Hukum Kahwin Khunsa

Hukum perkahwinan khunsa. Adakah sah, sama ada khunsa mengahwini lelaki atau perempuan?

Sebelum mereka dibenarkan berkahwin, jantina mereka hendaklah ditentukan terlebih berdasarkan fitrah (semulajadi) mereka yg hakiki. Pakar genetik dan perubatan hendaklah mengesahkan status mereka samada lelaki atau perempuan. Jika sudah pasti mereka dibenarkan menjalani rawatan hormon dan pembedahan jantina. Selepas alat kelamin itu berfungsi dengan baik, maka mereka boleh melansungkan perkahwinan seperti biasa. Inilah fatwa alAzhar, Syaikh Ali Jadul Haq.

Sumber : disunting dari http://soaljawab.wordpress.com

 

35 Comments

  1. kalau andai kata khunsa daftar nama perempuan kat ic.kalau khunsa tu cenderung pada laki .lepas tu khunsa tu nak tukar jadi laki?boleh ke?kalau dari sisi undang malaysia boleh ke tukar nama dekat ic?

    Abul Harith : Terima kasih Sdr. Rahsia atas soalan.

    Seperti juga fatwa di atas, khunsa tersebut perlu mendapatkan pengesahan doktor perubatan & pakar genetik tentang status jantinanya. Kemudian bolehlah diteruskan dengan rawatan dan pembedahan jika perlu atas nasihat doktor.

    Jika telah tersalah daftar nama pada IC, ianyanya boleh ditukar kepada nama yang betul mengikut jantina. Jabatan Pendaftaran Negara akan menambah “@ nama baru” pada IC selepas mendapat dokumen pengesahan doktor.

    WaLLAHu a’lam. Wassalam.

  2. saya seorang khunsa hidup sebagai lelaki sebelum ini tapi cenderung menjadi perempuan skrg. apa yang perlu saya lakukan. saya ingin menjadi perempuan sejati dan berkahwin. mudah ke proses undang-undang untuk semua pertukaran ini? apakh proses pertama hingga terakhir yang perlu saya lakukan.

    saya takut melakukan maksiat jiwa saya betul2 terseksa dan telah mencuba untuk membunuh diri sebbelum ini. tolong lah saya encik.

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Hussaini, terima kasih atas soalan.

    Saya menghargai kesudian Sdr. berkongsi kisah dan dilema Sdr.

    Berkenaan hal Sdr., walaupun Sdr. seorang khunsa buat masa ini, ia bukanlah boleh dipilih sesuka hati sama ada Sdr. mahu menjadi perempuan atau lelaki selepas ini. ALLAH telah pun menciptakan hambanya mengikut jantina tersendiri. Cuma mungkin perkembangan peringkat janin sewaktu dalam kandungan menyebabkan Sdr. mempunyai dua alat kelamin.

    Proses yang Sdr. perlu lalui seharusnya tidak sesukar mana jika semuanya berjalan lancar.

    1. Sdr. perlu berjumpa doktor pakar dalam hal ini samada pakar O&G, androgogi (sakit tuan) atau (sakit puan) untuk menentukan jantina sebenar Sdr. Alat kelamin akan diperiksa untuk menentukan yang mana lebih berfungsi. Kemungkinan ujian hormon & genetik akan dilakukan juga.
    2. Setelah mendapat pengesahan jantina dari doktor yang bertauliah, rawatannya bergantung kepada kesediaan Sdr. samada mahu pembedahan atau tidak. Terapi hormon juga akan diberi supaya Sdr. betul-betul menjadi lelaki atau perempuan seperti yang disahkan doktor.
    3. Doktor akan mengeluarkan surat pengesahan jantina Sdr. dan Sdr. boleh menukar nama (jika perlu) di Pejabat Pendaftaran.

    Prosedurnya adalah semudah yang disebutkan. Namun, diingatkan bahawa prosesnya mungkin lama jika terdapat karenah birokrasi dan sebagainya. Diharapkan Sdr. bersabar jika ia berlaku.

    Saya mengharap Sdr. Hussaini tidak mudah putus asa, anggaplah ianya ujian TUHAN untuk menguji keimanan hamba-NYA. Jika Sdr. tabah dan redha, insya-ALLAH, ALLAH akan membantu dan meluaskan rahmatnya ke atas Sdr. Perbuatan berputus asa dan mahu membunuh diri akan menjauhkan kita dari rahmat ALLAH, bahkan akan mendapat kemurkaan-NYA.

    Saya sedia membantu meringankan bebanan Sdr. Sudi-sudikanlah menghubungi saya. Saya mendoakan Sdr. sihat walafiat dan sentiasa dirahmati ALLAH.

    Wassalam..

  3. bagaimana pula jika khunsa ini tidak memilih untuk menukar jantina? dia dilahirkan perempuan, tapi alat kemaluan lelakinya keluar pada usia awal remaja, tiada haid dan tiada naluri terhadap lelaki – macam mana ya? solat semua dilakukan seperti perempuan, pergi umrah seperti perempuan, tapi dia tahu bahawa dirinya adalah lelaki – keraana alat lelaki nya berfungsi.

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Puteri, terima kasih atas soalan.

    Khunsa tersebut juga perlu menjalani pemeriksaan perubatan, hormon & genetik untuk memastikan jantina sebenarnya, buka semata-mata mengikut rasa & naluri. Kerana rasa & naluri mungkin terpesong.

    Jika seorang khunsa itu telah yakin dan disahkan jantina asalnya, maka wajiblah dia hidup dan beramal ibadat sebagai seorang lelaki atau wanita mengikut yang telah ditentukan.

    Soal pembedahan, ia hanyalah pilihan khunsa tersebut dan tidak diwajibkan. Namun jika dia mahu pembedahan agar tidak mendatangkan kesulitan ketika dia berkahwin kelak, maka dibolehkan. Yang penting, dia wajib hidup mengikut ketetapan jantina yang telah ALLAH tetapkan atasnya.

    WaLLAHu a’lam.

  4. apa hukumnya seorang perempuan itu yang normal dan sihat tidak berkahwin hanya kerana takut dan malu padahal nagsu mereka memuncak-muncak untuk berkahwin…..
    Di mana letaknya perempuan yang tidak berkahwin ini di akhirat kelak???

    Abul Harith : Wassalam Sdr. Bobrizal, terima kasih atas soalan.

    Berkahwin adalah Sunnah Nabi, ia perlu dipatuhi bukannya disanggahi. Nabi pernah bersabda, “Sesiapa yang berpaling dari Sunnahku, maka mereka bukanlah dari kalangku.”

    Untuk apa takut dan malu pada manusia? Tidakkah kita patut malu pada ALLAH di akhirat kelak.

    Kahwin juga fitrah manusia yang mempunyai nafsu. Untuk apa menipu diri yang sehingga terseksa batin? ALLAH Maha Pemurah telah syariatkan kahwin melalui Nabi-NYA.

    Di mana perempuan berkahwin di akhirat kelak? WaLLAHu a’lam (Hanya ALLAH yang tahu).

    Tapi jika mahu tempatkan diri di dalam umat Nabi Muhammad, maka ikutlah Sunnahnya. Berkahwinlah tanpa rasa malu & ragu. Moga ALLAH merahmati perkahwinan sedemikian.

  5. terima kasih kerana menjwab soalan saya. dan kes ini kes saya… sama spt sdr husaini – saya lega bila ada org senasib mcm saya. tapi utz, bole tak kalau khunsa tu meneruskan kehidupan sbg perempuan? (solat dan umrah) sbb masih ada payudara – kalau mengerjakan umrah bagaimana? malu. dan tidak mahu jadi mcm ahli sukan yg dimalukan dan dipertikaikan jantinanya. saya juga mmg ahli sukan waktu belajar. kalau mrk tahu? habis sejarah saya dibongkar. saya sendiri keliru. saya mempunyai kerjaya & kedudukan yg baik, kereta, rumah, tapi dianggap ‘andartu’. saya tidak tension, sbb saya tau saya ‘lelaki’ -pernah buat scan di singapura. cuma nak buat keputusan saya jadi gerun. tkt juga sbb saya tak pernah solat jumaat….. mcm2 dalam fikiran saya… cuma Allah je yg tahu dan mohon diterima amal ibadah saya..

    Abul Harith : Terima kasih Sdr. Puteri atas respon lanjut.

    Jika Sdr. telah membuat pemeriksaan dan sudah jelas dengan jantina Sdr., maka wajiblah Sdr. hidup seperti jantina tersebut. Jika Sdr. lelaki, maka perlulah hidup sebagai lelaki.

    Soal fizikal yang berupa jantina sebaliknya, maka ia boleh dirawat melalui terapi hormon, pembedahan dan sebagainya. Sdr. juga boleh dapatkan nasihat pakar & kaunseling untuk mengatasi segala masalah berkaitan yang timbul.

    Semestinya amat sukar untuk berubah apatah lagi setelah sekian lama hidup sedemikian dalam masyarakat. Mungkin ada masyarakat yang memandang serong. Tapi usahlah berasa hina dan malu di hadapan mereka. Sesungguhnya kita patut berasa malu dan hina di sisi ALLAH jika kita mengabaikan Syariatnya.

    Rahmat ALLAH itu sangat luas. ALLAH Maha Memahami isi hati dan susah payah hamba-NYA dalam berusaha mendekati-NYA. Insya-ALLAH, jika Sdr. boleh membuat keputusan yang tepat, moga ALLAH akan membalas segala usaha jerit perih Sdr. dengan setimpal di dunia dan di Akhirat.

    Yang penting, kita ingin mendapatkan redha & cinta ALLAH semasa hayat kita di dunia dan seterusnya di Akhirat. Kata-kata dan pandangan negatif manusia hanya akan membawa kita kepada kehancuran dan lurah neraka.

    Moga ALLAH merahmati Sdr.

  6. salam..saya mengalami kekeliruan sama ada saya lelaki atau perempuan kerana sejak kecil saya tidak ke arah keperempuanan…umur saya 17..dan masih berperangai seperti lelaki..saya tidak pernah ada hati kat org lelaki..saya pernah bercouple tp saya rasa seperti bercinta dengan seseorang yang sama dengan saya..means rase cam sejenis je..tapi yang pelik nya saya lebih suka tengok kaum hawa..bukan sekarang tapi sejak dulu sejak kecil…kadang2 saya keliru jantina sebenar saya..saya bukan buat2 untuk ke arah lelaki tapi saya rasa lebih selesa begitu….bila bersama dengan kawan2 lelaki saya jadi biasa dan boleh bergaul seperti biasa tapi bila dengan perempuan saya agak malu dan x berani tuk pandang ke mata mereka..sejak kmenjak ini saya makin keliru dengan keadaan ini..saya mula jatuh hati pada perempuan sejak di kecil lagi..seingat saya katika 6tahun..dan perasaan itu xdapat dibuang sehingga peranagai itu kembali ketika darjah6 shingga kini..saya cuba untuk buang perasaan itu dengan memasuki sekolah agama..namun,rasa itu tetap ada..saya tak mahu buat dosa..saya amat keliru..if nak ceritakan pnjang lagi..tapi setakat ini saja..dan boleh saya tau ciri2 seorang khunsa?? trimas atas segala pertolongan..wassalam….

    Abul Harith : Wassalam Sdr. SiPolan, terima kasih atas soalan.

    Khunsa bermaksud mereka yang dilahirkan dengan dua alat kelamin (zakar & faraj) serentak. Maka mereka kemungkinan mengalami masalah untuk memilih dan meneruskan hidup mengikut jantina sebenar mereka. Terdapat hukum khusus dari segi Syariat dan perubatan untuk mengatasi masalah mereka.

    Jika Sdr. tidak mengalami masalah fizikal (ada dua alat kelamin) seperti di atas, maka Sdr. bukan khunsa.

    Jadi, masalah Sdr. lebih bersifat kepada psikologi, emosi dan sikap yang merasakan jantina Sdr. adalah sebaliknya.

    Jika Sdr. mempunyai ciri-ciri fizikal lelaki, maka teruskan hidup sebagai lelaki secara normal. Hindarkan segala emosi negatif dan sifat yang menyerupai perempuan. Begitulah juga jika Sdr. seorang perempuan. Hiduplah mengikut jantina yang telah ditetapkan ALLAH dan kerjakanlah Ibadah seperti yang ditentukan mengikut jantina masing-masing.

    Jika Sdr. masih bermasalah untuk menyesuaikan diri, maka Sdr. bolehlah berjumpa Ustaz, kaunselor atau pakar psikiatri yang Sdr. percayai untuk mendapatkan bantuan.

    WaLLAHu a’lam.

  7. si polan,
    saya pun mempunyai ciri macam tu masa sekolah lagi, tapi saya memang tak ada period/haid. sampai sekarang. cuma bila scan, ada ovari dan ada kemaluan lelaki yg dilipat ke dalam ruang bawah ovari. saya faham perasaan si polan – cuma kalau si polan tak period, pergi check doctor… takut macam kes saaya.. lepas check baru alat kemaluan lelaki saya boleh dikeluar dan dimasukkan semula.

    utz,
    saya dah pergi kaunseling, namun di marah.. dan pernah heboh satu insitusi. saya di malukan, dituduh ada aids pula tuh… so, sekarang ni saya solat macam lelaki (dulu bertelekong sbb tak tau). cuma.. sekarang saya takut kalau saya mati.. saya tak nak dimalukan.. bole ke saya nak saya di kapan kan seperti saya dilahirkan ??? saya tak nak saya diaibkan bila mati nanti..

    Abul Harith : Terima kasih Sdr. Puteri atas respon lanjut.

    Jika Sdr. telah membuat pemeriksaan dan sudah jelas dengan jantina Sdr., maka wajiblah Sdr. hidup seperti jantina tersebut. Jika Sdr. lelaki, maka perlulah hidup sebagai lelaki.

    Soal fizikal yang berupa jantina sebaliknya, maka ia boleh dirawat melalui terapi hormon, pembedahan dan sebagainya. Sdr. juga boleh dapatkan nasihat pakar & kaunseling untuk mengatasi segala masalah berkaitan yang timbul.

    Semestinya amat sukar untuk berubah apatah lagi setelah sekian lama hidup sedemikian dalam masyarakat. Mungkin ada masyarakat yang memandang serong. Tapi usahlah berasa hina dan malu di hadapan mereka. Sesungguhnya kita patut berasa malu dan hina di sisi ALLAH jika kita mengabaikan Syariatnya.

    Rahmat ALLAH itu sangat luas. ALLAH Maha Memahami isi hati dan susah payah hamba-NYA dalam berusaha mendekati-NYA. Insya-ALLAH, jika Sdr. boleh membuat keputusan yang tepat, moga ALLAH akan membalas segala usaha jerit perih Sdr. dengan setimpal di dunia dan di Akhirat.

    Yang penting, kita ingin mendapatkan redha & cinta ALLAH semasa hayat kita di dunia dan seterusnya di Akhirat. Kata-kata dan pandangan negatif manusia hanya akan membawa kita kepada kehancuran dan lurah neraka.

    Moga ALLAH merahmati Sdr.

  8. salam ……………….{SOALAN 1) saya nak tanye boleh kah kite rase kemaluan kite yg kedua tu melalui tangan ( contoh seorang lelaki dan cume merase ade ke tidak faraj tu? dan kalau dia rase x de adakah ketika membuat pemeriksaan nanti pon takde atau mungkin ade?)………….{SOALAN 2} kalau didapati kedua2 kemaluan itu berfungsi macam mane pulak?{soalan 3}kalau dia adalah lelaki tetapi mempunyai perasaan perempuan and bile buatpemeriksaan dia adalah perempuan tetapi payudara dia tdak membesar……………{soalan 4} kalu didapati dia adalh perempuan tetapi mempunyai halkum’ kalau yg tu macam mane plak?……………………

    itu saje soalan saya setakat ni………..

  9. asalamualikum………………………

    saya ingin betanye…………….. adekah mengetahui diri seseorang itu khunsa daripada bayi atau tidak semestinye?………………………..kalau dia tidak tahu bahawa dirinya khunsa dan dia sudah sunat tetapi beberape tahon lepas tu baru dia tahu yg diri nya mempunyai dua alat kelmin(adakah itu bermaksud bahawa dirinya lelaki atua tidak semestinye?)…………….dia adalah khunsa dan memilih menjadi kearah wanita tetapi suara macam lelaki .tu macam pulak??………………………pabila dia ke klinik dan doktor itu kata bahawa dia ituu lelaki bedasar kan dia mempunyai “telur”pada bahagian bawah zakar nya tanpa membuat pemeriksaan yg lebih terliti (adakah itu bermaksud dia adalah lelaki atau tidak semestinya?)

  10. salam.. saya nak tahu… macam mana khunsa terjadi? adakah disebabkan pembahagian sel yang tidak sempurna semasa awal kehamilan? bagaimana terjadi begitu. saya dalam proses melakukan kajian dalam latihan ilmiah. terima kasih…

  11. macamane lak dgn penerimaan masyarakat klu sblum ni dorg dkenali sbg pompuan tetibe nk kwin dgn pmpuan sdgkan dorang memang cnderung ke arah seksualiti lelaki.ada kes mak bapak aggap khunsa memalukan family sampai dorg dipulau dlm family.xsangka ad mak bapak sgup x ngaku anak sb anak dorang khunsa.pd sume khunsa,sy smpati dgn anda.teruskan hidup..jgn fikir pe orang kata.anda juga makhluk allah

  12. salam , adk agkt saya seorg khunsa ttapi saya mraguinya krna ttdk tahu benar atau tdk . dia ade cerita kpd sya mmg dri kcil dia berkwn dgn perempuan ttapi tdk ade hati trhdp perempuan malah lbih kpd lelaki . skrg dia berimej kn lelaki di skolh ttapi di luar dia berimej sbgai perempuan dan sudah mmpunyai teman lelaki . justeru , dia prnh mgambil pil hormon perempuan dan mnyuntik buah dada ttapi skrg dia sudah berhnti mgambil pil tersbut krna ada kesan smpingan terhdp anggota bdn dia , namun , buah dada tersebut msih kekal , skrg dia brasa keliru . dan sya berasa bersalah krna tdk dpt mmbantu dia dlm hal sbgini . tolong bantu adik saya …

  13. sy ade kwn..bntuk fzikal die cnderung kpd pempuan…tp dalaman die adalah lelaki..mmg die dh g cek ke doktor sjak umur 14thn lg..dan di sahkn die mempunyanyi sperma dan tdk ada sistem peranakan..die mempunyanyi psangan wnita..ibu die juga sudh bertanyakn hal ini kpd ustz..dan apabila die mengambil air wduk die akn batal wduk apabila bersentuh dgn wnita..bgaimana die nk khwin???sdangkn alat kelamin die wnita punye…klau die buat pembedahan akan berfungsi ke die punye alat kelamin yg baru 2???

  14. salam….
    saya dilahirkan sebagai lelaki…..
    apbila meningkat dewasa…sruktur badan saya berubah kepada wanita 80 peratus……….potongan badan memang baik punyer…………buah dada biasa tapi berisi juga……. bulu kaki ada…… muka sebijik macam perempuan

    suara pulak memang tiada gaya seorang lelaki langsung
    umur saya dah 21 tahun………

    saya buat x-ray dan mendapati tulang rusuk saya lengkap
    seperti perempuan lain tiada ganjil seperti lelaki……….
    buat scan didapati ada rahim
    senang cerita organ dalaman perempuan & lelaki ada 100 peratus……..kemaluan saya satu jer lelaki…
    tapi ada masalah pada buah zakar……

    saya rujuk kat blog khunsa lain
    ustaz tu kata saya ni jenis pseudo hermaprodite….
    boleh buat surgery kerana diharuskan ulama……

    nafsu saya 100 peratus lelaki walaupun saya ni lelaki….

    saya pergi mana-mana, semua panggil saya akak
    walaupun rambut pendek macam askar….

    tiga orang wanita pakar dalam bab khunsa menyatakan wajib tukar kerana ada organ wanita pada saya dan tulang rusuk saya yang menjadi rujukan utama mereka…..

    saya nak penjelasan…… tolong saya

  15. salam…..saya dilahirkan sebagai perempuan…tetapi bila saya meningkat remaja, kemaluan lelaki mula kluar..sy tiada haid.. msa sy jd ‘prmuan’ dlu, prasaan tntu lah pd llki… tp sejak kmaluan llki kluar, sy ragu2 utk bercinta… hasrat utk berkahwin mmg ada… sy cenderung kpd perempuan kerana kembar sy juga prmpuan… saya tkut akan timbul syak drpd kluarga…buat msa ni batin sy mmg terseksa… harap blh bantu… syukran….

  16. salam…Saya seorang perempuan..berumur 24 tahun..sya juga tidak mempunyai sistem peranakan..dan tidak datang haid serta tidak ada nafsu terhadap lelaki..saya keliru sama ada saya khunsa atau tidak memandangkan saya takut untuk buat pemeriksaan..tolong la bagi penjelasan agar saya tidak keliru dan buntu.

  17. salam..sya dilahirkan sebagai perempuan…tapi sya tidak datang haid..sya buat pemeriksaan kat klinik biasa,dr cakap sya tak ada sistem peranakkan and then dia suruh buat pemeriksaan lanjut kat hospital besar..masalahnya sya malu untuk buat pemeriksaan lanjut..sya keliru adakah sya ni seorang khunsa? memandangkan sya tidak ada nafsu terhadap lelaki..tolong la bgi penjelasan dan bagaimana untuk saya mendapat rawatan lanjut..thank..

  18. ramai juga masalah macam ni ya..sy tak kenal orang macam ni. mungkin kenal tapi taktau mereka jenis yang macam ni. kalau ada masalah atau keliru juga, insha allah ayah saya boleh tolong. dia sebagai ustaz

  19. aku ade sowng mmber prmpuan yg bercnta dgn pmpuan and pmpuan tu ngaku die khunsa..mase nk tntukan jntine si khunsa ni, dktr buat atas permntaan mak die di mne mak die nk kekalkn die as perempuan..skrng, si khunsa ni ckp die lelaki sbb die dh wt cara kira tulang rusuk tu,mmg kurng satu..so, apekah yg ptut si khunsa ni buat??apakah sme mcm kes2 di atas??

  20. salam… Saya dilahirkan dgn 5 aplha reductase deficiency.. maksudnya semasa lahir tiada jantina. sy dibesarkan sebagai perempuan sehingga berusia 33tahun dimana selepas itu saya memilih untuk menjadi lelaki sebab kemaluan lelaki sy lebih menyerlah. Saya dapatkan fatwa, buat pemeriksaan di HUKM dan mendapatkan kelulusan pindaan butiran jantina, nama dan butiran kelahiran. alhamdulillah kini saya telah berkeluarga. saya adalah suami dan bapa kepada seorang anak perempuan

  21. Salam..Siapa2 yg punya dua alat kelamin, boleh ym saya di alamat [email protected]…Saya lelaki biasa, cuma mahu dapatkan maklumat drp kalian yg hermaprodit…Mungkin boleh kongsi pengalaman dan sebagainya…Ok..Wassalam..

  22. SALAM..NK TYE..
    kalau sorang prmpuan nih,dia rmaja..kluar haid ..lpas umo 17 tahun..haid dia brhnti..x kluar da haid..bkn dsbbkn mgandung..tumbuh misai..n ke arah lelaki..wlpn dia ade 1 kmluan iaitu prmpuan..so..adekah gurlz trsbut kne buang dia pye kmluan??pelik..sb cikgu sy ade cter kisah gulrz nih..adekah dpgl khunsa??tlg jlaskn khunsa nih mmg ade 2 jantina ke??ade x yg ade 1 jntina je,tp hormon dia bkn jantina trsebut??

  23. salam…saya ada seorang kwn yg khunsa.tetapi dia lbih cenderung ke arah lelaki..dan dia telah pun mnukar jantina kpd lelaki..tetapi,,dia mengaku yg seumur hidup dia tidak pernah mengeluarkan air mani secara tidak sengaja atau sengaja,,pernah juga dia cuba mengeluarkan air mani dengan sengaja,tetapi tidak boleh keluar..dia pernah cuba bermain dgn kmaluannya,tetapi,dia tiada perasaan gersang langsung.dia teringin utk berumahtangga,tetapi takut tidak dapat memberi kepuasan kpd pasangannya dan risau jika dia tidak dapat memberikan zuriat.adakah penyakit ini boleh diubati secara moden mahupun tradisional?

  24. Assalamualaikum ustaz..
    Saya seorang pelajar perubatan di luar negara. Saya dilahirkan sebagai seorang bayi yang keliru jantinanya, sewaktu kecil saya didapati mempunya sedikit Sel ‘testis’ di bahagian luar kemaluan saya, namun mempunyai zakar yang kecil seolah-olah biji kelentit ‘clitoris’ seperti prempuan. Namun atas kesilapan doktor ketika zaman itu, sel ‘testis’ itu dibuang dan saya membesar sebagai seorang perempuan dan mempunyai naluri seorang perempuan walaupun naluri itu pernah keliru suatu ketika dahulu. Kini saya berumur 20 tahun, tidak pernah didatangi haid, bentuk badan dan ciri fizikal seperti perempuan tetapi tiada payudara. Setelah saya kaji sendiri, ternyata saya mempunyai penyakit genetik yang diberi nama ‘ Partial Androgen Insensitivity Syndrome’. Penyakit ini bermakna secara genetik, saya adalah lelaki kerana ‘chromosome’ saya adalah XY dan bukannya XX seperti perempuan. Namun kerana badan saya tidak memberi respon kepda hormon lelaki ‘Androgen’ semasa dalam rahim, maka organ lelaki saya gagal terbentuk. Pada pendapat ustaz, saya harus hidup sebagai lelaki, tetapi pada hakikatnya secara medikal saya tidak akan mampu beranak kerana sel sperma sudah tidak ada, atau jika ianya tidak turun ke luar kemaluan dan masih berada di dalam abdomen, sudah pasti sel tersebut sudah mati kerana tidak boleh hidup dalam suhu lebih dari 35 C. Dari segi psikologi pula, jika keadaan saya diketahui umum, maka tidak dapat saya bayangkan perasaan malu dan tertekan yang akan dialami olah insan senasib dengan saya. Bukankah dalam islam, keselamatan akal (mental) adalah masalah ‘daruriyyat’ berbanding hukum ibadah iaitu masalah ‘hajiyyat’. Mohon penjelasan ustaz di situ.. Namun jika saya teruskan kehidupan sebagai perempuan, masalah yang saya akan hadapi adalah tidak boleh mengandung, namun masih boleh melakuakan hubungan seks kerana masih ada ‘vagina’ tetapi tidak ada rahim ‘uterus’. Saya bukanlah org yang mahir dalam agama, maka itu saya mohn jasa baik ustaz untuk terangkan secARA terperinci apakah yang patut saya lakukan, sama ada kekal sebagai seorang perempuan atau menukar jantina, membazirkan wang, mengambil ubatan yang masih tidak terbukti keberkesanannya serta dengan kesan sampingan sekali, membuat pembedahan yang kosnya berjuta-juta… Wallahu ‘A’alam..

  25. Assalamualaikum ,

    Saya telah mengahwini seorang khunsa, masalah yang menjadi tanda tanya saya selama ini ialah pasangan saya telah berkahwin sebelum ini dengan seorang wanita dan hasil dari perkahwinan itu , beliau telah berjaya mendapat zuriat seramai 5 orang dan telah berkahwin selama 25 tahun.

    Sepanjang perkahwinan itu, beliau tidak merasa bahagia dan sehingga mencapai klimaknya, beliau telah bercerai dengan isterinya .
    Untuk pengetahuan, beliau mempunyai dua alat kelamin yang sempurna dan mempunyai rahim yang sempurna . Hasil perkahwinan kami , beliau telah beberapa kali keguguran .

    Persoalannya, adakah perkahwinan kami sah dari hukum syarak kerana beliau telah berkahwin dengan wanita sebelumnya dan berhasil melahirkan zuriat hasil perkahwinan tersebut?

    Hamba Allah yang buntu ???

    Semoga Allah memberi saya mendapat jawapan kepada kebuntuan yang tengah saya hadapi sekarang . Amin

  26. assalamualaikum w.b.t…

    saya ada satu soalan.. kwn baik sy seorg hermaphrodite. dia pernah dtg haid dahulu 2 kali shj dlm setahun (1-2 hr haid stp kali). skrg tidak lagi. ujian genetiknya menunjukkan 55x:45y , tetapi dia mengaku air kencingnya keluar melalui zakarnya. dan dia turut mengalami mimpi basah dan mengeluarkan air mani dgn sengaja @ scr x sengaja.

    sy harap dpt membantunya meleraikan kekeliruannya.

    mcm mna dgn status kwn baik sy ini? adakah dia seorang perempuan @ lelaki?

  27. salam ustaz,

    saya igin bertanya sikit, setelah mendapat pengesahan dr mengenai status , didapati kawan saya ni adalah khunsa . dia mengeluarkan haid dan mempunyai rahim seperti wanita walaupun luarannya seperti lelaki.

    Persoalannya, dia telah bernikah dengan seorang wanita dan telah mendapat anak seramai 5 orang dan telah bercerai. Sebetulnya , dia keliru apa yang dia patut buat kerana telah bernikah sebanyak 5 kali dan telah melalui proses penceraian kerna naluri perempuannya melebihi naluri lelaki .

    Pertanyaan, saya ialah adakah ia boleh berkahwin dengan lelaki setelah bernikah dengan perempuan lain serta telah mempunyai anak ?

    Sekian. terima kasih .

    Hamba Allah

  28. Salam,
    Sy seorang wanita. Setelah sy mengalami mimpi basah beberapa kali dan dlm mimpi tersebut sy adalah seorang lelaki, haid sy bermasalah dan timbul halkum pd leher sy & itu telah d sahkan oleh doktor d hospital.
    Bahagian perut sy pula kerap sakit. Apabila doktor membuat ultrasound doktor kelihatan agak terkejut tp doktor hanya menyatakan semoga tak ada ape2.
    Sy binggung dan agak malu utk mengajukan pertanyaan kpd doktor lain.

  29. Semasa Saidina Ali r.a memerintah maka terjadilah satu peristiwa yang tidak pernah terjadi sebelumnya. Seorang lelaki telah berkahwin dengan seorang wanita yang khunsa (memiliki dua alat kelamin).

    Si suami juga menghadiahkan seorang jariah kepada isterinya. Setelah beberapa lama, isterinya yang khunsa itupun melahirkan anak. Tidak berapa lama selepas itu, timbul pula nafsu berahi wanita khunsa itu terhadap jariahnya. Akhirnya jariah ini juga melahirkan anak.

    Masyarakat menjadi gempar dan peristiwa ini sampai ke pengetahuan Saidina Ali. Khalifah terus menghantar pakar untuk mengesahkannya. Ternyata wanita khunsa ini mengalami haid seperti perempuan serta keluar air mani dari dua alat kelaminnya. Dia boleh dijimak suaminya dan boleh juga menjimak jariahnya.

    Untuk menentukan jantina sebenar wanita ini Khalifah Ali tidak ketandusan akal. Beliau menghantar pakar untuk menghitung tulang rusuk wanita ini. Hasilnya ternyata rusuk sebelah kiri wanita ini kurang satu dari rusuk yang kanannya. Saidina Ali menetapkan bahawa wanita yang khunsa ini adalah lelaki.

    Alasannya, ketika Allah menjadikan Adam yang tinggal keseorangan di dalam syurga, Allah mengambil satu tulang rusuk sebelah kiri Adam dan diciptakan Hawa. Oleh sebab itu, tulang rusuk sebelah kiri Adam kurang satu. Khalifah Ali memisahkan perkahwinan tersebut kerana dianggap tidak sah.

  30. Hai Semua, Saya seorang khunsa @ CAH dalam medical term…dan sudah disahkan oleh pakar perubatan Hospital Kerajaan Malaysia..Just nak bagi tahu.kalu boleh pergi la berubat ke hospital.Luaran kita nampak sihat..tapi penyakit yg kita alami akan ada kesan dia apabila umur kita semakin meningkat kerana kegagalan hormon.Saya percaya kita semua tak nak dilahirkan sebagai khunsa..walau bagaimana pun kita malu untuk diketahui umum..penyakit perlu dirawat sebelum terlambat.tak apa kalu tak nak buat pembedahan…tak nak tukar jantina dalam kad pengenalan…tapi perlu ambik ubat/treatment untuk hormon..Maaf saya tak pandai nak terangkan..

Leave a Reply to puteriCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *