Soalan: Isteri saya mengalami masalah kegemukan. Saya berhasrat ingin menghantar dia ke pusat rawatan menguruskan badan. Masalahnya, kebanyakan pusat-pusat menguruskan badan yang baik dikendalikan oleh wanita-wanita berbangsa Cina (bukan Islam). Mungkin timbul di sana masalah aurat terdedah semasa rawatan. Apakah hukum mendedahkan aurat kepada bukan muslim untuk tujuan rawatan seperti di atas.?

Jawapan:

Pertama, saudara perlu tahu had aurat seorang lelaki dan wanita. Mereka tidak boleh membuka aurat atau membenarkan ia disentuh kecuali atas sebab yang dibenarkan dalam syarak. Aurat paling berat ialah qubul dan dubur. Manakala aurat paling ringan seperti kedua-dua belah peha lelaki terdedah sesama mereka.

Kedua, menurut kaedah usul fikah diharuskan melakukan perkara yang diharamkan dalam syarak sekiranya boleh mendatangkan mudarat. Oleh itu, diharuskan membuka aurat untuk tujuan menguruskan badan kerana kegemukan boleh mendatangkan pelbagai penyakit. Ulama tidak berselisih pendapat mengharuskan doktor lelaki melihat aurat pesakit wanita. Begitu juga sebaliknya dengan syarat mereka hendaklah amanah dan menutup keaiban pesakit itu.

Cadangan saya agar saudara mendahulukan doktor perempuan atau pusat perubatan Islam sebelum menemui doktor lelaki atau pusat perubatan bukan Islam. Setelah berusaha, tidak mengapa menggunakan perkhidmatan mereka. Wallahu a’lam

Sumber : Soal Jawab Agama ALAF 21, http://agama.zonalaf.com.my

4 Comments

  1. saya mengalami darah istihadah yang agak panjang iaitu lebih kurang dua bulan.. adakah ubat yang sesuai saya ambil untuk menghentikan pengaliran darah istihadah? apakah kesannya? adakah hubungan intim boleh dilakukan ketika ada darah istihadah?

    Abul Harith : Terima kasih Sdr. Norhayati atas soalan.

    Istihadah (keluar darah penyakit) adalah disebabkan pelbagai punca. Ia boleh jadi kanser, luka dalaman, jangkitan, ketidakseimbangan hormon atau ketumbuhan. Maka ubat dan rawatan yang sesuai adalah mengikut punca pendarahan tersebut.

    Jadi, tiada mana-mana doktor dapat memberi nasihat, rawatan & prekripsi melalui web tanpa bersemuka. Ia menyanggahi etika perubatan.

    Mengenai hubungan intim, ia juga bergantung kepada sebab pendarahan itu. Jika tiada kecederaan, jangkitan atau kanser di sekitar sistem reproduktif tersebut, maka tiada masalah untuk meneruskan hubungan intim.

    Walaubagaimanapun, Puan sangat disyorkan berjumpa doktor pakar untuk mengetahui punca masalah Puan, mendapatkan ubat yang betul dan nasihat untuk terus melalui hidup suami isteri seperti biasa. Itulah yang sebaiknya.

    WaLLAHu a’lam.

  2. Assalamualaikum…

    Saya pelajar fisioterapi….
    sebelum saya masuk U..dan apply kos ni..
    sy x penah tau ape die itu fisioterapi..
    dan apabila sy apply diantara bnyk2 kos ,ditakdirkan sy dpt memasuki kos ini..
    sy dgn rela hati memasuki kos ini..
    alangkah terkejutnya saya apabila diinform sistem pembelajarannya memerlukan pendedahan aurat…
    pd mulenye mmg x bleh nak terima..
    tetapi lme kelaman sy go on juge dgn niat utk belajar…n kalau la hal mendedahkan aurat ni sesuatu yg x patut haruskah sy quit dr mengambil kos ini??
    tp sy rse agak terlambat utk itu..
    n skang nih sye rse amat gelisah n musykil kerana selama ini sy beranggapan expose dgn niat utk belajar tu xpe..
    tetapi sy ade mendgr bahawa niat itu x akan sesekali menghalalkan cara…

    so, ape yg bleh sy lakukan di sini..
    sy x dpt nak elakkan hal2 ini kerana ianya merupakan suatu component yg amat penting dalam sistem pembelajaran kami…

    tlg sy..

  3. assalamualaikum.
    Saya berumur 33 thn.ada 2 org ank; 6 dan 9 tahun.Ujian pap smear saya baru2 ini -ok,tiada masalah. saya keguguran bulan Mac yg lalu tapi tak melalui dnc.Semenjak itu kitaran haid saya kurang stabil yg mana kadang2 keluar untuk tempoh hingga 15 hari. Jadi saya solat seperti biasa pada hari yg ke-16 -Tapi, pada hari ke9 suci dari haid ada sedikit darah berwarna seakan pink keluar. Saya berjumpa dengan pakar sakit puan.

    Dr.kata,saya alami masalah hormon tak seimbang .Jadi saya perlu ‘regulate’ semula kitaran haid saya ini dengan pengambilan ubat hormon yg mana selepas 5 hari makan ubat, saya akan dtg haid sekali lagi.

    Saya bertanya kpd dr.adakah akan keluar lagi darah ‘on-off’ selepas ini. Dan katanya, mmg begitu jika hormon tak seimbang dan darah yg keluar itu adalah dikira haid kerana dinding uterus saya tebal dan rahim saya bengkak sedikit.

    Masalahnya, adakah term haid yang dikatakan oleh dr itu = istihadah dlm fiqh wanita?.saya tak bertanya kepada dr. tu kerana dia non-muslim. Jika ia bukan istihadah, (kerana menurut dr.ia adalah saki-baki darah haid yg tak keluar habis akibat hormon tak seimbang) bila saya harus mandi wajib?..adakah selepas darah yg sedikit2 tu tak keluar lagi..atau tunggu selepas haid kedua datang iaitu selepas habis makan ubt selama 5 hari yg saya terangkan tadi. Harap penjelasan. Terima kasih.

  4. Salam mohon penjelasan saya brd dihospital dlm tempoh yg lama…dan dijadikn bahan untuk belajar ….aurat saya dibuka dihadapan pelajar lelaki juga saya terdiam ….. adakah saya berhak untuk tidak membenarkn doktor membuka perut saya dikalangan pelajarnya…

Leave a Reply to NorhayatiCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *