Darah Hitam Keluar Dari Kemaluan

Soalan : Sekiranya darah yang berwarna hitam legam keluar dari kemaluan seseorang tersebut selain dari darah haid, apakah darah tersebut? Adakah ia suatu petanda penyakit?

Jawapan :

Sekiranya darah yang berwarna hitam itu keluar ketika dalam tempoh haid, berserta sengal-sengal di bahagian perut dan pinggang seperti yang terjadi kepada sesetengah wanita ketika didatangi haid, maka ia termasuk kategori darah haid dan haram solat dan puasa.

Tetapi jika ia hanya datang sekejap-sekejap bukan masa haid, maka ia tidak termasuk kategori haid dan wajib solat dan berpuasa jika pada masa itu Ramadan. Darah haid mempunyai pelbagai warna, merah kehitaman, merah cair, kecoklatan kekuningan dan sebagainya.

Mengenai sama ada ia petanda penyakit atau tidak, perkara itu perlu merujuk kepada doktor. Tetapi, dari segi hukum, jika selain haid, solat wajib didirikan dan puasa juga wajib ditunaikan pada waktu yang telah ditetapkan. Bersihkanlah pakaian yang terkena cecair itu setiap kali solat dan berwuduklah bagi setiap solat yang hendak didirikan. Ini kerana, cecair itu najis dan membatalkan wuduk. Wallahu a’lam.

Sumber : Soal Jawab Agama ALAF 21, http://agama.zonalaf.com.my

11 Comments

  1. saya pelajar usia 15 tahun
    darah haid yang keluar berwarna hitam

    kira-kira berbahaya tidak?

    Abul Harith : Sdr. Sinta Putri,

    Sebahagian darah haid berwarna hitam. Tiada apa-apa masalah selagi darah itu mengalir sepanjang haid.

    Tapi jika keadaan sedemikian berlaku di luar waktu Sdr. haid, maka disyorkan Sdr. berjumpa doktor.

    Terima kasih.

  2. Isteri saya telah keguguran.selepas 3 hari dia telah kedatangan haid. tempoh haidnya 7 hari.selepas 7 hari haid itu masih ada lagi darah kehitaman. adakah itu darah haid atau darah kerana keguguran atau darah penyakit?

  3. السلام عليكم

    Doc, saya ada beberapa pertanyaan tentang masalah haid dan istihadhah. Sekiranya tidak keberatan, mohon penjelasannya.

    Berdasarkan kitab-kitab fiqh, disebutkan darah haid boleh berwarna:
    1. Kehitaman,
    2. Merah segar,
    3. Kekuningan, dan
    4. Kekeruhan

    SOALAN 1: Bagaimana pula dengan darah istihadhah?

    SOALAN 2: Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, bagaimana cara untuk membezakan istihadhah dan haid sekiranya darah yang keluar berwarna merah segar? Adakah cukup dengan bau?

    Disebutkan dalam hadits bahawa istihadhah adalah darah yang mengalir kerana penyakit.

    SOALAN 3: Apakah penyakit yang dimaksudkan dalam hadits tersebut? Adakah semua vaginal bleeding di bahagian O&G dianggap istihadhah?

    جزاك الله خيراً

  4. Salam,
    Period saya bulan ini lewat kurang seminggu tetapi hanya keluar lendir coklat yang sedikit setiap hari sehingga kini (sgt sikit seperti yg keluar bila period dah nak kering). Hari kedua ada rasa sengal2 sedikit tp kurang seperti masa period biasa, jadi saya anggap itu haid dan tak solat. Dah buat UPT tapi -ve. Adakah ini normal (tidak pernah berlaku), perlukah saya cek di klinik? Bolehkah hanya di klinik kesihatan biasa?

  5. salam,
    selama ni aturan period saya normal je. means setiap bulan darah haid akan keluar dan duration pon dalam 6-8 hari.
    bulan ni period saya datang seperti biasa and habis hari ke-7. masalahnya sekarang, tiba2 pada hari ke-10, darah tu keluar lagi. and darah yang keluar tu pula berwarna hitam. sedangkan selama saya period ni xpernah pula darah saya keluar berwarna hitam kecuali masa mula2 nk kena period.
    adakah masalah ni berpunca dari masalah hormone atau ada masalah lain? apa yang perlu saya buat cz saya rasa sangat risau sekarang sebab xpernah2 saya hadapi masalah macam ni

  6. salam, sye mmpunyai tnda2 hndak dtang haid tp skjp ade skjp xde adakh perlu mndi wjib ? Dan sahkah puasa sya? …(tlong bls dgan segera) pm kt fb pun x pe..(d’a akunight)

  7. Sejak puasa ni darah berwarna hitam pekat sering keluar. Pada mulanya sy berangapan itu adalah darah haid biasa, tp sehingga akhr ramadhan darah tersebut masih keluar lagi. Tp sy tetap menunaikan puasa dan solat seperti biasa. sy nk tanya adakah ini darah penyakit atau haid?

  8. saya nak tanye,saya ada keluar darah cair..dan darah tuh keluar,sikit je..tapi setiap hari..adakah itu darah penyakit??

  9. Bagaimana sekiranya saya mendapati bahawa haid saya tiada lagi kesan darah tetapi masih terdapat warna kuning coklat dan pada masa yang sama saya juga mempunyai keputihan. Jadi, adakah warna itu warna darah haid atau keputihan dan bolehkah saya berpuasa?

Leave a Reply to ms.xxlCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *