Doktor Merawat Pesakit Berlainan Jantina

Soalan : Apakah hukum rawatan lelaki terhadap wanita dan sebaliknya mengikut 4 mazhab utama.

Jawapan :

Rawatan lelaki terhadap wanita dan sebaliknya adalah diharuskan tertakluk kepada beberapa syarat berikut:

i. Tidak ada perawat di kalangan sejenis.

ii. Merawat di tempat yang perlu dan berkaitan sahaja serta menutup anggota-anggota yang lain.

iii. Ditemani oleh mahram atau orang yang thiqah (yang amanah)

iv. Kepakaran hanya dimiliki oleh perawat itu sahaja.

v. Perawat mestilah seorang yang amanah dan bertanggung jawab.

Sumber : disunting dari soal Jawab Agama JAKIM, http://baheis.islam.gov.my, Nombor Rujukan – PANEL 100407

2 thoughts on “Doktor Merawat Pesakit Berlainan Jantina”

  1. Assalamu3laikumwbt.

    Soalan saya, berhubung kenyataan ”tidak ada perawat di kalangan sejenis”.Isunya begini, sejauh mana kita perlu cari perawat sejenis tu?

    Maksud saya, dalam skop yang bagaimana?
    Cari dari satu hosp?klinik ke hosp/klinik yg lain? dan sampai dalam keadaan yang bagaimana (kecuali emergency) yang membolehkan kita isytihar, ”dah takde perawat sejenis?”

    Terima kasih.

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Hawarim,

    Tuntutan ‘mencari perawat sejenis’ adalah bergantung kepada kemampuan. Kerana kemampuan setiap orang adalah berbeza.

    Ada yang ‘lebih duit’, dan mampu ke hospital swasta ataupun ke tempat yang lebih jauh untuk mendapatkan rawatan dengan doktor pakar sama jantina seperti dalam kes bersalin. Namun tidak dinafikan, ramai juga yang hanya mampu ke hospital kerajaan dan menerima sesiapa yang dipertugaskan menyelamatkan anak isteri kita terutamanya dalam kes kecemasan sedemikian.

    Islam tidak memberatkan umatnya, apatah lagi ketika dalam kecemasan. Cukuplah bagi kita berniat dan berusaha yang terbaik dalam ruang lingkup kemampuan kita. Maka yang selebihnya kita serahkan pada ALLAH yang Maha Mengetahui isi hati hamba-NYA.

  2. assalamualaikum,

    bagaimana perspektif islam bg doktor lelaki muslim yg memilih pakar sakit puan sebagai bidang kepakarannya? persoalan, adakah ianya keperluan untuk seorg doktor lelaki memilih bidang ini?

Leave a Comment

%d bloggers like this: