Darurat Berubat dengan Bahan Haram

Darurat dalam berubat, berlaku apabila terhalang kesembuhan sesuatu penyakit melainkan berubat dengan bahan-bahan yang diharamkan. Dalam hal ini para ulama fiqh berbeza pendapat. Ada antara mereka ada yang berpendapat berubat itu tidak dianggap sebagai darurat yang sangat mendesak seperti halnya makan ketika kebuluran.

Pendapat ini berdasarkan sebuah hadis Nabi yang mengatakan, “Sesungguhnya ALLAH tidak menjadikan kesembuhanmu dengan sesuatu yang DIA haramkan atas kamu.” (Riwayat Bukhari)

Sementara itu, ada juga yang menganggap keadaan seperti itu sebagai keadaan darurat, sehingga dianggap berubat dengan bahan haram apabila darurat itu sama seperti makan yang haram ketika kebuluran, dengan alasan bahawa kedua-duanya itu sebagai suatu keharusan untuk kelangsungan hidup.

Dalil yang dipakai oleh golongan yang membolehkan makan yang haram apabila berubat kerana terdesak, ialah hadith Nabi yang berhubung dengan kebenaran baginda untuk memakai sutera kepada Abdur-Rahman bin Auf dan az-Zubair bin Awwam lantaran penyakit yang dideritai oleh kedua-duanya, padahal memakai sutera pada dasarnya adalah dilarang dan diancam.

Jika dilihat, pendapat yang kedua lebih mendekati kepada jiwa Islam yang selalu melindungi kehidupan manusia dalam seluruh Syariat dan suruhannya. Tetapi kebenaran (rukhsah) dalam menggunakan ubat yang haram itu harus mengikut syarat-syarat berikut:

1.      Terdapat bahaya yang mengancam kehidupan manusia jika tidak berubat dengannya.

2.      Tiada ubat lain yang halal sebagai ganti ubat yang haram itu.

3.      Adanya suatu perakuan dari seorang doktor muslim yang dipercayai dan amanah dalam pemeriksaannya mahupun agamanya (i’tikad baiknya).

Kami katakan demikian sesuai dengan apa yang kami ketahui, dari realiti yang ada dari hasil penyelidikan doktor-doktor yang dipercayai, bahawa tidak ada darurat yang membolehkan makan barang-barang yang haram seperti ubat. Tetapi kami menetapkan suatu prinsip di atas adalah sekadar ikhtiyat’ (bersiap sedia dan berhati-hati) yang sangat berguna bagi setiap Muslim, yang berkemungkinan dia berada di suatu tempat yang tiada  ubat di situ kecuali yang haram.

Sumber : dialihbahasa dan disunting dari e-mail. 

* Pihak Fiqh Medic telah berusaha sedaya upaya menyunting artikel ini agar menepati anjuran Syariat Islam dalam isu ini. Terdapat kesulitan untuk meperolehi sumber sebenar. Wa biLLAHi Taufiq, WaLLAHu a’lam.

4 Comments

  1. Salaam.

    Jazakallah atas perkongsian. Sebenarnya isu ubat ini menarik, begitu juga dengan isu kapsul yang diperbuat daripada gelatin yang tidak dapat ditentukan asalnya (e.g tumbuhan atau haiwan).

    Saya menghadapi masalah yang sama apabila doktor di sini memberi preskripsi Amoxycillin-DP dalam bentuk kapsul. Sebelum ini, saya tidak terfikir akan halal haramnya kapsul sesuatu ubat sehinggalah ALLAH swt menghendaki kejadian sedemikian ke atas saya. Dan barulah saya tersedar, bagaimanakah keadaannya ubat-ubatan di Malaysia yang disediakan di dalam kapsul, adakah kapsul itu halal dimakan atau tidak?

    Pernah saya terbaca bahawa ada gelatin halal gred farmaseutikal yang dipasarkan, tetapi saya tidak pasti bagaimanakah keadaan di Malaysia.

    Moga perkongsian kisah ini dapat memberi manfaat kepada ummah.

    Moga ALLAH melimpahkan rahmatNYA ke atas kita dan memberi petunjuk yang lurus dalam setiap urusan.

    Wassalam.

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Amuh6, terima kasih & tahniah atas keprihatinan Sdr. dalam isu halal haram ubat-ubatan ini.

    Secara ringkas, masyarakat awam di Malaysia tidak perlu risau tentang isu ini kerana kita mempunyai pihak berwajib yang perlu mengawasi masalah ini seperti Kementerian Kesihatan, JAKIM, Jabatan Agama Negeri, Biro Pengawalan Farmasetiukal Kebangsaan termasuk juga Persatuan Pengguna Islam dan Persatuan Perubatan Islam Malaysia.

    Mengikut kaedah pula, umat Islam di negara majoriti umat Islam seperti Malaysia tiada tanggungjawab untuk memeriksa halal haram sehingga ke dasarnya kerana itu menjadi tanggunjawab pemerintah & autoroti yang dilantik. Selain itu, semua makanan (termasuk ubatan) di dalam negara Islam dikira halal melainkan dinyatakan sebaliknya. Jika ada yang haram di pasaran, maka pemerintah & autoriti akan dipertanggungjawabkan, manakala umat Islam awam dimaafkan.

    Bagaimanapun, saya akan panjangkan isu ini kepada pegawai farmasi Muslim agar mereka berhati-hati dan sentiasa mengawasi agar semua bahan ubat-ubatan di pasaran Malaysia bebas dari unsur haram. Buat masa ini, cukuplah kita yakin semua ubat-ubatan di Malaysia ini halal, tanpa sebarang ragu-ragu.

    WaLLAHu a’lam.

  2. assalamualaikum,.tahniah atas pembikinan web ini.semoga Allah merahmati..amiiinn.
    saya ingin bertanya,dalam perubatan moden skrg,pembuatan ubat adalh drpd drugs.bagaimana ubat-ubat ini dikira halal kerana Rasulullah s.a.w telah menyatakan,
    Jaabir, narrated that the Messenger (pbuh) said: “Whatever intoxicates in a greater quantity is also unlawful in a small quantity.”[At-Tirmithi, Abu Daud & Ibn Maajah].

    harap dapat membantu saya.syukran

  3. Whether it be a second income to treat the family or even just to help during this poor economical climate.
    Advantages of Internet marketing over traditional
    marketing. The way your site looks is just as
    big a deal as it would be if your customers were in your physical store.
    You – Tube is the third most popular website on the internet, and and it gets tons of traffic.
    If you would like to create a blog in order to promote affiliate products you may want to consider using Blogger.
    Where you can actually apply the latest marketing technique or SEO tip to see the results for yourself.
    This data allows you to then select which phrases you wish to start marketing for.

    They are instead primarily concerned with real solutions to their problems and benefits as they perceive them.

Leave a Reply to amuh6Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *