Ganti Puasa Wanita Mengandung

Soalan: Saya mempunyai satu kemusykilan. Isteri saya semasa Ramadhan nanti dia akan mengandung 7 bulan tetapi dia tidak lg lengkap mengqadha’ puasanya yang lepas.

Soalannya:

1) Jika dia tidak mampu untuk mengqadha’kan puasanya sekarang, adakah boleh dia mengqadha’ puasanya selepas bersalin nanti (selepas raya)? Ini kerana sekarang dia bimbang akan merasa keletihan yang amat sangat apabila berpuasa.

2) Adakah perlu membayar fidyah (menurut pendapat 4 mazhab)?

Diharap mendapat pencerahan secepat mungkin.

Jawapan:

1) Kalaulah pada bulan Ramadhan bukan wajib berpuasa padanya, boleh berbuka kerana uzur mengandung, maka pada bulan selain Ramadhan adalah lebih aula untuk boleh baginya menangguhkan qadha’nya. Jadi, diharuskan untuk menangguhkan qadha’ Ramadhan sehingga hilang keuzurannya.

2) Sekiranya ditangguhkan qadha’ ramadhan sehingga tahun berikutnya, disebabkan oleh uzur seperti sakit sepanjang tahun, atau hamil, atau menyusu sepanjang tahun, maka tidak dikenakan fidyah. Yang wajib hanyalah puasa.

Tapi kalau menangguhkan puasanya tanpa uzur, ada 2 pendapat:

Pertama: Wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan kepada seorang untuk satu hari. ini pendapat jumhur ulama, Maliki, Syafie, Hanbali, dan diriwayatkan daripada sebahagian sahabat dan tabien.

Kedua: Tidak perlu membayar fidyah. ini pendapat mazhab Hanafi. Dan ditarjihkan oleh Syeikh Soleh Uthaimin, kerana tiada dalil sahih yang mewajibkan membayar fidyah. Maka kembali kepada hukum asal, iaitu tidak dikenakan apa-apa fidyah.

Wallahu A’lam.

Sumber : Soal Jawab Agama, http://abuumair1.wordpress.com/

One comment

  1. Salam,

    Saya perlukan kepastian bagi “menangguhkan puasa tanpa uzur”. Betul kah kalau saya assume maksudnya kalau kita tak datang haid, nifas, mengandung, susukan anak pada sesuatu hari dan tidak pula mengganti puasa pada hari itu.

    Abul Harith : Wassalam Ummu Umar, terima kasih atas kunjungan.

    Benar seperti apa yang Sdri fahami. Dibenarkan tangguh ganti puasa bagi yang mempunyai keuzuran sahaja seperti haid, nifas, mengandung dan menyusukan anak. Jika tiada keuzuran yang disebut, maka perlulah ganti puasa Ramadan yang telah ditinggalkan secepat mungkin. Kerana amat mustahil seseorang haid atau nifas sepanjang tahun, melainkan dia terlampau penat ketika mengandung atau menyusukan anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *