 4 tahun dan pada thn 2009 aku mlahirkan Iklil Iman Zulaikha berusia 9 bulan…Alhamdulillah…kepada semua yg pernah mgalami peristiwa ini…ingat..ALLAH tidak akan memberi ujian melampaui kemampuan kita…

    Abul Harith : Wassalam Puan Fiza,

    Terima kasih atas perkongsian peribadi yang sungguh mengharukan. Moga menjadi pedoman pengunjung yang lain. Tahniah juga atas ketabahan Puan mengharungi ujian & dengan kelahiran cahaya mata yang dinanti. Semoga ALLAH sentiasa melindungi & merahmati Puan sekeluarga.

  19. Assalamulaikum WR. WB,
    Kepada Tuan Abul Harith,
    Maaf jika saya mengganggu tetapi saya musykil didalam bab ini. Saya kehilangan bayi dalam kandungan yang berumur 16 minggu kerana “Pre-term Premature Rupture of Membrane” atau PPROM. Saya sedih tapi harus redha. Doktor telah induce saya selepas berlakunya cord prolapse dan saya tidak dapat lagi menyimpan bayi dalam kandungan. Soalan saya adalah- saya dapat tahu dari doktor yang bayi saya adalah bayi perempuan. Dengan informasi ini, saya mahu meletakkan nama anak perempuan di batu nisan. Boleh kah saya buat begini? Terima Kasih.

    Abul Harith : Wassalam Puan Nita, takziah atas kejadian yang menimpa. Sesungguhnya semuanya adalah ketentuan ALLAH untuk menguji keimanan hamba-NYA.

    Dalam kes Puan, ia bertepatan dengan Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 21/434-438, yang mengatakan bayi tersebut telahpun ditiupkan rohnya dan hampir sempurna pembentukannya di peringkat Mudghah. Apatah lagi doktor mampu mengesahkan jantina bayi tersebut ialah perempuan.

    Maka bayi tersebut perlu dimandikan, dikafankan dan dimakamkan. Arwah juga perlu diberikan nama dan dilakukan Aqiqah baginya.

    Bagaimanapun, berkenaan membina binaan nisan dan menulis padanya, hukum asalnya ditegah oleh Nabi s.a.w. Larangan membina dan menulis sesuatu diatas kubur merujuk kepada sebuah hadith riwayat Jabir bin Abdullah ra, dimana Nabi

    نهى أن يجصص القبر وأن يقعد عليه وأن يبنى عليه.
    “Nabi saw melarang kita menampal (plaster) kubur, duduk diatasnya dan membina apa-apa diatasnya” (Riwayat Muslim).

    وأن يكتب عليه
    Didalam riwayat Tirmudzi dan al-Nasaa’I ada tambahan “(melarang) menulis diatasnya”.

    Namun, ada dikalangan ulama’ yang berpandangan bahawa tidaklah dilarang menandakan kayu atau batu diatas kubur seseorang sebagaimana kata Ibn Qudamah :

    ولا بأس بتعليم القبر بحجر أو خشبة ، قال أحمد : لا بأس أن يعلِّم الرجل القبرَ علامةً يعرفه بها ، وقد علَّم النبي صلى الله عليه وسلم قبرَ عثمان بن مظعون
    “Tidak mengapa menandakan kubur dengan batu atau kayu. Berkata Ahmad : Tidak mengapa bagi seseorang lelaki menandakan kubur untuk dia mengetahui dimana kubur itu,dan telah maklum bahawa Nabi menandakan kubur Uthman ibn Maz’uun” [al-Mughni, 2/191].

    Bagi al-Khatib al-Syarbini, mengenali dimana tempat dikebumikan mayat adalah dituntut supaya memudahkan keluarga yang masih hidup menziarahnya [Mughni al-Muhtaj, 1/541].

    Kebenaran ini dalam konteks menandakan dan bukan menghiasi atau berlebih-lebihan menghiasai sesuatu kubur. Sebagaimana kata Ibn Hazm, niat menandakan batu atau kayu HANYALAH bagi tujuan pengenalan sahaja! Dengan itu, isu kuburan ini hendaklah ditangani dengan hati-hati agar ia tidak membawa kepada perkara yang dilarang sebagaimana hadith Jabir diatas.

    p/s: Sebahagian jawapan ini diambil sumbernya dari forum Fiqh, al-ahkam.net.

  20. ustadz saya mau tanya. Saya sekarang hamil menurut dokter sudah 16 minggu. tetapi setelah di scanner bayi yg dalam kandungan itu tidak punya tangan dan cacat. Dan bila bayi lahir akan mengalami beberapa kali operasi utk si bayi Saya ingin mengguurkan bayi tsb. Tolong beritahu gimana hukumnya.

    salam

  21. salam…buat pengetahuan semua, kandungan saya baru ajer mencecah 17 minggu dan doktor mengesahkan kan bayi saya tiada tempurung dan tiada harapan untuk hidup lama…dan jalan terbaik yg doktor sarankan adalah gugurkan kandungan…..memandangkan ini kandungan pertama dan saya & suami terpaksa menuggu hampir 2 thn untuk hamil….hanya Allah sajer yg tahu betapa deritanya perasaan saya…selepas berbincang dgn suami dan keluarga….saya nekad untuk teruskan kandungan ini….saya tahu tiada harapan utk bayi sy hidup sprti bayi2 lain…namun jauh disudut hati saya masih mengharapkan keajiaban akan berlaku…hanya Allah yag Maha Berkuasa yg berhak menentukan segala2nya…..semoga saya & suami akan tabah & kuat menghadapai apa jua cubaan dariNYA…..

  22. zura….

    andainya zura mengikuti ruangan ini dari awal, saya ada menulis tentang diri saya di atas. baby saya juga anencehaly pada usia 28 minggu.

    zura….
    segala kesedihan dan kekecewaan zura telah saya lalui…saya faham segalanya..

    zura…
    apapun keputusan yang zura ambil, keputusan tetap sama dan kekuatan mental dan fizikal amat penting.
    cubalah baca pandangan dan nasihat dari doktor farhan, abul harith dan rakan2 yg lain…percayalah…sedikit sebanyak ianya dapat meringankan emosi anda dan suami.

    saya juga menjadikan ruangan ini sebagai tempat mencurahkan perasaan..masih ramai orang yg sudi berkongsi rasa dengan kita..

    Allah akan memberi kita yang terbaik, cuma kita belum tahu masanya..

  23. Assalamualaikum pada semua..
    Saya ingin berkongsi pengalaman dan meminta buah nasihat pengunjung di sini. Pada hari Selasa yang lepas saya telah mendapatkan khidmat rawatan doktor pakar mengenai kandungan saya yang menjangkau 29 minggu. Saya disahkan mengandungkan bayi yang mengidap anencaply… dan doktor memberitahu hakikatnya bayi saya akan meninggal dunia bila dilahirkan. Doktor meminta saya membuat pilihan sama ada meneruskan kandungan ataupun menamatkan kandungan kerana saya akan berdepan dengan hakikat yang sama. Saya benar-benar tertekan. Membuat keputusan melepaskan bayi yang masih bergerak-gerak dalam rahim saya adalah satu dugaan berat untuk saya…apatah lagi anak-anak saya saban hari bertanya perkembangan adik mereka tanpa mengetahui situasi sebenar.Doktor dan sahabat taulan nasihatkan saya untuk beristikharah pada Allah swt. Alhamdullillah, selepas dua hari saya merasakan jiwa dan fikiran saya lebih tenang. Naluri saya sebagai seorang ibu merasakan wajar saya beri peluang kepadanya untuk hidup sama seperti bayi lain yang membesar selama 9 bulan di rahim ibunya. Mengapa saya perlu tarik haknya biarpun sekitika waktu Allah pinjamkannya pada saya. Hakikat tetap hakikat…bayi saya pasti akan pergi jua tapi peluang bersamanya selama dua bulan ini harus saya hargai. Kini saya dalam proses mengumpulkan kekuatan diri untuk menghadapi kesan-kesan psikologi yang mungkin akan saya hadapi. Saya amat berharap dari pembaca agar dapat memberi saya info dan maklumat untuk saya jadikan panduan hidup di masa hadapan kelak. Pada Pn. Imon dan Pn. Lina, janganlah bersedih atas apa jua keputusan yang puan lakukan. Semuanya telah ditentukan dan pastinya memberi hikmah kelak. Hidup ini harus diteruskan dan penuhilah ia dengan rasa bersyukur kepada apa jua kurniaanNya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

  24. Salam semua…alhamudillah saya berkesempatan lagi ke sini..

    Sesungguhnya rahmat Allah tidak siapa yg dapat menjangka. Di sebalik kekecewaan di masa lalu, kini saya dalam pantang selepas melahirkan seorang bayi lelaki (Adam) yang sihat pada 9 April.

    Semasa mengandung bayi ini, saya mendapat jagaan yang begitu rapi dari pakar sakit puan, dan di masa itulah baru saya tahu yang saya menghidap tyroid dan saluran injap terbuka di samping asma yang sedia ada. Jika tidak, mungkin hingga kini saya tidak tahu tahap kesihatan saya.

    Kini saya bersyukur dapat mendakap si kecil seeratnya dengan kesihatan yang semakin baik.

    Alhamudillah…. terima kasih Ya Allah , sesungguhnya ada hikmah di sebalik dugaan mu… ada rahmat di sebalik ujianmu..

  25. saya amatlah menyesali perbuatan yang telah saya lakukan. tetapi saya terpaksa mengugurkan byi tersebut kerana bapa kepada byi tesebut tidak mahu bekerja…apa yang saya risaukan ialah saya masih lagi menuntut di salah sebuah ipta di sini dan tengah menjalani praktikal saya mengugur kan byi tersebut kerana kuatir ibu bapa saya akan xkan menerima syaya kiranya berita itu sampai ke pengetahuan mereka dan memikirkan tahap kewangan saya yang tidak mampu untuk menampung kos byi tersebut.kini saya ingin kan pandangan dan nasihat untuk saya meneruskan hidup saya tanpa di belenggu kisah hitam saya tersebut…plzzzz….

  26. salam semua.

    saya telah mengugurkan bayi yang berusia 8 minggu. iye, bayi itu hasil hubungan dengan teman lelaki. dia begitu mendesak untuk menggugurkan kerana tidak mahu malu kepada keluarga. saya telah menggugurkan bayi pada bulan 4 tahun lepas dan sehinnga kini saya tidak didatangi period. kami telahpun bertaubat dan akan berkahwin tahun ini. apakah masalah saya sebenarnya?

  27. 1.sy adalah ibu yg plg malang d mana sy hrus mratapi khilangan 2 bayi sy.ktka dlahrkan ke2ny dsahkan mhadapi komplikasi jantung.kduanya bayi permpuan,seorang hya berusia 3hari(07) dan seorang hnya brusia 8bln(2010),bayi yg ke2 bjaya mlakukan pmbedahan di ijn,sy sgt btrima ksh..wlupn 4bln lalu arwah tlh mninggal,(bayi ke2) sy ttp mrasakan khadiran nya,hancur luluh hati ini,bila melihat ibu2 lain mendakap dan mcium bayi mereka.. SOALAN:Setelah mlalui smua ini,sy tkut utk hamil lagi,wlupn usia msh muda(25),..pngalaman begina amt mnakutkan,shgga sy tak sggp mnyentuh bayi org lain..mungkin kah jika sy mngndung lagi,adakah ia akan berulang lagi..
    Terima kasih,.

  28. pada gadis2 yg ktelanjuran d luar sana,sy amt bsedih bila anda sggp mgugurkan bayi anda sndiri,tanpa cacat cela,sdgkan kami,ibu2 yg inginkan bayi yg sesempurnanya,utk kami besarkan,tidak dapat kami miliki,dan bila anda berada d tmpt se0rang IBU seperti kami hari ini..anda akan mengerti
    SELAMAT HARI IBU..

  29. assalamualaikum. saya telah berumahtgga & mmpunyai 4 org cahayamata, yg bongsu brumur 10bln. bln ini saya lewat 10hr utk period & saya telah mmbuat sndr ujian kehamilan, positif. Masalahnya, setiapkali mengandung saya pasti mengalami anemia & badan akan lemah serta tidak dpt menumpukan prhatian trhdp kerja2 rumah & pejabat. saya telah brbncang dgn suami hndk menggugurkan kandungan atas alasan kesihatan lgpn kami sdh merancang utk tdk mmpunyai anak lg slps melahirkn pd th lalu tetp hanya mggunakn kaedah merancang sndr. ini kerana saya alah kpd pil perancang dan tidak yakin mggunakn kaedah perancang keluarga yg lain. apakah hukumnya atas tindakan saya itu? nasihat & pandangan ustaz amat saya harapkan sebgai panduan saya membuat keputusan kelak. terima kasih.

    Abul Harith : Wassalam Puan Nor, terima kasih atas soalan.

    Anemia semasa mengandung masih boleh diurus dan dirawat, maka kandungan tersebut kebiasaannya dilihat tidak membahayakan nyawa ibu & juga anak.

    Pengguguran dalam Islam hanya dibenarkan jika jelas terdapat penyakit yang membahayakan nyawa ibu, anak atau kedua-duanya sekali semasa mengandung mahupun bersalin. Selain itu ia perlu disahkan oleh sekurang-kurangnya 2 doktor pakar yang amanah.

    Maka Puan dinasihatkan untuk menjalankan pemeriksaan & rawatan yang sepatutnya dari doktor. Andai doktor mengatakan risikonya lebih besar dan wajar digugurkan, maka terpulanglah. Namun jika kandungan boleh diteruskan, saya doakan Puan redha & bersyukur dengan ujian & juga kurniaan ALLAH dalam masa yang sama. Anak adalah anugerah ALLAH dan membawa 1001 hikmah kepada keluarga.

    Di masa hadapan, Puan disyorkan mendapatkan konsultansi doktor untuk mencuba kaedah pencegah kehamilan yang lain seperti Implanon atau Intrauterine Contraceptive Device (IUCD). Jika faktor umur, kesihatan & sosial Puan menepati kriteria berisiko untuk hamil semula, maka Puan boleh pertimbangkan untuk ikat saluran peranakan (tubal ligation), tapi ini adalah pencegahan kehamilan secara kekal.

    WaLLAHu a’lam.

  30. Assalamualaikum,

    Saya ingin memohon pandangan anda semua tentang ape yang saya hadapi sekarang ni..Saya sudah setahun lebih b’kwin dan sekarang disahkan mengandung dgn usia kandungan 7 minggu.Syukur alhmdulillah di atas rezeki yang Tuhan beri kepada saya.

    Masalahnya sekarang ini keluarga mertua minta saya gugurkan kandungan ini. Disebabkan kenduri di belah lelaki masih belum diadakan dan mereka masih merahsiakan perkahwinan kami dari semua orang. Kemungkinan juga kendr tersebut tidak dapat diadakan dalam masa t’dekat dsbb’n mslh kewangan…Alhmdulillah majlis nikah dan kenduri disebelah perempuan telah diadakan pada Mac 2009.

    Realitinya kami telah sah menjadi pasangan suami isteri, tetapi disebabkan keluarga mertua mementingkan maruah kerana takut dikatakan anaknya m’lahirkan ank luar nikah..
    Mereka meminta saya meminum sesuatu yg boleh mgugur’n kandungan tanpa mberitahu apa maksud sbnrnye..Sy tak sangka ada keluarga mertua yang t’lalu mmentingkan dr sendr shingga sanggup m’bunuh keturunannya..

    Suami saya tiada halangan sekiranya saya mgugurkan kandungn ini atas rasa ingin mjaga maruah keluarga. Ini yang membuat saya bertambah sedih. Naluri seorang perempuan yang telah berkwin sememangnya ingin mempunyai zuriat dan keluarga. B’macam2 cara saya usaha’n untuk dapat’n zuriat. Sehinggala Tuhan makbulkan doa saya ni. Tapi mereka sewenang2nya menyuruh saya gugur’n kandungan ini.

    Tuhan saja yang tahu apa yang saya rasa sekrng ini. Memang saya nekad untuk meneruskan kandungn ini kerana tiada salahnya anak ini disisa agama. Apa yang bakal berlaku selepas ini saya hadapi dengan redha. Saya berdoa agar segala kekusutan yang saya hadapi ini menemui jalan penyelesaian…

    Soalan saya apakah sbenrnya hukum m’gugrkan kandungan ini memandangkan ia tidak mendatangkan kemudaratan/kecacatan kepada ibu dan anak..Mertua saya maklumkan bahawa hukumnya adalah harus.

    Harap anda semua dapat membantu masalah yang saya hadapi ini..Sekian…

    Abul Harith : Wassalam Puan, terima kasih atas kunjungan. Sesungguhnya saya simpati mendengar nasib yang menimpa Puan.

    Dalam kes Puan, hukum menggugurkan kandungan adalah haram sama sekali kerana melanggar hukum agama & kemudiannya dikira membunuh nyawa yang tidak berdosa. Hukum agama dan nyawa insan adalah antara 5 perkara utama yang dijaga oleh Syariat dalam prinsip Maqasid Syar’iyyah (tujuan pensyariatan).

    Walaupun maruah juga dijaga, tapi ia bukanlah soal maruah air muka seperti dalam kes Puan. Yang dijaga ialah maruah keturunan (nasab) yang terjamin dari hubungan yang dihalalkan Islam. Namun, menjaga agama dan nyawa lebih utama dari menjaga maruah. Andai seseorang itu malu kerana mengandung anak luar nikah sekalipun, diharamkan baginya menggugurkan (membunuh) anaknya atas dasar malu semata-mata.

    Saya doakan Puan terus teguh menghadapi dugaan ini. Khabarkan sebaiknya kepada keluarga mertua, jangan senang-senang mengeluarkan hukum agar tidak mempersendakan agama. Seharusnya suami & keluarga Puan lebih bertanggungjawab dalam hal ini. Jika menemui jalan buntu, saya syorkan Puan & keluarga mertua mendapatkan nasihat & bimbingan mana-mana Ustaz.

    WaLLAHu a’lam.

  31. salam semua..
    b’syukur ke hadrat Illahi krn telah menemukn sy dgn website yg amat berguna ini..
    sy skrg sdg mengandung 22 mggu..
    apa yg t’jd ke atas diri sy adalah sama sepert yg t’jd ke atas Pn Azliza, (seperti komen pd Jumaat, 21 Ogos 2009)..
    ketika usia kndungan 16 mggu..
    sy telah mengalami pecah air ketuban..
    sehingga skrg msh lg kering dan air msh lg keluar sdikit demi sdikit..
    b’mcm2 risiko dktor beritahu..sama spt Pn Azliza..
    scan t’kini..dktor memberitahu kepala bayi telah memanjang, dada terhimpit ke dpn (memungkinkn timbulnya mslh kpd jantung & paru2)..
    kndungan kecil (wlupun memasuki 22 mggu..ttp msh seperti 18mggu)..
    dktor telah memberitahu sy tntang satu kaedah memskkn air ke dlm rahim (amnioinfusion)..
    tp pd masa skrg, sy msh lg b’bncang dgn suami, keluarga, dan sdg berusaha melakukan solat istikarah..
    sy memohon pendapat tuan tentang keadaan ini..
    ini krn kaedah ini ttp memberi risiko kpd bayi..
    (wlaupun tnpa berbuat apa2 – hanya tggu dan lihat…risiko terhadap bayi tetap sama- spt yg diberitahu oleh doktor)..
    sy amat mgharapkan pndapat tuan memandangkn ini adalah kandungan pertama sy..
    ujian ini begitu berat bg sy..
    namun Allah Maha Penyayang dan sesuatu ujian itu Allah berikan kpd mereka yg benar2 istimewa..
    wassalam..

  32. Assalamualaikum. Sy kini mngandung 7 minggu. Ini adalah anak ke3. Masalahnya alahan yg teruk mnyebabkan sy amat tertekan dan selalu menangis. Sy tdk dpt bercuti kerana dianggap masalah psikologi shj. Sy berkali2 berdoa agar dmudahkn urusan ttp tetap murung. Suami tdk dpt membantu krn sy sngat membencinya krn pembawaan. Sy sudah putus asa. Anak sy yg 2 jgak tidak terurus. Badan dan mental sy sngat tertekan dan sy betul2 stress. Boleh ka kndungan sy d gugurkn atas sbb d atas? Tolong sy..

  33. asalamualaikum….saya ada satu kemusyklan …kawan saya akan menggugurkan kandungan yg berusia 1 bulan 4 hari atas sebab2 kesihatan.beliau sudah berkawin dan sebelum ini telah merancangkan kehamilan dgn memakan pil perancang.tetapi atas sebab takut menghadapi kanser payudara beliau telah berhenti makan pil perancang selama 4 bulan.beliau juga telah mengalami sakit tulang belakang dan telah melakukan operation setahun yg lalu.sakit tulang belakang yang beliau alami seringkali sakit walaupun telah melalukan operation.dalam masa sebelum beliau mengetahui sudah mengandung..beliau ada melakukan x-ray utk tulang belakang dan telah melakukan injection epidural steroid utk mengurangkan kesakitan tulang belakang.beliau telah banyak makan ubat tahan sakit dan bermacam lg ubat utk mengurangkan kesakitan itu.soalan saya adakah boleh kawan saya itu mengugurkan kandungannya bg menyelamatkan dirinya.ditakuti sakit tulang belakangnya akan menjadi sakit teruk jika beliau menyimpan bayi tersebut.

  34. assalamualaikum..
    saya ada satu kemusykilan.saya telah melakukan ujian kehamilan dan didapati ada 2 band (namun band tanda kehamilan itu tidak jelas).setelah saya selidiki,saya kelewatan haid 1 minggu.Saya sudahpun berkahwin dan mempunyai 2 org anak.Persoalannya,bolehkah saya bertindak memakan herba2 supaya saya dtg haid semula?Utk pengetahuan tuan,saya berusia 33 thn dan sering kesakitan kaki oleh kerana masalah kecederaan sukan semasa remaja.Saya juga mempunyai sedikit masalah saluran kencing/pinggang yg memerlukan saya bergantung pada perubatan dan herba (utk kedua2 masalah ini.) di mana ubat2 tersebut tidak dibenarkan untuk wanita hamil.terima kasih.

  35. Salam, saya baru melahirkan anak, sekarang berusia 7 bulan, sekarang saya dapati saya mengandung mungkin baru dalam 1-2 minggu.Saya masih trauma lagi dan kelahiran anak pertama saya melalui pembedahan… masalah sekarang bahagian pembedahan saya masih lagi terasa pedih dan kadang-kadang sakit apakah boleh saya mengugurkan kandungan saya… tolong saya… dan apa hukum dari segi agama Islam..

  36. assalamualaikum.. .saya ingin btnya dan berkongsi sdikit kisah hidup saya.saya baru saja melahirkan bayi perempuan saya secara pembedahan pd 31 ogos lalu dan pd ketika itu bayi saya berusia 33 minggu seberat 1.8kg.bayi saya telah dmasukkn ke unit rawatan rapi krn tidak cukup bulan.bayi saya tpaksa dikeluarkan kerana kekurangan air ketuban yang kritikal.spjg di sana baby saya telah menjalani ujian kshtn.ujian tersebut mengesahkan bayi saya menghidap penyakit buah pinggang yang kronik.jadi pihak doktor telah memberi kami pilihan sama ada ingin membawa bayi kami pulang atau membiarkan bayi kami meneruskan rawatan tersebut.jadi kami telah membawa bayi kami pulang agar lebih selesa dan kami juga punya peluang utk menjaga nya.selama di rumah bayi saya kelihatan ceria dan sihat.malah aktif seperti bayi yg lain.menyusu dan berjaga malam.indah nya saat itu.tetapi sebulan selepas itu kesihatan bayi saya mula terjejas.selepas itu bayi saya telah dmasukkn ke hospital.alangkah pilu nya hati ini apabila mdengar tangisan nya di ambil darah dan dmasukkn hos penyusuan ke hidung nya.sejurus itu doktor pun ada menberitahu keadaan bayi saya amat kritikal.jadi tiada ubat utk nya.hati ibu mana x sebak.melihat penderitaan nya,saya mengambil langkah utk membawa balik bayi saya dgn izin pihak hospital.bukan krn saya x percaya pd perubatan tapi saya sedar yang anak saya tidak akan sembuh dan keadaan nya kritikal.saya hanya x ingin melihat bayi saya menderita dan memberi keselesaan selama hayat nya.selepas itu bayi saya kembali seperti biasa.berat badan nya meningkat sehingga 2.68kg sewaktu dia berusia hampir 2 bulan.bayi saya sihat tanpa tanda sakit pun.pada mlm 25 oct lalu anak saya telah kembali ke rahmatullah.betapa pilu dan sebak nya jiwa ini.bayi yang saya kandung.lahirkan dan dijaga selama hampir 2 bulan meninggal depan mata.mmg agak perit .mlm sebelum bayi saya meninggal dia x mahu tidur pun kerana ingin bermain dengan ibunya.seperti kisah2 ibu yg lain.semua nya masih dlm kandungan meninggal.tetapi bayi yang saya kandungkan telah meninggalkan saya setelah hampir 2 bulan dijaga.ya allah.perit nya dugaan mu ini.utk pengetahuan semua,bayi saya telah di syaki mempunyai mslh berkaitan sist perkumuhan nya apabila mencecah usia 4 bulan.air ketuban nya berkurangan.swaktu usia kndungan saya mencecah 6 bulan,doc telah memberitahu saya yg bayi saya x kan survive sejurus d lahirkan.saya x berputus asa.saya sentiasa berdoa agar dia lahir dan melihat siapa ibubapa nya.alhmdulillah dia lahir juga dengan selamat.itu membuktikan yg tiada siapa yg mampu tentukan ajal maut kita.
    syukran ya allah.sekurangnya bayi ku sempat disusui ku.dijaga dan ditatang.wlau perit akan dihadapi jua.smoga roh nya dicucuri rahmat.amin.
    soalan saya kepada doc dan saudara abul harith.apakah saya yang mjadi punca saya anak saya meninggal kerana saya telah membawa nya balik dari hosital ketika dia sakit?sdgkan niat saya ingin mengasihi nya selagi sempat?adakah boleh sekiranya saya asyik teringat kan pd arwah dan hukum nya sekiranya saya sewaktu solat sentiasa mengingati nya sambil menitis air mata?adakah begitu juga dikira tidak khusyuk solat?walhal saya x berniat.kerana tangisan saya itu memperingati pd saya bhw allah maha besar dan ingin dtabahkan hati.dan apakah sekira nya saya mengandung lagi anak saya akan sakit juga?dan bagaimana hendak mengelakkan perkara tersebut berulang lagi?saya redha dgn ketentuan illahi wlau perit.cuma sbg manusia kita x harus berserah pd takdir semata.kita juga perlu berusaha agar doa kita utk memperoleh zuriat sihat .mudahan juga pandangan saudara saudari boleh membantu saya.

  37. assalammualaikum…. saya nak minta pendapat anda…. saya mengandung belum sampai 40 hari…. saya ingin mengugurkan bayi ini kerana saya belum bersedia menerimanya… sekarang anak saya telah berusia 4 bulan…. tolong saya… saya bdalam kebigungan…..

    Abul Harith : Wassalam Puan Chobit,

    Hukum menggugurkan kandungan sewenang-wenangnya tanpa sebab kesihatan yang membahayakan nyawa sang ibu, adalah haram di sisi agama.

    Terdapat larangan keras dalam al-Quran, Surah al-Isra’, ayat 31.

    ولا تقتلوا أولادكم خشية إملاق نحن نرزقهم وإياكم إن قتلهم كان خطئا كبيرا

    “Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.”

    Yakinlah bahawa anak itu rezeki dari ALLAH. Menurut ayat ini, ALLAH akan mencukupkan segala rezeki Puan & keluarga demi menanggung anak ini nanti.

    Ketahuilah bahawa sangat ramai ibu bapa yang belum mampu mempunyai anak walaupun mereka sangat mengharapkannya. Syukurlah dengan nikmat anak yang diberi.

    Jika Puan rasa tidak mampu, berbincanglah dengan mana-mana Ustaz atau pegawai kebajikan di hospital nanti. Insya-ALLAH, ramai sahaja yang sudi mengambil anak angkat.

    Di masa hadapan, saya syorkan Puan mengamalkan perancangan keluarga demi menjarakkan kehamilan. Berbincanglah dengan suami, kemudian lawatlah mana-mana Klinik Kesihatan untuk bantuan lanjut.

    WaLLAHu a’lam.

  38. salam..
    saye nak tanye la… .ade kawan saye sedang hamil kandungan 22minggu.. .dy sudah bertunang dan masih menuntut di IPTS dan belum bersedia ingin melahirkan bayi tersebut… .
    persoalannye,, jika dy ingin menggugurkan kandungan 22minggu tu boleh kewh ??? .apakah kesan sampingan jika dy menggurkan kandungan itu ???? .

  39. Salam..
    Saya baru keguguran dengan kandungan berusia hampir 10 minggu…. saya amat sedih namun tak akan berputus asa kerana semuanya adalah ketentuan ilahi…Soalan saya, adakah janin tersebut sudah mempunyai roh atau adakah saya sudah sudah mempunyai anak yang akan saya jumpa di akhirat nanti?

  40. salam,
    sedih saya membaca kisah2 yang telah dilalui semua.. saya juga mempunyai kisah tersendiri..

    anak pertamaku dilahirkan tidak cukup bulan, 32 minggu akibat tekanan darah tinggi yang aku alami mulai minggu ke-28..

    Fawwaz Mirza b Mohd Firdaus nama anak lelaki sulungku.. Alhamdulillah dia ada bersamaku kini tetapi disyaki menghidapi microcephaly + cerebral palsy… sedih mengenangkan masa depannya nanti dan memikirkan macam2 perkara membuat aku terus menghidap tekanan darah tinggi sehingga kini..

    Pada usia Mirzaku mencecah 7 bulan aku disahkan mengandung sekali lagi…. Ya Allah bersyukur aku yang amat sangat… Aku mendoakan selalu agar kandungan ke-2ku ini akan sempurna sihat akal fizikal semuanya… Semua berjalan dengan lancar sehingga 10 january yang lepas setelah dr baskaran dari hkl mengesahkan kandunganku menghidap anencephaly! Ya Allah…. sedihnya hati ini hanya Allah yang tahu… banyak yang kuharapkan untuk kandunganku kali ini.. untuk menjaga abangnya nanti sekiranya aku sudah tiada kelak…. tetapi, aku diduga-Nya lagi… aku tak dapat menerima hakikat ini… terlalu besar… terlalu pedih!!

    dr mencadangkan aku untuk membuat induced abortion.. memandangkan keadaan bayi dan juga keadaan kesihatanku yang menghidap hypertension dan masi mengambil ubat pada dos yang lebih tinggi berbanding sebelum mengandung… aku rasa bersalah untuk menggugurkan kandungan kerana sperti membunuh anakku sendiri… Yang pasti keputusan muktamad masih belum dibuat dan suamiku tegas menyuruhku menggugurkan kandungan kerana risau akan keadaan kesihatanku dan juga kerana aku telah menjalani c-sect untuk anak yg pertama february 2010…
    11 jan aku telah ke pusat perubatan as-syifa di bangi dan alhamdulillah dapat bertemu dengan ustaz Harun Din.. Selepas berjumpanya aku berasa tenang sedikit dan mengharapkan Allah akan memberi keajaiban untuk kandunganku ini.. Hari ini aku akan cuba mendapatkan 2nd opinion dari ampang puteri….

    Ya Allah… bantulah aku……

  41. Salam semula,

    2nd opinion yang kuterima dari ampang puteri nyata mengesahkan kandunganku anencephaly… hiba sedih… aku mesti tabah ntuk mirzaku… anak sulungku amat memerlukan aku sekanrang…. physiotherapy, speech therapy, occupational therapy… dan macam2 lai perubatan alteranatif sedang ku usahakan bersama suamiku untuk Mirza kami… doakan anakku smoga cepat dapat meminum susu sepenuhnya melalui mulut dan x perlukan tube feeding lagi….

    USG yang aku jalani tengahari tadi di ampang puteri dengan datuk dr ashar abdullah membuat aku bertambah sedih untuk melepaskan kandunganku… kaki dan tangannya x duduk diam…. bergerak2 aktif menikmati hayatnya yang masih dikandung badan…. hari-hari terakhir bersama anakku yang disayangi….

    sekiranya anak kami lelaki, aku dan suami menamakan anak muhammad adam dan jika perempuan, siti fatimah… semoga anak ummi dan abah dicucuri rahmat tak terhingga dan semoga kita bertemu kembali di sana kelak…. amin..

  42. saya ingin bertanya tentang masalah haid saya.. kedatangan haid telah lewat dlm 2 mggu.. kerana masalah itu, sy telah makan ubat yg di beli di sebuah kedai ubat cina untuk melancarkan haid.. sy telah makan ubat itu, dan sy telah pn dtg haid.. ape yg merunsingkan sy, sekiranya dlm 2@3 mggu kelewatan haid sy itu berkemungkinan sy hamil, jadi setelah kedatangan haid ini, apakah yg akan berlaku kepada janin sy?? =( adakah sekiranya sy telah hamil, dn setelah memakan ubat pelancar haid itu, janin sy masih boleh diselamatkan walaupun sy telah dtg bulan semula???

  43. asslamualaikum dr…., saya berusia 37 tahun dan telah mempunyai 5 anak… saya mengalami penyakit tulang belakang sejak 7 tahun yang lalu, sewaktu mengandung anak ke 5 tahun 2009, saya disahkan mengidap penyakit jantung kronik, namun saya berjaya melahirkan anak bongsu saya dengan selamat walaupun menghadapi pelbagai risiko. sepanjang mengandung saya rasa begitu tertekan dan terseksa dengan rasa sakit dan sesak nafas. kini saya mengambil perancang kaluarga dengan cara injection kerana saya rasa tidak berdaya mengandung lagi dan juga rasa letih untuk menjaga dan mendidik anak-anak lain yang masih kecil. Persoalan saya di sini, ialah apakah hukumnya saya merancang keluarga kerana suami saya kurang menyetujui saya merancang keluarga tetapi saya berkeras kerana benar-benar tidak berdaya menahan kesakitan sewaktu mengandung dan melahirkan, apatah lagi suami saya jarang membantu. Saya nakkan kepastian hukumnya kerana saya tidak mengikut arahan suami. Menurut doktor pakar yang saya temui, beliau menasihatkan saya sebaik-baiknya tidak mengandung lagi. tolong bagi pendapat dan dalilnya sekali.. saya benar-benar tertekan.

  44. salam semua,
    hari ni hari ketiga selepas sy dpt tahu baby dlm kandungan sy yg kini berusia 18mgu tiada tempurung kepala..entah kenapa selepas blk dr cek-up di k.desa rabu lalu,tgerak hati nk lakukan u.scan.maka sy n hband ke az-zaharah utk melihat pkembgn baby kami..sukar betul doktor tu nk measure panjang baby sbb tak duduk diam,aktif betul dia..selepas ambil bacaan panjang kaki baby,doktor cuba utk ukur kepala pula,jenuh juga la doktor tu nk capture..rehat kejap beberapa saat utk bagi baby relax..biler cubaan kedua pon tak berjaya,doktor panggil kawan dia utk tolong…juga tak dpt capture,alasan sbb aktif sgt..tp doktor ada la hint susah nk measure kepala baby sbb tak jmpe tempurungnya…doktor sarankn utk kami jmpe pakar o&g di tgkt 1 @ sy akn direfer ke hosp krjn utk scanning yg lebih jelas..sy bgtau kt doktor tu sy g krjn je la sbb mmg nxmnth ada appoinment kt hosp ampg..doktor tu kata ‘sy taknak tgu bulan depan,sy nk awak pg hrni juga’..so kami pon decide ke o&g tgkt 1 tu je…
    Jmpe doktor pakar tu,dia tnya,tau tak kenapa g jmpe dia..sy pon jwp la sbb doktor kt bwh tu kata tak jmpe tempurung baby utk measure,ada masalah ke doktor?
    Dia kata,takpe kite scan dulu,nnt kite tgk ada masalah ke tak..so doktor pon scan,dia tunjuk kaki baby,perut baby,jantung baby,kepala baby…’tapi,mintak maaf puan,baby puan mmg takde tempurung kepala’…
    Sy pon tnye ‘memang takkan ada ke tempurung kepala tu?’..smbl dlm fikiran,’nnt lama2 ada kot’..so doktor tu explain la psl kes ni…time tu juga la sy terus menangis..hband pon mgalirkn air mata…ye la,sape sangka akan jd mcm ni…doktor pakar tu tnye if nk 2nd opinion,try jmpe pakar kt hosp krjn pula..so sy pon terus call doktor staff kt hosp ampang utk setkn appnmt di o&g..esok nye (semalam) sy ke sn dgn harapan semua tu silap..tp the result tetap sama..
    Tak sangka hal ni jd pada kami..smpi skrg ni pon masih sedih..biler duduk sorg tu,mula la terfikir psl baby ni n menangis..sy cuba elak nangis depan hband,sbb sy tau dia mesti sedih juga & runsing kalo tgk sy sedih..
    Sy bdoa semoga sy sempat utk melahirkan baby & sempat utk menatap wajahnya biarpon sekejap..sekurang2nya sy dpt mengambil gambar & jadikan kenangan & tatapan kami & adik2nya di masa akan dtg,insyaAllah…
    Sy juga bdoa agar ibu bapa yg diluar sana agar tetap cekal & tabah mghadapi dugaan ni…Allah beri dugaan ni sbgai tanda Dia masih ingat & sayang pada kita…
    *maaf jika cerita sy ni pnjg pula,ye*

  45. Assalamulaikum,
    salam semua…baby dalam kandungan saya mencecah 5 bulan dan telah disahkan oleh pakar yang dia baby anencephaly…
    Baru sebentar tadi balik daripada mendapatkan second opinion…
    kedua-dua pakar yg saya temui menasihatkan saya untuk menggugurkan kandungan memandangkan ianya tidak ada peluang untuk hidup selepas dilahirkan…Pakar menyarankan pengguguran dibuat bagi mengelakkan pembedahan c-section ke atas saya jika menunggu kandungan matang memandangkan anak pertama melalui kaedah tersebut.
    Apakan hukumnya menggugurkan bayi tersebut?

  46. Assalamualaikum,
    Untuk pengetahuan saya sedang hamil 6 minggu lebih anak kedua. Anak pertama saya berumur 8 tahun lebih. Jarak yang panjang kerana saya merancang kehamilan akibat kesakitan serius tulang belakang yang saya alami. Selain dari itu tulang punggung saya juga lari dari kedudukannya. Selama ini saya memang bergantung pada ubatan tahan sakit dan fisioterapi. Doktor pernah menyarankan saya melakukan pembedahan tetapi saya tidak berani dan sanggup menahan sakit dan berulang alik ke hosp untuk rawatan fisio. Masalahnya baru mencecah 6 minggu kehamilan tetapi saya sudah sakit pada pinggang dan menjalar ke punggung dan kaki. Doktor ortopedic menyarankan saya untuk kurangkan berat badan ke 50kg jika ingin mengandung tetapi kini berat badan saya sudah 64 kg. Sebenarnya kehamilan ini tidak disangkakan, doktor yang merawat menyarankan keguguran kerana bimbang memberi risiko kepada saya. Ini adalah kerana semasa mengandung anak yang pertama saya terpaksa memakai tongkat untuk bergerak 4 bulan yang terakhir. Kini saya di dalam dilema, suami mengizinkan kerana mengikut pendapat doktor tetapi saya risau dan berbelah bahagi. Walaupun sayangkan kandungan tetapi takut juga memikirkan akibatnya …Tolonglah, saya memerlukan nasihat dari yang lebih arif ..
    Terima kasih

  47. Salam semua..bila membaca masalah beberapa sahabat di atas, rupanya ada yg senasib dgn saya dan telah melaluinya dgn redha. Anak dlm kandungan saya sekarang berumur 20 minggu juga mengalami anencephaly. Saya diberi 2minggu utk membuat keputusan samada nak gugurkan atau teruskan sehingga cukup waktu bersalin.. Saya percaya, setiap ibu yg sgt menginginkan zuriat adalah amat sukar utk buat keputusan utk gugurkan kandungan kerana ia seolah-olah kamilah yg membunuhnya.. Apalah daya yg ada pd saya selaku manusia yg amat lemah…Seharian berfikir namun saya masih tak tau apa yg perlu dilakukan.. Saya ingin menjaga dan membelainya..tapi mampukah saya nak menghadapi saat-saat kematian menjemputnya.. Untuk menggugurkannya pun saya tidak sanggup.. Saya mohon agar Allah memberi kekuatan buat saya.Mohon doa dari sahabat semua.

  48. Saya didalam rawatan ubatan Roaccutane Isotretinoin untuk masalah kulit saya yang berjerawat. Sebelum mengambil ubat tersebut, saya telah dilarang oleh doktor untuk mengandung kerana ubat tersebut akan menyebabkan kecacatan janin. Doktor pernah menyatakan sekiranya saya mengandung, saya perlu menggugurkannya atas sebab-sebab kecacatan janin. Sekarang saya telah mengandung 6 minggu tanpa saya sedari. Saya sudahpun berbincang dengan suami dan dia hanya mengikut kehendak saya sahaja. Saya tidak mempunyai keyakinan untuk meneruskan kehamilan saya kerana risiko kecacatan bayi sudah ada di situ. Perlukah saya menggugukan kandungan saya dan adakah menjadi kesalahan sekiranya saya menggugurkan janin saya ini?

  49. saya hamil 18mggu.mggu lepas doc beritahu baby yang saya kandung mgalami lebihan cecair dlm kepala(hydrocephalus).hancur luluh hati memikirkan bagaimana keadaannya nnti..tiada rawatan yg boleh di lakukan keatasnya sekarang.hanya doa dan tawakal pada Allah…

  50. zah,

    kandungan ke2 ku kini mencecah 18 minggu..dr mengesahkan anak dlm kandunganku tiada tempurung kepala..hanya Allah yg mengetahui perasaanku sebagai ibu..ttapi aku redha dgn qada dan qadanya..apa pun aku ttap akan truskan kandungan ini wlaupun aku menghidap diabetis..biar lah anak ini bersama dganku wlau smentara..aku akan sentiasa berdoa ada keajaiban yg akan berlaku kerana Allah lebih berkuasa,,untuk ibu2 yg senasib dgnku jgn la merasa tertekan dgan dugaan ini..berdoa la pd Allah kita dikuatkan..Allah hanya menguji hamba2nya yg mampu..ada hikmah yg kita tk tahu yg telah Allah tentukan untuk kita dimasa akan datang..InsyaAllah..

  51. aAssalamualaikum….maaf jika saya mengambil masa diruangan ini. Saya merupakan ibu kepada 6 org cahaya mata. Dan saya menghadapi 5 c section dalam melahirkan zuriat saya, mereka tak jauh jaraknya antara satu sama lain kalau ikutkan paling jauh jaraknya tak sampai 24 bulan. Peristiwa ini saya alami semasa saya mengandungkan anak yang ke lima. Saya tidak menjangkakan saya akan mengandung semula dalam tempoh yang terdekat setelah 3 kali operation. Tahu2 sahaja haid saya terlewat, pada mulanya saya rasa biasa saja kerana anak saya menyusu badan tetapi rezeki Allah, siapalah kita untuk menolaknya. Kandungan saya menjangkau hampir 2 bulan ketika saya mula merasa ada perubahan pada badan dan apabila saya mengunjungi doktor dan scan, dah terlihat sikecil bergerak2. Terkejut dan bimbang. Sepanjang 2 bulan yg sebelumnya saya mengambil pil kulat( bukan satu biji tapi sepapan dalam tempoh sepuluh hari bagi mengatasi masalah kulat yg saya hadapi) dan ubat cacing tanpa tahu yang saya mengandung. Selain itu ada juga ubat yang saya ambil untuk mengatasi sakit tulang belakang saya (chronic back pain) yg saya sering elakkan dari memakannya jika saya tahu saya mengandung. Allah sahaja yang tahu kebimbangan saya. Ada diantara pil2 ini dilarang untuk ibu yg disyaki mengandung dan ibu2 mengandung kerana boleh menakibatkan kecacatan pd janin terutama diawal mengandung. Doktor menasihatkan saya untuk membuat pilihan demi keselamatan saya dan masalah yg mungkin timbul dari ubat-ubatan tersebut. Gugurkan. Saya tahu demi keselamatan saya kerana saya telah melaui 3 kali operation terdahulu dalam jarak masa yg amat singkat, mengandung lagi bukan pilihan terbaik, ditambah lagi dah termakan ubat yg tak se[patutnya dimakan semasa mengandung. 1 minggu saya macam nak gila memikirkannya..menangis setiap hari….rasa nak gugur jantung bila memikirkan nak bunuh baby yg kita dah tahu ada dlm rahim kita dok bergerak2 aktif. Akhirnya saya pasrah, ketentuan hidup dan mati ditangan Allah. Setiap kejadian makhluk adalah didalam kekuasanNya. Siapa kita untuk menghalang apa yang Allah dah tentukan, dan sesungguhnya apa yg Allah tentukan ada hikmah disebaliknya. Saya berserah padaNya, saya akan usahakan yang terbaik untuk menangani dengan bantuan dari Allah. Saya nyatakan pada doktor segala risiko adalah dalam tanggungan saya. Jika Allah tentukan saya kembali padaNya disebabkan kandungan ini saya redha, bagaimana pun anak ini saya redha, namun saya mohon padaNya janglah Allah uji saya dengan sesuatu diluar kemampuan saya. Alhamduilillah Allah makbulkan doa saya. Semuanya selamat biarpun dugaan sepanjang mengandung amat berat untuk dilalui. Terima kasih ya Allah kerana beri kekuatan pada saya untuk melaluinya. Terima kasih ya Allah kerna redha pada saya. INSYALLAH….Allah pasti bantu kita semua kerana tugas kita amat mulia sebagai ibu….doa kita Allah makbulkan kerana keistimewaan yang Allah beri pada kita ni. Jangan runsing, berserah padaNya atas setiap usaha yg telah dilakukan. Allah maha mengetahui segalanya yang kita hadapi. Semoga Allah merahmati kita semua dengan kurniaanNya yang terbaik didunia dan akhirat.

  52. saya telah hamil anak luar nikah.Pada usia kandungan saya mencapai 6 bln lbh,hal itu diketahui oleh kedua dua org tua sy..ibu bpa sy nak sy gugurkn kandungan kerana tidak mahu menerima teman lelaki sya ats alasn dia tiada kerja dan tidak dapat menyara keluarga..mereka telah membwa sya untk menggugurkan kandungan trsbt.Pda mulanya sy enggan kerana sy menyayangi baby tersbt..tetapi atas paksaan kedua dua org tua sy,sy melakukn pengguguran kelahiran dgn mempercptkn kelahirannya..dijangka baby tersbt akn keluar dr rahim sy selama tga hry..tiap2 mlm sy mnangis agr baby tersbt tdk akn lahir,malahan sy ingn mengmbl keputusan untk bunuh diri je drpd hrus berpisah dgn baby.Pda 29 mac 2011,bayi saya meninggal dunia sejurus selepas lahir dan hnya hdup satu jam saja..yang pla sya sesali,sya lnsg sy tak mendukng,memeluk mahupun menciumnya sebelum dia pergi untk slamany..sampai skrg .sy msh blm dpt trima kepergiannya..sy trus menyalahkn dri ats semuanya..tman lelaki sy itu memang ingn mnikahi sy,ttap mslhny ibu bpa sy tdk merestuiny..apa yg ptt sy buat untk trima kepergian ank tersyg sy itu?

  53. assalamualaikum

    sy telah hamil 26 minggu dan akan masuk ke 27minggu pada 1 oktober 2011 ni..masalah sya sekarang..bayi saya disahkan mengidap anencephaly pada minggu lepas..mulanya sya dan suami hnya mahu memastikan jantina n jantung ank kami shj…ini merupakan anak pertama kami…sya sangat terkejut..namun saya redha…mgkin ini ujian buat sya..namun apa yg saya kesalkan saya dapt tahu ttg byi sya dah terlalu lewat…dokte pakar yg sya jmpa tu berbangsa india..dia mencadangkan sya untuk melakukan bersalin awal..(bukan pengguguran) ini kerana risiko bersalin awal lebih rendah berbanding besalin cukup 9 bulan dimana kemungkinan byi xdapt survive n mgkin mati dlm perut…dokte jgk beritahu yg agak sukar melahirkan bayi yg tiada tempurung kepala pada usia 9 bulan…dokte jgk memberitahu sya dan suami kebykan byi anencephaly mmg tiada yg hidup selepas dilahirkan…saya amat tertekan…bukan kerana xdapt menerima keadaan byi sya..tp sya xmampu n x sanggup utk mengandungkan anak sehingga 9 bulan sekiranya sya tahu sya x berpeluang utk menjaganya….hri2 sya wat solat hajat mtk sya yakin dgn keputusan…sya xmampu utk pergi bekerja n buat2 tiada apa yg berlaku..sya sygkan ank sya…adakah berdosa jika sya lahirkannya awal seperti yg dorencanakan dokte?? sya dah jmpa 3 org dokter setakat ini…n jawapan mereka tetap sama..pilihan pada saya…n result kelahiran anak sya setelah lahir nanti pn ttp sama…dia xdapat survive…sya byk mencari info ttg ank sya memalui internet n bertanya pendpt pada sedara mara n kawan2..ssh sya nk buat keputusan…terus terang sya x kuat utk kandungkan byi sehigga 9 bulan…setiap kali dia bergerak…saya akan menangis,,sya kesiankan dia…tp jika sya bersalin awal,,,dia kemungkinan akan mati awal…adakah sya dikira pembunuh??….

  54. Salam Pn Atie…Bersabarlah dalam menghadapi ujian ini.Keputusan di tangan puan. bulan Mei yang lalu saya juga telah melahirkkan bayi anencephaly semasa umurnya hampir 6 bln dlm kandungan. Memang berat untuk membuat keputusan..saban hari saya menangis..hilang semangat untuk meneruskan kehidupan. Saya juga ada bertanyakan kpd ustaz2 tentang hal ini. Daripada jawapan mereka saya faham bahawa seboleh2nya mereka mahu saya meneruskan kandungan selama 9 bln..dlm masa yg sama ada juga yg menyatakan saya wajar bersalin awal ( saya tak sanggup menyebut perkataan menggugurkan kerana itu seolah-olah saya tidak menyayangi bayi tersebut) bagi mengelakkan komplikasi kpd saya dan juga tekanan emosi. Akhirnya bayi tersebut saya lahirkan juga..walaupun dia dilahirkan tak cukup bln dan langsung tidak membuka matanya, saya terkejut kerana dpt mendengar sedikit rengekan sebaik sahaja doktor menyerahkan bayi tersebut kpd saya . Dia juga sempat hidup lebih kurang 7jam sebelum disahkan telah tiada. Jenazahnya kami uruskan spt biasa, mandi, kafan dan kebumikan di tanah perkuburan. Saya redha dengan pemergiannya dan saya mengharapkan agar dia menunggu saya di sana. kini saya lebih tenang..walaupun selalu mengingatinya namun kesedihan itu telah berkurang kerana saya yakin dia berbahagia di sana.Hanya doa yang dpt kami utuskan pdnya tanda kami tak pernah lupakan dia.
    Saya berharap puan bersabar dan dpt membuat keputusan yg terbaik buat puan dan suami. Semoga Allah kurniakan ketenangan dan kekuatan buat puan.Semoga kita menjadi insan-insan yang bertuah kerana terpilih menghadapi ujian sebegini.Hanya Allah yg Maha Mengetahui.

  55. Assalamualaikum..
    Saya dah berkahwin dan mempunyai 1 org anak berusia hmpr 2 tahun.. Smlm baru saya buat pregnancy test setelah sebulan tidak dtg period dan result adalah positif. Saya juga dpt menunaikan fardu haji pada tahun ini, pihak tabung haji tidak membenarkan org mengandung menunaikan haji.. Minta pendapat tuan ape yg perlu saya lakukan.. saya betul2 dlm dilema.. berdasarkan HUKUM, saya memilih utk menyelamatkan kandungan ini tp dlm masa yg sama saya juga ingin menunaikan fardu haji bersama ayah ibu yg uzur dan memerlukan saya utk teman..

  56. Assalamualaikum…
    Saya nor. Saya telah mempunyai 2 orang anak lelaki yang berumur 6 tahun dan 1 tahun 7 bulan. Kini sy mengandung lagi dan kandungan sy sekarang masuk 18 mgu. Pd 22 julai yg lepas sy disuruh oleh dr utk buat detail scan. Hati sy mmg tertanya-tanya kenapa perlu buat detail scan padahal 2 org anak sblm ni x pernah. Alangkah terkejutnye sy apabila dr sahkan anak sy anencaphaly. Sy mmg xde knowledge ttg anencaphaly dan sy rase mcm mimpi jer. Sy tanye dr sekali lg n esoknye sy dtg semula utk confirmkan dgn dr. Sy x tahu nak fikir ape. Sy hanya mampu menangis dan serahkan diri pd Allah, minta diberikan petunjuk. Sy x tahu nak buat ape skarang…samaada nak lepaskannye pergi awal atau biarkan die bersama sy smpi 9 bulan. Sy sgt buntu skarang dan amat berharap ada rakan-rakan sudi berikan sokongan n pendapat. Sesungguhnya sy amat sygkan kandungan sy ini n dr kate kemungkinan besar anak sy perempuan. Kejamkah sy klau sy lepaskan dia lebih awal? YA ALLAH, bantulah hambamu yg lemah ini…..

  57. Assalamualaikum tuan, sya kini hamil 18 minggu & merupakan anak kelima saya…Tuan, sebelom saya tahu saya hamil, saya mengalami kitaran haid tidak normal…saya ada mengambil jamu kampung untuk menyihatkan sakit2 badan & alangkah terperanjatnya saya apabila saya membuat ujian kehamilan, sy disahkan mengandung 2 bulan…sy trus menghentikan pengambilan jamu kampung tu…disini saya mohon penjelasan dari pihak tuan, apakah ada kesan sampingan pada kandungan ini yg boleh mendatangkan apa2 kecacatan? penjelasa dr pihak tuan, amat2 sya hargai & moga allah membalas segala jasa baik tuan…terima kasih….

    Linda

  58. salam kpd pmbc sekalian,
    Sy telah brkahwin pd thun 2008…dugaan yg sy terima sgt berat shinngakan pd suatu ketika sy rs tdk sggup untuk mghadapinya lg,anak pertama sy meninggal dlm kandungan smsa kndungan 4 blan lebih,sy reda walaupun sedih yg amat sgt,bbrpa bulan selepas itu sy pgnant lg pd mulanya tiada sbrg masalah sehinggalah sy buat scan di klinik kesihtn, dr tu ckp xdpt ambil ukuran kepala bby then dia refer sy ke hospital krjjan dan disitulah dr cunfirmkan yg baby sy anencephaly sy menangis n xdpt nk gmbarkan kesedhan sy ms tu,petangnya sy pg jumpa pkr o&g di hosp swasta beliau pun mgesahkan benda yng sama sy pg lagi untk 3rd opinian n he said the same thing.dr india d hosp kerajaan srh gugurkn n dh set apoinment utk sy masuk ward,tp sy x pegi ,sy bincg dengn husband,keluarga n tya ustaz2,kandungan dh lebih 120 hr so sy xgugurkan,n tggu bby lahir, dlm tempoh tersebut sy stress tp msh bleh d kawal, sy brperg dgn perasaan sendiri,walauapapun sy tabah dan cekalkan ht n plg utama kena byk SABAR.Akhirnya pd 10 Jan 2010 sy melahirkan bayi yg comel (Muhammad Ilham Iftikhaar b Sazali) dgn berat 2.45 kg pd pkul 7.02 ptg,tiga hr selepas itu dia prgi meninggalkan sy n suami buat selama- lamanya,smpai skg sy msih xda anak lg dan berasa takut utk pgnant.Saya bermohon dan brdoa pada ALLAH supaya dikurniakan zuriat yg sihat dan sempurna selepas ini.inilah ujian yg telah sy lalui,semoga masih ada sinar utk sy n suami ,jd kpd ibu2 d luar sana tabah dan sabarlah menghadapi ujian dariNYA.Semoga sy dpt brjumpa dgn anak2 sy di akhirat kelak.

  59. salam…sya trisya ingin bertanya seawal usia berapa minggu kita boleh melakukan test dna terhadap janin yang berada di dalam kandungan..

  60. Assalam, kepada semua ibu-ibu yang melahirkan anak anencephaly…adakah ia secara normal atau caesarean? adakah apa-apa komplikasi semasa mengandungkan bayi anencephaly selama 9 bulan? Tq

  61. salam semua..pertamanya alhmdulillah sy diberi peluang skali lg utk mencoretkn sesuatu di dlm ruangan ini.sblm ni,sy pernah post ttg mslh sy yg bertarikh 25 july 2010..arwah bb sy tlh meninggal pd tarikh 2 ogos 2010 secara normal tnpa mngmbil sebrg ubtan.ketika itu arwah berusia 6bln.x mampu sy nk ceritakn bagaimana tertekannye ketika berpntang,tnpa suami dgn bgkak susu.Allahuakbar.tp alhmdulillah ,Allah itu Maha Penyayang,pd bln Dis,sy disahkn mngndung dan pd 24 ogos 2011 sy slmt melahirkn seorg bb lelaki yg diberi nama umar zulqarnain melalui czer.pd ms skrg,sy sdg d dlm pntang,hari ke 39,juga seorg bb lelaki diberi nama uthman affan juga melalui czer..dua2 disbbkn sgsang.apa yg sy ingin katakn d sini,stiap ujian yg Allah berikn kpd kite adalah mngikut kemampuan kte dan kte msti yakin yg Dia akn gantikn kpd kte yg lbh baik sbg satu gnjaran d ats ketabahan dan kesabaran kte.igtlah,jika kite kehilangn ank,die merupakn ‘saham’ kte d sana nanti.bykkn berdoa dan bersgka baik kpdNya.wallahua’alam

  62. I SEMUA…

    HI SAYA ADA MENJUA PIL ORIGINAL CYTOTEC BAGI YANG MERANCANG KELUARAGA / CUCI RAHIM DARI USIA 1HARI -3BULAN

    *Anda pasti puas hati 100% gugur (duit akan dpulangkan sekiranya tidak gugur) PM/Sms 0176878077 KL AREA

    *1 bulan =RM 210
    *1 bulan lebih =RM 280
    *2 bulan =RM 360
    *2 bulan lebih =RM 410

    #HANYA MENAWARKAN PADA YANG DH MENDIRIKAN RUMAH TANGGA

  63. I SEMUA…

    HI SAYA ADA MENJUAL PIL ORIGINAL CYTOTEC BAGI YANG MERANCANG KELUARGA / CUCI RAHIM DARI USIA 1HARI -3BULAN
    *Anda pasti puas hati 100% gugur (duit akan dpulangkan sekiranya tidak gugur) PM/Sms 0176878077 KL AREA

    *1 bulan =RM 210
    *1 bulan lebih =RM 280
    *2 bulan =RM 360
    *2 bulan lebih =RM 410

    #HANYA MENAWARKAN PADA YANG DH MENDIRIKAN RUMAH TANGGA

  64. salam, diharap ruangan ini msh aktif..sy nk bkongsi pengalaman,sy genap 100hr bepatang.ank sy dlahirkn secra czer dn ckp sifat dn dsahkn mehidap konginatel malformation smpat hdup dlm 3hr. amat pedih smsa kandungan didapati sht tetapi sonsang..dr mengatakan faktor genetik dan sy msh lg dilema utk mengandung lg..sy tkt keadaan sma berulang..

  65. as salam sy igt berkongsi n meminta pendapat.. saya berumur 35thn… yg ni ank ke3 ari ni usia kandungan saya 25mgu dan dsah kan baby tdk normal lissencepaly ventriculomegaly, celft upper lip bilateral, heart left hypoplastic heart syndrome minimal flow into lv n bnyk lg yg blh mengakibatkn baby tdk dpt hidup lama… saya dnasihatkn doct pakar utk tamatkn kandungan… sy nak minta pendapat dr sudut agama patut tak saya tamatkn sahaja atau tgu sampai masanya bsalin nnt… sememangnya saya tdk kuat dlm menempuh dugaan ini

  66. salam. saya ingin meminta pendapat tuan berkenaan keadaan kandungan saya sekarang. kandungan saya berusia 5 bulan dan baru2 ni dr telah diagnose keadaan saya as tak ada air ketuban (anhydroamnios). setelah dibuat detail scan oleh 2 org pakar O&G yang berbeza, anak yang dikandung disahkan tak ada kedua belah buah pinggang. Dr memberi saya option untuk terminate atau meneruskan pregnancy, kerana anak yg dikandung tidak mempunyai harapan untuk hidup (kerana paru2 tidak berkembang disebabkan ketiadaan air ketuban, dan tiada kedua belah buah pinggang). Dr juga mengatakan bahawa “prognosis is grave” and survival chance bagi baby adalah nil. Sy sangat sedih dan tertekan. Apakah hukum sekiranya saya menggugurkan kandungan ini. Adakan berisiko sekiranya saya melahirkannya cara normal kerana saya tida air ketuban untuk membantu proses bersalin. Diharap tuan dapat memberi pendapat. Terima kasih.

  67. Assalam, di usia kandungan saya 19 minggu doktor pakar mngesahkan bayi saya adalah anecephaly. Saya decide untuk gugurkan kandungan dengan sokongan doktor pakar seminggu selepas itu atas rasa tidak mahu tunggu lama di sebabkan keadaan bayi yang semakin besar. Saya telah menjalani abortion secara ceaserean sebab telah 2 kali menjalani ceserean sebelum ini. Saya fikir dengan menggugurkan kandungan secepat yang mungkin, boleh menenangkan hati saya, rupanya tidak. Saya di hantui perasaan bersalah yang amat sangat, dan sejak gugurkan kandungan hati saya tidak tenang dan tiada sehari pun saya tidak menangis mengenangkan bayi anen saya yg telah di gugurkan. Saya rasa kesal yang amat sangat sebab tidak cuba kandungkan bayi saya sehingga full term dan menunggu hingga saat bayi saya di panggil ilahi. Kepada puan2 di luar sana yang mengalami keadaan seperti saya, jika kesihatan mengizinkan kandungla anak itu sehingga ajal menjemput die sendiri kembali kepada pencipta (allah). Saya tidak tahu sampai bila saya akan di hantui rase bersalah. Setiap kali terpandangkan gambar bayi anen saya, saya tidak dapat menahan rase sedih yang amat sangat. saya berdoa semoga allah ampunkan dosa saya, dan moga anak anen saya akan maafkan saya sebab tidak cuba kandung die sampai full term. Saya tidak dapat maafkan diri walaupun saya sedar hukumnya harus dan dibenarkan dalam islam untuk digugurkan. Sememangnya saya tidak kuat hadapi ujian allah ini, saya selalu mengenangkan ia adalah kifarah yang allah bagi atas dosa2 saya yang telah lalu….

    • salam heartbroken8. saya rasa terpanggil untuk bagi kata2 semangat pada puan. saya pun ada pengalaman seperti puan, dan saya telah menjalani induction of labor semasa bayi saya 24 minggu. saya tak guna perkataan gugur sebab bunyi nya macam kita tak syg dia, di kala sbnrnya perasaan sayang sebagai ibu tu mmg menebal walaupun dia masih kat dalam kandungan. Pada mula nya mmg terasa amat sedih, tp kita kena tabah puan. ini bukan salah puan, kalau puan tunggu sampai full term pun puan takkan dapat merubah apa2 sebab semua ini dh ditakdirkan Ilahi. saya tahu jauh dalam dasar hati saya dia tetap anak saya, dan saya yakin dia akan menunggu kita di syurga. saya rasa bertuah sbb Allah bagi pinjam dia untuk menetap kat rahim saya walaupun sekejap cuma. dia anak istimewa, dan bukan semua org di uji dengan ujian hebat mcm ni. tak pe lah kalau dia bukan amanah kita kat dunia ni, saya tetap anggap di dunia akhirat dia tetap anak kita. tetap kan hati, bersabar banyak2, ingat pada keluarga yang masih hidup dan mengharap kasih sayang dari kita.

      saya harap puan dapat go through this. it has been difficult for me, but I pray that you will find your happiness in small things happening in your life. Al-fatihah untuk anak syurga kita.

  68. Salam dayang, terima kasih atas kata2 semangat itu dan saya kagum dengan ketabahan awak. Bayi awak lagi besar dari bayi saya allahuakhbar.. tidak dapat saya bayangkan. Setiap kali saya patah semangat, saya akan pandang muka anak2 sy yg lain, dan di situ hati sy akan tenang kembali, tetapi apabila saya teringat bayi anen sy, sy akan mula sedih kembali. Saya juga dinasihatkan doktor pakar utk tidak cuba mengandung semula dlm masa terdekat disebabkan operation dan ini menambahkan keperitan saya.

    Sy juga tidak pasti samada sy mmg cuma sedih atau mengalami depression kerana setiap kali keluar rumah dan terpandang bayi orang lain mesti hati saya jadi amat sayu. Sesungguhnya dugaan ini amat berat untuk kita, ujian yang tidak kita sangka2 akan datang..

    Saya berharap suatu hari nanti saya juga dapat memaafkan diri sy dan terima dengan sepenuh hati ketentuan ilahi ini. Siapala kita nak mempersoalkan apa yang allah nak bagi atau ambil kembali…

    • sy tak tabah heartbroken8, memang terusik juga perasaan bila diuji hebat mcm ni, cuma siapalah kita nk mempersoal takdir Allah. Dia lebih tau apa yg terbaik untuk kita, dah apa yg terbaik utk anak istimewa kita. 🙂 awal2 mmg akan terasa sedih bila tengok baby lain. bila discaj wad, mmg sgt pilu mengenang baby yg dh takda when ibu2 yg lain bawak baby masing2. tapi pengalaman ni akan buat kita lagi kuat puan, insyaAllah. and it serves as a reminder yang takda satu pun didunia ni kekal. semua sementara, termasuk lah org yg kita sayang. jadi pengalaman ni membuatkan saya lebih menghargai org sekeliling yg di sayang.

      puan, healing takes time. the puan bagi ruang dan peluang pd healing process tu berlaku ek? cuba untuk berfikir yg indah2, mcm betapa anak itu beruntung kini dia d sisi Ilahi, dan betapa anak itu istimewa sebab dapat ke syurga Allah. apa2 pun dia tetap anak kita.

      take care!

  69. Assalamualaikum.

    Tuan,

    Saya dan isteri kini menetap di glasgow, scotland kerana isteri saya sedang melanjutkan pelajaran disini.

    Isteri saya kini sedang hamil 20 minggu dan pihak hospital telah mengesahkan bahawa kandungan isteri saya menghidapi sindrom hypoplastic left heart( kegagalan jantung sebelah kiri untung develop ).

    saya telah merujuk dengan pasukan pakar kardiovaskular disini dan pihak pasukan tersebut telah mengesahkan sindrom tersebut dimana kami telah diberikan 2 pilihan iaitu :

    1. menamatkan perjalanan kandungan
    2. teruskan kandungan tersebut dan bayi tersebut hanya akan bertahan paling lama 2 minggu mengikut rekod perubatan di dunia akibat kegagalan jantung berfungsi.

    saya ingin bertanya, di dalam kes ini dengan adakah jika kami memilih untuk menamatkan perjalanan kandungan tersebut dibolehkan? ini kerana bayi tersebut memang tidak akan dapat meneruskan kehidupan yang panjang selepas dilahirkan.

    hanya allah swt yang tahu betapa berat dugaan kami hadapi dan besarlah harapan kami agar mendapat maklumbalas dengan kadar segera daripada pihak tuan.

    sekian, terima kasih

    MOHD IZWAN

    Abul Harith: Wassalam Tuan Izwan. Didoakan Tuan dan isteri tabah atas ujian yang menimpa keluarga.

    Hypoplastic Left Heart Syndrome dikategorikan sebagai Lethal or Potentially Lethal Malformation. Maka sebagaimana diterangkan oleh pasukan pakar yang Tuan berjumpa, maka terserah kepada Tuan dan isteri untuk memutuskan antara pilihan yang diberi.

    Syor saya ialah Tuan mendapatkan pendapat kedua dari pakar fetomaternal yang lain supaya lebih yakin dan menenangkan hati. Kemudian dapatkan juga pandangan pakar merawat tentang tentang pro kontra antara menggugurkan atau melahirkan janin. Dalam sesetengah kes, melahirkan janin ketika cukup 9 bulan lebih bawa mudarat kepada ibu berbanding menggugurkannya di awal kandungan, ataupun mungkin sebaliknya berlaku.

    Semoga Tuan diberi ketenangan dalam membuat keputusan. WaLLAHu a’lam.

  70. terima kasih dayang atas kata2 semangat. saya masih menangis sampai ke hari ni tak terdaya terkenangkan bayi saya.. mmg benar la healing takes times.. kalo tertekan sangat mmg link ni yg saya buka baca kembali mmg sangat membantu allahuaakhbar.. semoga kita semua tabah menghadapi ujian dari NYA..

Leave a Reply to LinaCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *