Berlatih Mengambil Darah Guna Pesakit

Soalan : Seorang doktor perlu belajar mengambil darah (melalui jarum) dari pesakit. Untuk mahir, dia perlu banyak berlatih. Sebahagian pesakit kadang-kadang berada dalam koma penuh yang kronik dan sakit mereka tiada harapan sembuh. Adakah kami berdosa jika kami berlatih dengan mengambil sedikit darah mereka yang langsung tidak membahayakan mereka, malah memberi manfaat kepada kami? Apakah ini dikira sebagai keperluan?

Jawapan:

Segala puji bagi ALLAH.

Adalah tidak dibenarkan untuk mengambil darah dari pesakit untuk tujuan belajar dan berlatih, walaupun pesakit tersebut tiada harapan sembuh, kerana ini akan membahayakan dan menyalahi mereka. Tapi jika pesakit waras dan sedar (compos mentis) dan memberi kebenaran untuk di ambil darahnya untuk kepentingan orang lain, maka tiada masalah berbuat demikian selagi mana tiada mudarat ke atasnya.

Sumber : Lajnah Tetap bagi Penyelidikan Ilmiah & Fatwa (70/25), http://www.islamqa.com

2 Comments

  1. Adakah roh akan sakit apabila mayat atau badannya dibedah dan dianatomi untuk tujuan belajar kerana selalunya pelajar perubatan akan diberi mayat untuk dibedah.

    Terima kasih atas soalan,

    Roh adalah urusan ALLAH. Apabila mati, roh seseorang sudah tiada kaitan dengan segala urusan dunia mahupun jasadnya sendiri. Dia hanya berhadapan dengan urusannya di alam barzakh sehingga tibanya urusan Qiyamat.

    WaLLAHu a’lam.

  2. salam, saya ingin bertanya, dalam pembedahan merawat hernia, sejenis jaring (mesh) akan diletakkan ke dalam abdomen untuk mengelakkan hernia berlaku lg. soalan sy, adakah selepas pesakit itu meninggal dunia, jaring itu perlu dikeluarkan??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *