Mengeluarkan Darah Dari Orang Yang Berpuasa

Soalan : Adakah mengambil sedikit darah di siang bulan Ramadhan untuk pemeriksaan perubatan atau derma darah membatalkan puasa ? Dijawab oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin; Jika seseorang mengambil sedikit darah yang tidak menyebabkan tubuhnya lemah, maka hal itu tidak membatalkan puasanya. Darah boleh diambil samada untuk pemeriksaan kesihatan atau pemindahan darah kepada orang lain … Read moreMengeluarkan Darah Dari Orang Yang Berpuasa

Cuci Darah (Hemodialisis) Semasa Puasa

Soalan : Apa hukum mencuci darah (hemodialisis) bagi penderita sakit ginjal yang sedang berpuasa. Adakah dia harus qadha atau tidak ? Dijawab oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin; Dia wajib mengqadha kerana adanya tambahan darah bersih, dan jika ditambahkan zat lain, maka itu juga sebab pembatalan puasa. [Fadha’il Ramadhan, disusun oleh Abdurrazaq Hasan, pertanyaan no. … Read moreCuci Darah (Hemodialisis) Semasa Puasa

Memakai Contact Lens Ketika Puasa

Soalan : Saya ingin tahu hukum puasa apabila kita memakai contact lens. Apakah puasa saya terbatal? Jawapan : Di dalam Kitab Fiqh al-‘Ibadat, muka surat 191: “Puasa orang yang memakai kanta sentuh atau contact lens tidak batal kerana ia tidak masuk ke perut dan bukan kategori makanan atau minuman. Dibolehkan juga menitikkan sebarang ubat mata … Read moreMemakai Contact Lens Ketika Puasa

Khatan Bagi Pesakit Heamophilia Dan Kanak-kanak Cacat Akal

i. Pesakit heamophilia tidak diwajibkan berkhatan kerana proses khatan boleh membawa mudharat kepada pesakit. Walau bagaimanapun, aspek taharah bagi pesakit heamophilia perlu dipelajari dan diberi perhatian khusus oleh pesakit berkenaan untuk memastikan kesempurnaan bersuci dan kesahihan ibadah.  ii. Bagi kanak-kanak yang cacat akal, kewajipan berkhatan adalah bergantung kepada tahap kecacatan otak yang dialaminya. Gugur semua … Read moreKhatan Bagi Pesakit Heamophilia Dan Kanak-kanak Cacat Akal

Membesarkan dan Memanjangkan Zakar

Assalamualaikum, Ustaz, ana ada sedikit kemusykilan mengenai penggunaan ubat tradisional untuk memanjangkan/membesarkan saiz zakar lelaki yang semakin popular hari ini. Ada mengatakan hukumnya haram atas alasan mengubah ciptaan Allah s.w.t. Ada pula mengatakan tidak mengapa atas alasan kesihatan. Adakah alasan untuk menaikkan syahwat dibenarkan untuk membolehkannya? Bagaimana pula dengan penggunaan alatan-alatan seperti pump untuk tujuan … Read moreMembesarkan dan Memanjangkan Zakar

Tidak Mengapa Dilakukan Oleh Mereka Yang Berpuasa

Seseorang hamba yang taat dan memahami al-Qur’an dan as-Sunnah tidak akan ragu bahawa Allah mengkehendaki kemudahan bagi hambanya dan tidak menginginkan kesulitan. Allah dan Rasul-Nya telah membolehkan beberapa hal bagi orang yang berpuasa, dan tidak menganggapnya sebagai suatu kesalahan jika beberapa perkara tersebut dilakukan. Berikut adalah beberapa contoh perbuatan tersebut beserta dalil-dalilnya: 1. Seorang yang … Read moreTidak Mengapa Dilakukan Oleh Mereka Yang Berpuasa

Vaksin Lemak Babi, Doa kepada Non Muslim & Euthanasia

Berita Harian, 13 Okt 2002 Oleh MONA AHMAD KUALA LUMPUR: Penggunaan suntikan pelalian quadrivalent meningokokal (ACYW 135) diperbuat daripada lemak babi dibenarkan dalam Islam kerana ia sudah melalui proses transformasi yang menjadikannya bahan lain, kata Persatuan Perubatan Islam Malaysia. Presidennya, Dr Musa Mohd Nordin, berkata menerusi kaedah itu, gelatin diperbuat daripada tulang, kulit dan tendon … Read moreVaksin Lemak Babi, Doa kepada Non Muslim & Euthanasia

Hukum Khatan Lelaki & Wanita

Soalan : Assalamualaikum ustaz, mengenai hal berkhatan, dapatkah ustaz jelaskan secara terperinci hadis & dalil mengatakan hukum berkhatan bagi lelaki & perempuan ? Saya keliru ada mengatakan perempuan tak diwajibkan dikhatan. Adapun memberitahu perempuan dikhatankan pada bahagian yang sedikit saja. Jawapan : Wa’alaikumussalam, Dalil utama berkaitan ‘Khatan’ adalah خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر … Read moreHukum Khatan Lelaki & Wanita

Dedah Aurat Untuk Perubatan

Soalan: Isteri saya mengalami masalah kegemukan. Saya berhasrat ingin menghantar dia ke pusat rawatan menguruskan badan. Masalahnya, kebanyakan pusat-pusat menguruskan badan yang baik dikendalikan oleh wanita-wanita berbangsa Cina (bukan Islam). Mungkin timbul di sana masalah aurat terdedah semasa rawatan. Apakah hukum mendedahkan aurat kepada bukan muslim untuk tujuan rawatan seperti di atas.? Jawapan: Pertama, saudara … Read moreDedah Aurat Untuk Perubatan

Derma Organ Orang Meninggal Dunia

Soalan : Assalamualaikum… Apakah hukumnya kita mendermakan organ kepada orang lain? Adakah itu dibenarkan dalam Islam?. Jawapan : Menurut keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, menderma organ (seperti pemindahan mata dan jantung orang yang telah meninggal dunia) kepada orang yang hidup adalah dibenarkan (harus) dalam Islam dan di atas kebenarannya pertimbangan-pertimbangan berikut hendaklah diambilkira: Di dalam keadaan … Read moreDerma Organ Orang Meninggal Dunia

Hukum Euthanasia

Soalan : Assalamualaikum, Saya ingin mengutarakan soalan mengenai euthanasia. Adakah ia haram dalam Islam ?. Jawapan: Menurut Panel Kajian Syariah JAKIM Bil.PKS 5/18/PKS/97 bertarikh 10 -11 Jun 1997, membuat keputusan mengenai pertanyaan di atas adalah seperti berikut: i. Haram membunuh tanpa hak. Berusaha mempercepatkan kematian dengan memberhentikan rawatan atau mengambil ubat-ubatan (racun) adalah umpama membunuh … Read moreHukum Euthanasia

Pembedahan Mengikat Perut Untuk Menguruskan Badan

Soalan : Saya gadis berumur 23 tahun dan menderita lebih berat badan. Saya berhajat melakuan pembedahan untuk menjadikan perut saya lebih kecil dan mengubah laluannya terus kepada usus saya (gastrectomy). Ia pembedahan yang besar dan banyak kesan buruk seperti pembedahan lain. Soalan saya adalah, apakah mengubah laluan perut untuk mengelakkan makanan diserap oleh badan dikira … Read morePembedahan Mengikat Perut Untuk Menguruskan Badan

Gugurkan Bayi Kerana Sakit & Cacat

Soalan : Adakah dibenarkan untuk menggugurkan bayi atas perkiraan dia mengalami penyakit genetik atau pun cacat kekal apabila lahir? Bagaimanakah hal ini boleh ditentukan? Dijawab oleh Sheikh `Abd al-Rahmân al-Jar`î, Professor di King Khâlid University, Abhâ Jika ia sudah disahkan oleh sepasukan doktor yang pakar dengan bersandarkan asas keputusan ujian makmal dan klinikal bahawa janin … Read moreGugurkan Bayi Kerana Sakit & Cacat

Belajar Tentang Pengguguran & Penyakit Kelamin

Soalan : Satu artikel dikeluarkan Times UK baru-baru ini berkenaan menghadkan pengambilan pelajar perubatan Islam kerana bantahan mereka untuk belajar tentang pengguguran dan penyakit kelamin. Artikel tersebut menyatakan, “Kebanyakan pelajar membantah pengguguran, di samping yang lain menolak untuk merawat penyakit kelamin kerana itu adalah balasan kepada maksiat.” Satu kumpulan pelajar perubatan di Manchester University sedang … Read moreBelajar Tentang Pengguguran & Penyakit Kelamin

Soal Jawab Ringkas Sekitar Masalah Wanita dan Kelahiran

1. Mengazankan bayi Soalan: Apa yang harus diucapkan selepas bayi dilahirkan? Jawapan: Hendaklah dilaungkan azan pada telinga kanannya seperti azan untuk Solat, sebagaimana yang dilakukan Nabi s.aw. ketika Hasan anak Fatimah dilahirkan, agar kalimat pertama yang masuk ke telinganya adalah kalimat takbir dan tauhid. 2. Solat Jenazah bagi Bayi Gugur Soalan: Adakah bayi yang gugur … Read moreSoal Jawab Ringkas Sekitar Masalah Wanita dan Kelahiran